CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 2

[Sabah] Covid19 04/10/2021

[Copy link]
Post time 4-10-2021 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Kinabatangan 107 (15)
Kota Kinabalu 94 (112)
Keningau 78 (55)
Papar 47 (33)
Kota Belud 46 (45)
Ranau 41 (56)
Kudat 33 (33)
Tenom 29 (32)
Penampang 27 (40)
Sandakan 27 (38)
Tuaran 27 (34)
Tawau 20 (36)
Lahad Datu 18 (53)
Kota Marudu 17 (32)
Nabawan 12 (25)
Semporna 11 (12)
Sipitang 9 (22)
Kuala Penyu 6 (7)
Kunak 6 (4)
Putatan 5 (23)
Beluran 4 (9)
Telupid 4 (11)
Pitas 3 (15)
Beaufort 3 ( 8 )

Tambunan 2 (5)
Kalabakan 1 (7)
Tongod 0 (5)

*Angka dalam kurungan*
*adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 03/10/2021 )*

*Kluster Baru*
1.Kluster Sungai Tabulion
Kinabatangan   63 (+63)
*Kluster Tempat Kerja*

2.Kluster Sandau Sawit
Kinabatangan   28 (+25)
*Kluster Tempat Kerja*

*RUMUSAN HARIAN*
*(04/10/2021)*

*Sabah meneruskan trend penurunan kes harian dan hari ini menurun sebanyak (-90) kes,  catatan terendah sejak 24 Julai 2021 lepas. Kes yang direkod pada hari ini ialah 677 kes.*

*Penurunan secara keseluruhan yang dicatatkan hari ini menunjukkan prestasi yang baik di mana 21 daerah mencatatkan penurunan kes, hanya 5 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 1 daerah iaitu Kudat kekal dengan catatan kes sebagaimana semalam.*

*Hanya 3 daerah yang mencatatkan kes di atas paras 50 kes iaitu Kinabatangan 107 kes, Kota Kinabalu 94 kes dan Keningau 78 kes.*

*Bagi daerah yang mengalami trend penurunan berbanding catatan kes semalam, Lahad Datu mencatatkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak -35 kes, Kota Kinabalu -18 kes, Putatan -18 kes, Tawau -16 kes, Ranau -15 kes, Kota Marudu -15 kes, Sipitang -13 kes, Nabawan -13 kes, Penampang -13 kes, Pitas -12 kes dan Sandakan -11 kes.*

*Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara pada hari ini pula ialah Kinabatangan dengan peningkatan sebanyak +92 kes, Keningau +23 kes dan Papar +14 kes.*

*Peningkatan drastik jumlah kes di daerah Kinabatangan adalah berpunca daripada kewujudan dua kluster baru iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit. Dua kluster ini sahaja menyumbang 82.2% daripada kes yang direkodkan hari ini di Kinabatangan.*

*Pada hari ini juga, tidak ada catatan daftar lewat kes jangkitan baharu yang melebihi 5 hari. Jika diperhatikan data pada hari ini, hanya 384 kes atau 56.72% daripada kumulatif harian Negeri Sabah adalah catatan kes yang berlaku dalam masa 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes2 daftar lewat antara 2-5 hari.*

*Analisis graf data terkini menunjukkan Negeri Sabah berada dalam landasan untuk trend pelandaian kes. Namun, sekali lagi diingatkan bahawa faktor utama kepada naik atau turunnya graf jangkitan kes baharu adalah sikap kita sendiri. Pematuhan secara total kepada semua SOP dan amalan baik penjagaan kesihatan diri adalah kunci utama kepada kekebalan kita daripada jangkitan virus Covid.*

*Berdasarkan kepada statistik pengkategorian kes-kes jangkitan Covid-19 pada hari ini, 87.74% daripada kes jangkitan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala hanya 6 kes Kategori 3, 4 kes Kategori 4 dan 4 kes Kategori 5. Lazimnya, pesakit2 kategori 1 dan 2 tidak memerlukan rawatan di hospital.*







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 05:04 PM | Show all posts
Alhamdulillah ...

Sabah makin menurun ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 05:06 PM | Show all posts
*Kota Marudu*

Kg. Tagaroh - 3 kes
Kg. Goshen - 2 kes
Kg. Sumbilingon Laut - 2 kes
Asrama St. Theresa - 1 kes
Berek Polis, KM - 1 kes
Kg. Bunsadan - 1 kes
Kg. Kandawayon Tagas - 1 kes
Kg. Lotong - 1 kes
Kg. Ponusukan - 1 kes
Kg. Salimandut - 1 kes
Kg. Sonsogon Magandai - 1 kes
Kg. Talantang 2 - 1 kes
Kg. Tigaman - 1 kes

*Jumlah Kes = 17 kes*

Ranau



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.326507 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list