CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6422|Reply: 12

Kenapa tiada Sasterawan Negara wanita?

[Copy link]
Post time 2-2-2006 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa tiada Sasterawan Negara wanita?
Oleh ZAHARI HASIB


DALAM perkembangan dunia kesusasteraan di negara ini deretan sembilan orang penulis lelaki telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN). Namun begitu tidak ada seorang pun daripadanya di kalangan wanita. Inilah permasalahan yang berlaku dalam dunia kesusasteraan kita pada hari ini di mana panel hadiah berprestij itu seolah-olah tidak menghiraukan sumbangan para penulis wanita.

Komitmen para penulis wanita kita telah terbukti sejak dahulu lagi. Mereka tidak berhenti menyumbang dalam setiap bidang penulisan seperti puisi, cerpen, novel dan drama.

Nama-nama besar seperti Zurinah Hassan, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi dan Prof. Siti Zainon Ismail adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan negara.

Adalah tidak adil jika sekiranya pihak panel penilai anugerah SN menidakkan keupayaan para penulis wanita kita masa kini.

Zurinah Hassan misalnya telah menghasilkan tujuh buah antologi puisi. Antologi tersebut ialah Sesayup Jalan, Di Sini Tiada Perhentian, KL dan Athor Place, Keberangkatan, Pujangga Tidak Bernama, Nota Waktu dan Salasiah.

Beliau juga menulis dua buah antologi cerpen iaitu Meneruskan Perjalanan dan Menjelang Pemilihan di samping sebuah novel iaitu Hatimu Aisyah.

Zurinah juga telah menghasilkan dua buah kajian iaitu Sasterawan Negara Usman Awang dan Memoir Zurinah Hassan.

Manakala Zaharah Nawawi pula telah menghasilkan sembilan buah novel iaitu Sebelum Berakhirnya Musim Bunga, Jalur Sinar Membelah Daun, Pesisir Hitam, Selamat Datang Adzie Faraha, Menuju Ke Puncak, Panglima Saleh Selempang Merah, Anugerah, Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana.

Beliau juga menghasilkan empat buah novel kanak-kanak iaitu Ebe Dan Eme, Mencari Hujan Emas, Wira Anak Berjasa dan Ke mana Wira dan telah berjaya menghasilkan kira-kira 200 buah cerpen yang telah di siarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air.

Fatimah Busu pula telah menghasilkan empat buah novel iaitu Ombak Bukan Biru, Kepulangan, Salam Maria, The Missing Piece I manakala Fatimah Busu juga mempunyai lima buah antologi cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau, Yang Abadi, Al-Israk, Keajaiban Alam dan Bunga-Bunga Pulau.

Beliau juga telah berjaya menghasilkan ratusan cerpen termasuk 56 buah antologi bersama pelukis lain dan mempunyai sebuah antologi puisi iaitu Apa Ada Di Sana-Versi Dunia.

Buku kajian tulisan Fatimah ialah Proses Penulisan Kreatif- Memupuk Bakat dan Minat, Penulisan Kreatif-Teori dan Proses dan Ciri-Ciri Satira dalam Novel-Novel Melayu serta Afrika Moden-Suatu Kajian Perbandingan.

Beliau juga giat dalam penulisan drama serta teater keliling. Antara skrip teater arahannya ialah Biduan Dari Neraka dan Jahanam yang pernah dipentaskan oleh Grup Teater Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Gerimis Pagi.

Sementara itu, Prof. Siti Zainon Ismail pula telah menghasilkan 11 buah kumpulan antologi puisi, antologi cerpen (lima) dan novel (dua) di samping enam buah judul karya ilmiah terutamanya yang berhubungan dengan kesenian dan busana dunia Melayu.

Sumbangan Siti Zainon telah terpilih menerima Anugerah Budayawan Selangor baru-baru ini.

Memandangkan keterlibatan yang serius oleh keempat-empat orang penulis wanita ini dalam menghasilkan karya-karya bermutu, maka sudah sampai masanya segala pengorbanan mereka ini dinilai oleh panel anugerah SN supaya mereka juga ikut terpilih untuk menerima anugerah.

Kita tidak mahu anugerah berprestij itu hanya dibolot di kalangan penulis-penulis lelaki sahaja.

Semoga pemilihan anugerah SN yang akan datang akan ada penulis wanita yang diiktiraf bagi memartabatkan sumbangan mereka kepada dunia kesusasteraan negara.

