View: 118310|Reply: 637
|
PHYTO FIBER- Sembelit kronik/kempiskan perut buncit / utk DETOX
[Copy link]
|
|

Di sarankan utk mereka yg ingin mencuba.....
pilih PEK PERCUBAAN sahaja!! |
|
|
|
|
|
|
|
PHYTOFIBER- PEMBERSIHAN USUS DALAMAN
PEMBERSIHAN USUS DALAMAN
Masalah usus dalaman adalah disebabkan oleh,
Pengambilan makanan berlebihan yang mengandungi
* Protein yang bertahap tinggi, daging seperti daging lembu, kambing/bebiri dan lain-lain.
* Kalori yang bertahap tinggi seperti makanan yang bergoreng, makanan yang berlemak binatang dan
* Makanan yang telah disiapkan seperti makanan segera, minuman berkarbonat, kek, makanan dalam tin dan lain-lain.
Dan,
Kekurangan atau tidak cukup pengambilan makanan yang mengandungi
* Serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan lain-lain.
HASILNYA:-
1~ FUNGSI PENGHADAMAN YANG TIDAK MEMUASKAN
2 ~USUS -Tempat pembiakan bakteria yang merbahaya
3 ~KEMUNCULAN PENYAKIT BARU
Kewujudan beribu-ribu bakteria yang merbahaya adalah disebabkan oleh makanan yan tidak dihadamkan dengan sempurna di dalam usus. Sebagai akibatnya, badan akan menghasilkan toksin yang akan mendatangkan keburukan kepada badan yang sihat. Inilah bagaimana koprostasis terperangkap di dalam tubuh dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.
DENGAN ITU KEBERSIHAN USUS DALAMAN ADALAH SATU KEMESTIAN & ADALAH ASAS YANG TERBAIK UNTUK TUBUH YANG SIHAT.
KELANSINGAN
------------------
Satu tanda bahaya kepada obesiti yang melampau.
Setiap manusia lebih suka mempunyai badan sihat dari segi fizikal, tidak berlemak dan bentuk tubuh yang lansing.
Daging yang berlebihan adalah satu halangan untuk perjalanan ke arah kecantikan yang sempurna. Ia juga menimbulkan masalah kesihatan yang rumit.
Pakar kesihatan menasihatkan dalam pengambilan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini adalah kerana pengambilan makanan yang berserat tinggi dapat membantu :-
* Mempunyai rasa kekenyangan yang cukup dan menghindari pemakanan berlebihan
* Melarutkan dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh
* Meningkatkan kadar metabolisme
* Menghapuskan lemak yang berlebihan
MAKANAN BERSERAT TINGGI YANG BAIK
3 Bahan Utama :-
SERAT TUMBUHAN
Serat tumbuhan termasuklah serat yang boleh larut di dalam air atau sebaliknya. Serat yang larut memberikan rasa kekenyangan manakala serat tidak larut membantu mengurangkan koprostasis.
* Serat tumbuhan membantu mengurangkan ciri-birit dan menyerap air yang berlebihan di dalam usus.
* Berfungsi sebagai pelincir kepada usus dengan mempertingkatkan laluan bahan buangan dalam saluran usus.
* membantu untuk menyingkirkan "koprostasis" dan mengurangkan risiko kanser usus.
* Membantu mempertingkatkan pergerakan peristalsis usus, mengurangkan sembelit dan masalah seperti buasir dan nafas berbau.
* Membantu membersihkan sisa bendasing dalam usus untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi perkembangan bakteria baik dan menyihatkan fungsi sistem badan.
* Membantu mengurangkan lemak dan paras kolesterol, mengurangkan sintesis kolesterol tidak baik.
* Memberikan perasaan kekenyangan, boleh membantu orang yang berlebihan berat badan untuk mengawal selera makan mereka.
ROSELLE
Roselle kaya dengan vitamin B dan C (ia adalah lebih tinggi antara buah-buahan tempatan)
* Sebagai bahan menggalakkan pembuangan urin semulajadi dan membantu mempertingkatkan pengeluaran urin.
* Ia membantu merendahkan kepekatan darah, melancarkan pengedaran darah dan merendahkan tekanan darah.
* Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang menyejukkan dan boleh membantu menurunkan suhu demam panas.
* Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan kecederaan.
* Ia mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan masalah kulit.
* Ia mengandungi anti-oksida semulajadi, membantu menghindari kerosakan sel dan mengurangkan peluang pengoksidaan kerosakan hati.
BIJIRIN OATS
Bijirin oat mengandungi zat makanan asid amino, vitamin B1, kalsium, besi, serat yang boleh larut.
