CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39263|Reply: 129

Hilangnya negeri negeri melayu di selatan thailand

[Copy link]
rodriguez This user has been deleted
Post time 2-12-2003 08:23 PM | Show all posts |Read mode
beratus ratus tahun dahulu...orang orang melayu telah kehilangan selama lamanya sebuah kerajaan dan kepulauan melayu Islam iaitu filipina kepada penjajah sepanyol...dan terus menjadi sebuah negara dominasi kristian.lebih 100 tahun dulu,orang melayu telah kehilangan singapore hasil daripada kesilapan pembesar melayu sendiri..

dan hasil percaturan british dan siam lebih kurang 100 tahun yang lampau,orang orang melayu telah kehilangan negeri negeri melayu utara jatuh ke dalam kekuasaan siam iaitu Patani, Yala, Songkhla, Narathiwat dan Saturn.mereka adalah jati diri bangsa melayu muslim..kadangkala sedih juga ada antara orang kita (malaysia) yang berasal daripada keturunan patani tetapi bangga mengaku sebagai keturunan siam...sedangkan siam dan patani(melayu) adalah dua bangsa yang berbeza.

kini tak ramai antara orang orang melayu di sana yang boleh berbahasa melayu (hasil daripada sistem pendidikan yang diterapkan oleh siam)..malah ada di antara orang melayu di sana sendiri menganggap bahasa melayu adalah bahasa kurang kemajuan berbanding bahasa thailand.hasilnya bahasa melayu telah terhakis lansung.kalo korang ada membaca kisah keturunan ketujuh mahsuri,,beliau dan keluarga juga tidak boleh lansung berbahasa melayu.

aku ada membaca daripada beberapa buah jurnel,kerajaan melalui dewan bahasa dan pustaka telah mula menghantar tenaga pengajar bahasa melayu ke negeri negeri melayu tersebut untuk memastikan bahasa melayu terus hidup dan subur dikalangan bangsa sendiri..

untuk korang...
jangan lupakan saudara sesama bangsa dan agama kita yang hidup di sana.mereka pernah bebas merdeka suatu ketika dahulu..sebagai sebuah kerajaan melayu islam.

coretan ringkas..
dari aku yang berketurunan patani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 2-12-2003 08:37 PM | Show all posts
petikan dari buku sejarah perjuangan melayu patani yang ditulis oleh NIK ANUAR NIK MAHMUD, seorang Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.  

Patani yang damai dan indah memendamkan banyak sejarah perjuangan rakyatnya.  Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj.  Sulung.  Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phy Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir.  Dasar penjajahan Siam ke atas Patani disokong pakatan jahat kuasa besar terutama British dan Perancis.  Orang Melayu Patani yang berjuang mengusir Jepun berharap British dapat membantu mereka menghalau Siam dari bumi Patani kerana Siam sebelum itu memberi ruang kepada Jepun menyusup ke Tanah Melayu untuk mengusir British.  Sebaliknya British bersekongkol dengan Siam menghancurkan perjuangan rakyat Patani dalam GEMPAR, Force 136 dan PULO.  Pembunuhan kejam Hj. Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen yang mencurigakan pada tahun yang sama, 1954, memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas.

Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 2-12-2003 08:57 PM | Show all posts
sejarah kerajaan melayu patani dari awal boleh dibaca melalui link ni..nak summary panjang sangat..dan banyak isi penting..

http://fanzalika.tripod.com/Malay/patani/kepala_%20sejarah.htm
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 2-12-2003 08:58 PM | Show all posts

rumusan

Rumusan
Patani adalah sebahagian daripada tanah ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.

Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.

Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.

Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.

Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti.

Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.

Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.

Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu-Siam.

Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.

Selepas Persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.

Sehubungan perjuangan politik kemerdekaan Patani, seorang pegawai Pejabat Tanah Jajahan British pernah mengulas bahawa:
If the affairs in this world were settled by common sense and equity, I personally have no doubt what ever that Patani ought to be seperated from Siam dan become part of Malaya. The inhabitants are 90%. Malays and 90% Mohamedans (in a Buddhist country). All their connections are with the south, and particularly with Kelantan, and the Siamese record in Patani is one of dreary mis-rule interspersed with sporadic outbursts of actual tyranny. There is no doubt that where the wishes of the inhabitants lie, and a fair plebscite (if one could be arranged) could only have one result. In the complex affairs of international politics, however, mere practical considerations of this mind do not find much place.
Reply

Use magic Report

UsopJoget This user has been deleted
Post time 2-12-2003 10:03 PM | Show all posts
Roddy.....

