View: 11283|Reply: 8
|
hadiah sastera kumpulan utusan 2005
[Copy link]
|
|
Penulis muda menonjol, mapan konsisten
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang memasuki tahun ke-21 memperlihatkan penguasaan penulis-penulis generasi baru yang mapan dan penulis baru dalam genre cerpen dan puisi.
HSKU dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan ditaja oleh ExxonMobil ini dianggap sebagai salah satu premis untuk menggali bakat-bakat baru dalam penulisan. Pada masa yang sama anugerah ini juga menjadi gelanggang penulis membimbing menerusi karya-karya yang dihasilkan.
Acara penyampaian hadiah HSKU akan diadakan pada 19 Julai ini di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Dalam kategori novel remaja misalnya, penulis baru Amer Hamzah L. Kadir (Kembara Amira) dan Abdul Latip Talib (Beraraklah Awan Pilu) membolot tempat pertama dan ketiga. Tempat kedua oleh penulis generasi baru yang prolifik, Siti Jasmina Ibrahim menerusi novel 6:20.
Tahun lalu kategori yang sama dimonopoli oleh penulis Mohd. Faisal Musa (Faisal Tehrani) yang mendapat tempat pertama dan kedua.
Selepas 20 tahun memberikan tumpuan kepada karya-karya dalam bahasa Melayu, tahun ini HSKU membuka laluan kepada karya dalam bahasa Inggeris. Laluan pertama menerusi kategori novel Inggeris.
Pemenang perintis kategori ini ialah Ti Chin Han (Fridge Horror) yang mendapat tempat pertama, Lee Su Ann (The Curse) tempat kedua dan Teoh Choon Ean (Nine Lives) tempat ketiga.
Penulis muda yang pernah muncul sebagai pemenang dalam HSKU yang lalu juga mengulangi kejayaan untuk anugerah kali ini. Antara yang memperlihatkan mutu karya yang konsisten ialah Ummi Hani Abu Hassan yang memenangi hadiah utama kategori cerpen remaja, Siti Hajar Mohd. Zaki memenangi hadiah penghargaan kategori cerpen remaja.
Berikut adalah keputusan penuh HSKU 2005:
KATEGORI NOVEL REMAJA
Hadiah pertama (RM6,000)
* Kembara Amira: Amer Hamzah L. Kadir
Hadiah kedua (RM4,000)
* 6:20: Siti Jasmina Ibrahim
Hadiah ketiga (RM3,000)
* Beraraklah Awan Pilu: Abd. Latip Talib
KATEGORI NOVEL INGGERIS
Hadiah pertama (RM6,000)
* Fridge Horror: Ti Chin Han
Hadiah kedua (RM4,000)
* The Curse: Lee Su Ann
Hadiah ketiga (RM3,000)
* Nine Lives: Teoh Choon Ean
KATEGORI CERPEN REMAJA
Hadiah Utama (RM2,500 setiap satu)
* Dia Berikan Tangannya: Rahmat Purnama Mulya
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 27 Mac 2005]
* Kampung Hati Ayah: Ummi Hani Abu Hassan
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 03.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 3 Julai 2005]
* Pelangi, Kami Ingin ke Sana: Ariff Mohamad
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 18 September 2005]
Hadiah Penghargaan (RM800 setiap satu)
* Anak Gelandangan: Mohd. Hashim Osman
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 6 Februari 2005]
* Cikgu Apik: Siti Hajar Mohd. Zaki
[Utusan Melayu Mingguan, 2-8 Oktober 2005]
* Gadis Bunga di Tasik Dal: Zaharah Nawawi
[Mingguan Malaysia, 4 Disember 2005]
* E-mel Seorang Lelaki: Muhammad Lutfi Ishak
[Utusan Melayu Mingguan, 2-8 Januari 2005]
* Mergastua dan Kotak Batu: Zaharah Nawawi
[Mingguan Malaysia, 16 Januari 2005]
* Rabiatul Adawiyah: A. Ghani Abdullah
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 8 Mei 2005]
* Ratu Kosmetik: Mohd. Faizal Musa (Faisal Tehrani)
[URTV, 15-31 Ogos 2005]
KATEGORI CERPEN
Hadiah Utama (RM2,500 setiap satu)
* Alkisah Ular... Ular & Ular: Zainal Rashid Ahmad
[Mingguan Malaysia, 30 Januari 2005]
* Hikayat Naga Gunung Cimayu: Ghazali Lateh
[Mingguan Malaysia, 13 Mac 2005]
* Psiko: Nazel Hashim Mohamad
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 24 Julai 2005]
Hadiah Penghargaan (RM800 setiap satu)