* Oat adalah sejenis makanan yang berkhasiat yang disyorkan oleh pakar-pakar pemakanan
* Kaya dengan bran dan fiber yang bermanfaat untuk sistem penghadaman.
* Membantu mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol, mengurangkan risiko kardiovaskular, serangan jantung dan lumpuh.
* Sebagai anti-depresi semulajadi yang berfungsi seperti tonik untuk saraf
* Membantu melegakan sakit kepala dan keletihan
* Mengandungi kalsium, yang membantu menguatkan gigi dan
tulang
Di harap kita dapat berkongsi pengalaman bersama2 utk kebaikan semua!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar kesihatan menasihatkan dalam pengambilan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini adalah kerana pengambilan makanan yang berserat tinggi dapat membantu :-
* Mempunyai rasa kekenyangan yang cukup dan menghindari pemakanan berlebihan
* Melarutkan dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh
* Meningkatkan kadar metabolisme
* Menghapuskan lemak yang berlebihan
TESTIMONI 1.
__________
Saya telah lama menghadapi masalah sembelit di mana saya hanya membuat air sekali dalam 2-3 hari. Oleh itu perut saya kelihatan sedikit buncit. Penampilan say tidak menarik. Selepas 8 jam saya mengambil Phyto Fiber, saya berasa tidak selesa perut dan terus melulu ke tandas. Saya amat berpuashati kerana dapat membuang air besar dalam jangkamasa yang begitu pendek tanpa menyakitkan walaupun najisnya agak keras. Dengan keyakinan ini saya telah menggunakan PF dua kali sehari dan selepas itu buhan sahaja masalah sembelit saya dapat diatasi tetapi berat badan saya juga telah turun 2kg dalam sebulan. Ia adalah di luar jangkaan kerana saya tidak mengharapkan untuk menurunkan berat badan. Selain itu saya juga kurang merasa lapar dan letih.
TESTIMONI 2
___________
Pengalaman peribadi menggunakan phytofiber : lepas bersalin kali kedua hari tu, saya berdepan dengan masalah 'sembelit' kiranya serius tahap maharaja dah la sembelit tu... apa tidaknya, dalam tempoh 30 hari, 3x ajer 'membuang'... dengan sakit, dengan darah-darah.. setiap kali ke 'toilet zone' amik masa 45 minit (paling kejap!)... ramai yang nasihat itu ini... semua saya dah buat, sebut jer la apa : - makan buah banyak2? sudah... - makan sayur 3-4 mangkuk sehari? sudah... - ambil buah atau jus prune? sudah... - ambil pil sembelit dari doktor? pun sudah... last2, sorang doktor sarankan "cari mana2 produk fiber..." terusss teringat phytofiber alhamdulillah... penyeksaan di 'toilet zone' tiada lagiiiii... dah boleh senyum tetiap pagi!
TESTIMONI 3
__________
Sejak kecil lagi saya telah mengalami masalah sembelit dan perut kerap masuk angin. Kadang-kadang hampir seminggu baru saya dapat membuang air besar. Klinik yang berdekatan sudah kenal dengan masalah saya. Kadangkala badan saya rasa begitu lemah dan perut kembung seperti gendang terutama pada hari yang kelima. Setelah saya menggunakan PF yang diberikan oleh rakan karib. Pada permulaan, ia tidak memberi sebarang kesan tetapi apabila dinasihatkan terus menggunakan dan meminum lebih air. Akhirnya saya dapat mengeluarkan najis yang luarbiasa banyaknya dengan warna yang hitam dan busuk. Apa yang lebih gembira ialah berat badan saya kini sudah turun sebanyak 3kg dalam 3 minggu dan perut saya tidak lagi kembung. Kini saya rasa lebih sihat, bertenaga dan ceria
Testimoni 4
_________
Sebelum ini saya mengalami masalah gastrik disebabkan oleh ketidatentuan masa makan kerana terlalu sibuk. Saya menggunakan pelbagai jenis produk yang berasaskan fiber yang ada di pasaran dengan kesan yang amat menyeksakan dimana saya mengalami cirit birit dan sakit perut. Selepas membuang air besar, perut saya menjadi lapardan membuatkan saya tidak yakin dgn produk fiber. Tapi keadaan berubah apabila saya mencuba PF. Kesannya cukup menakjubkan. Saya tidak lagi mengalami masalah cirit birit, sakit perut dan lapar selepas membuang air besar. Masalah gastrik yang saya alami telah beransur pulih dan badan saya semakin sihat sekarang.
Testimoni 5
_________
PERGI TANDAS DENGAN SELESANYA!
Kurang 8 tahun dahulu, saya sudah mengalami masalah sembelit. Saya buang air besar hanya 1 kali dlam 2 hingga 3 hari. Setiap kali, saya terpaksa menggunakan banyak tenaga dan masa dalam tandas. Oleh itu, masalah sembelit ini telah menggangu kehidupan saya.