Sejak bile ko tulis Jurnal Sejarah nih...? heheeh

Yg aku tahu kerajaan awal belah2 saner tu "Tun-Tun" ngan "Pan-Pan" btul ke ? Ini pon aku baca buku Sejarah Form 1. Thambirajah tu............
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 2-12-2003 10:36 PM | Show all posts
hehe aku minat sejarah aaa..

posting yang pertama tu je aku tulis sendiri..yang lelain aku copy jer untuk nak kasi detail sikit..


pan pan...nama kerajaan lama kat situ..cam kedah dulu orang panggil gangga nagara..ada pengaruh hindu dan buddha..yakni sebelum kedatangan agama islam.kalo nak kira..empayar melayu ni sampai vietnam dan kambodia...kalo kat cambodia..ada kerajaan melayu islam champa yang terkenal..

p.s dulu pernah tenguk program tv..orang melayu vietnam speaking melayu...cuma loghrat dia huruf b dalam malay digantikan v.. cam vuat,verlari...etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2003 02:15 PM | Show all posts
Kitee dah bace buku tuhh..kite pun sodih jugak sebenatnye ape yang tlah jadi tuu..tapi macam mane...Kitepun sebonarnyer keturunan Sultan Patani dan ramai saudare mare kite masih kat sane tuu..kat bengkokpu adee...:cry:

p/s : kite tengah up date/research susur galur kite sampai sultan patani...sekarang baru adei 10 keturunan...sape2 klu ade info bekenaan susur galur sultan berkenaan sile contact saye..
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 19-12-2003 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 2003-12-17 02:15 PM:
Kitee dah bace buku tuhh..kite pun sodih jugak sebenatnye ape yang tlah jadi tuu..tapi macam mane...Kitepun sebonarnyer keturunan Sultan Patani dan ramai saudare mare kite masih kat sane tuu..kat b ...


her Lloni ni ada bau bau bacang dengan tengku ahmad rithaudden ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 19-12-2003 08:42 PM | Show all posts
bro...
tak silap aku masa perjanjian bangkok 1909 tue, waktu pattani diserhkan kat siam, dan satun (perlis di bawah tanah melayu) ..ia ada kena mengena sangat perjanjian inggeris-belanda 1874...sebenarnya diorg , penjajah dah merancang awal2, nak bahagikan wilayah islam dlm lingkungan mereka..

(x sure, perjanjian inggeris belanda, nanti aku cek blk).
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 22-12-2003 03:09 AM | Show all posts
perjanjian inggeris-belanda (anglo-dutch treaty) pada tahun 1824.. bukan 1874..
perjanjian tu membahagikan rantau melayu kepada dua lingkungan pengaruh..
british ambil bahagian atas selat singapura..  belanda bahagian bawah..
rasanye perjanjian tu takda kene mengena ngan pattani..
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 23-12-2003 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 2003-12-19 08:42 PM:
bro...
tak silap aku masa perjanjian bangkok 1909 tue, waktu pattani diserhkan kat siam, dan satun (perlis di bawah tanah melayu) ..ia ada kena mengena sangat perjanjian inggeris-belanda 1874...se ...



macam kata winzip tu..belanda amek bahagian indonesia...british dari singapore ke atas..

yang membahagi bahagikan kawasan utara tanah melayu adalah british dan siam.

kalo ikut sejarah...orang melayu memang bernasib malang.tanah dicerai beraikan oleh orang asing.

sepanyol mengambil filipina
belanda mengambil indonesia
british mengambil tanah melayu dan singapore
siam mengambil negeri negeri utara tanah melayu
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 23-12-2003 09:47 PM | Show all posts
british tak berminat pada wilayah melayu di selatan thai sebab takda hasil..
pattani pulak tu pernah jadi pusat islam rantau melayu.. mana british nak..
tu sebab british tak kisah wilayah2 tu kekal di bawah siam..
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 23-12-2003 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-22 03:09 AM:
perjanjian inggeris-belanda (anglo-dutch treaty) pada tahun 1824.. bukan 1874..
perjanjian tu membahagikan rantau melayu kepada dua lingkungan pengaruh..
british ambil bahagian atas selat singapu ...



aiseh, sorri, tersilp fakta,
aku nak me"recall inagtan aku
pada apa yg cikgu aku citer pasal kerjasama British-siam
untuk mendapatkan sbhgn tanah melayu..

nanti la aku carik balik..hehehe


cmner leh termasuk british-belanda..plak tader kena menegna lgsung!
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 25-12-2003 10:42 PM | Show all posts
perjanjian inggeris-belanda 1824..
dasar pintu terbuka siam pada zaman mongkut
hanya bermula pada 1855 melalui perjanjian bowring ngan british..
jadi perjanjian 1824 memang takda kene mengena ngan negeri melayu utara..
lagi pun masa tu east india company hanya berminat pada pelabuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2003 10:32 AM | Show all posts
kalo tak pasal perjanjian bangkok 1909 tu mungkin tak jadik cam skang nih... tapi bagi aku patani tetap sebahagian drpd sejarah melayu...

bak kata khalid salleh dlm filem jogho; "apo bezo patani donge kelate? samo jah..."
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 27-12-2003 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-25 10:42 PM:
perjanjian inggeris-belanda 1824..
dasar pintu terbuka siam pada zaman mongkut
hanya bermula pada 1855 melalui perjanjian bowring ngan british..
jadi perjanjian 1824 memang takda kene mengena ng ...

