CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3866|Reply: 4

sinopsis novel terkini/2006

[Copy link]
Post time 13-7-2006 03:52 PM | Show all posts |Read mode
aku sesaja nak menambah pengetahuan korang semua.... ni pun baru je aku jumpa dalam b.harian ruangan sastera.. Sample TextSample TextSample Text

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2006 04:11 PM | Show all posts
sorry ek... tak dapat nak baca lak...kocik bonar tulisan eir...

KONFLIK CINTA ATILIA

Tak Kuduga karya Ramlah Rashid berkisar kepada kisah hidup Siti Atilia Husna, gadis malang yang menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sehingga sanggup meninggalkan rumah dan keluarganya.
  Atilia dijaga ibu saudaranya, Rokiah, sejak berusia 12 tahun sejak kehilangan ibu bapanya, mahu dijodohkan dengan anaknya, Shahrul Adam, menyebabkan gadis itu nekad melarikan diri pada hari pernikahan mereka.
  Nasib malang menimpa Atilia apabila diperdaya Nayli, ibu ayam yang melacurkan gadis selepas mengikut wanita itu kerana rakannya Suzana memungkiri janji untuk menjemputnya di stesen bas.
  Nayli yang sudah lama menjalankan kegiatan pelacuran dengan memperdayakan gadis muda, mengurung Atilia dan merancang menjual gadis itu kepada orang kaya untuk mendapatkan habuan lumayan.
  Bagaimanapun Atilia berjaya melarikan diri selepas memperdayakan orang upahan Nayli, Tam dan bekerja di kedai bunga untuk menampung hidup tetapi malangnya Nayli dapat mengesan Atilia hingga memaksa menyelamatkan diri.
  Atilia diselamatkan Datuk Firzat, suami Datin Mariah ketika melarikan diri dan tidak menyangka lelaki itu seorang datuk sehinggalah dibenarkan menumpang kondominium beliau tetapi dapat dihidu isterinya yang menuduh Atilia sebagai perempuan simpanan.
  Hubungan sulit Datuk Firzat sengan Zety Nasatia diketahui Atilia selepas lelaki itu tergamak membawa Zety ke kondominium mereka tanpa pengetahuan Datin Mariah tetapi Atilia bersabar dan berusaha mengubah hidup Datuk Firzat hingga lelaki itu insaf.
  Walaupun dikecam Datin Mariah, Atilia tetap gigih dengan menyambung pengajian di universiti swasta sambil bekerja di syarikat Datuk Firzat dan bertemu anak angkat pasangan itu, Farami, tanpa menyedari jejaka itu jatuh hati kepadanya.
  Perhubungan mereka menimbulkan perasaan cemburu Datuk Firzat dan keadaan bertambah kacau apabila Farami melamar Atilia di depan ayah angkatnya dan khalayak ramai pada majlis ulang tahun syarikat.
  Bagaimanakah Atilia menyelesaikan masalahnya dengan Datuk Firzat dan Farami serta apakah yang menyebabkan Sahrul menikahi Suzana akan diketahui dengan membaca novel setebal 488 halaman terbitan Buku Prima berharga RM18.90 senaskhah ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:20 PM | Show all posts
Citer Datuk, Datin ajer la...cam siri Samarinda....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 08:17 PM | Show all posts
thanks, banyak membantu.
Reply

Use magic Report

ramlah7717 This user has been deleted
Post time 17-7-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by hawa2020 at 14-7-2006 08:17 PM
thanks, banyak membantu.


Juga banyak membantu,akak. Terima kasih.

Hawa apa khabar? Lama tak dengar berita. Dah sihatkah sekarang? Akak harap Hawa sihat dan bahagia, hendaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.121963 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list