CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 1

[Sarawak] Perhalusi penglibatan Pengawal Pantai Sarawak dalam ops carilamat

[Copy link]
Post time 6-10-2021 02:34 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan pusat diminta memperhalusi lagi kelulusan penglibatan Pengawal Pantai Sarawak (SCG) dalam operasi mencari dan menyelamat (carilamat) bersama agensi lain.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) berkata, buat masa ini SCG perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan pusat sebelum boleh menyertai mana-mana operasi termasuk pencarian mangsa bot karam yang berlaku baru-baru ini.

"Kerajaan negeri telah menggubal dan menubuhkan SCG namun ia tidak dapat keluar (operasi carilamat) kerana memerlukan kelulusan Kuala Lumpur.

"Perkara seperti ini perlu kita perhalusi, kita faham perkara berkenaan keselamatan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

"Namun dalam usaha kita mencari dan menyelamat kita memerlukan penggemblengan tenaga daripada semua pihak," katanya ketika ditemui semasa meninjau operasi SAR enam pemancing hilang di Telaga Air di sini, semalam.

Abdul Karim menegaskan SCG ditubuhkan bukan untuk bertembung dengan tugas-tugas agensi keselamatan dibawah kerajaan persekutuan lain tetapi bagi membantu operasi menyelamat.

Katanya, beliau amat menghargai usaha agensi penguatkuasaan kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dalam insiden dua bot karam di Telaga Air.

Jelasnya dengan sempadan perairan Sarawak yang luas dan kemungkinan agensi-agensi tertentu menghadapi masalah dan bantuan, sudah pastinya ia memerlukan penggemblengan ramai termasuk SCG.

"Kerajaan Sarawak telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membeli bot SCG tetapi jika ia hanya diletakkan di jeti sahaja, tiada guna.
"Maka itu biarkan SCG menjalankan tugas mereka dengan membantu dalam operasi SAR," tegasnya.

Sehubungan itu beliau amat berharap kerajaan persekutuan akan memperhalusi perkara terbabit dan jika perlu bawa ia untuk rundingan bagi kerajaan negeri dan persekutuan.

Abdul Karim berkata, dalam operasi SAR di laut perkara paling penting adalah 24 jam pertama kejadian maka itu kerjasama semua agensi amat diperlukan dalam mencari dan menyelamatkan nyawa.

Sementara itu beliau turut berharap kepada pemilik bot atau individu yang membawa pemancing ke laut mesti dilatih sepenuhnya selain memiliki kelengkapan keselamatan seperti pelampung, jaket keselamatan dan radio komunikasi.

"Mereka sepatutnya perlu mengetahui selok belok di laut dan sebagainya, selain tahu mengenai keadaan cuaca serta keselamatan.

"Saya berharap agar kerajaan dan badan tertentu untuk kawal selia undang-undang agar individu yang membawa bot atau untuk disewa pemancing harus mempunyai lesen," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/06


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkah bijak buat Sarawak.  Atas kertas betol Pasukan Pengawal Pantai Sarawak untuk tujuan cari selamat...tapi simboliknya pasukan ini adalah lambang kedaulatan pantai dan pesisiran Wilayah Sarawak yg bergabung dgn Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara.  Sarawak bukan negeri..tetapi Wilayah yg sama membentuk dgn 2 lagi Wilayah untuk menjadi negara Malaysia.

Kerajaan Pusat sepatutnya cari jalan dari segi perlembagaan dgn segera bagi membolehkan Pasukan Pengawal Pantai Sarawak ini boleh beroperasi dgn sepenuhnya di Wilayah Sarawak...dalam masa yg sama dapat membantu APMM dan TLDM dalam mempertahankan perairan negara secara keseluruhannya sama ada dalam operasi cari selamat atau pencerobohan nelayan atau pasukan laut negara asing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.150873 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list