View: 156216|Reply: 1015
|
All About Kelantan
[Copy link]
|
|
lagi 2 minggu saya nak bawa mak g makan angin ke kelantan dan terengganu. cadagnya nak pegi 5 hari 4 malam. 1st nite, nak stay kat KT. 2nd nite nak stay kat marang, 3rd nite nak stay kat KB, and 4th nite tu nak stay kat cherating. so, kengkawan, leh tak suggest kan hotel/resot/chalet/apartment kat kawasan ni. kalau boleh nak yg tepi pantai ngadap laut, with reasonable price.
[ Last edited by chumpon at 3-12-2006 10:50 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ader satu hotel dkt ngan hospital besar KT..tapi lupa arr nama hotel tuh..kalu dari hospital tuh lebih kurang 500 meter jer..hotel ni kecik jer..tapi condition dia ok..ader swimming pool..but not really menghadap laut lar..
kalu kt KB lak..cuba tgk kat mawar hotel..hotel nih satu deret dgn McD kalu x silap..sbb 2 thn yg lepas stay kt sini..tu yg lupa tuh..depan pasar siti khadijah..rate dia semua x ingat dah baper...tapi just 1 or 2 nite ok lah..kalu nak yg ok..hotel renaisance kat ngan billion KB..ha yg nih kalu x puas ati x tau ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Stay in Desaku Homestay.
Aircond, air panas, astro (common area), parking luas.
Bilik bersih. Dekat dengan airport KB. Contact: lihat signature. TQ.
PM for extra details (gambar, peta etc. )
[ Last edited by Kilokahn at 25-7-2006 12:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat KB paling suka hotel new pacific |
|
|
|
|
|
|
|
sutra beach resort berapa rate dia erk? |
|
|
|
|
|
|
|
cuba check kat sini lsit hotel yg leh ko pegi >>> KLIK SINI |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gdah at 26-7-2006 09:02 AM
sutra beach resort berapa rate dia erk?
sorry la gdah... lupa lah rate dia...sb lama dah gi sana ... thn 2004..... try check kat internet... maybe ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
4 orang. nak bawa mak g jalan2. dah lama tak bercuti. alang2 pegi tak nak la pulak hotel nih penyebab kita jadi tak best bercuti. tu yg tanya pendapat forumer kat sini. ekceli, saya dah lama sangat dah tak pegi sana. hopefully, leh la release kan tension skit. terima kasih atas cadangan dan pandangan forumer sumer. saper yg ada info lagi, tulis jer la kat sini. berguna sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
munshi,
qurata beach resort tu takde laman web ker? resort dia ok ker? location dia plak? |
|
|
|
|
|
|
|
kasi la tips. kopok lekor mesti beli punya....itu wajib. hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Koh tumpuan kaki pancing
Oleh Mona Ahmad
Hutan hujan tropika seluas 1,043 kilometer persegi berusia 130 tahun masih belum terusik
UDARA segar penuh dengan bauan hutan dan sungai mengalir jernih menjadikan Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan bukan saja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi juga syurga kepada kaki pancing yang meminati ikan kelah.
Mungkin kerana baru kira-kira 10 tahun dibuka kepada pengunjung, hutan hujan tropika seluas 1,043 kilometer persegi yang berusia kira-kira 130 juta tahun itu masih belum terusik dan selamat daripada kerakusan pembangunan.
Pertama kali menjejakkan kaki di pintu masuk ketiga Taman Negara selepas Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang, perasaan damai menerjah ke minda dengan bunyian unggas dan bauan hutan yang sungguh harum.
Sebulan sebelum ke Kuala Koh, penulis cuba mencari maklumat mengenai keadaan kawasan itu termasuk laluan yang perlu ditempuhi, sehingga terjumpa satu blog dalam internet yang mendakwa jalan masuk ke taman itu rosak teruk dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
Namun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Pazil Abdul Patah, menyakinkan semua kenderaan termasuk Perodua Kancil boleh melepasi kawasan itu dan semua dakwaan itu hanya untuk memburuk-burukkan imej destinasi pelancongan negara oleh pihak tertentu.
Nyata, pengalaman sendiri membuktikan tiada langsung jalan berlubang dan rosak sepanjang 45 kilometer menghala ke taman negara itu dari simpang jalan raya Kuala Krai- Gua Musang, yang sekali gus memadamkan tanggapan sebelum ini mengenai jalan masuk ke taman negara itu.
