CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 0

[Sarawak] Pelancong ingkar SOP bakal berdepan kompaun

[Copy link]
Post time 6-10-2021 06:54 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 6 Oktober: Polis akan mengeluarkan kompaun kepada pelancong-pelancong yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 yang berkuat kuasa di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata mereka yang tidak mematuhi penjarakan fizikal atau tidak memakai pelitup muka di tempat awam akan dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, pihaknya akan melakukan pemantauan selepas sektor pelancongan di Sarawak dibuka ketika ini.

Ia bertujuan membolehkan ekonomi dari sektor pelancongan yang kini dibuka dapat bergerak dengan aktif sekali gus membantu pendapatan kerajaan negeri selain untuk kebaikan semua masyarakat.

Ujarnya, pihak Polis bertanggungjawab memastikan SOP yang sedia ada, dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Op Khas Nombor Pendaftaran Kenderaan di Kuching hari ini.

credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list