CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10047|Reply: 44

Solat Dhuha, Tasbih & Sunat (merged: nurulazzah, ummy43, hird)

[Copy link]
shokuji10 This user has been deleted
Post time 18-7-2005 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Solat Dhuha

assalamulaikum

nak tahu jam berapa yg paling afdal untuk melakukan solat dhuha.Terima kasih.

[ Last edited by fleurzsa at 28-11-2005 10:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2005 10:09 AM | Show all posts

wsalam..

susah nak cakap sebenarnya kalo nak ikut exact jam, sbb Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya.

tu yg ustaz aku ajar dulu la..

wallahualam.
Reply

Use magic Report

shokuji10 This user has been deleted
 Author| Post time 19-7-2005 10:05 AM | Show all posts
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 11:31 AM | Show all posts
Salam,

Dulu dah ada thread ni. Dah kena delete rupanya...

Waktu dhuha ialah waktu naik matahari setinggi tombak/ galah.  Kira2 jam 8 atau 9 pagi sampai tergelincir matahari.

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Sebanyak2nya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Tlh berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: 1. puasa 3 hari tiap2 bulan, 2.  sembahyang dhuha 2 rakaat dan 3. sembahyang witir sebelum tidur"

(riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga"

(riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 01:56 PM | Show all posts
eeemmm cara2 & bacaan dlm solat sunat dhuha ni...sesape leh tolong tak? :tq::tq:;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 02:18 PM | Show all posts
:ah: setuju dengan sniper & fleursza..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2005 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by punchup at 29-7-2005 13:56:
eeemmm cara2 & bacaan dlm solat sunat dhuha ni...sesape leh tolong tak? :tq::tq:;)

aah..pink pon nak tau jugak..:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 02:23 PM | Show all posts
Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:

1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.

2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama.

Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah.

Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan solat sunatnya sebanyak dua atau empat, lapan dan dua belas rakaat, meskipun solat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2005 02:25 PM | Show all posts
Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 02:38 PM | Show all posts
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 02:39 PM | Show all posts
Doa :

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah TUhan seru sekalian alam."

[sumber: Panduan Solat Dhuha - Muhammad Uzair Al Aziz, Dinie Publishers]
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2005 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by punchup at 27-10-2004 01:56 PM:
eeemmm cara2 & bacaan dlm solat sunat dhuha ni...sesape leh tolong tak? :tq::tq:;)

mrs ada 2 sumber yg bgtau bacaan dlm solat dhuha ni

sumber 1
rakaat pertama sunat dibaca selepas al-Fatihah:surah as-syams
rakaat kedua sunat dibaca slps al-Fatihah:surah ad-dhuha

sumber 2
Rakaat pertama dibaca Al-Fatihah dan surah As-Syams atau Al-Kafiruun
rakaat kedua selepas Al-Fatihah dibaca surah Ad-Dhuha atau Al-Ikhlas.


sumber 1 juga memberitahu doa ini dibaca ketika sujud yg terakhir~baca 3x





ini pula doa selepas sembahyang dhuha



ertinya spt yg diberitahu oleh pink:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2005 11:45 PM | Show all posts
ooo..baru tau...terima kasihhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 11:27 PM | Show all posts

sholat tasbih

hird baru terbaca tentang seorang forummer cakap tentang sholat tasbih nih......

boleh tak sapa2 kat sini tolong ajarkan hird macam mana nak buat sholat tasbih nih......

terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 08:19 AM | Show all posts
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih ada empat rakaat.
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.  

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 08:21 AM | Show all posts
Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam.  

Niat: "Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala"  

Pada setiap rakaat baca Al-Fatihah dan surah mengikut pilihan.
Selepas itu (sebelum rukuk) ucaplah tasbih ini sebanyak 15 kali iaitu:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2005 08:22 AM | Show all posts
Makna tasbih:
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah
yang maha tinggi dan maha agong."
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 08:26 AM | Show all posts
Kemudian rukuk, dan setelah membaca bacaan rukuk, baca tasbih di atas sebanyak 10 kali
kemudian iktidal. Selesai bacaan iktidal, baca tasbih tersebut 10 kali
kemudian sujud, selesai bacaan sujud, baca tasbih tersebut 10 kali  
kemudian duduk antara dua sujud, selepas bacaan, baca tasbih tersebut 10 kali   

kemudian sujud kedua, selesai bacaan sujud, baca tasbih tersebut 10 kali
sebelum berdiri untuk rakaat kedua, hendaklah "duduk sekejap" dan baca tasbih tersebut 10 kali.

Diulangi pada rakaat ke-2, ke-3 dan ke-4.

Dari seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama
adalah berjumlah 75 kali tasbih
ini bermakna empat rakaat solat: 75 X 4 = 300 tasbih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 08:30 AM | Show all posts
Perlu diingat ketika tahiyat akhir, hendaklah membaca tasbih 10 kali sebelum membaca tahiyyat.

jika ada apa2 yg terkurang/tersilap/terlepas-pandang mengenai solat tasbih ini,
harap ada forumers yg membetulkannya.

sekian, wassalam.

[ Last edited by Kopi-Topi at 26-8-2005 08:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 09:10 AM | Show all posts
nak tanya,kalau kita bantai baca 300 kali tasbih dalam 1 rakaat boleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 2.134720 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list