View: 22111|Reply: 27
|
Kenali Sasterawan Negara Kita
[Copy link]
|
|
Keris Mas
- Allahyarham Keris Mas dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang
- Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera dan Pitman College, Singapura.
- Dalam bidang penulisan menggunakan nama pena Keris Mas, Aku, K.M. Kamal, Kamaludin M. dan Mister X.
- Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Cawangan Pahang, Pengarang Utusan Melayu Singapura, Pengarang Melayu Raya dan Pengarang Warta Negara.
- Pernah menganggotai Sidang Pengarang Syarikat Utusan Melayu, Pengarang Umum DBP, Ketua Pengarang DBP dan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP. Dilantik juga sebagai Penulis Tamu DBP pada 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978, Karyawan Seni Universiti Malaya pada 1979 hingga 1980 dan Penulis Tamu DBP pada 1985 hingga 1986.
- Menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Pejuang Sastera pada 1976, Anugerah Sastera Negara (1981), Anugerah Asean (Dalam bidang Kesusasteraan) pada 1987 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1989.
- Antara karya besarnya ialah novel Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1982), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala lumpur (1982), Rimba Harapan (1986) dan Kumpulan Cerpen Darah dan Air Mata (2005).
- Beliau meninggal dunia pada 9 Mac 1992. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahnon Ahmad
- Dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah.
- Melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan.
- Menjadi guru di Grammar English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954, kemudian menjadi Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956).
- Kembali bertugas sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959). Pada tahun 1960, menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Kemudian mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hingga tahun 1967.
- Pada tahun 1968, berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Australian National University dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (1971). Kemudian menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
- Pada 1975, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dan dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) (1979).
- Pada Jun 1980, dilantik menjadi profesor sastera (USM) dan menjadi profesor kesusasteraan Melayu moden pada tahun 1982. Juga dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam.
- Giat menulis sejak pertengahan tahun 1950 dalam genre novel, cerpen, drama, kajian, esei/kritikan dan wawancara.
- Antara novel terkenal beliau ialah Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge, TIVI, dan shit. Novel Ranjau Sepanjang Jalan telah diadaptasikan ke layar perak oleh pengarah Jamil Sulong sekitar 1980-an.
- Antara anugerah yang pernah dimenangi beliau ialah Hadiah Karya Sastera (1971-1973), "Pejuang Sastera" oleh Perdana Menteri pada tahun 1976, Anugerah Sastera Negara (1982), dan Anugerah ASEAN II Kebudayaan, Komunikasi dan Persuratan Kesusasteraan (1990).
- Pada tahun 1980, beliau dianugerahi Pingat Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah oleh Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang membawa gelaran Datuk.
- Menjadi Ahli Parlimen Sik dari tahun 1999 hingga 2004. |
|
|
|
|
|
|
|
Usman Awang
- Dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.
- Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI.
- Pernah menjadi anggota polis apabila Inggeris mula memerintah pada tahun 1946.
- Pada tahun 1952, ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu. Pada tahun 1962, diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
- Jawatannya di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 menjadi Ketua Bahagian sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
- Turut menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., dan Zaini.
- Menerima beberapa anugerah seperti Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan), Universiti Malaya (1983), Anugerah Sastera Negara (1983), Zamalah Sastera (1985).
- Antara puisi-puisinya; Korban Tanah Air, Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Salam Benua, Kekasih, Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar, Jebat, Pahlawan Rakyat, Kekasih, Suara Dari Pusara dan Mata Ayah.
- Antara drama-drama yang dihasilkannya; Matinya Seorang Pahlawan, Tamu di Bukit Kenny, Serunai Malam, Malam Kemerdekaan dan muzika cinta Uda dan Dara.
- Satu-satunya novel yang dihasilkan ialah Tulang-Tulang Berserakan.
- Meninggal dunia pada 29 November 2001 |
|
|
|
|
|
|
|
A. Samad Said
- Dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.
- Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956).
- Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.
- Dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera pada 1979 dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).
- Kemuncak pencapaian sebagai sasterawan ialah apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.
Antara karya terkenal yang pernah dihasilkan termasuklah Salina, Hujan Pagi, Daerah Zeni, Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang, Cinta Fansuri dan Di Hadapan Pulau yang dijadikan teks di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan.
- Langit Petang diangkat ke layar perak sebagai filem pada tahun 1980 dan pelakon filem tersebut iaitu Azean Irdawaty telah dinobatkan sebagai aktres terbaik di dalam Festival Filem Malaysia.
- Drama pentas yang dihasilkannya pada 1996 iaitu Lantai T.Pinkie telah dipentaskan beberapa kali dan mendapat sambutan hangat di kalangan penonton. Terbaru Lantai T.Pinkie telah pun dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April 2006.
- Menerima Ijazah Kehormat Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) sempena Konvokesyen ke-5 UPSI pada tahun 2003. |
|
|
|
|
|
|
|
Arena Wati
- Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung.
- Dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupatan, Jeneponto, Makassar, Indonesia.
