View: 7150|Reply: 19
|
Utusan Malaysia-Sehari Sebuah Buku
[Copy link]
|
|
A.Kadir Jasin - Mencari Dugalia Huso
aku baca review buku ni di utusan tadi
rasa mcm menarik la buku ni
aku terpaksa snap dgn dg cam akusbb utusan tak upload artikel di kat web site dia
sorilah kalau kurang jelas
utk sesapa yg nak baca blog a kadir jasin ni
http://kadirjasin.blogspot.com/
ni bio a kadir jasin
[quote]I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column 揙ther Thots |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good thread...saya pon suka baca kolum ni...
kerap le pos buku-buku menarik di sini...mungkin
elok edit tajuk...SEHARI SEBUAH BUKU...dan sesiapa
boleh pos buku-buku yg menarik di topik ini, biarpun
buku tu tak pernah dibaca...kiranya topik informasi
gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
yup..thanks seribulan
aku pun kadang2 je baca
sbb tak ada ms nak bc sokkaba sgt skang
arap korang semua rajin2 la post |
|
|
|
|
|
|
husz This user has been deleted
|
hmm...jrg baca sokkabar...ok gak bila ada thread nie... |
|
|
|
|
|
|
|
alangkah sedihnya sbb utusan tak masukkan semua kolum sehari sebuah buku di utusan online
hanya sedikit je ada
ini aku pilih beberapa yg nampak menarik
njoy~~
Judul : Apartheid Israel
Pengarang : Uri Davis
Penerbit : Media Review Network & Zed Books
SEJAK pertengahan dekad 60-an Uri Davis boleh dikatakan sentiasa berada di barisan hadapan di dalam memperjuangkan hak asasi manusia di Israel. Beliau juga di antara tokoh penting yang sering membuat kajian berhubung Israel dan konflik Israel-Palestin.
Buku ini boleh dikira sebagai lanjutan kepada sebuah karyanya yang terdahulu, Israel: An Apartheid State (Zed Books, 1987). Pada kali ini Davis telah memaparkan gambaran yang cukup jelas dan mendalam bagaimanakah boleh terjadi bangsa Yahudi, termasuk yang pernah menjadi mangsa kezaliman Nazi, Jerman di dalam Perang Dunia Kedua telah meletakkan rakyat Palestin bermula dengan peperangan 1948-1949, di bawah dasar-dasar kriminal dan zalim.
Sehingga kini juga Israel berdegil mengekalkan dasar aparteidnya ke atas rakyat Palestin. - MOKHTAR YUSOF
Sehari sebuah buku
BARANGKALI ada segelintir kita hanya mendengar nama Hamzah Fansuri melalui lagu dendangan M. Nasir berjudul Kias Fansuri.
Kalau kita tidak tahu, Sheikh Hamzah Fansuri adalah seorang cendekiawan, ulama tasawuf, sasterawan dan budayawan terkemuka yang hidup antara pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17.
Malahan untaian puisi Hamzah lazim dikenali sebagai syair-syair tauhid dan makrifat atau Sya'ir Jawi fasal fi bayan Ilmu Al-Suluk wa Al-Tawhid.
Sumbangannya sangat besar bagi perkembangan kebudayaan kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.
Dalam hampir semua bidang ini, Hamzah juga seorang pelopor dan pencetus aliran.
Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan orang kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.
Buku ini mengisahkan riwayat hidup Hamzah, juga seorang pemikir yang besar namanya pada abad itu.
Di dalamnya terkandung kisah hidup Hamzah sebagai seorang insan, penyair dan tentang fahamannya akan Tuhan serta alam.
Lebih daripada itu, buku ini juga memperincikan mengenai pemikiran Hamzah mengenai cinta dan keindahan, kebebasan, kekejaman, kezaliman dan maruah manusia.
Buku setebal 511 halaman ini digambarkan mengikut gabungan kaedah penulisan ilmiah yang berdasarkan segala sumber yang wujud dan kaedah penulisan kreatif.
Selain itu ia turut memberikan huraian penuh tentang falsafah mistik Hamzah serta sorotan karyanya dan penulis Aceh yang hidup sezaman dengannya. - AZLINARIAH ABDULLAH
Judul : Islam dan Barat, Antara Benci dan Nyanyuk
Pengarang : Erskine B Childers
Penerbit : Citizens International Pulau Pinang
SEMENJAK Perang Salib yang dimulakan kuasa Barat pada abad ke-11 Masihi bagi memerangi serta melemahkan Islam, usaha jahat itu mereka teruskan tanpa kesudahan dengan pelbagai cara, termasuk melalui tindakan ketenteraan seperti yang mereka lakukan di Iraq sekarang.
