CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1544|Reply: 1

[Sarawak] Usahawan kecil jangan malu mohon bantuan kerajaan

[Copy link]
Post time 4-10-2021 05:22 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Usahawan kecil dinasihat untuk tidak segan memohon bantuan kewangan berupa geran dan pinjaman yang disediakan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bantuan yang ditawarkan adalah untuk membangun perniagaan mereka yang termasuk pemasaran dan promosi produk.

"Banyak bantuan disediakan tetapi kita tidak tahu. Ini masa yang sesuai untuk mengetahui apakah peluang itu dan jangan malu, tanya kalau tidak tahu, jangan malu," tegasnya.

Awang Tengah berkata demikian ketika menemui peserta program Micro Connector SME Corp Malaysia dan lawatan di IANA Corporation Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak  (MINTRED) menggalak peniaga termasuk mereka berpendapatan B40 untuk memohon pinjaman Skim Kredit Mikro (SKM) dan Skim Pinjaman Industri Kecil Sederhana (SPIKS).

Menurutnya, permohonan masih terbuka sehingga penghujung tahun ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri membantu menyerap bayaran kadar bunga selama tiga tahun setengah kepada pemohon yang berjaya.

"Jangan malu, jangan segan-segan untuk kita memohon lebih lebih lagi memohon sebelum hujung tahun ini. Dan mendapat kelulusan dan layak untuk tiga setengah tahun bebas kadar bunga (faedah)," jelasnya.

Awang Tengah berharap pelbagai bantuan yang ditawarkan sekarang dapat membantu usahawan yang terjejas dan gulung tikar disebabkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Menurut beliau, selain kewangan, kemnterian turut menganjurkan program pembangunan kapasiti, latihan keusahawan dan pembangunan produk.

Dalam pada itu, objektif lawatan kerja ini adalah untuk meninjau sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh usahawan yang menerima bantuan daripada kerajaan Negeri termasuklah bantuan di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Beliau turut menyampaikan mock cheque kepada penerima-penerima bantuan kewangan bagi program-program yang ditawarkan oleh MINTRED dengan kerjasama SEDC dan Agrobank seperti Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV).

Setakat Ogos 2021, sejumlah RM7.76 juta telah diluluskan kepada 652 usahawan belia di seluruh Sarawak melalui program GERAK dan USTEV.

Manakala bagi SPIKS, seramai 411 usahawan Bumiputera Sarawak telah menerima manfaat dengan nilai kelulusan RM30.13 juta.

Pada masa sama, 1,463 permohonan SKMS dalam kalangan usahawan B40, kecil dan mikro telah diluluskan dengan jumlah pinjaman RM48 juta.

Kesemua mereka akan menikmati moratorium selama enam bulan dan subsidi kadar faedah bagi tempoh 42 bulan (3.5 tahun) melalui program SPIKS dan SKMS.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, ADUN Lambir Ripin Lamat, Pemangku Setiausaha Tetap  MINTRED  Dzulkornain Masron, wakil SEDC dan Agrobank.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 05:27 AM | Show all posts
dengar boleh percaya jgn...yg paham2 jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035274 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list