:hmm:maybe it's a patriarchal world after all

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 03:20 PM | Show all posts

Reply #1 seribulan's post

Fatimah Busu ialah salah seorang penulis yg sara kagumi selepas Cikgu Shahnon :bgrin:
so, mmg penulis lelaki lebih prolifik berbanding dgn penulis wanita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 03:22 PM | Show all posts
karya dier tgh kontroversi tu...SALAM MARIA....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 07:56 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 2/2/06 03:22 PM
karya dier tgh kontroversi tu...SALAM MARIA....


salam maria? what is it about?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2006 08:55 AM | Show all posts
SALAM MARIA...

Salam Maria cetuskan polemik dunia kesusasteraan
Oleh ANI AWANG



UNGKU MAIMUNAH Mohd. Tahir dan Rahman Shaari.
--------------------------------------------------------------------------------



MAJLIS Bicara Karya Salam Maria yang berlangsung di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini mencetuskan polemik baru dalam dunia kesusasteraan negara. Salam Maria karya Dr. Fatimah Busu dikritik hebat kerana karya itu dikatakan sebagai tidak berilmu dan tidak menepati ciri-ciri Islam yang sebenar daripada aspek Persuratan Baru.

Pemegang Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, New Zealand, Profesor Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir yang menjadi ahli panel majlis itu melahirkan kekecewaannya kerana karya itu meletakkan watak pelacur, Maria Zaitun, sebegitu tinggi nilainya sebagai wanita yang solehah, berstatus wali dan baik seperti sifat kenabian.

Beliau berkata, apa yang jelas proses penghasilan Salam Maria seolah-olah sudah melaksanakan keadilan apabila cerita pelacur Kristian berpenyakit siflis itu diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

揔ajian terhadap Salam Maria menunjukkan ruang naratif novel ini memberikan keutamaan kepada penceritaan berbanding ilmu ataupun idea.

揔omponen-komponen cerita seperti watak, suspens, fantasi dan aksi fizikal dimanipulasi untuk mencetuskan cerita, memajukan ke hadapan, mengekalkannya dan menutup cerita itu,
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 09:49 AM | Show all posts
thanks cik mod... dahsyat cerita salam maria ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2006 10:29 AM | Show all posts
Kenapa tiada Sasterawan Negara wanita?

Sebab penulis 'wanita' asyik masyuk dengan cerita cintan keparat.

Ataupun spt Profesor Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir, mereka sama piawai dengan prof razak mohaideen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 11:19 AM | Show all posts
nasi tambah...

CULTURE AND THE ARTS



Radical novel challenges established norms


by Dr Shakila Manan
Aliran Monthly Vol 24 (2004): Issue 11/12

  
Fatimah Busu, Salam Maria,
Malaysia, Absolute Press (M) Sdn Bhd, 2004

Salam Maria is a radical novel as it provides a critique of the nation-state for turning its back on the less-privileged and marginalized communities, mainly women who are old, poor, single, disabled, victims of incest and rape, says prominent literary critic Dr Wong Soak Koon.

She expressed this view during the recent launch of Dr Fatimah Busu抯 Salam Maria by Malaysia抯 Poet Laureate, Prof Muhammad Hj. Salleh. The launch was organised by KANITA, Universiti Sains Malaysia抯 foremost Women抯 Development Research Centre,

Before the launch, Muhammad moderated a panel discussion with four notable speakers: Dr. Wong Soak Koon, Assoc. Prof. Dr. Ruzy Suliza Hashim, En. Hanafi Ibrahim and Assoc. Prof. Dr. Maznah Mohamad.

Spiritual leader and entrepreneur

The female protagonist in the novel, Maria Zaitun, is a character taken from W.S. Rendra抯 famous poem Nyanyian Angsa (Song of the Geese).

Wong added that it was Maria Zaitun, fashioned after women Islamic saints such as Rabeah al-Adawiyah and Sayyidah Nafisah, who provides spiritual leadership, enlightenment and salvation to this group of dispossessed women in Hutan Beringin, a place deep in the interiors. Maria Zaitun is not just a spiritual leader, she is also an entrepreneur: she is the one who encourages these women to start a small cottage industry, sewing and selling specially-embroidered telekung or praying attire for Muslim women in the urban centres. This helps provide them with some form of financial independence and security.

A devout Muslim, Maria Zaitun is reduced to a social outcast because she has been misunderstood. Wong highlighted Fatimah抯 courage in criticizing religious institutions through the character of the village imam, who lacks compassion and humanity for social outcasts such as Maria Zaitun. Instead of helping her, the imam chases Maria Zaitun out of the mosque, where she had thought she could find refuge and spiritual salvation. It is a group of women, old, poor and disabled, who offer her sanctuary in their humble abode in Hutan Beringin.