Jika Perang Salib awal bermotifkan penaklukan semula Baitulmaqdis yang kali pertama dilancarkan oleh Raja Rom, Armanus pada tahun 1069 Masihi dari markas mereka di Konstantinopel (sekarang Istanbul, Turki), Perang Salib yang dilancarkan ketika ini pula seperti yang diketahui umum dicetuskan kuasa Barat dari pangkalan mereka di Amerika Syarikat (AS), dengan tujuan untuk menguasai dunia.
Walaupun hakikat ini dinafikan AS yang kononnya bertindak untuk memerangi keganasan, namun selepas peristiwa 11 September 2001, semakin jelas bahawa Perang Salib dalam bentuk yang lebih menggerunkan dengan kesan kemusnahan lebih meluas, dimulakan kembali secara lebih ketara serta terancang.
Jika pasukan yang dipimpin Armanus menggunakan senjata yang paling canggih pada waktu itu, iaitu menjanik (alat pelempar batu) yang kesan kemusnahannya tidak seberapa, Perang Salib moden pula seperti yang berlaku di Iraq ketika ini, bakal menjadikan bumi Para Anbia itu menjadi padang jarak padang tekukur.
Negara Islam manakah selepas ini yang bakal menjadi sasaran AS dan sekutunya bagi memerangi apa yang dilabelkannya sebagai negara yang melindungi pengganas dan apakah pula strategi negara Islam bagi menyekat ancaman yang boleh memusnahkan itu? - BAHA ALI
[ Last edited by Duta lover at 17-3-2006 09:49 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terjumpa artikel menarik mengenai ruangan Sehari Sebuah Buku ni, keluaran tahun 2004
di link di bawah ini:
http://homepage.mac.com/abuhassanhasbullah/mw2004/pages/749.html
Beberapa hari yang lalu di Utusan Malaysia di ruangan Sehari Sebuah Buku, tersiar ulasan mengenai buku Shamsiah Fakeh, seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM) Regimen Ke-10 yang berjuang di hutan Malaya dan lari ke negara komunis China setelah menerima tekanan dari pasukan keselamatan.
Buku ini diterbitkan oleh UKM.
Shamsiah kembali ke tanah air setelah Malaya merdeka dan setelah perjuangan PKM gagal, lumpuh dan diletakkan pada keadaan yang sangat hina pada pandangan rakyat Malaysia.
Pada 23 November 2004 pula, terbit ulasan sebuah buku yang berjudul Memoir Ibrahim Chik: Dari API Ke Regimen Ke-10 yang juga diterbitkan oleh UKM.
Siapakah Ibrahim Chik? Beliau bukanlah seorang yang penting tetapi UKM merasa perlu menerbitkan sebuah buku seorang bekas pengganas komunis yang tidak diterima oleh rakyat.
Menurut ulasan buku tersebut, beliau terpaksa berjuang di dalam Regimen Ke-10 yang menjadi sayap PKM kerana tidak ada pilihan lain lagi dan tidak sesuai dengan perjuangan UMNO yang berslogankan `Hidup Melayu'.
Ulasan buku ini menggambarkan seolah-olah Ibrahim Chik pandai berpidato tetapi tentu pidatonya bersifat `gendang ko-song' dan retorik yang sama seperti suara pejuang-pejuang komunis dan sosialis yang menjadi golongan `bankrap' dalam catatan sejarah tanah air dan sejarah dunia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waaa...bagusnyer....lenkali duta upload ngan gamba cam jerla...leh feeling rase sokkaba m'sia...he he...
tapi buku2 ni serius sgt a.....and xder maser nk membacenyer :malu:
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama-nama Melayu Islam - Abdul Ghani Hj. Masrom
CETAKAN KEDUA (2003)
Nama Mencerminkan Segalanya
ORANG selalu memetik kata-kata Shakespeare; "Apa ada pada nama?" Tetapi dek namalah, seluruh negara hari ini jadi gempar tak tentu hala.
Semuanya bermula apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan rancangannya mahu meniadakan bin dan binti, anak lelaki dan anak perempuan.
