View: 1712|Reply: 0
|
[Sabah]
Lima cedera, kenderaan terbabas masuk dalam parit
[Copy link]
|
|
LAHAD DATU: Lima individu mengalami detik cemas selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas sendiri di jalan Lahad Datu – Kunak, di sini tengah hari, tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari.
“Sepasukan lima anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kenderaan tersebut berada di dalam parit dan usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kenderaan tersebut dilakukan,” katanya.
Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan mereka mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan selanjutnya.
“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan bagi memastikan keadaan lokasi tersebut selamat sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 1.31 petang,”katanya.
Menurutnya, kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|