Wong noted that Maria Zaitun抯 resourcefulness is clearly demonstrated when she takes over the running of the household and provides help to other marginalized women who had sought refuge in Hutan Beringin.

Fatimah didn抰 spare the media in her novel, noted Wong. One of the characters is Siti Senang, a journalist with Primadonna magazine. To please her bosses, gain popularity and reap profits, Siti Senang sensationalises news about Maria Zaitun, her spiritual powers and saintly touch.

The novel has several strengths and some limitations, said Wong. Although the writer was brave enough to raise important social issues affecting Malaysian society, in particular Malay-Muslim society, it would have helped if she had attempted to explore the 搒ubjective layer of personal life

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2006 02:17 PM | Show all posts

Reply #7 pessoa's post

Wanita bolot hadiah utama pertandingan menulis IKIM
Oleh ANI AWANG



AHMAD Sarji Abdul Hamid menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Menulis Skrip Drama TV IKIM, Mahiran Husain di Institut Kefahaman Islam Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------




PENULIS wanita terus mengukuhkan tapak mereka dalam bidang penulisan di negara ini.

Kebolehan mereka itu dibuktikan apabila dua penulis wanita, Mahizan Husain, 41, dan Mahirah Abdul Fatah Haron, 26, masing-masing meraih hadiah utama pertandingan menulis skrip drama televisyen dan radio anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2005 yang diumumkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mahizan meraih kemenangan menerusi karya Suria Di Cordoba (drama tv) manakala Mahirah dengan karya The Calling (drama radio).

Menurut Pengerusi Panel Hakim, Profesor Rahman Shaari, karya Mahizan dipilih kerana ia mengetengahkan pencarian makna perjuangan Islam di tengah-tengah kemelut dunia moden.

Penulis menekankan keislaman yang global, tidak sekadar hal-hal pengajaran hukum atau hal kebaikan Islam secara lurus atau langsung.

Materialisme

Tambah beliau, penulis menyampaikan kritik sosial, menyentuh soal kemiskinan dan kekayaan serta memperjuangkan hak asasi manusia.

揇rama ini mengemukakan pertentangan antara materialisme dan spiritualisme dengan mengemukakan watak Huzir yang tidak selesa dengan kemewahan hidup di istana lalu memilih hidup sebagai juru gambar di daerah sengsara.

揥atak ini ditemukan dengan Adi Putra yang asalnya miskin dan kemudian menjadi mewah lalu lupa daratan walaupun dia akhirnya insaf setelah bertemu dengan Suria yang menjadi sukarelawan di Baghdad,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 10:24 PM | Show all posts
ermm... Fatimah Busu mmg sara suka.. sara ada baca buku beliau OMBAK BUKAN BIRU... cadang nak buat koleksi.. sekali penerbitan dlm hard cover... fuiyoooo RM 50 something :bgrin: (tapi sara akan beli)

cerita OBB nih mcm cerita2 novel popular remaja sekarang, namun Fatimah Busu telah mengolahkan dgn langgam beliau, menjadikan cerita beliau sgt menarik.

Percintaan antara Imrah dan Lawrence (pemuda serani dari Penang) mmg mengasyikkan.. namun kesudahannya mmg sedih .. dua insan yg saling mencintai ttpi lantaran perbezaan budaya, akibatnya terpisah.  Novel Fatimah Busu berlainan dgn novel2 Shamsiah Mohd Noor, berbeza dgn Fauziah Shaari dan yg seangkatan dgnnya.

Lagipun Fatimah Busu menulis buku itu semasa beliau di tingkatan 6!!!! bayangkan junior sara menulis novel sehebat itu!!!!! wow... betapa bijaknya Fatimah Busu.  Sejak sara membaca OBB itulah sara mula membaca tulisan beliau spt cerpen2nya... semuanya berlatar belakangkan pantai timur dan bhs serta loghat yg amat menarik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2006 10:31 AM | Show all posts
Ataupun spt Profesor Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir, mereka sama piawai dengan prof raz ...


What do you mean exactly?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 08:55 PM | Show all posts
Sepatutnyer Zaharah Nawawi atau Khatijah Hashim dapat.. rasernya pernah dicalonkan kan?
Reply

Use magic Report

leenaqute52 This user has been deleted
Post time 30-5-2006 08:20 PM | Show all posts
apa khabar hawa, dah sihat sikit? Harap-harap cepat sembuh. saya pon setuju Khatijah Hashim dapat, tapi nak buat camner... diaorang nampak karya dier cam karya novel biasa aje.. sama2xlah kiter doa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.085656 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list