CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1770|Reply: 2

[Sarawak] ATM tubuhkan Hospital Medan di Sibu

[Copy link]
Post time 4-10-2021 06:51 AM | Show all posts |Read mode
SIBU, 3 Oktober 2021 – Peningkatan pesakit COVID-19 yang ketara di Sabah dan Sarawak telah meningkatkan beban kerja yang ditanggung oleh staf perubatan di Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kepadatan pesakit samada pesakit COVID-19 dan bukan kes COVID-19.

Menyedari perkara tersebut, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama daripada agensi–agensi kerajaan seperti Pejabat Residen Sibu, Pengarah Hospital Sibu dan Pengarah KKM Sibu akan menubuhkan Hospital Medan ATM di Sibu setelah mengoperasikan Hospital Medan ATM di Kapit sebelum ini.

Penubuhan Hospital Medan ini bertujuan untuk membantu Hospital Sibu dalam menguruskan pesakit bukan kes COVID sekaligus dapat meringankan beban tugas yang ditanggung oleh staf perubatan di Hospital Sibu.

Penubuhan hospital medan ini akan dilakukan dalam 4 fasa iaitu fasa 1, penubuhan Holding Bay Area serta pemasangan 5 buah khemah jenis TM36 yang akan diselia sepenuhnya oleh kakitangan Hospital Sibu. Fasa 2, susun atur khemah dan penempatan 100 buah katil yang turut akan dikoordinasikan oleh Hospital Sibu. Fasa 3, pembukaan hospital dan Fasa 4 adalah penarikan semula hospital medan apabila kes berkurangan dan Hospital Sibu mampu mengendalikan pesakit seperti biasa.

Kerja-kerja pembersihan dan persiapan bagi penubuhan Hospital Medan ini telah dimulakan sejak 1 Okt 21 yang lalu oleh 10 orang anggota daripada Rejimen 510 Askar Wataniah (Rej 510 AW) yang diketuai oleh Timbalan Komander Rej 510 AW iaitu Lt Kol Ahmad Halim Bin Hj Mohd Rosli manakala aturgerak peralatan dan staf perubatan dari 1 Batalion Ubat akan bermula pada 7 Okt 21 dan Hospital Medan ini dijangka mula beroperasi pada 15 Okt 21.

ATM terus komited dalam mengaturgerak anggota dan asetnya demi membantu negeri yang terjejas akibat peningkatan kes COVID-19 dan akan terus berkerjasama dengan pelbagai agensi lain bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu negara dalam mengekang penularan wabak COVID- 19 ini.

Sumber daripada:
Briged Kesembilan Infantri Malaysia







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 06:52 AM | Show all posts
Terimakasih ATM






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 06:54 AM | Show all posts
SIBU - Pembinaan Unit Rawatan Rapi (ICU) Modular dengan 10 katil di wad pesakit Covid-19 Hospital Sibu dijangka siap pada 11 Oktober ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, selain itu, pihaknya sedang menilai kos pembinaan hospital medan di pekarangan parkir Hospital Sibu yang mampu menempatkan 100 katil iaitu masing-masing 50 unit bagi pesakit lelaki dan wanita.

Beliau berkata pembinaan ICU Modular dan hospital medan merupakan langkah segera kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan di wad pesakit Covid-19 di Hospital Sibu.

“Apabila siap nanti, pesakit bukan Covid di wad-wad Hospital Sibu akan dipindahkan ke hospital medan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sibu susulan laporan sebuah portal berita mengenai keadaan pesakit di situ.

Aaron memberitahu, beliau ditugaskan untuk melihat sama ada apa yang didakwa dalam laporan portal itu benar atau tidak dan melihat sendiri apa sebenarnya berlaku di Hospital Sibu.

“Setelah melawat Hospital Sibu, apa yang dikatakan dalam portal berita itu ada kebenaran juga. Kita tidak boleh mengatakan ia tidak berlaku,” katanya.

Ahli Parlimen Kanowit itu berkata, beliau dimaklumkan bahawa kakitangan Hospital Sibu bukan lagi bekerja selama lapan jam sehari tetapi 12 jam mengikut syif berikutan jumlah doktor dan jururawat yang tidak mencukupi, antaranya disebabkan ada dalam kalangan mereka dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19.

“Kes Covid-19 banyak, di wad ICU penuh manakala wad biasa Covid bukan sahaja penuh tetapi melebihi kapasiti. Ada wad yang mampu menempatkan 28 hingga 29 katil tetapi sekarang menempatkan 40 hingga 50 katil. Ini masalah yang begitu mencabar bagi mereka.

credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049409 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list