Pelbagai pendapat dikemukakan oleh orang ramai berhubung cadangan itu. Ada yg menyokong, ada yg membantah. Di kalangan mereka yg menyokong ada yg berpendapat nama yg ada sekarang panjang-panjang, sehingga tak muat ruang utk menulisnya. Itu juga hujah yg dikemukakan oleh sesetengah mereka yg membantah cadangan itu. Kata mereka, yg patut dibuat bukan membuang bin dan binti tetapi memendekkan nama.
Reaksi yg diberikan oleh orang tentang isu nama itu menggambarkan betapa kita sememangnya sensitif tentang soal nama. Pendek kata, matlamat JPN Mahu mendengar suara orang ramai sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan atau membatalkan cadangan itu nampaknya tercapai. Tetapi dalam banyak perbincangan itu, tentang nama orang Islam misalnya, tidak banyak yg mahu menyentuh tentang soal makna, dan bukan panjang atau pendeknya nama.
Buku Nama-nama Melayu Islam oleh Abdul Ghani Hj. Masrom ini adalah antara contoh puluhan buku panduan memilih nama anak-anak yg mempunyai makna yang baik. Buku ini sedikit berbeza dengan yang lain kerana ia mengumpulkan nama Melayu Islam. Apa yg lebih menarik ia menunjukkan sebanyak mungkin pilihan ejaan kepada sesetengah nama.
-ANIS FARHANAH
source...http://www.angelfire.com/mac2/yginsaf/namaislam/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul : Fat Cats & Running Dogs : The Enron Stage of Capitalism
Penulis : Vijay Prasad
Penerbit : Zed Books
ENRON adalah sebuah perbadanan yang mula beroperasi di Houston, Texas pada 1986. Lima belas tahun kemudian ia muncul sebagai perbadanan ketujuh terbesar di dunia. Bagaimanakah ia boleh berkembang begitu cepat sekali? Mengapa pula ia runtuh pada 2001 dan diisytiharkan bankrap pada 2002?
Menerusi buku ini Vijay Prasad menceritakan sebuah kisah global berhubung Enron, syarikat yang dagangan utamanya adalah gas asli.
Enron menyedutnya dari bumi, menjualnya kepada peruncit lalu disalurkan ke rumah-rumah di seluruh dunia.
Ia memulakan operasinya di Amerika Syarikat (AS), memasuki Eropah dan akhirnya seluruh dunia. Enron mengaut satu pertiga daripada keuntungannya melalui urus niaga gas asli di luar negara di mana terdapat lebih 2,000 anak syarikatnya.
Pada 1999 ia muncul sebagai firma ke-18 terbesar dengan jumlah pendapatan AS$40 bilion (RM152 bilion).
Secara keseluruhan, buku ini memberi maklumat bagaimana badan-badan korporat di AS mengaut keuntungan.
Dijelaskan juga bagaimana ahli-ahli politik bukan sahaja di AS tetapi di negara lain (yang ada kaitan dengan Enron) boleh dibeli.
Keruntuhan Enron banyak berpunca daripada sikap tamak dalam mengaut keuntungan.
Faktor lain termasuk penilaian palsu terhadap asetnya, urus niaga yang dibelenggu rasuah serta berjuta dolar yang `disedut' oleh para eksekutifnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul : Gagasan Islamisasi Ilmu
Penulis : Mohd. Nasir Omar
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harga : RM9
SECARA ringkas buku ini membincangkan tentang gagasan Islamisasi ilmu pengetahuan yang ditinjau dari sudut kenapa dan bagaimana umat Islam era klasik serta moden boleh mempelajari ilmu pengetahuan bangsa asing, terutama pemikiran Barat.
Semasa era klasik, tokoh-tokoh falsafah sains Islam mempelajari pemikiran Greek dan lain-lain tamadun sekali gus membina suatu badan ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi.
Justeru tidak menghairankan jika Baghdad dibanjiri oleh bangsa bukan Islam dari seluruh dunia ketika itu bagi memenuhi pelbagai keperluan akademik dan kepakaran mereka.
Sementara itu pada era moden pula, giliran orang Islam pula yang berhijrah ke Barat demi memenuhi tuntutan serupa.
Oleh itu, kajian dalam buku ini berhasrat untuk mengetengahkan model tindak balas kreatif atau boleh diistilahkan sebagai dialog antara pemikiran Barat dan Islam.
