View: 1491|Reply: 0
|
[Sabah]
Program sanitasi sekolah sekitar bandaraya bermula
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Rakyat dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga kerana COVID-19 kini berada dalam komuniti.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam berkata, semua anggota masyarakat perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh Kerajaan dalam usaha mengekang penularan pandemik ini.
Menurutnya, berikutan dengan kebimbangan itu, satu program sanitasi sekolah telah diwujudkan.
"Kerja-kerja sanitasi akan dipertanggungjawabkan kepada Acechem Resources (Sabah) Sdn. Bhd.
"Kerja-kerja sanitasi seluruh bangunan sekolah, yang akan dilakukan seawal jam 8 pagi, turut melibatkan Persatuan Komuniti Toraja Malaysia Cawangan Kota Kinabalu dalam pelaksanaanya," katanya ketika melancarkan Program Sanitasi Sekolah di sini, semalam.
Beliau berharap usaha seumpamanya akan dilaksanakan di sekitar bandaraya ini serta daerah lain di Sabah.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Industri Sabah (FSI) di bawah pimpinan Presidennya, Richard Y.H. Lim, dan Pengarah Acechem Resources (Sabah) Sdn. Bhd. Datuk Kalina Wong atas inisiatif membantu sekolah-sekolah dalam menjalankan kerja-kerja sanitasi sebelum sesi persekolahan baharu dibuka tidak lama lagi.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|