CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2887|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bekas jurugambar ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 13-10-2021 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Bekas jurugambar ditemukan selamat[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


WAN Mohizan Wan Hussein.




Balik Pulau: Nelayan yang juga bekas jurugambar akhbar yang dilaporkan hilang di laut semalam, ditemukan selamat di Pulau Kendi, di sini, hari ini.

Mangsa, Wan Mohizan Wan Hussein, 55, yang memakai jaket keselamatan berenang ke Pulau Kendi, sebaik bot yang dinaikinya terbalik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.18 malam tadi.

Katanya, sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau diketuai Mohd Rozairi Abdul Rahim ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang dengan bantuan polis.

"Menerusi maklumat nelayan setempat, tiada petunjuk mengenai kedudukan mangsa atau bot di lokasi.

"Berikutan itu, operasi mencari ditangguhkan jam 11.30 malam," katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, bagaimanapun pihaknya kemudian menerima maklumat daripada polis mengenai penemuan mangsa pada 6.30 pagi.

Katanya, mangsa dikatakan keluar ke laut pada jam 3 petang, semalam, sebelum botnya terbalik dan dia berenang ke Pulau Kendi.

"Mangsa ditemukan selamat oleh nelayan tempatan di pulau berkenaan sebelum dibawa ke Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung, di sini.

"Operasi tamat pada jam 7 pagi," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 13, 2021






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2021 11:18 PM | Show all posts
Bekas jurugambar timbul semula kerana jaket keselamatan[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


Nelayan yang juga bekas jurugambar akhbar, Wan Mohizan Wan Hussein (kiri), 55, yang terselamat dalam kejadian bot terbalik, bersama isteri, Jusmani Budin (kanan), 37, dan anaknya Wan Nur Damia (tengah), 6, ketika ditemui di Taman Pondok Upeh, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Balik Pulau: "Masih teringat saya tercampak ke dalam laut ketika bot dipukul ombak, mujurlah jaket keselamatan menyebabkan saya timbul semula ke permukaan."

Begitu kata nelayan yang juga bekas jurugambar akhbar, Wan Mohizan Wan Hussein, 55, mengenai detik cemas kejadian bot dinaikinya terbalik berhampiran Pulau Kendi, di sini, petang semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 2.30 petang ketika dia sedang bersiap untuk pulang dan cuaca dalam keadaan baik.

Katanya, ketika sedang mengarau sauh tersangkut, tiba-tiba botnya dipukul ombak 'alun panjang' dan sekelip mata menyebabkan bot itu terbalik.

"Tidak tahu apa nasib saya sekiranya tidak memakai jaket keselamatan di tengah laut yang berkedalaman lebih 34 meter (112 kaki) itu.

"Ketika timbul semula, saya cuba bertenang serta tidak panik sebelum memanjat ke atas bot yang terbalik.

"Saya turun semula ke dalam air beberapa kali bagi mengambil barangan seperti beg kalis air yang mengandung beg duit, lampu suluh, air minuman serta biskut di bawah bot dan berikutan telefon bimbit dimasuki air, saya tidak dapat membuat panggilan bagi meminta pertolongan," katanya ketika ditemui rumahnya di Taman Pondok Upeh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail yang bertanya khabar.

Wan Mohizan berkata, terdapat beberapa bot nelayan yang melalui lokasi itu, namun tidak mengendahkannya, mungkin kerana mereka tidak peka dengan kejadian itu.

Katanya, ketika itu dia hanya mampu berzikir serta berdoa semoga diselamatkan dan beberapa kali terlelap akibat keletihan.

"Sehinggalah pada 4.30 pagi, saya terjaga dan melihat ada bot nelayan berhampiran lalu memberi isyarat cahaya menggunakan lampu suluh serta menjerit meminta tolong.

"Selepas diselamatkan, sekumpulan nelayan terbabit cuba menunda bot saya, namun tidak berjaya lalu saya ambil keputusan meninggalkan sementara bot itu dan pulang ke jeti," katanya.

Wan Mohizan berkata, kejadian terbabit kali pertama dihadapinya dan tidak pernah serik untuk turun ke laut kerana beranggapan ia adalah asam garam sebagai nelayan.

Selepas tidak berkhidmat lagi sebagai jurugambar pada 2017, dia bertukar kerjaya sebagai nelayan pantai sepenuh masa.

"Cuma saya nak ingatkan kepada orang ramai khususnya nelayan supaya memakai jaket keselamatan ketika menangkap ikan atau melakukan aktiviti air kerana malang tidak berbau.

"Nelayan perlu peka terhadap kesukaran dan masalah dihadapi nelayan lain ketika di tengah laut, " katanya.

Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melakukan operasi mencari dan menyelamat membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.18 malam tadi.

Operasi itu ditamatkan pada jam 7 pagi hari ini selepas mangsa yang ditemukan selamat oleh nelayan tempatan dibawa ke Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung, di sini.

Disiarkan pada: Oktober 13, 2021






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061895 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list