|
saper tokoh sejarah wanita yang ada kewibawaan yang tinggi..give u r opinion...mcm tun fatima.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TAN SRI FATIMAH HASHIM, ketua kaum ibu sejak tahun 1956...
telah meganggotai Parlimen selama 14 tahun, merupakan menteri kabinet wanita yang pertama......
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mother theressa, margaret thacher n ..... imelda marcos
ramai tokoh wanita
ada yg ok n ada yg x ok
yg x ok imelda marcos ... |
|
|
|
|
|
|
|
ok pre leh jadi ratu kasut........... hik hik hik |
|
|
|
|
|
|
|
tjoet nya dhien - srikandi aceh
laksamana keumalahayati - laksamana aceh
status wanita kat aceh ni mmg hebatla,takde sape bole lawan... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ne diorg jd tokoh wanita ek??
ape yg diperlukan utk jadi tokoh wanita?
cam ner diorg bahagikan masa sebagai isteri, ibu + wanita berkerjaya ...??
setengah tuh nama jer wanita berkerjaya
tp hal kluarga .. x amik peduli
yer ler da bz dgn hal kerja ......
|
|
|
|
|
|
|
|
Khatijah binti Sidek
Tuesday, August 30, 2005
Wira Tak Didendang (Yang Sebenarnya)...
Pernah dengar nama Hashim bin Saad? Ataupun Khatijah binti Sidek? Yusof bin Rono? Tak pernah dengar? Sayang seribu kali sayang tapi itulah hakikatnya kerana merekalah sebenarnya di antara sekian ramai wira tak didendang.
Kita mulakan dengan Yusof Rono. Pastinya setiap tahun kita disajikan, terutamanya menjelang Hari Kebangsaan seperti Ahad malam nan lalu (juga kerana strategi tertentu pada pilihan raya 1999) dengan filem Bukit Kepong. Pada 23 Februari 1950, dalam peristiwa serangan segerombolan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, beliau antara empat orang yang terselamat. Tapi apa penghargaan kita kepadanya? Pingat pun macam nak bagi tak bagi. Janji kenaikan pangkat oleh seorang bekas menteri kanan entah ke mana. Minta tanah lagilah tak dapat. Tahu bagaimana akhir hayatnya? Pada usia 83 tahun beliau meninggal dunia setelah tiga minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, menderita barah usus. Sedih bukan? Namun cerita kesedihan ini belum berakhir lagi.
Seterusnya Khatijah Sidek. Namanya seringkali disebut-sebut apabila PAS ingin membuktikan bahawa mereka tidak mendiskriminasikan wanita. Kedengaran seolah benar, tapi hakikatnya orang dan organisasi politik mana pun cenderung menguar-uarkan yang sedikit walhal banyak rahsia disembunyikan. Baru-baru ini aku menekuni Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa. Rupanya sudah memang resmi pejuang, meski terbilang selalu terbuang sedangkan beliau berkorban jiwa raga untuk melihat sebuah negara merdeka. Dalam memoir terjemahan UKM itu, diceritakan bagaimana beliau dengan segala kesusahan hidup hampir sahaja tidak dapat menyaksikan turunnya Union Jack dan berkibar megahnya bendera Malaya. Di tengah-tengah lautan manusia, beliau yang bertungkus-lumus menyebarkan semangat Merdeka di seluruh pelusuk negara termasuk di ceruk-ceruk kampung paling terpencil dan mengalas perut seadanya dengan makanan harian penduduk desa yang sangat sederhana, dipinggirkan begitu sahaja. Beliau yang bersusah-payah sekian lama, orang lain mendapat nama. "Itu sudah kehendak Allah", katanya penuh tabah. Seumur hidupnya memang derita, diburu Jepun di Indonesia, melahirkan anak dalam tahanan di Singapura, mengambil upah menjahit dan menjual insurans di Malaysia. Mahu tahu apa untung nasibnya? Bekas Ahli Parlimen Dungun itu meninggal dunia pada usia 64 tahun, setelah sekian lama berkerusi roda dan menderita sakit buah pinggang dan paru-paru pada 1982.