Saya cuba makan banyak buah2an dan sayur2an untuk melawaskan pembuangan air besar, namun ia tidak berkesan. Kawan saya telah memperkenalkan Phyto Fiber kepada saya. Selepas mencuba, masalah sembelit telah bertambah baik dan berat badan saya berkurang sebanyak 4kg.
Ribuan terima kasih kepada Phyto Fiber, kini saya dapat pergi ke tandas dengan selesanya. ~ Sim Mei Cheng, Johor.
Testimoni 6
_________
Saya menghadapi masalah sembelit sejak beberapa tahun yang lalu kerana mengabaikan buah2an dalam amalan pemakanan harian saya. Biasanya orang lain buang air besar setiap hari tetapi saya hanya buang air besar seminggu sekali. Sembelit dan perut kembung membuatkan saya menderita. Saya telah mencuba pelbagai jenis produk sebelum ini tetapi gagal menyelesaikan masalah saya.
Selepas mengetahui Phyto Fiber boleh mempertingkatkan pergerakan peristaltik usus, sya tidak sabar untuk mencubanya. Seperti yang dijangka, ia terbukti berkesan! Dalam 2 minggu pertama, najis saya berwarna gelap dan bau busuk. walau bagaimana pun, keadaan saya menjadi semakin baik selepas itu.
Terima kasih kepada Phyto Fiber keran membantu saya menyelesaikan masalah sembelit. ~ Lim Cheong Bing, Pantai Remis.
Testimoni 7 - Guna PEK PERCUBAAN -
____________________________
Saya adalah salah sorang yg begitu teringin utk menurunkan berat badan. Namun begitu menghadapi masalah sembelit. Setelah mencuba PEK PERCUBAAN, proses pembuangan menjadi lancar..Menakjubkan kerana saya turun 1 kg dlm masa 3 hari.Pernah makan produk diet utk 10 hari tetapi hampa kerana tidak turun langsung .Atas nasihat kawan, saya terus membeli pula PEK PERCUBAAN Pytofiber.
Alhamdulillah!!
Akan bersambung lagi.....utk terus berkongsi info........TUNGGU!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
1 .Apakah itu fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.
2. Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.
3. Siapakah memerlukan fiber?
Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.
4. Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.
5. Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan Phyto Fiber?
Secara umumnya, selepas mengambil Phyto Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing..
6. Bagaimanakah fiber membantu meransang sistem penghadaman?
Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.
7. Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.
8. Adakah pengambilan fiber akan mengakibatkan ketidakcukupan garam mineral atau menghapuskan bakteria yang bernas?
Menurut laporan kajian semasa, fiber tidak akan mengakibatkan masalah yang sedemikian. Sebaliknya ,bakteria bernas turut bergantung kepada fiber untuk bertumbuh dan membiak.
Bacalah dgn sabar.........sekiranya ada tergolong dalam golongan mereka yg memerlukan FIBER..........baik lah berfikir utk mencuba PEK PERCUBAAN:hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Penyahtoksin tingkat kesihatan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kehidupan yang dilingkari dengan pencemaran dan tekanan, ditambah pula pemakanan yang tidak sihat merupakan sebahagian daripada elemen-elemen yang memudahkan tubuh menjadi tempat pengumpulan toksin.
Toksin yang terkumpul dan tidak disingkirkan dari tubuh memungkinkan timbulnya pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, migrain, gout dan banyak lagi.
Penyahtoksin merupakan satu proses mengeluarkan toksin dari tubuh demi mendapatkan kehidupan yang bersih dan sihat secara menyeluruh.
Hati, ginjal dan usus merupakan organ penyahtoksin semula jadi di dalam badan, begitupun ia juga memerlukan bantuan terutama jika tubuh mengandungi toksin yang berlebihan
Petikan Utusan Malaysia - 07/06/2005 |
|
|
|
|
|
|
|
TESTIMONI PENGGUNA

 |
|
|
|
|
|
|
|
Phyto Fiber ni juga sesuai diambil oleh :-
1) wanita dalam pantang & masih menyusukan baby...
PF ni diperbuat dari 100% fiber.. tak panas & memudaratkan baby tgh menyusu... disamping membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit masa dalam pantang...
2) kanak-kanak yang mengalami sembelit.. seawal 2 tahun.. tapi jgn letak sepeket.. letak dalam 1/2 sudu ke.. campur dalam jus buah-buahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syikin at 2-2-2006 12:21 PM
Phyto Fiber ni juga sesuai diambil oleh :-
1) wanita dalam pantang & masih menyusukan baby...