* Cerita-cerita Akhir: Ummi Hani Abu Hassan
[Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2005]
* Kidung Akarku: Siti Salbiah Raduan (Tiras R)
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 10 Julai 2005]
* Memaknakan Cinta: Salina Ibrahim
[Utusan Melayu Mingguan]
* Orang Berjasa: Mohd. Affandi Hassan
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 03.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 20 Mac 2005]
* Osmosis: Amaruszati Noor Rahim
[Mingguan Malaysia, 29 Mei 2005]
* Pasir di Bawah Belati: Syed Mohd. Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)
[Mingguan Malaysia, 4 September 2005]
* Retorik: Ramli Abdul Halim
baca di sini ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 02.htm&arc=hive
[Mingguan Malaysia, 3 April 2005]
KATEGORI PUISI
Hadiah Utama (RM 1,000 setiap satu)
* Al-Andalus Menangis: Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)
[Mingguan Malaysia, 10 Julai 2005]
* Puisi Buat Umaira di Narathiwat: Wan Ahmad @ Wan Adnan Wan Daud (Wadi Leta S.A.)
[Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2005]
* Senja Terakhir di Multazam: Ali Haji Ahmad (Nora)
[Utusan Melayu Mingguan, 9-15 Januari 2005]
Hadiah Penghargaan (RM 500 setiap satu)
* Akar: Mohd. bin Abdullah (Hilmi Rindu)
[WANITA, Julai 2005]
* Catatan Kecil buat Jiran yang Berpindah Jauh: Mohd. bin Abdullah (Hilmi Rindu)
[Mingguan Malaysia, 27 Februari 2005]
* Di Gerai Masa: Nazim Mohd. Subari
[URTV, 1-15 April 2005]
* Jika Ingin Mencari: Nazim Mohd. Subari
[Mingguan Malaysia, 25 Disember 2005]
* Kalau Kita Menjadi Kayu: Abdul Rahim Idris
[Mingguan Malaysia, 27 Februari 2005]
* Nafiri: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
[Mingguan Malaysia, 19 Jun 2005]
* Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama: Zainal Rashid Ahmad
[Mingguan Malaysia, 14 Oktober 2005]
KATEGORI KAJIAN & RENCANA SASTERA
Hadiah Penghargaan - Kajian Sastera (RM 500 setiap satu)
* Rubiah dan Estetika Sastera Melayu: Sukri Mohamad Ali (Shukri Matt Ali)
[Utusan Malaysia, 8 & 15 Mei 2005]
* Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah Kontemporari: Nisah Haron
[Pemikir, Oktober-Disember 2005]
Rencana Sastera (RM500 setiap satu)
* Bina Bangsa Melalui Sastera: Prof. Madya Dr. Noriah Taslim
[Mingguan Malaysia, 11 September 2005]
* Sasterawan-Tentera: Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam: Mohd. Faizal Musa (Faisal Tehrani)
baca di sini --->
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
dan sini --->
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
[Utusan Malaysia, 6 & 10 Januari 2005]
tak lama lagi nampaknya antologi cerpen & puisi akan keluar...novel2 pun macam tu jugak...berminat nak baca novel inggeris tu, macam best jek |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 iscol_klang's post
yup, me too...tingin nak baca those English ones...
thanks for the info... |
|
|
|
|
|
|
ramlah7717 This user has been deleted
|
koleksi yang tidak mungkin dapat akak ketepikan. Semuanya penulis baru. Bagus sekali. Cuma bajet sahaja yang menjadi sempadan buat masa ini. Terima kasih iscol atas info ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kategori novel inggeris tu macam best je?
mana nak cari? cepatla bukukan.. semua macam cerita from the other world |
|
|
|
|
|
|
|
HSKU dan pembangunan sastera
HADIAH Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) telah menjengah usia 21 tahun. Malam penyampaian hadiah tahun ini akan diadakan pada Rabu ini di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
HSKU ini secara tidak rasmi sudah lama wujud dalam kalendar sastera di negara ini. Kalangan penulis, ada keghairahan untuk mengetahui karya siapakah yang dipilih oleh panel juri.