- Pengalaman kerjaya bermula sebagai kelasi kapal, sidang penerbitan majalah dan akhbar di Harmy dan Royal Press di Singapura, Penerbitan Melayu Ltd. Johor Bahru, Percetakan Light di Brunei, Pustaka Antara Kuala Lumpur, pegawai penyelidik di Yayasan Sabah, Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (1985-1989) dan di Dewan Bahasa dan Pustaka (1989-1990), Fellow di pelbagai universiti antarabangsa seperti di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (1983-1984), di Universiti Leiden (Februari - Jun 1984), dan di Universiti Kyoto, Jepun (Julai 1984 - Januari 1985).
- Kini beliau penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.
- Selain nama Arena Wati, beliau juga dikenali dengan nama pena Duta Muda dan Patria.
- Berbekalkan pengalamannya yang luas mengharungi samudera, penerbitan dan dunia akademik, secara kreatif Arena Wati mengadunkannya melalui cerpen, novel, puisi, dan esei/kritikan. Dalam genre novel dan cerpen yang dihasilkannya, Arena Wati banyak mengangkat pengalaman hidup di persekitarannya terutama kisah alam samudera dan kemanusiaan sebagai bahan cerita. Sehingga kini beliau telah menghasilkan sepuluh buah novel, lebih 80 buah cerpen, 12 buah puisi, 24 esei/kritikan. Tiga buah kumpulan cerpen dan sepuluh buah buku kajian.
- BBanyak memenangi hadiah sayembara sastera. Antaranya ialah hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel anjuran DBP (1962) menerusi novelnya Lingkaran, pemenang tempat ketiga menerusi Sandera dalam Peraduan Mengarang Novel sempena 10 Tahun Merdeka. Novelnya Panrita pula dipilih sebagai pemenang Hadiah Karya Sastera Malaysia 1992/1993, dan novelnya yang terbaharu Sukma Angin memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99. Manakala cerpen beliau "Wisata" terpilih memenangi Hadiah Karya Sastera 1971, "Bukan Satu Jalan ke Mekah" dan "Alun Menggulung Perlahan" memenangi Hadiah karya Sastera 1972.
- Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam persada kesusasteraan tanah air mewajarkan beliau dipilih sebagai penerima Ahli Mangku Negara (1973), S.E.A Write Award (1985), dan Anugerah Sastera Negara (1987), Anugerah MASTERA 1 pada 9 Mac 2003 dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Ogos 2003. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Hj. Salleh
- Dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak.
- Mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England.
- Memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.
- Dalam tahun 1977, dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat.
- Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu dan pernah menjadi Naib Dekan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Institut Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1978 dilantik menjadi Profesor Kesusasteraan.
- Sajak beliau mengenai Si Tanggang telah dijadikan sebagai material di dalam komponen sastera Bahasa Inggeris untuk SPM.
- Antara karyanya ialah Sajak-Sajak Sejarah Melayu, novel Sebuah Unggun di Tepi Danau dan esei Menyeberang Sejarah: Sastera Melayu di Ambang Dunia
[ Last edited by iscol_klang at 7-6-2006 05:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Noordin Hassan
- Dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.
- Memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Setelah itu melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang.Setelah kekalahan Jepun, melanjutkan pelajaran di Penang Free School.
- Pada tahun 1952, dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Pada tahun 1962, melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris. Penglibatannya dalam bidang kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama.
- Antara drama karyanya yang telah dipentaskan ialah Tiang Seri Tegak Berlima, Malam Ini Penyu Menangis, Selendang Umi, Disentuh Bulan Pun (Pelayaran Nur Atma) dan banyak lagi.
- Antara drama-drama karyanya yang lain ialah Mana Setangginya?. Drama ini menimbulkan kontroversi kerana ditolak pementasannya oleh Istana Budaya sekitar tahun 2000.
- Karyanya yang lain ialah Memoir Saya Dari Hujung Kota, Bukan Lalang Ditiup Angin, Kumpulan Drama Peran, dan kumpulan drama Anak Tanjung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abdullah Hussain
- Dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.
- Dari tahun 1926-1931 menerima pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Limau hingga lulus Darjah V. Beliau menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael Alor Setar (1932-1933) dan Anglo Chinese School, Alor Setar hingga lulus Darjah VII (1935).
- Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau menjawat pelbagai jawatan. Jawatan pertama yang beliau sandang ialah sebagai Penjaga Stor sebuah perusahaan lombong bijih di Pahang (1939). Setelah itu mula menceburkan diri dalam bidang penerbitan dengan menjawat jawatan sebagai Pembantu Pengarang Akhbar Sahabat (1939), Pembantu Pengarang Akhbar Saudara (1940), Pengarang Majalah Puspa di Medan (1950). Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Polis daerah Langsa, Ketua Polis Pulau Sabang (1947).
- Sekembalinya ke Singapura pada tahun 1951, beliau menjalankan pelbagai tugas seperti Kerani Syarikat Perkapalan, pemberita akhbar dan majalah Indonesia, Pengurus Syarikat Perfileman, Pengarang majalah hiburan dan filem, Pengurus firma import dan eksport, dan beberapa tugas lain membawanya ke Vietnam, Filipina dan Hong Kong. Beliau juga pernah berkhidmat di Oxford University Press (1 Januari 1961 - 31 Disember 1964), Franklin Book Programme (1965-1968),Dewan Bahasa dan Pustaka (1 Mac 1968-1979).
