CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3321|Reply: 1

[Kelantan] Mayat nelayan ditemui bapa sendiri

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Mayat nelayan ditemui bapa sendiri[size=0.8]Siti Rohana Idris - Oktober 11, 2021 @ 3:02pm[email protected]


Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, ditemukan lemas dipercayai terjatuh dari bot ketika memukat di Pantai Sri Tujoh pagi tadi sebelum mayatnya dijumpai bapanya sendiri kira-kira 13 batu nautika dari jeti pada jam 4 pagi tadi. NSTP/Ihsan Pembaca




TUMPAT: Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai terjatuh dari bot ketika memukat di Pantai Sri Tujoh di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, ditemui pada jam 4 pagi tadi oleh bapanya, Abdul Razak Ismail, 59, yang juga turun ke laut dengan menaiki bot berasingan.

Abang mangsa, Mohamad Farizal Abdul Razak, 31, berkata adiknya turun ke pantai kira-kira jam 2 pagi tadi dengan menaiki bot secara berseorangan manakala bapanya serta beberapa nelayan lain turun lebih awal.

"Kedudukan bot mereka semua tidak jauh di antara satu sama lain namun tiada yang perasan bila Farhan terjatuh, sebaliknya hanya nampak bot yang dinaikinya berpusing.

"Bapa yang berada tidak jauh dari bot adik segera diberitahu dan mereka cuba mencarinya sebelum ternampak mayat Farhan timbul di permukaan pantai," katanya kepada BH, hari ini.

Mohamad Farizal berkata, tiada sebarang perubahan dilihat pada mangsa sebelum ini, malah tidak menyangka kejadian lemas menjadi asbab adiknya pergi memandangkan Mohamad Farhan sudah biasa memukat.

Katanya, proses bedah siasat baru selesai dijalankan di Hospital Tumpat dan mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Keral, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan penemuan mangsa.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira 13 batu nautika dari jeti Pantai Sri Tujoh oleh bapanya sebelum membawa pulang menaiki botnya.

"Soal siasat mendapati tiada saksi yang ternampak mangsa terjatuh sebaliknya hanya ternampak bot berpusing di laut tanpa mangsa di dalamnya.

"Keluarganya juga memaklumkan mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan tiada ditemukan unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya sambil mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2021 09:18 PM | Show all posts
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
takziah pada keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049160 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list