Gagasan Islamisasi Ilmu merupakan antara Siri Islam dan Masyarakat terbitan UP&D. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul Buku : Why Projects Fail?-1001 Reasons
Pengarang : Andrew A.L. Tan
Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
KEGAGALAN sesebuah projek itu, sama ada mega atau sebaliknya adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Malahan daripada satu segi, pembinaan Sydney Opera House dan French-British Channel juga boleh dikategorikan sebagai projek yang gagal disebabkan kos yang melebihi dan tidak disiapkan pada waktu ditetapkan selain berlaku pertelagahan kontrak.
Buku ini memberi jawapan kepada pembaca mengapa projek-projek yang dilaksanakan itu gagal atau tidak dapat mencapai matlamatnya.
Secara ringkas, ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh masalah reka bentuk, tiada seliaan yang sewajarnya, kegagalan pembinaan, tidak cukup dana, perancangan yang gagal atau terjadi bencana alam dan lain-lain lagi.
Namun sebab-sebab kegagalan itu mungkin ada cara untuk mengatasinya juga, selain penulis memberi rangsangan dan nasihat supaya kumpulan yang gagal bangkit `meneruskan perjuangan' mereka.
Dengan kata lain, ia menawarkan kaunseling yang baik untuk para kontraktor yang gagal separuh jalan tetapi berniat untuk meneruskan misi mereka.
Penulis menutup bukunya dengan membuat satu perbandingan bahawa soal pengurusan projek masih menjadi hal terpenting untuk merealisasikan objektif serta matlamat Wawasan 2020, sekali pun ia gagal atau sebaliknya.
Why Projects Fail ini merupakan antara buku yang laris jualannya hasil tulisan Andrew, yang merupakan penulis, penceramah dan perunding pengurusan projek bagi firma sendiri, Ace-Slimp.
Buku ini patut dibaca oleh mana-mana individu yang terbabit dalam projek pembangunan sama ada melibatkan projek besar atau sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul : Tinderbox
Pengarang : Stephen Zunes
Penerbit : Zed Books
SECARA umumya Tinderbox boleh diertikan sebagai keadaan yang berbahaya ataupun kotak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang kering. Buku ini memberikan huraian yang agak menyeluruh berhubung kegagalan dasar Amerika Syarikat (AS) d Timur Tengah.
Menurut penulisnya, semakin banyak dan kerap AS mengukuhkan kedudukan tenteranya di Timur Tengah, maka semakin kurang selamatlah rakyat AS itu sendiri. Tambahnya, rakyat AS kian menjadi sasaran pengganas bukannya kerana nilai-nilai hidup yang diamalkan sebaliknya kerana dasar-dasar AS sendiri boleh dikatakan semakin menyimpang dari matlamat asalnya.
Buku ini bukan sahaja sepatutnya dibaca oleh warga AS untuk mencari jawapan kepada persoalan, ``Mengapakah mereka (khasnya rakyat di AS) membenci kita'' tetapi wajar juga dibaca oleh khalayak lain untuk lebih memahami faktor pencetus keganasan global sehingga kini di mana banyak pihak merumuskan sebagai tindak balas terhadap AS sendiri.
Kenyataan betapa hak asasi rakyat Palestin dan keselamatan Israel adalah saling berkaitan agak sukar dinafikan. Malangnya ternyata AS sendiri telah gagal mencantumkan titik persefahaman di antara Palestin dan Israel. Contoh pelaksanaan beberapa dasar dan pembabitan langsung Amerika di dalam konflik Palestin-Israel ini terlalu banyak untuk dirujuk.
Dalam konteks kedamaian di Timur Tengah juga, AS dilihat lebih banyak menyebelahi atau mempertahankan kepentingan Israel. Zunes berpendapat, AS sepatutnya mencari alternatif lain berkaitan dasar yang mahu dilaksanakan. Matlamat terpenting yang perlu dicapai ialah mewujudkan keadilan dan mengekalkan keamanan di rantau berkenaan.
Rasa puas hati dan tentangan rakyat Palestin serta penyokongnya terhadap AS semata-mata kerana kesilapan AS sendiri yang rapat dan kadangkala bergandingan dengan Israel. Sikap sebeginilah menyuburkan gerakan atau kebangkitan puak militan seperti di Afghanistan, Lebanon, Palestin sendiri dan di beberapa buah negara lainnya lagi.