- Pernah menerima beberapa anugerah seperti S.E.A. Write Awards (1981), Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh (LAKA) (1995), Anugerah Sastera Negara (1996) dan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) (1996).
- Antara karyanya ialah novel Imam, Masuk Ke Dalam Cahaya, Interlok dan Dari Kota Cahaya.
- Menimbulkan kontroversi sedikit masa dahulu apabila beliau mengatakan yang beliau merasa 'berdosa' setelah membaca 2 helai muka surat novel shit karya Datuk Shahnon Ahmad kerana terdapat banyak perkataan lucah dan kurang sopan di dalam novel tersebut.
- Beliau juga merupakan sahabat rapat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
S.Othman Kelantan
- Nama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dan dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
- Memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- Setelah lulus Ijazah Sarjana, beliau berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute.
- Aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antaranya ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003).
- Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Beberapa buah karyanya yang berbentuk cerpen dan novel telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun dan Sinhalis.
- Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.
- Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).
- Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003).
- Novel Juara telah diapdatasikan ke layar perak oleh U-Wei Hj. Saari dengan judul filem Jogho dan pelakon filem tersebut, Khalid Salleh telah memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik pada tahun 2001. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keris Mas - Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1982)
Ulasan novel oleh Saifullizan Yahaya:
Novel ini secara keseluruhannya cuba membincangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah digubal oleh kerajaan pada tahun 1970 setelah berlakunya tragedi hitam negara pada 13 Mei 1969.
Selepas sahaja peristiwa berdarah itu, pihak kerajaan tersedar dan insaf bahawa betapa perlunya mereka merangka beberapa dasar untuk dijadikan panduan dalam memelihara kedaulatan negara dan membangunkan sumber-sumber yang dimiliki demi untuk pembangunan rakyatnya yang berbilang kaum. DEB dengan strategi pentingnya untuk memupuk semula perpaduan dan membina semula negara selepas 13 Mei 1969.
Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep ASAS 50, iaitu Seni untuk Masyarakat, Keris Mas juga dapat dilihat menggerakkan novel itu daripada ideologi tersebut. Selain itu, novel ini juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental tulisan Datuk Senu Abdul Rahman (1970) yang membincangkan tentang ehwal sejarah bangsa Melayu.
Keris Mas menggunakan buku Revolusi Mental dalam penulisan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur kerana semangat Melayu yang cuba dimotivasikan oleh buku ini jelas dapat dilihat pada seorang tokoh utama yang menjadi pusat naratif novel ini, iaitu Muhammad. Hampir keseluruhan sikap yang cuba dimotivasikan itu terimej pada watak tersebut.
Namun begitu, perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada inti pati penting daripada DEB untuk melihat sejauh mana pandangan Keris Mas terhadap pelaksanaan dasar di Malaysia.
DEB telah dibahagikan kepada tujuh perkara sebagai garis panduan kerajaan mencapai dasar tersebut dan Keris Mas telah menerapkan beberapa dasar yang penting dan seterusnya menjadi pokok perbincangan dalam novelnya.
Perkara pertama, dalam DEB ialah pengurangan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum secara muktamad dari segi pendapatan, pekerjaan dan kekayaan. Seperti yang dicatatkan dalam Buku Dasar Ekonomi Baru: Inti pati, matlamatnya adalah untuk membawa perubahan dalam sistem ekonomi terutamanya dalam kalangan orang Melayu kerana kerajaan percaya bahawa sistem 'aparteid' telah digunakan oleh kolonial Inggeris dalam agihan ekonomi di Tanah Melayu demi keselamatan mereka.
Demi mengubah status orang-orang Melayu yang telah ketinggalan jauh itu, kerajaan telah menyarankan agar orang-orang Melayu bekerja keras dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi negara. Cadangan kerajaan ini adalah untuk melihat kebolehan dan memberi pengalaman kepada orang Melayu dalam pembahagian dan pembangunan sumber ekonomi.
Dalam novel ini, Keris Mas telah memberi peranan penting kepada Muhammad, iaitu seorang saudagar yang menguruskan sebuah anak syarikat milik saudagar Cina, Datuk Tan Chong Seng. Syarikat ini menguruskan import eksport lada hitam. Namun kebijaksanaan dan sikap hemah Muhammad telah melawan arus sikap orang Melayu lama. Kebenaran ini diperlihatkan apabila Datuk Tan kagum pada kebolehan dan keberanian Muhammad dalam membuat sesuatu rundingan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan kepada Muhammad dalam mentadbir dan mengurus anak syarikatnya menyebabkan beliau menjadikan Muhammad sebagai rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam.