Kalau Yusof Rono dan Khatijah Sidek sayup daripada kebiasaan kalian, apatah lagi Hashim Saad. Tapi jasanya tidak kurang daripada tokoh berbintang di dada dan bersemayam di singgahsana. Berkelana menjadi kadet polis di Singapura, meredah rimba Pahang memburu komunis supaya negara kekal sentosa (tanpa baju kalis peluru tapi berpantang maut sebelum ajal walaupun beberapa kali ditembak komunis durjana), merantau sana-sini bersama keluarga sehingga ke ibu kota demi tugas. Tapi tahu apa terjadi kemudiannya? Terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anak, menjadi mekanik (orang kita berhutang, tapi liat membayar), pemandu lori (pernah terbalik), membuka kedai runcit (itupun ditipu orang sebangsa, tak malu punya orang) dan pemandu kereta sewa (sudahlah sikit punya susah memohon pinjaman MARA, ditipu lagi orang kita, ptuih, tak guna punya orang, kereta itu dulunya dirayu jemuan tak guna itu untuk dipajak semasa beliau hendak ke Makkah tapi kemudiannya dijual dan malaun itu ghaib entah ke mana). Apa, tak cukup sedih? Baik, tambahan kesedihan itu adalah beliau kini sedang uzur di sebuah rumah serba sederhana di Kampung Gurun. Keturunan komunis yang dulu diburunya kini sesuka hati memperkotak-katikkan hidup orang tak bertanah milik sendiri sepertinya dan keturunannya.
Entah di mana silapnya orang-orang kita, kita kerapkali terlupa akan mereka yang benar-benar berjasa memperjuangkan harga diri sekalian warga demi sebuah kemerdekaan selaras dengan mutiara hikmah ulama, "Hubbul watan minal iman" (Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman). Tapi, itulah kita, terkenal bangsa yang berbudi bahasa tapi kita cenderung berbuat tahana pada orang yang sepatutnya dinobat sebagai wira bangsa. Kita anugerahkan tanah dan rumah lengkap dengan segala kemudahan asas kepada bekas komunis sedangkan kesatria yang mempertahan negara kita langsung tidak diendahkan. Kita anugerahkan pingat kepada mereka yang tidak seberapa sumbangannya tapi pandai bermuka-muka sedangkan yang yang mempertaruhkan nyawa, menumpahkan darah dan berjejeran air mata kita kesampingkan. Kita tidak berkira dengan limpahan wang ringgit untuk "bersaudara dengan syaitan" tapi kita terlalu mencongak-congak RM1,000 secara one-off yang kita berikan untuk political mileage semasa. Memang, mereka tidak pernah meminta kita membalas jasa mereka hatta kalungan bunga di Tugu Negara. Tapi apa salahnya berterima kasih dengan cara sewajarnya. Orang berbudi kita berbahasa. Orang politik terutamanya seringkali meminta kasih mereka diterima tapi terlupa (atau buat-buat lupa) perkara-perkara sebegini sesudah pilihanraya. Dalih mereka, seperti kata seorang ahli siasah ternama, "rakyat ini cuma membuang SATU undi, tapi BANYAK yang mereka minta". Barangkali ia yang kini sudah lanjut usia terlupa, kerana undi yang SATU itulah, apabila dijumlahkan ia memegang kuasa untuk sekian lama.
Kita selalunya hanya benar-benar menghargai seseorang sesudah terlambat. Dalam konteks ini, Jalaluddin Ar-Rumi tepat sekali tatkala mengungkapkan kata-kata ini, "Sesudah pergi, usah ditanya di mana letaknya kubur di dunia ini. Kubur letaknya di hati, orang-orang yang mengingati".
