BINTULU: Sebuah kilang papan lapis di Sungai Nyigu, di sini, terbakar 60 peratus dalam kejadian malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 11.49 malam.
Menurutnya,sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah diarahkan ke lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan telefon.
Anggaran kemusnahan kebakaran pejabat di kilang kayu tersebut adalah 60 peratus yang dianggarkan berkeluasan 300 x 450 kaki persegi.
Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
sarawakvoice.com/2021/10/02
|