CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3488|Reply: 10

Hiburan Realiti TV

[Copy link]
Post time 2-2-2006 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan program realiti TV berbentuk hiburan yang menjadi trend baru program televisyen di negara ini mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ada yang meminatinya tetapi tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai keterlaluan.

Kebanyakan program yang dicedok daripada program Barat itu dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang masih utuh dipegang majoriti rakyat negara ini.

Polemik program ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat.  Apakah pendapat anda ttg hal ini?  Kewajaran realiti TV serta kesannya terhadap masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 10:45 AM | Show all posts
Reply #1 mysara's post
ff:
:cak:nih baru minum kacip fatimah ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 10:53 AM | Show all posts

Reply #2 seribulan's post

hehehe.. nak menyedarkan diri jugak... tahun lepas menat kat rancang nuuuuuunnnnn yg ada mawi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:12 AM | Show all posts
Kita boleh melihat trend tsb dari pelbagai aspeks.... sosio budaya, komersial, hiburan dan sebagainya....

Dari segi komersial dan bisnes ia merupakan satu wadah yang paling efektif untuk mempromosikan sesuatu jenama. Tambah lagi dengan mensensasikan program tersebut rating sesuatu program tersebut akan melonjak naik....rating yang melonjak akan memberi pulangan yang melonjak juga kepada yang terlibat khasnya kepada stesyen tv berkaitan, syarikat telekomunikasi dan penaja terlibat...

Disebaliknya samada sedar ataupun tidak sedar program yang kita import dari luar walaupun telah diadaptasikan dengan cara kita, telah membawa masuk bersama nilai2 luar yang jika kita perincikan membawa nilai2 positif dan negatif disebaliknya. Kita tidak nafikan antara program2 tersebut membuka minda kita untuk belajar dan menyelami cara pemikiran dan budaya mereka tetapi secara tak langsung merupakan satu lagi bentuk neo-kolonialisma.

Tetapi pada akhirnya samada positif ataupun negatif terpulang kepada perspektif masing2.... Kita mempunyai pertimbangan yang sewajarnya untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh kita contohi dan mana yang patut kita tinggalkan.....

[ Last edited by blackpurple at 2-2-2006 11:13 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:41 AM | Show all posts
setiap realiti tu hiburan pada saya.  membuat program untuk carik makan seseoang keje di tv station tu tentunya sesuatu yang menghiburakan individu itu, kalo tidak program dia tak lama on air..kene cut dia miss soru.

it is just that the world 'has become smaller each day', istilah sekarang global, setiap manusia mampu 'to be king' on his or her own, tak perlu sultan king caliph or tuan guru , pendek kata setiap manusia itu BOLEH sukses , boleh get real to succeed apa pun memasing mahu.

kalau dulu perlu ada aktor aktress tertentu yang jadik kesayangan, waktu ini kau dia dan sapa pun jua boleh jadik aktor aktress kesayangan begitu

kita tenguk dunia iklan di barat pun cukup. dulu kene amik james dean elvis ke or sesapa popular untuk iklan product kemudian zaman ni pasal KUASA BELI semakin evenly distributed hingga budak belum kering hingus pun ada credit card maka budak kecik budak hitam budak tak lawa budak muka biasa pun oang amik jadik muka iklan.

kalo ikut psikoloji persuasion..ni bab Liking, bab Similarity dalam menjana kuasa pada masses/umum.

but to me kalau dah masuk tv it is not actually real kerna nama pun PROGRAM..it has been program to look as real as possible..to deceive the conscious mind, the thinking part of us. so kalo sapa pun nak jadik SUCKER..it is ur money beb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

goosepimple This user has been deleted
Post time 2-2-2006 11:59 AM | Show all posts
Bottomline VS Social obligations. Where do you draw the line?

[ Last edited by mysara at 2-2-2006 12:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2006 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by goosepimple at 2-2-2006 11:59 AM
Bottomline VS Social obligations. Where do you draw the line?



apa maksud goose nih? boleh terangkan dgn lebih lanjut tak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 12:40 AM | Show all posts
Stesen TV lebih pentingkan keuntungan semata mata ...
tapi masyarakat kena la pilih rancangan yang sesuai dengan mereka .
tapi sayang .. masyarakat banyak yang dah leka dan tertipu dengan rancangan realiti tv ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2006 10:15 AM | Show all posts

Reply #8 rasyid's post

sara berpendapat, stesen TV tidak harus mementingkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut bertanggungjawab dalam menangani masalah sosial. dgn kuasa yg ada pada mereka, mereka sebenarnya mampu mengubah senario ini.

rancangan realiti barat sebenarnya ada juga yg bernilai positif, The Apprentice misalnya, menampakkan suatu persaingan yg sihat, berkoloborasi dgn org lain, leadership yg mantap dan mengaplikasi semua pengalaman utk menyelesaikan tugasan.  Inilah rancangan yg sepatutnya menjadi tontonan dan juga perlu diadaptasi dgn budaya malaysia.

rancangan2 hiburan juga sebenarnya tidak menjadi kesalahan besar selagi cara persembahannya tidak melalaikan (sebenarnya, byk lagi program lain yg melalaikan).  disamping hiburan (cthnya AF ) bagi yg menonton diari, eloklah diterapkan unsur2 ketimuran dlm program tersebut.  Dah namanya pun program melayu utk org melayu, jadi pengadaptasian itu haruslah menepati cita rasa org melayu khususnya dan malaysia amnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 10:27 AM | Show all posts
Secara mudah, program realiti TV terutamanya berbentuk hiburan adalah sekadar hiburan semata2 bertujuan komersial untuk memenuhi kepentingan dan sasaran keuntungan stesen TV terbabit spt post saya # 4 di atas. Ia dipersembahkan sebegitu rupa dengan pelbagai gimik, daya tarikan, publisiti, promosi dan gaya persembahan agar penonton mampu 'terjerat' dengan keasyikan tersebut. Bagi penonton yang alpa akan terlupa hakikat program tersebut malah sesetengahnya menjadi terlalu taksub kepada sesetengah watak2 yang ditonjolkan dalam program tersebut. Malah dengan sekelip mata mengangkat watak2 tersebut menjadi 'idola'.

Bukan bermaksud untuk menidakkan unsur2 positif dalam setiap program realiti di stesen TV tempatan kita tetapi cuma dikhuatiri penonton terutamanya generasi muda kita nanti sampai ke satu peringkat kelihatan menunjukkan pemikiran yang jumud. Mereka membiarkan keasyikan yang melampau2 hingga menjurus kepada hedonisme.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2006 10:22 AM | Show all posts
Pada pandangan sara lar, pengusaha stesen televisyen yang amat mementingkan keuntungan memilih hiburan krn hiburan amat mudah dijual.
manusia amat ghairah akan hiburan, tak kira hiburan itu dalam bentuk : seni, sukan, kebodohan diri, menilai kepintaran, porno, haiwan dsb.
oleh itu, hiburan amat laku dan diwarwarkan sbg suatu keperluan biologis manusia.
akibatnya lahirlah suatu kelompok manusia yg amat mendahagakan hiburan malah terlalu taksub akan hiburan seolah-olah hiburan itu suatu bentuk agama baru bagi mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.914231 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list