View: 5867|Reply: 9
|
UiTM Kuala Pilah & x-student
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 25-8-2009 11:02
Saper2 x-uitm KP....silelah ke masuk sini.Aku pun nak carik kawan2 lame.... |
|
|
|
|
|
|
|
ko batch bila aini? course apa? aku ex-uitm pilah gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Pra Sains...... Dis 99-Apr 2000....ade sape2 tak???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ainnymidie at 22-7-2006 02:54 AM
Pra Sains...... Dis 99-Apr 2000....ade sape2 tak????
iskk....memang bukan batch aku tuh...aku dip intake nov 2001 |
|
|
|
|
|
|
|
oo..ko junior aku ler..kakkakaka |
|
|
|
|
|
|
|
den tak belajar kek uitm pilah
den kojo jo..
jeng..jeng..jeng...
togo lah kalau ekau berani.... |
|
|
|
|
|
|
lomang This user has been deleted
|
woi senah....apo kaba kau...konal laii den tak....email la den
pejuang abadi...den konal lubang idung kau yo.... |
|
|
|
|
|
|
|
tau de ko lomang
ko jangan buek hal
kang marah bebudak tu |
|
|
|
|
|
|
|
budak uitm pilah
dah tak ado ko
kalau ekau budak pilah
uitm sekarang pun
tak po do..
meh eratkan tali persahabatan semuo |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka & Negeri Sembilan: Siap selepas tertangguh 2 tahun
Oleh Hussain Said
[email protected]
Kampus UiTM Kuala Pilah sedia suasana pembelajaran kondusif, terkini
KUALA PILAH: Selepas tertangguh beberapa kali, kampus tetap Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) cawangan Kuala Pilah di Kampung Beting, Parit Tinggi, dekat sini, akhirnya siap dibina dan mula dibuka sejak pertengahan bulan lalu.
Kampus bernilai RM150 juta itu kini menempatkan lebih 1,000 penuntut yang mengikuti pelbagai bidang pengajian, termasuk Diploma Mikrobiologi, Teknologi Makanan, Teknologi Tekstil dan Sarjana Muda Perusahaan Ladang dan Biologi.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek, berkata beliau bersyukur kerana projek fasa pertama pembinaan kampus tetap UiTM di kawasan seluas 32 hektar yang dimulakan pada 2007 itu, akhirnya berjaya disiapkan.
"Pembinaan kampus tetap UiTM ini diharap menjadi mercu tanda baru kepada penduduk Kuala Pilah dan merintis kepada usaha menjadikan daerah ‘Luak Tanah Mengandung’ ini sebagai lembah ilmu terunggul di negeri ini," katanya.
Hasan berkata, apa yang lebih penting, kampus tetap itu jelas menyediakan suasana kondusif kepada penuntut kerana sebelum ini mereka terpaksa mengikuti pengajian di dua blok bangunan papan dua tingkat di kampus sementara di Jalan Melang.
"Saya sendiri sedih melihat penuntut yang terpaksa belajar dalam suasana tidak selesa dan serba kekurangan di kampus sementara berkenaan, malah terpaksa tinggal dan berhimpit di dalam beberapa kuarters yang dijadikan asrama," katanya.
Sementara itu, seorang penuntut, Syaza Nazura Md Yusof, 18, berkata beliau gembira kerana terpilih untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sains Gunaan di kampus berkenaan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan baru dan canggih.
"Saya tidak sangka apabila mendaftar bulan lalu, saya dapati kampus ini sebuah kampus baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan selain suasananya aman dan damai. Saya amat gembira belajar di sini," katanya.
Perasaan itu turut dikongsi rakannya, Mohd Aiman Hashim, 18, yang percaya kemudahan lengkap disediakan itu mampu mendorong penuntut untuk mengejar kecemerlangan dalam pengajian. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|