Originally posted by iscol_klang at 2003-12-26 10:32 AM:
kalo tak pasal perjanjian bangkok 1909 tu mungkin tak jadik cam skang nih... tapi bagi aku patani tetap sebahagian drpd sejarah melayu...

bak kata khalid salleh dlm filem jogho; "apo bezo p ...





okeh, dh dpt recall...

takde kena mengena ngn Perjanian Inggeris-belande 1824, tapi
perjanijian Bangkok 1909, menunjukkan
kerjasama Inggeris-Siam secara rahsia,..

masa pemerintahan Rajer Chulalongkorn, dia buat sistem pemusatan kuasa
(Thesaipban?)--maknanya, semua jajahan Siam di bwh pemerintahan
Bangkok. Masa thn 1909, la..raja itu mengumpulkan 7 area Pattani (Greater Patani, pattani ialah negeri Islam di selatan thai, dan dibahgikan kpd 7 daerah Muslim)...sistem nie, dinamakan "Kawasan 7 jajahan" (chek Huamuang)..
ialah diletakkan di bwh jajahan Pesuruhjaya tingi thai (khaluang ).(salah, betulkan..)
1906---Area 7jajahan nie dikendalikan oleh Monthon Patani, satu sistem mpemerintahan berbentuk bulatan,,
Monthon patani, separet 7 kwsan kepada 4 kawsan--patani, bangnara, Saiburi, Yala..
Satu daerah KEDAH, jugak dimasukkan kat area nie, nama SATUN..
Dalam masa yg sama, Kedah, negeri islam bersama kelate, t'gganu, dan Perlis ---diletakkan bawah Penasihat British.....pd 1909, biler British
mengiktiraf Siam sebagai kerajaan berdaulat (kunun, tidak mnejajah siam),
Patani telah pun berada 100% dlm sistem pemerintahan siam..

theory sendiri::  siam kater, dia tak prnh dijajah british, tapi
sebetulnya, british bekerjasama ngn Siam untuk menakluki wilayah2 Islam,
dan Siam patuh, semata2 untuk mendptkan kedaulatan..

dok gitu, Rod?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 27-12-2003 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 2003-12-26 10:32 AM:
kalo tak pasal perjanjian bangkok 1909 tu mungkin tak jadik cam skang nih... tapi bagi aku patani tetap sebahagian drpd sejarah melayu...

bak kata khalid salleh dlm filem jogho; "apo bezo p ...



ado bezo, pokcik khalid saleh..
ore pattani  reti kecek kelate & siye..kecek melayu x reti..
ore kelate, reti kecek kelate, melayu, tok reti kecek siye..heh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 11:42 AM | Show all posts
Negeri / daerah melayu utara yang berada di tangan siam sebelum 1909 - Perjanjijan Bangkok:
Kedah, Senggora, Yala, Petani, Perak, Kelantan & Terengganu. (Kubang Pasu, Perlis & Setol/Saton adalah sebahagian dari daerah Kedah)

Selepas perjanjian - ujud persempadanan baru - di mana beberapa negeri/daerah melayu utara dikekalkan dalam siam iaitu: Petani, Senggora, Yala dan Setol (satu daerah jajahan Kedah).

Tanpa perjanjian Bangkok 1909, mungkin negeri-negeri seperti Kedah (termasuk Perlis), Perak, Kelantan dan Terengganu akan masih berada di bawah naungan Siam hingga kini.
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 27-12-2003 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 2003-12-27 08:12 AM:
okeh, dh dpt recall...

takde kena mengena ngn Perjanian Inggeris-belande 1824, tapi
perjanijian Bangkok 1909, menunjukkan
kerjasama Inggeris-Siam secara rahsia,..

masa pemerintahan Rajer C ...



herm..sebenarnya perpecahan negeri negeri melayu ni...antara lain berpunca daripada pemerintah kita jugak dulu...saling berebut kuasa...dan kurang licik ngan tindaktanduk british dan siam..
pemerintah siam tu sangat licik...diorang boleh dikatakan beruntung kerana kemaraan pihak british tersekat sebab masa tu perancis turut sama nak campur tangan di Indo china.diorang melagakan antara raja raja melayu agar penentangan terhadap siam tu lemah..macam anak ayam..maka mudahlah diorang menguasai seluruhnya negeri negeri melayu utara.

adakah sejarah mungkin berulang? ia boleh  berulang kalo kita tak belajar daripada sejarah.....
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 27-12-2003 11:21 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 26-12-2003 10:32 AM:
kalo tak pasal perjanjian bangkok 1909 tu mungkin tak jadik cam skang nih... tapi bagi aku patani tetap sebahagian drpd sejarah melayu...

bak kata khalid salleh dlm filem jogho; "apo bezo p ...

sama dari segi pertuturan.. beza dari segi pentadbiran..
satu di bawah raja melayu.. satu lagi di bawah raja siam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.803124 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list