Berdasarkan contoh di atas, Keris Mas cuba membentuk personaliti watak Melayu yang dikehendaki oleh DEB. Dalam dasar kerajaan tersebut orang Melayu harus diberi peluang saksama membentuk kekayaan baru dalam proses pembangunan negara. Selain itu orang Melayu juga harus berani merebut peluang, seperti Muhammad yang mencuba menerima cabaran dan risiko dalam bidang perniagaan.
Dalam perkara pertama DEB itu juga dimaklumkan bahawa untuk memperkembangkan kebolehan orang Melayu, langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kebolehan orang-orang Melayu ialah memberikan pendidikan dan latihan kemahiran terutama kepada generasi muda. Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana generasi mudalah nanti yang akan mewarisi kepimpinan negara seterusnya.
Selain untuk membangunkan negara melalui pendidikan, kerajaan juga melihat faktor pendidikan sebagai tonggak penting membentuk satu sistem nilai baru kepada generasi muda terutamanya dari segi perpaduan negara dan penyatuan kaum. Seruan kerajaan ini telah dilukiskan oleh Keris Mas pada watak Rahim, iaitu anak kepada Muhammad dan Robert, anak kepada Datuk Tan. Kedua-dua mereka sedang menuntut di England, berumur 23 tahun, rakan karib dan mengambil pengkhususan dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan lombong.
Kedua-dua watak ini sebenarnya ialah wakil generasi muda yang menjadi harapan kerajaan untuk sama-sama menggerakkan pembangunan negara seperti dalam pernyataan DEB tentang pentingnya pendidikan dalam negara membangun.
Sehubungan dengan itu, jika kita melihat bidang pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga selaras dengan galakan kerajaan yang mahu bidang kemahiran tinggi. Pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga secara tersirat digambarkan oleh Keris Mas betapa bidang kejuruteraan yang sinonim dengan pembangunan adalah penting dan simbol kepada pembangunan negara.
Selain itu, imej Rahim yang mewakili orang Melayu dan Robert yang mewakili orang Cina dan merupakan rakan karib sejak bersekolah lagi adalah imej perpaduan antara kaum yang cuba diutuskan oleh Keris Mas dalam novel ini.
Dalam perkara pertama DEB juga disentuh tentang rancangan pembangunan wilayah baru atau dikenali sebagai tanah rancangan seperti Felda. Melalui program tanah rancangan ini, kerajaan menempatkan orang Melayu dan seterusnya menyediakan sumber pekerjaan kepada mereka. Tujuan tanah rancangan ini adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu yang keseluruhan masih tinggal di desa-desa yang telah kekurangan sumber dan mengalami kejumudan sikap menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan. Program tanah rancangan ini juga berkaitan dengan perkara kedua DEB yang penting, iaitu membasmi kemiskinan terutama orang-orang Melayu. Mengikut pemerhatian kerajaan yang serius, pada tahun selepas merdeka kadar kemiskinan sangat tinggi di kawasan luar bandar dan juga orang-orang Melayu di bandar.
Justeru, dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas menggambarkan imej orang Melayu di Lembah Tualang dan Jeram Medang, iaitu kampung Muhammad yang rata-rata masih bergantung hidup pada sawah dan getah yang pada waktu itu tidak lagi menjadi sumber pendapatan penting. Faktor ini menyebabkan penduduk Melayu di situ berada dalam kemiskinan. Untuk menyelesaikan kemelut kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang, Muhammad, telah mengusahakan perpindahan orang Lembah Tualang dan Jeram Medang ke tanah rancangan Felda.
Dalam perkara ketiga DEB pula, kerajaan mahu melibatkan orang-orang Melayu ke dalam sektor-sektor moden. Penglibatan orang Melayu ini penting demi menjamin kesamarataan agihan sumber hasil bumi negara dengan bangsa asing.
Oleh itu melalui Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah meneroka satu bidang yang baru walaupun bidang ini sebenarnya telah diceburi oleh pembesar Melayu di zaman kolonial British dahulu. Bidang yang dimaksudkan itu ialah bidang perlombongan bijih timah. Lembah Tualang ini menurut pendapat pakar kaji bumi masih lagi kaya dengan hasil bijih timah. Hal ini menarik minat Datuk Tan dan rakan kongsinya Muhammad yang mempunyai pengaruh keturunan di Lembah Tualang untuk menjalankan kembali projek cari gali bijih timah di sana.
Hasrat ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana proses kemasukan orang Melayu, Muhammad ke dalam satu bidang perniagaan yang moden, iaitu dalam sektor perlombongan. Di samping itu, kerjasama yang digambarkan antara Datuk Tan dan Muhammad melambangkan bagaimana bentuk agihan itu boleh terjadi.
Dalam perkara keempat DEB pula kerajaan mahu menggiatkan penggunaan sumber tenaga sepenuhnya dalam sektor moden. Dalam erti kata lain kerajaan mahu mengurangkan masalah pengangguran terutama dalam kalangan orang Melayu.