Sebagai penganjur, Kumpulan Utusan bukan saja berbangga kerana mempunyai rekod penganjuran yang begitu lama. Tetapi yang lebih penting Kumpulan Utusan menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan kesusasteraan di negara ini.
Sesiapa saja boleh mempertikaikan prestij HSKU. Sebenarnya HSKU tidak memerlukan label tertentu sebagai penanda aras kedudukannya.
Tetapi yang penting usaha tanpa henti selama 21 tahun lalu telah melahirkan sekian banyak pelapis yang akhirnya menjadi peneraju dalam dunia sastera.
Usaha Kumpulan Utusan juga mendapat sokongan yang kuat daripada syarikat korporat lain untuk berganding bahu sebagai penaja. ExxonMobil telah memperlihatkan minat yang sangat besar dan menjadi penaja HSKU sejak beberapa tahun lalu. Sebelum itu Public Bank bermurah hati duduk bersama-sama Kumpulan Utusan membangunkan kesusasteraan tempatan.
Selepas dua dekad, penulis baru yang pernah memenangi hadiah ini pada awal penganjuran dulu kini telah menjadi penulis yang memberi warna kepada dunia sastera.
Mereka ini telah diberi laluan menerusi akhbar dan majalah terbitan Kumpulan Utusan untuk mengutarakan karya.
Pada masa yang sama sepanjang dua dekad ini HSKU bukan saja disertai oleh penulis baru malah hampir kesemua Sasterawan Negara pernah diangkat sebagai pemenang. Datuk A. Samad Said, Datuk Shahnon Ahmad, Arenawati dan beberapa lagi pernah sama-sama naik ke pentas dengan penulis baru.
Bagi Kumpulan Utusan, kesediaan Sasterawan Negara naik ke pentas menerima hadiah bersama penulis baru mencerminkan HSKU tidak ada jurang antara baru dan mapan.
Kita tidak perlu malu untuk mengakui bahawa populariti HSKU tidak sama seperti anugerah dalam dunia hiburan. Tetapi HSKU penting sebagai laluan ke arah menzahirkan Wawasan 2020.
Sastera adalah premis untuk mengimbangi sebuah negara maju dengan pembangunan manusianya. Sastera tidak pernah dibukti atau terbukti menjadikan manusia antikemajuan.
Di negara-negara maju sastera menjadi pencetus kepada kemajuan. Ini kerana peneraju di sektor korporat dan awam adalah pengagum karya-karya sasterawan tersohor. Itulah juga impian HSKU.
E-mel: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Jasmina sinonim dengan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
Oleh ANI AWANG
SITI JASMINA IBRAHIM.
MANUSKRIP berjudul 6.20 membawa tuah kepada penulis prolifik Siti Jasmina Ibrahim apabila karyanya itu dipilih panel hakim sebagai pemenang kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2005 bagi Kategori Novel Remaja yang diumumkan baru-baru ini.
Kemenangan itu membolehkan pelajar lulusan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) pada 1995 itu meraih hadiah wang tunai RM4,000.
Ini merupakan kemenangan ketiga bagi Jasmina dalam HSKU. Kemenangan pertamanya dalam HSKU pada 2001 dengan novel Trilogi Cinta (tempat pertama) dan Ombak Sfera Lotus (tempat ketiga HSKU) pada 2003.
Dia juga telah memenangi Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 dengan cerpen Seru Fadillah. Cerpen Kuntum Horizon pula memenangi Hadiah Sastera Utusan 2000.