Pada penghujung bukunya ini Zunes antara lainnya menulis, AS kini berada di persimpangan di antara `bahaya' dan `peluang'. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul : Apartheid Israel
Pengarang : Uri Davis
Penerbit : Media Review Network & Zed Books
SEJAK pertengahan dekad 60-an Uri Davis boleh dikatakan sentiasa berada di barisan hadapan di dalam memperjuangkan hak asasi manusia di Israel. Beliau juga di antara tokoh penting yang sering membuat kajian berhubung Israel dan konflik Israel-Palestin.
Buku ini boleh dikira sebagai lanjutan kepada sebuah karyanya yang terdahulu, Israel: An Apartheid State (Zed Books, 1987). Pada kali ini Davis telah memaparkan gambaran yang cukup jelas dan mendalam bagaimanakah boleh terjadi bangsa Yahudi, termasuk yang pernah menjadi mangsa kezaliman Nazi, Jerman di dalam Perang Dunia Kedua telah meletakkan rakyat Palestin bermula dengan peperangan 1948-1949, di bawah dasar-dasar kriminal dan zalim.
Sehingga kini juga Israel berdegil mengekalkan dasar aparteidnya ke atas rakyat Palestin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sehari sebuah buku
Judul: Ekonomi Malaysia Ke Arah Pascaindustri
Suntingan: Ishak Yussof, Nor Aini Idris dan Basri Abdul Talib
Penerbit: Penerbit UKM
MALAYSIA dirancang menjadi sebuah negara industri maju menjelang 2020 melalui rencana wawasan negara yang dilancarkan pada 1991. Sejak dilancarkan, ekonomi Malaysia terus berkembang dengan pesat di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran getir pada peringkat tempatan dan global bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan.
Ekonomi negara pernah mencatatkan pertumbuhan yang cemerlang sehingga tersenarai sebagai the new tiers of NICS yang seterusnya memungkinkan Malaysa terkeluar dari kelompok negara membangun. Ekonomi Malaysia melalui proses transformasi yang pesat dari sebuah negara yang dulu ekonominya bergantung kepada sektor pertanian kepada sebuah negara yang berteraskan sektor industri yang berkembang maju.
Barangan perkilangan kini menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah eksport negara, dengan barangan elektrik dan elektronik sebagai komponen eksport yang terbesar. Jika dilihat dari segi komposisi industri yang terlibat, negara ini bertaraf industri maju, namun hakikatnya ekonomi Malaysia telah melalui suatu era perindustrian yang pesat.
Perkembangan sektor perindustrian kini bukan setakat untuk memenuhi keperluan domestik semata-mata, tetapi lebih kepada usaha untuk menembusi pasaran global. Fenomena yang sama turut berlaku dalam sektor perkhidmatan.
Cabaran terbesar yang perlu dihadapi kini ialah bagaimana cara meningkatkan keupayaan ekonomi negara dalam menghadapi era globalisasi supaya dapat terus bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam waktu yang sama, tingkat kebajikan penduduk terus dapat dipelihara. Justeru, ekonomi Malaysia harus mampu memenuhi tuntutan globalisasi dan lebih bersedia menghadapi era pascaindustri yang lebih mencabar.
Buku ini mengemukakan 21 bab yang dibahagikan kepada empat bahagian. Dalam bahagian satu mengenai Industrialisasi dan Pascaindustri, lima bab dikemukakan iaitu Ekonomi Malaysia Pascaindustri: Cabaran dan Tuntutan Baru (Ishak Yussof, Nor Aini Idris dan Basri Abdul Talib), Proses Industrialisasi dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Anuwar Ali, Ishak Yussof dan Nor Aini Idris), Penyelidikan dan Pembangunan, Keupayaan Inovasi dan Pembangunan Teknologi (Ishak Yussof), Pelaburan Modal Manusia ke Arah Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (Rahmah Ismail dan Ishak Yussof), dan Pembangunan Mapan dan Proses Perindustrian (Chamsuri Siwar dan Rospidah Ghazali).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sehari Sebuah Buku
Judul: Panggilan Kubur
Penulis: Shamsuddin Abu Abdillah Al-Qurtubi
Tebal: 141 muka surat
Penerbit: Pustaka Ilmi
揝UDAHKAH kita bersedia untuk mati?拻 Itukah persoalan yang cukup popular tetapi sudah cukup untuk merentap segala 慿elazatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ahh,dah lama aku tak upload seksyen ni..sori..
mmg bz sgt thn ni..
huh
sokkaba pun dah jual
insyaAllah..aku akan mula pos balik artikel2 tuh (huh..i got my owg dgn cam now ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 Duta lover's post
penjagaan taman anggerik...interesting... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|