Perkara kelima DEB pula menggariskan bentuk peranan kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan serta agensi yang berkaitan dalam membentuk ekonomi negara. Dalam novel ini, watak YB Muhammad Yusuf adalah sebagai wakil kerajaan negeri. Beliau menjadi rujukan Muhammad dalam menyelesaikan isu tanah penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang. Dengan kuasa kerajaan yang miliki oleh YB Muhammad Yusuf, beliau telah menguruskan perpindahan penduduk Lembah Tualang ke tanah rancangan Felda.
Sebagai seorang pengarang Islam, Keris Mas telah memberi penilaian kepada DEB yang secara keseluruhan masih mempunyai kelemahan. Kelemahan yang dikesani oleh Keris Mas ialah tentang aspek pembangunan rohaniah Islam. Atas kesedaran ini juga, Keris Mas telah melontarkan pemikirannya tentang perlunya pembangunan agama seiringan dengan pembangunan fizikal agar pembangunan yang ingin dicapai dan dicita-citakan oleh kerajaan itu lengkap dan sempurna.
Justeru melalui tokoh generasi muda Rahim yang mendapat pendidikan di luar negara dan Lebai Maarup yang hanya mendapat pendidikan setakat SPM melontarkan pesan kepada Muhammad dan juga kerajaan bahawa dalam mengejar kekayaan asas-asas keagamaan jangan dipinggirkan.
Selain itu, Muhammad, iaitu seorang saudagar dari Kuala Lumpur yang menjadi judul novel secara simboliknya ialah imejan kepada DEB. Rahim secara simbolis mewakili golongan intelektual-akademik yang akhirnya berjaya mengingatkan ayahnya tentang nilai-nilai budaya bangsa yang harus dipelihara dalam mengejar kekayaan material.
Lebai Maarup pula lambang kepada golongan agama-ulama yang mahu pembangunan rohani tidak dipinggirkan juga akhirnya berjaya mengingatkan Muhammad tentang kepentingan agama dalam mengejar pembangunan fizikal. Manakala YB Muhammad Yusuf lambang kepada kuasa kerajaan. Begitulah Keris Mas membuat penilaiannya terhadap DEB yang dirangka oleh kerajaan untuk memacukan pembangunan negara Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Malaysia - Catatan sejarah awal (S.Othman Kelantan)
Novel 1930-an
DEKAD 1930-an, beberapa novel yang dianggap penting ialah Melati Sarawak (1932) oleh Muhammad Rakawi Yusuf, Putera Gunung Tahan (1937) oleh Ishak Haji Muhammad, Acuman Mahkota (1937/38) kedua-duanya oleh Abdul Kadir Adabi Ahmad. Kedua-dua novel terakhir ini asalnya disiarkan secara bersiri dalam majalah al-Hikmah (1934-1941) yang diterbitkan di Kota Bharu, Kelantan.
Satu Kali Cium Tiga Kali Tempeleng (1936) oleh Raja Mansor, Pelarian Yang Cerdik (1938) dan Tiga Bulan Dalam Penjara (1939) kedua-duanya oleh Shamsudin Saleh. Sebenarnya Raja Mansor dan Shamsudin telah menulis beberapa buah novel lagi, yang tidak dicatatkan di sini.
Acuman Mahkota mengisah percaturan politik istana di Kelantan antara Long Abdul Rahman dengan puteranya, Tengku Jaafar dan orang besar Datuk Othman, syah bandar Tumpat. Ciri yang menarik dalam novel sejarah ini ialah peranan wanita untuk meruntuhkan kerajaan.
Peranan wanita ini sangat penting kerana campurtangan wanita dalam politik Kelantan sangat besar. Walaupun secara keseluruhannya novel ini menggambarkan pergolakan politik dalam istana, namun secara tersirat ia juga melukiskan peranan rakyat termasuk wanita.
Putera Gunung Tahan adalah novel satira politik yang mencemuh dan menghina sikap kolonial Inggeris. Paling penting novel ini merupakan wajah sebuah realiti magis yang terulung di Malaysia.
Ciri yang diadunkan antara realiti masyarkat Melayu yang berjuang dan raja-raja Melayu yang mula menerima kedatangan Inggeris dan kepercayaan rakyat tentang orang halus adalah unsur realiti magis yang terkawal dalam penciptaan novel Melayu.
Novel lain yang penting semasa pendudukan pendudukan Jepun di Malaysia ialah Anak Mat Lela Gila (1941) oleh Ishak Haji Muhammad, Perjanjian di Kereta Api (1945) oleh Abdullah Sidek, Pahlawan Rimba Malaya (1945) dan Korban Kesuciannya (1949) kedua-duanya oleh Keris Mas.
Dalam masa pendudukan Jepun tidak banyak novel dihasilkan.
Novel Anak Mat Lela Gila adalah yang terpenting dalam dekad ini yang dianggap satira paling tajam. Mat Lela, seorang nasionalis Melayu secara implisit dianggap gila. Mat Lela membina rumah dalam hutan seperti sebuah taman. Rumahnya tidak bertingkap. Ada dahan dan cabang kayu yang diukir termasuk ukiran kemaluan lelaki. Mat Lela mencipta batu bata dan membina sebuah bentuk rumah idaman. Mat Lela juga mencipta wang kertas.