Menurut Siti Jasmina, 29, kemenangan yang diraih itu adalah sesuatu yang tidak diduga.
Katanya, dia mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan manuskrip 6.20 tahun lalu dengan judul asal 6.05.
Novel 6.20 mengisahkan Sukma, seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri unggul sebagai bertanggungjawab, beriltizam dan penyayang. Dia berhadapan dengan kisah silam ibunya yang tidak mendapat didikan agama dan akhirnya terseret dalam lembah kehinaan.
Perjuangan Sukma membanteras penularan keruntuhan moral di kalangan remaja telah membantu meleraikan masalah yang dihadapi oleh remaja masa kini.
揚ada peringkat awalnya saya ragu-ragu untuk menyertai HSKU kali ini kerana saya percaya ramai penulis hebat yang menyertainya.
揝aya mahukan karya yang saya hasilkan itu benar-benar berkualiti. Saya membuat penilaian demi penilaian agar karya saya mempunyai mutu tersendiri dan pengajaran apabila khalayak membacanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Mitos novel remaja
Oleh Nor Azah Abd. Aziz
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Makaruddin (kiri) menerima cek bernilai RM70,000.00 daripada Pengurus Hal Ehwal Awam ExxonMobil, Mokhtar Daut untuk tajaan Hadiah Sastera di ibu pejabat Kumpulan Utusan pada 2004. Pada tahun ini, ExxonMobil masih lagi menaja sayembara itu. Di kanan ialah Pengarah Eksekutif Utusan Publications and Distributors, Roselina Johari.
慛ovel remaja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buku-buku sudah diterbitkan di http://ujanailmu.com.my
Judul : Kalau Kita Menjadi Kayu
Penyelenggara : Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Kumpulan Cerpen, Puisi, Kajian & Rencana Sastera
Mukasurat : 254
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676118982
Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, iaitu: 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah kajian, dan 2 buah rencana sastera. karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang kawakan tanah air, di samping penulis generasi baharu.
Karya-karya multi genre itu menyerlahkan kematangan pemikiran dan kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan setempat juga antarabangsa, sekali gus menghantar mesej tentang peri pentingnya menjunjung moraliti dan ilmu dalam membentuk jati diri insan. Dengan muatan sejarah, psikologi, politik, agama, ekonomi, dan falsafah, karya-karya tersebut dihantar dengan cara berseni, mencuit hati dan menguja daya taakulan.
"Kalau Kita Menjadi Kayu", puisi yang diangkat menjuduli antologi ini mengirim peringatan tentang permainan puak oportunis yang licik, yang selalu menundukkan puak yang memilikki kuasa sehinnga kuasa itu menjadi takluknya pula.
Kandungan.
Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera.
Cerpen
Pasir di Bawah Belati (S.M. Zakir)
Hikayat Naga Gunung Cimayu (Ghazali Lateh)
Cerita-cerita Akhir (Ummi Hani Abu Hassan)
Memaknakan Cinta (Salina Ibrahim)
Retorik (Ramli Abdul Halim)
Alkisah Ular... Ular & Ular (Zainal Rashid Ahmad)
Psiko (Nazel Hashim Mohamad)
Orang Berjasa (Mohd. Affandi Hassan)
Kidung Akarku (Tiras R)
Osmosis (Amaruszati Noor Rahim)
Puisi
Kalau Kita Menjadi Kayu (Abdul Rahim Idris)
Al-Andalus Menangis (Fahd Razy)
Puisi Buat Umaira di Narathiwat (Wadi Leta S.A.)
Jika Ingin Mencari (Nazim Mohd. Subari)
Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama (Zainal Rashid Ahmad)
Di Gerai Masa(Nazim Mohd. Subari)
Senja Terakhir di Multazam (Nora)
Akar (Hilmi Rindu)
Nafiri (Kemala)
Catatan Kecil buat Jiran yang Berpindah Jauh (Hilmi Rindu)
Kajian Dan Rencana Sastera
Rubiah dan Estetika Sastera Melayu (Shukri Matt Ali)
Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Nisah Haron)
Bina Bangsa Melalui Sastera(Prof. Madya Dr. Noriah Taslim)
Sasterawan-Tentera: Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam(Faisal Tehrani)
Judul : Pelangi, Kami Ingin Ke Sana
Penyelenggara : Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Kumpulan Cerpen Remaja
Mukasurat : 132
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676118966
Menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen-cerpen tersebut merupakan hasil cipta penulis generasi baharu dan pengarang kawakan tanah air.