PF ni diperbuat dari 100% fiber.. tak panas & memudaratkan baby tgh menyusu... disamping me ...
Ada member tukang urut....rekemen kat pelanggan nya yg baru lepas bersalin. Pelanggan tersebut memang berpuas hati.Selepas habis pantang...dia order lagi sbb betul2 menjadikan badan dia segar!!
Berat badan nya senang nak turun..tak le gelebeh aje selepas habis pantang!!Kini dah kembali menten.Memang tak ada masalah susu terbantut pengeluaran.......malah makin banyak!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya pekena pf....dah lama tak makan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putri at 3-2-2006 06:43 PM
Bestnya pekena pf....dah lama tak makan ni...
Memang best...
Maklum ajelah kita ni tidak di jamin bebas dari toksin dlm kehidupan
yg semakin canggih ini!!! |
|
|
|
|
|
|
|
TOKSIN DAN SEMBELIT
PENGAMALAN CARA HIDUP MODEN
DAN PENGUMPULAN TOKSIN
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.
Apakah itu sembelit dan najis terlonggok?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus |
|
|
|
|
|
|
|
MENYAHTOKSIK RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.
BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah |
|
|
|
|
|
|
|
RM dah lama alami penyakit "toilet zone" nie..
nak tanya la..
Berapa harga sekotak dan sebulan kena makan berapa kotak ye? |
|
|
|
|
|
|
|
thread nih bkn da ader ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babycc at 11-2-2006 05:01 PM
thread nih bkn da ader ker??
Dah kena kunci ! |
|
|
|
|
|
|
|
kak red mmg ada masalah pembuangan.. selang sehari baru nak ke toilet.. sakit paler Tuhan je yg tahu.. mesti masalah toksin dah bertapuk2 dlm usus kak red.. kak red tros ambik phyto fiber dan jadikan amalan .. kalau nak ambik sayur2an setiap kali makan pun belum tentu mencukupi.. boleh jadi pembuangan boleh lawas tapiiiii bagaimana toksin yg dok bertepek kat usus kita selama kita idup?.. boleh ke bersih?..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 11-2-2006 08:43 PM
thanks ye mama coz hantarkan PF siang tadi.
Tak ada masalah kalau kat area sana tu..!!
Dah biasa tawaf kat bgn2 area tu....:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Kanser kolorektal bermula pada usus
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
SIMPTOM buasir sering disalah anggap sebagai kanser kolorektal iaitu gabungan kanser kolon dan rektal. Bukan hanya kerana kedudukannya sama ada di luar dubur atau di hujung salur najis, tetapi rupanya yang bengkak dan tersembul keluar memang nampak seperti ketumbuhan menakutkan.
Malah, simptom buasir seperti sukar membuang air besar, rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas dan najis berdarah mungkin boleh menjadi petanda awal penyakit lain seperti kanser kolorektal.
Bagaimanapun, buasir bukan penyebab kanser kolorektal dan tiada kaitan dengan penyakit berbahaya itu.
Kanser kolorektal adalah kanser ketiga biasa di dunia selepas paru-paru dan payudara, dengan anggaran kira-kira 3,500 kes baru setiap tahun di negara ini.
Kanser kolorektal adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus besar yang menyimpan bahan buangan sebelum ia dibuang sebagai najis).
Setiausaha Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Mohamed Ibrahim Wahid, berkata kanser usus adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser.
Proses ini mengambil masa bertahun-tahun tetapi ramai membiarkannya berlaku. Walaupun menyedari mereka mula mengalami masalah membuang air besar, ramai beranggapan ia perkara normal.
Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan simptom, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.
Antara simptom lain termasuk berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut rasa memulas, terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu), perut rasa tidak selesa (kembung atau senak), muntah, hilang selera makan tanpa alasan tertentu dan sentiasa rasa penat. Pada keadaan serius, pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar.
"Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, simptom ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.
"Jadual ke tandas ini juga berbeza antara individu. Jangan bandingkan jadual kita dengan orang lain kerana ada orang hanya pergi tandas seminggu sekali dan itu adalah normal baginya. Apabila jadual ini berubah, contohnya kepada sebulan dua minggu sekali dan disertakan simptom lain, segeralah berjumpa doktor," katanya dalam seminar kesihatan anjuran Pfizer Malaysia.
Puncanya masih tidak difahami sepenuhnya, tetapi banyak faktor dikatakan menyumbang kepada kanser kolorektal. Antaranya:
# Umur |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointestinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapor anda. Gris dan lain-lain bahan buangan senantiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berkekat dan menjadi tersumbat.
Bila ini berlaku, dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan). Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda akan menghadapi masalah berat badan.
Pembersihan saluran gastrointestinal memiliki mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan. Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama daripada ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama. Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|