Perangai dan kelakuannya inilah dikatakan gila. Mat Lela mendapat seorang anak lelaki yang ditinggalkan oleh sepasang kekasih di rumahnya itu, anak itu dinamakan Bulat, budak Bulat ini dipanggil sebagai Anak Mat Lela Gila.
Rumah dalam taman dan Bulat merupakan lambang dan hakikat sebenar yang terkandung dalam diri Mat Lela. Binaan rumah dalam hutan, binaan batu bata dan mencipta wang menjadi lambang kepada cita-cita Mat Lela untuk mencapai kemerdekaan. Ukiran kemaluan lelaki daripada kayu yang diberikan kepada kanak-kanak yang melintasin rumahnya, sebagai lambang orang Melayu atau raja-raja Melayu yang tidak malu kerana menyerahkan negeri kepada Inggeris.
Bulat pula menjadi lambang kepada kesempurnaan. Kebanyakan kejadian ciptaan Allah itu bulat, termasuk pokok, buah, bumi, matahari, bulan dan bintang. Bahkan kalau kata sepakat dicapai, dikatakan sebulat suara. Bulat mudah bergerak - melambangkan progresif dan radikal. Justeru, bila Mat Lela mati, Bulat hidup di merata-rata dan menjadi penyanyi dengan menggunakan buluh perindu. Bulat menyanyi seluruh tanah air dengan lagu Keroncong Sakai iaitu seruan kebangsaan. Bila akhirnya Bulat menemui ibu bapanya di Singapura dan akhirnya ke Mekah, membawa makna apabila kemerdekaan dicapai, maka tepatlah ibadat dilakukan dengan sempurna.
NOVEL 1950-an
Novel penting dalam dekad ini ialah Rumah Itu Dunia Aku (1951) dan Rumah Kosong (1957) kedua-duanya oleh Hamzah Hussein. Rumah Kosong asalnya dimuat secara bersiri dalam majalah Mutiara. Juga novel Budak Beca (1957) dua jilid, Selayang Pandang (1957/58) dua jilid, Mata-Mata Sukarela (1959) ketiga-tiganya oleh Ishak Haji Muhammad, dan Musafir (1959) oleh Hassan Ali. Penulis lain yang terkenal seperti Abdullah Sidek, Ahmad Lutfi, Abdul Samad Ahmad dan Ahjmad Bakhtiar, menulis dalam dekat ini tetapi novel mereka tidak dicatatkan di sini.
Novel Rumah Itu Dunia Aku (RIDA) adalah novel pertama di Malaysia yang memilih latar terbatas, hanya di dalam sebuah rumah. Kebanyakan novel Melayu sejak 1876 memilih latar pengembaraan sebagai plotnya. Novel RIDA memilih aksi dalaman iaitu melalui pemikiran, emosi, sentimen, tindakan psikologi dalam bentuk mimpi, igauan dan tindakbalas. Oleh kerana hampir seluruhnya berlaku dalam aksi dalaman watak, novel ini mewujudkan plotless atau antiplot. Novel kedua bentuk ini ialah Rumah Kosong oleh penulis yang sama.
NOVEL 1960-an
Selepas merdeka penulisan semakin subur sehingga mencapai 235 buah novel yang dihasilkan lebih 200 pengarang. Antara novel yang wajar dicatatkan adalah Salina (1961) oleh A. Samad Said, Tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim, Lingkaran (1965) karya Arena Wati, Patah Sayap Terbang Jua (1966) oleh Alias Ali, Menteri (1967) tulisan Shahnon Ahmad, Langkah Kiri (1968) oleh Yahya Ismail dan Angin Hitam (1968) oleh A. Wahab Ali.
Saya menulis Pengertian (1966), Pertentangan (1967) dan Angin Timur Laut (1969). Pengertian dalam cetakan kedua dan ketiga ditukar judul menjadi Norbani. Novel Angin Timur Laut diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh Dr. Laurent Metzger dengan judul `Le VenDu Nord-Est' (Paris: Collection UNESCO La Parao, 1982)
Novel Menteri menyentuh soal politik. Malah Menteri menggambarkan nasionalisme Melayu dalam diri seorang menteri bernama Bahadur. Keinginannya untuk membela bangsa Melayu selepas merdeka, yang dianggapnya selama ini semua sistem menindas Melayu, menimbulkan aksi dalaman secara psikologi. Bahadur melihat di dalam igauan dan mimpinya bangsa Melayu di tempat hina, sedangkan naga menguasai tanah air.
Maksud naga itu adalah kaum Cina yang menguasai kekayaan negara yang baru merdeka. Ramai orang Melayu mengejar menteri untuk membunuhnya. Sesedarnya Bahadur dari mimpi buruk itu, dia berazam untuk membela Melayu.
