CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 0

[Sarawak] Kurang 100 guru di Sarawak belum divaksin

[Copy link]
Post time 5-10-2021 03:36 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kurang daripada 100 guru di Sarawak masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Norisah Suhaili.

Menurutnya, antara alasan guru-guru tersebut belum divaksinasi adalah disebabkan faktor kesihatan dan belum bersedia.

“Daripada kira-kira 39,000 guru di negeri ini, kurang daripada 100 atau satu peratus daripada mereka masih belum menerima vaksin Covid-19.

Ada yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, selain tidak bersedia. Manakala bagi mereka yang mempunyai alasan yang berkaitan dengan agama, kami telah memaklumkan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Unit Hal Ehwal Agama Lain-Lain (Unifor).

“Kami akan terus memantau, memujuk dan bercakap dengan mereka untuk mengambil vaksinasi ini, “katanya selepas lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Taman Matang Jaya, di sini, hari ini.

Untuk rekod setakat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan terdapat kira-kira 2,000 guru diseluruh negara enggan menerima vaksin.

KPM ketika ini sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru yang enggan menerima vaksin ke sekolah atau negeri lain supaya mereka yang berkenaan tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034617 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list