View: 3468|Reply: 15
|
[Sarawak]
Rumah terbalik BORNEO
[Copy link]
|
|
Rumah Terbalik Tempat Menarik di Sabah
Rumah terbalik ini telah menjadi tempat menarik di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa selama 30 minit.
Bagi pelancong yang ingin ke Kundasang, rumah terbalik ini harus dilawati kerana berada di tepi jalan ke Kundasang. Kedudukannya yang strategik memudahkan para pelancong untuk datang ke sini. Sudah pasti pengalaman baharu akan anda perolehi apabila berada di sini.
Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar.
Di tempat lain sukar untuk anda melihat semua benda berada dalam keadaan terbalik. Datanglah ke sini bagi melihat sendiri keunikkan susun atur rumah yang pasti mengujakan anda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
Alamat : Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah.
Nombor Telefon : 088-260 263
Waktu Operasi : 7:00 a.m – 6:00 p.m
Aktiviti Sesuai
Sudah pasti anda dapat bergambar bersama keunikkan rumah dan barang-barang yang dibina secara terbalik.
Harga dan Kos Terlibat
Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun
Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Apa yang menarik?
Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.
Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika.
Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah, satu hari nanti. Tapi kena plan betul2 sbb rasa nak buat road trip. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga tercapai impian ... aamiin ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah terbalik kat Sabah ni ... kata nya tak leh ambik gambar bahagian dalam ...
hurm... rugi gak la kalo datang dari jauh ...
Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli Sabah ini merupakan rumah yang unik kerana rumah ini telah dibina secara terbalik termasuk la barang dan hiasan di dalamnya. Rumah ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2012 dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong tempatan dan juga dari luar negara.
Dengan keunikan dari segi pembinaan luar dan dalaman yang dibina secara terbalik dan merupakan yang pertama di Malaysia, maka rumah ini telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records.
Oleh kerana bas tiada yang melalui tempat ini maka pengunjung yang ingin ke Rumah Terbalik ini boleh menaiki teksi atau menyewa kenderaan dari bandar Kota Kinabalu dengan masa perjalanan lebih kurang 40-45 minit.
Waktu kunjungan ke Rumah Terbalik ini adalah :
Hari Isnin - Ahad : 7 pagi - 7 malam
Cuti umum : 7 pagi - 7 malam
Bayaran masuk ke Rumah Terbalik ini adalah seperti berikut :
Warganegara : RM10.00
Bukan Warganegara : RM18.00
Pelajar dan kanak-kanak bawah 12 tahun : RM5.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma
PERHATIAN :
Pengunjung adalah dilarang mengambil gambar atau video bahagian dalam Rumah Terbalik ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fatinandreanna at 7-10-2021 06:48 AM
Oh rumah terbalik ni ada dua rupanya. Satu Kuching satu Tamparuli. Ingat satu je.
Last year klu xsilap ada keluar artikel kat newspaper pasal rumah terbalik ni. One guy ni bina. Yg newly built among this two houses sebab artikel ni mention baru few years rumah tu wujud. Nnti saya tengok kat file bila free kot2 saya ada simpan artikel tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 dah ...
yang FC tunjuk tu ... FC dah pergi dah ...
ada satu lagi ... baru kat Sematan ...Kuching juga ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka
Nirranur Gallery menanti kunjungan anda
Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka. Siapa sangka, Pekan Sematan kini dimeriahkan lagi dengan siapnya tarikan terbaru mereka iaitu Nirranur Gallery. Nirranur Gallery adalah sebuah tarikan pelancongan berkonsepkan rumah terbalik yang pastinya menjadi satu lokasi mesti lawat sekiranya anda berkunjung ke Pekan Sematan.
Bukan Sekadar Rumah Terbalik, Ianya Juga Terletak Di Dalam Ladang Madu Kelulut
Rumah Terbalik di Sematan ini terletak di dalam Ladang Madu Kelulut Niranur, satu idea yang sangat bijak bagi memberi satu pengalaman yang menarik untuk pengunjung. Anda bukan sahaja boleh melawat rumah terbalik ini, malah anda boleh pergi melihat ladang madu kelulut mereka. 2 in 1 gitu!
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 06:51 AM
ada 3 dah ...
yang FC tunjuk tu ... FC dah pergi dah ...
Rupanya 3 dah. Mesti banyak sambutan pengunjung juga klu sampai tiga kan. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah baca kat Porum ni...
kat isu Semasa rasa nya ...
orang Sabah sendiri ramai komplain pasal yang kat Sabah tu ...
tak leh ambik gambar dalam rumah tu ...
kira takde kenangan ...
yang FC pergi tu ...
tempat nya agak tersorok ... pekerja nya ramah la ... banyak bagi panduan untuk dapat kan gambar lebih best ... dan cepat jer offer ambik gambar jika ada yang datang berseorangan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dibina Menggunakan EcoBrick
Niranur Gallery diasaskan oleh Mohamad Aluis, seorang jurutera yang mula menceburkan diri dalam industri Madu Kelulut. Niranur Gallery yang dibina mereka menggunakan EcoBrick, di mana mereka mengitar semula ribuan, mungkin puluh ribu botol plastik untuk dijadikan ‘bata’ bagi membina rumah terbalik ini. Fuh, bukan kaleng kaleng idea dan kepakaran mereka ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda berkunjung ke Sematan, jangan lupa ke Niranur Gallery ini kerana ianya pasti merupakan tempat terbaik untuk anda bergambar. Pastinya pelbagai shot shot menarik dapat anda ambil dengan keunikan seni bina dan juga perhiasan menarik di dalam rumah ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak nya rumah terbalik hehe.. Apa la motip takleh amik gambo kan.. Hehe.. Akak lebih suka g kaki gunung kinabalu.. Nak g tamparuli suspension bridge.. Desa dairy farm.. Banyak nya tempat tak dapat explore lagi kat Borneo ni..sumer lelawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat tamparuli tu yg pertama, and tu the only rumah terbalik pernah pergi. tapi tula sayang x blh nak bergambar kat dalam tu. yg bestnya, tour in charge yg bawa kami round, cerita yg rumah tu terbalik sebab ade satu family tu anak bongsunya tantrum, mengamuk sampai terbalik rumahnya.. nak masuk rumah tu kami kena ketuk pintu dulu ala2 masuk rumah orang bg salam.
skg kat semenanjung pon ada rumah terbalik cuma tak pernah pergi lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga d permudahkan urusan ...
boleh la buka thread dan pos kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
nak bercerita pun tak best kan tanpa ada gambar ...
payah nak imagine
harap dengan dah boleh rentas daerah ... rentas negeri ni ... rezeki mereka bertambah ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|