NOVEL 1970-an
Sepanjang dekad ini novel tercipta sebanyak 179 buah yang dihasilkan lebih 100 pengarang. Antara novel yang wajar disebut ialah Senja Belum Berakhir (1971) dan Sami Mekong (1976) oleh Azizi Abdullah. Ranjau Sepanjang Jalan (1977) dan Seluang Menodak Baung (1978) oleh Shahnon Ahmad, Nafas Yang Hampir Putus (1976) oleh A.B Amasuba, Saga (1976) karya Abdul Talib Mohd. Hassan, Bulan Merah Di Tiga Kuala (1976) oleh Zahari Affandi, Ombak Bukan Biru (1977) oleh Fatimah Busu dan Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar Ridhwan.
Saya menghasilkan novel Perjudian (1973) dan Juara (1976). Novel Juara diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Normah Mohd. Nor dengan judul Champion juga diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Mikio Hirato.
Novel Seluang Menodak Baung adalah menepati ciri pendekatan Social Ego atau social consciousness, iaitu gambaran kesedaran masyarakat, menurut teori Christopher Caudwell.
Suman, seorang pemuda kampung yang segala-galanya tertakluk kepada adat tradisi bahawa kemiskinan itu kerana takdir dan tidak boleh berubah dan tidak boleh diubah. Tetapi, setelah menerima fikiran dari Fatah yang telah lama berada di bandar, bahawa kemiskinan boleh diubah dengan usaha bersungguh-sungguh.
Walaupun mendapat tentangan dan kemarahan luar biasa ayahnya sehingga dipukul, dalam situasi yang sama Suman menyambut adiknya yang baru lahir dan mengadakan demonstrasi ke rumah Waibi untuk mendapatkan tanah.
Perubahan sikap Suman yang lembam dan negatif kepada radikal, progresif dan positif adalah membuktikan perubahan fikiran setelah berinteraksi dengan kaum intelektual yang berpengalaman di bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Novel 1980-an
ADA beberapa buah novel yang patut dicatatkan sebagai novel penting dalam dekad 1980-an ialah Konserto Terakhir (1980) oleh Abdullah Hussain, Muhammad Akhir (1984) oleh Anas K. Hadimaja, Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1986) oleh A. Samad Said, Saudagar Besar dari Kual Lumpur (1985) dan Rimba Harapan (1986) oleh Keris Mas, Sutan Baginda (1998) oleh Shahnon Ahmad dan Di Negeri Belalang (1998) oleh Anwar Ridhwan.
Novel Muhammad Akhir mengisahkan keimanan dan keikhlasan seorang pemuda yang berperangai ganjil bernama Muhamad Akhir Ali Abdullah al-Hafiz, 25 tahun. Muhammad Akhir yang menjadi jaga di kilang Jepun telah menangkap Pak Mat Itam, 50, dan beberapa lagi yang mencuri TV di kilang itu. Pak Mat Itam yang dianggap gagah, bekas kelasi kapal, dicabar supaya mencabut paku di sebuah meja kayu di kilang itu jika mahu membuktikan mencuri itu benar. Pak Mat Itam gagal, tetapi Muhammad Akhir berjaya mencabut dengan tangannya. ``Saya bukan kuat tetapi Allah menolong saya, kerana saya benar,'' kata Muhammad Akhir.
Bagaimanapun, Muhammad Akhir dibuang kerja kerana difitnah. Seorang pencuri India telah menjadi gila dan mati. Kemudian Pak Mat Itam bersahabat baik dengan Muhammad Akhir, kerana dia telah bermimpi melihat Muhammad Akhir berzikir dan bila dia sedar, betul-betul Muhammad Akhir berada di rumahnya.
Selepas peristiwa itu Pak Mat Itam menjadi drebar kepada seorang hartawan Puan Abidah, janda berusia 30 tahun yang mempunyai tujuh syarikat. Atas pertolongan Pak Mat Itam, Muhammad Akhir diambil menjadi guru al-Quran di rumah Puan Abidah mengajar orang anaknya.
Sebelum Puan Abidah kahwin, beberapa kali dia bermimpi dengan Muhammad Akhir. Demikian juga ayahnya. Malah, anak Puan Abidah, Abdul Fatah juga bermimpi melihat Muhammad Akhir sebelum dia meninggal dunia kerana sakit jantung.
Muhammad Akhir adalah ciri watak tipa induk dalam gambaran para-ali, dan mendekati sejarah Nabi Muhammad s.a.w yang mengahwini Siti Khadijah yang berusia 40 tahun, sedangkan Baginda baru berusia 25 tahun. Ciri watak tipa induk yang lain ialah usaha dakwah Muhammad Akhir, ini termasuk Ganesh, seorang India, dan satu keluarga Cina menganut agama Islam.
Muhammad Akhir menyewa bilik di rumah Robert Chong, menyebabkan anjing Cina itu melarikan diri. Beberapa kali dibawa balik, anjing itu tetap lari. Tertarik kepada akhlak dan keikhlasan Muhammad Akhir, Robert Chong dan keluarganya memeluk Islam.
Saya menulis novel Perwira (1980) dan Ruang Perjalanan (1989). Perwira mengisahkan perjuangan pengikut Tok Janggut menentang kolonial Inggeris, setelah Tok Janggut meninggal dunia. Ruang Perjalanan pula berkisar atas persoalan kebebasan berfikir dalam falsafah Barat dan asas pemikiran kritis dalam Islam, yang membawa ciri-ciri perbahasan tesis/hipotesis, antitesis dan sintesis.
