CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1404|Reply: 0

[Sarawak] KC FC turut rancang tukar gelanggang

[Copy link]
Post time 3-10-2021 01:18 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pihak pengurusan Kuching City FC (KC FC) turut menyimpan keinginan membawa pasukan terbabit kembali beraksi di sini dalam kempen Piala Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC Iswandi Ali Hassan memberitahu, pihaknya memang mempunyai perancangan tersebut namun ia tertakluk kepada perkembangan situasi semasa Covid-19 di Sarawak.

“Walaupun negara sudah memasuki fasa ketiga dan membenarkan kemasukan penonton ke stadium.

“Tetapi pelbagai aspek perlu diteliti terutama situasi semasa pandemik Covid-19 sebelum keputusan mengenainya dapat dibuat,” ujar Iswandi mengenai perkara itu.

Sambil mengakui setakat ini pihaknya masih mengekalkan Stadium Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru sebagai gelanggang utama KC FC selaku tuan rumah.

Pemain dan pegawai The City Boys ketika ini bercuti selama seminggu dan akan kembali menyambung latihan pada 10 Oktober nanti.

Katanya, ada baki empat perlawanan untuk pasukan KC FC ketika ini.

Menentang Selangor FC bagi aksi terakhir pusingan pertama peringkat Kumpulan B pada 30 Oktober.

Disusuli tiga perlawanan untuk pusingan kedua iaitu menentang Selangor FC (3 November), Perak FC (7 November) dan Terengganu FC (10 November).


https://suarasarawak.my/2021/10/kc-fc-turut-rancang-tukar-gelanggang/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046630 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list