Penghargaan aku yang tidak terhingga untuk mereka para pejuang sejati, Rabbul 'Izzati jua memberkati.
link : http://vakumdlmtermos.blogspot.c ... ang-sebenarnya.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibu Zain
Ibu Zain Tokoh Wanita Terbilang
GENERASI hari ini kini asyik dengan sajian rancangan realiti yang men抎ewa択an para artis dan selebriti. Rancangan sebegitu pula asalnya diceduk daripada rancangan dari luar negara. Jika diperhatikan, manfaat daripada rancangan seumpama itu seperti kononnya dapat 搈erapatkan hubungan kekeluargaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 13-3-2006 11:31 AM
Tuesday, August 30, 2005
Wira Tak Didendang (Yang Sebenarnya)...
Pernah dengar nama Hashim bin Saad? Ataupun Khatijah binti Sidek? Yusof bin Rono? Tak pernah dengar? Sayang seribu kali sayang t ...
khatijah sidek dulu, masa jadi ahli parlimen (1959-1964), proposekan bunga orkid sbg bunga kebangsaan, siap bawak bunga orkid masa perbahasan parlimen lagi,hehe...
election 1964 dia bertanding kat JB, lawan tun dr. ismail, sah2la kalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu hari tak silap
dah lama dah
aku baca kosmo rasanya (lupa dahhh)
ada gambar2 dia
tapi penghujung hayat dia mmg sedih lah
terpinggir
rugi aku tak simpan pic2 tu semua
 |
|
|
|
|
|
|
|
bekas wanita2 pertama negara pun tak patut dilupekan
- tun sharifah rodziah
- tun rahah mohd noah
- toh puan suhaila mohd noah
- tun dr. siti hasmah mohd ali
- datin seri endon mahmood
- rosmah???hehe.... (blom jd sejarah) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tun Fatimah
Cik Siti Wan Kembang
Puteri Sa'dong
Shamsiah Fakeh
lagi................. kena fikir jap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jelma at 4-3-2006 11:45 PM
TAN SRI FATIMAH HASHIM, ketua kaum ibu sejak tahun 1956...
telah meganggotai Parlimen selama 14 tahun, merupakan menteri kabinet wanita yang pertama......

SUMBANGSIH聟 Tun Fatimah Hashim (tiga dari kiri) menerima Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Ketua Pergerakan Puteri Umno Noraini Ahmad. Turut hadir (dari kiri) Penolong Setiausaha Puteri Bibi Sharliza Mohd Khalid, Naib Ketua Rosnah Abdul Rashid dan Ketua Penerangan Shahaniza Shamsuddin. Foto: Mazlan Samion |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sape penah dengar nama datuk kontek kamariah?
mmg glemer kat gombak sampai ada nama taman kamariah kat situ...
tak silap aku dia wanita pertama jd nazir skolah tahun 30-an dulu...
ada dlm malaysia book of records...sape bole sahkan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sapa boleh cerita pasal shamsiah fakeh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DEWAPERANG at 1-4-2006 11:40 PM
sapa boleh cerita pasal shamsiah fakeh tak?
Shamsiah Fakeh adalah pemimpin pergerakan Kemerdekaan dari kalangan wanita Melayu yang berjuang dengan gigih hingga ke belantara Malaya. Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bagi mengibarkan panji-panji perjuangan menuntut Kemerdekaan dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua API telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 iaitu sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM).
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk memerdekakan Malaya mengikut caranya yang tersendiri. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989. Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas Komunis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada buku mengenai Shamsiah Fakeh nie
Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10.
Pengarang: Abdul Rahim Md Noor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku teringin nak baca kisah dia Bukan daripada yg sokmo diceritakan di buku buku teks.
kalau boleh..biarlah dia sendiri menceritakan pasal perjuangan dia.
aku rasa dia juga ada memainkan peranan penting utk kemerdekaan negara kita dulu menentang penjajah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|