Novel 1990-an
Dalam dekad menjelang alaf baru ini beberapa novel yang wajar disebut ialah Sokma Angin oleh Arena Wati, Imam oleh Abdullah Hussain, Anugerah oleh Zaharah Nawawi dan shit oleh Shahnon Ahmad. Perlu dicatatkan bahawa beberapa Sasterawan Negara seperti Arena Wati, Shahnon Ahmad, A. Samad Said dan Abdullah Hussain menulis novel dalam setiap dekad, malah lebih dari sebuah novel.
Novel shit sebuah karya hypermodernism, novel yang sangat pantas membakar minda khalayak terutama ahli politik di Malaysia. Kebanyakan intelektual dari pusat pengajian tinggi membuat kajian mendalam terhadap novel ini. Novel ini memberi reaksi yang tinggi dan agak keterlaluan kepada ahli politik yang sebenarnya kurang memahami stail Shahnon Ahmad yang bombastik.
Bermula dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan yang bombastik diteruskan dalam shit@P***M**. Shahnon memilih latar usus dalam diri manusia. Usus penuh dengan tahi atau 'taik' menurut Shahnon dan bermula di sinilah seluruh novel ini dicipta.
Sekadar catatan perkembangan, dalam dekad ini saya menulis Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991) dan Nagogho Astana (1997). Novel terakhir ini merupakan sebuah novel cerpen atau nopen, iaitu setiap bab atau episod seakan-akan tidak ada kaitan, boleh berdiri sendiri sebagai sebuah cerpen. Namun, secara keseluruhannya berada di bawah tema sebuah negara yang bernama Nagogho Astana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ramlah7717 This user has been deleted
|
Kalau tidak silap akak, ada seorang penerima anugerah ini ialah seorang penulis bukan Melayu. Tapi, akak sudah lupa namanya. Cuma yang akak ingat... kalau tak silap, namanya bermula dengan Lim. Kalau akak silap, minta maaflah, ya... tapi kalau benar, nak juga tahu apa sumbangannya dan novelnya yang berada di pasaran. Akak harus akui, akak lebih mengikuti karya komersial berbanding dengan karya sastera berat, walaupun pernah membaca Al-Iman, karya A. Samad Said.
Al-Iman, sebuah karya agong yang cukup bagus. Bayangkanlah puisi dileretkan menjadi sebuah novel yang penuh dengan unsur kemanusiaan dan Ketuhanan. Salah satu karya agong yang sukar akak lupakan. Tapi, minta maaflah... inilah satu-satunya buku yang akak tak akan buat reviu. Ia terlalu istimewa. Apa-apa sahaja tentang novel ini harus dibaca terus oleh pembaca, dan bukan bergantung kepada kritikan dan respon reviu. Sama ada anda suka atau tidak buku ini, ia tidak rugi dimiliki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ramlah7717 at 13/6/06 11:24 AM
Kalau tidak silap akak, ada seorang penerima anugerah ini ialah seorang penulis bukan Melayu. Tapi, akak sudah lupa namanya. Cuma yang akak ingat... kalau tak silap, namanya bermula dengan Lim. Kal ...
alamak.. saya dah lupa namanya... BMnya sangat bagus, biasanya menulis sajak... |
|
|
|
|
|
|
|
Lim Swee Tin?
Rasanya dia belum diberi anugerah sasterawan negara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pessoa at 14/6/06 12:39 PM
Lim Swee Tin?
Rasanya dia belum diberi anugerah sasterawan negara.
sebab tu saya jadi confuse bila kak ramlah tulis dia dah jadi sasterawan negara |
|
|
|
|
|
|
syrzreen This user has been deleted
|
Betul Kak Ramlah cakap.. LIM SWEE TIN ni, ada terima S.E.A. Write Award thn 2000 di Asia Tenggara oleh Kjn Diraja Thailand. Dia ni selalu deklamasi puisi kt TV.
Lim Swee Tin lahir kat Bachok Kelantan pada 26 Sept. 1952. Selain puisi ada gak hasilkan cerpen dan novel. Thn 1990, dia wakili negara pada acara Pengucapan Puisi Dunia KL. DBP pun ada pilih dia bagi Program Penataran Karya Sastera di Jakarta. Karya dia: Eva (1981), Akrab (1985), Menyusur Musim (1991), Masih(1997), Fragmen Cint (1998), Nyanyian Sepi (2000). Byk gak menang hadiah sastera malaysia. Skarang ni tak silap aku, jadi Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di UPM.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syrzreen at 15-6-2006 10:55 AM
Betul Kak Ramlah cakap.. LIM SWEE TIN ni, ada terima S.E.A. Write Award thn 2000 di Asia Tenggara oleh Kjn Diraja Thailand. Dia ni selalu deklamasi puisi kt TV.
Apa yg betulnya? Anugerah SEA dengan Anugerah Sasterawan negara bukan sama |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|