Sarat dengan nilai motivasi dan bersifat eksploratif, karya-karya tersebut mengankat isu tempatan di samping meneroka sehingga ke wilayah antarabangsa, berbicara tentang keadilan jagat, cinta dan kasih sayang, kecekalan semangat, prinsip kebenaran, peperangan, dan pengorbanan-kesemuanya sangat bermanafaat untuk membijaksanakan khalayak. Ditulis dengan bahasa yang menarik dan teknik yang pelbagai, cerpen-cerpen tersebut dapat menguja daya taakulan di samping menghiburkan.
"Pelangi, Kami Ingin Ke Sana", cerpen yang menjadi antologi ini mengirim hikmah: Walau hidup luluh dilanda bencana, harapan indah tidak terluluhkan, bahkan mendorong insan bangkit membina penghidupan.
Kandungan
Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen Remaja Dan Novel Remaja.
Pelangi, Kami Ingin ke Sana (Ariff Mohamad)
Ratu Kosmetik (Faisal Tehrani)
Mergastua dan Kotak Batu (Zaharah Nawawi)
Dia Berikan Tangannya (Rahmat Purnama Mulya)
Cikgu Apek (Siti Hajar Mohd. Zaki)
Anak Gelandangan (Mohd. Hashim Osman)
Kampung Hati Ayah (Ummi Hani Abu Hassan)
Gadis Bunga di Tasik Dal (Zaharah Nawawi)
E-mel Seorang Lelaki (Muhammad Lutfi Ishak)
Rabiatul Adawiyah (A. Ghani Abdullah)
Judul : Kembara Amira
Pengarang : Amer Hmzah L. Kadir
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 361
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676119008
Pencarian emas oleh John O'Hara dan penerokaan khazanah sejarah di Desa Karpus bagaikan sebuah pementasan yang menemukan leluhur Tau. Pencarian yang mengheret Malique mengidentifikasi sejarah diri. Sejarah yang terlipat kemas dalam kalangan masyarakat rimba.
Di tapak yang sama, Amira menghabiskan cuti persekolahan, menyertai ibunya Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamaddun manusia. Pertemuan Malique dan Amira merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.
Novel ini memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.
Judul : 6:20
Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 227
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676118974
Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.
Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.
Novel ini memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.
Judul : Beraraklah Awan Pilu
Pengarang : Abd Latip Talib
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 246
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9676118990
Pertemuan dan perpisahan sudah disuratkan. Bukankah jodoh, ajal maut di tangan Tuhan? Begitu Syafik diasuh ibunya, wali keramat yang bersungguh-sungguh sabar dan redha agar dia berjiwa besar, mengharung terjahan ribut di bawah langit mendung, awan pilu.
Bahawa dia titis dari hulu yang cemar menjadi kenistaan yang menghujankan kepiluan. Dengan amanat yang tersemat, Syafik menjejak bapa yang hilang senyap, membawa bersamanya maruah mereka.
Bukankah jodah di tangan Tuhan?
Sungguh harga diri bukan dagangan, dapat dijual beli. Bertemu di rantauan, dalam kemewahan yang melimpah, Syafiq tidak terkilau oleh pangkat dan mata benda. Dengan jiwa besar, ribut yang kasar menjadi lunak. Dia pulang ke desa, mendepani orang keliling bangkit, lebih perkasa, mencuci bersih tohmah nista.
Novel ini memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Jasmina Ibrahim nih bini Khir Rahman....alaaa yg jd Tun Mamat dlm PGL tuh...Jasmina ni penah keje kat UPM dulu...skrg nih dia dh xkeje dh pas kawin... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|