Bagi pencinta alam semula jadi, Taman Negara Kuala Koh adalah jawapannya kerana rahsia alamnya masih tersimpan rapi termasuk pokok hutan hujan tropika itu antaranya pokok tualang (pokok yang tertinggi di Asia), pokok ipoh (getahnya digunakan racun dalam sumpit Orang Asli), pokok kemenyan, pokok ara, pokok meranti dan pokok gaharu (sesuai dibuat minyak wangi).
Selain itu, ada lebih 300 spesies burung di taman ini antaranya enggang, perga, barau, helang dan murai batu, yang bebas berterbangan menghuni kawasan hutan ini.
Satu lagi keunikan taman ini ialah ada tiga penempatan Orang Asli suku Batek di kawasan Taman Negara ini iaitu di Kuala Balah di Sungai Pertang, di tepi Sungai Koh, Sungai Paku dan sekitar bulatan Ara.
Walaupun dianggap kumpulan paling rendah berbanding suku asli lain, mereka memiliki keistimewaan sendiri seperti dikatakan mampu memahami dan bertutur semua 18 bahasa Orang Asli lain, tetapi suku lain tidak memahami bahasa mereka.
Apa yang menarik mengenai suku Batek ini ialah mereka masih mengamalkan hidup secara berpindah randah ke kawasan yang lebih baik terutama di sepanjang sungai.
Pelbagai kemudahan di kawasan Taman Negara itu termasuk enam chalet, asrama yang memuatkan 74 katil, restoran, surau, bilik mesyuarat, jambatan gantung (yang dalam proses baikpulih) dan kemudahan elektrik selama 10 jam sehari.
Bayaran yang dikenakan chalet RM50 semalam, asrama RM12 seorang, lesen pancing RM10 seorang, lesen kamera RM5 seorang, sewa tapak khemah RM5 semalam dan permit masuk Taman Negara hanyalah RM1 seorang.
Pengusaha bot dan juga pemandu pelancong, Zulkifli Mansur, 30, ikan kelah hanya dibenarkan dipancing di kawasan tertentu saja seperti di Sungai Lebir untuk mengawal kepupusan ikan yang juga digelar Raja Ikan Air Tawar itu.
Di Sungai Koh dan hulu Sungai Lebir pula, dalam tempoh sebulan hanya satu kumpulan saja dibenarkan memancing kelah.
Bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam dengan menyusuri Sungai Lebir dan Sungai Koh, perkhidmatan river cruise selama setengah jam disediakan dengan hanya RM15 seorang.
"Ketika Februari hingga Jun, ramai pengunjung yang datang dari luar dan dalam negara ke Kuala Koh kerana cuaca ketika itu baik.
"Di musim tengkujuh sekitar November hingga Januari, taman ini tidak ditutup cuma kegiatan yang berkaitan air tidak dibenarkan termasuk bermain pelampung kerana khuatir dengan keselamatan pengunjung," katanya yang sudah enam tahun mengusahakan bot di kawasan itu.
Bagi kaki pancing sewa bot yang dikenakan agak berpatutan dengan pembahagian dua zon iaitu zon pertama harga sewa yang dikenakan sebanyak RM130 bagi sebuah bot dengan empat penumpang dari jeti Kuala Koh ke Kuala Pertang dengan perjalanan selama 20 minit.
Bagi zon dua pula, RM200 sehari atau RM450 satu perjalanan pergi balik dikenakan bagi sebuah bot dari jeti Kuala Koh ke Ulu Lebir dengan masa perjalanan yang diambil selama tiga jam.
Pengunjung, Zawawi Zakaria, 25 dari Chiku 2, Gua Musang berkata hampir setiap minggu beliau dan rakannya akan menghabiskan masa lapang memancing sambil menikmati keindahan alam sekitar di kawasan Taman Negara Kuala Koh.
"Ada kala dapat ikan, tetapi ada kalanya tidak dapat. Bagaimanapun, saya tidak kisah kerana keadaan yang sunyi dan hening di sini, sungguh mendamaikan hati saya," katanya yang sering mendapat ikan lampan.
Seorang lagi pengunjung, Hisham Abdullah, 35 dari Jengka, Pahang berkata kebanyakan kaki pancing ke kawasan taman itu untuk memancing ikan kelah, baung, sebarau dan kaloi.
"Saya bekerja dengan syarikat perkapalan, sesekali pulang ke kampung dan ada rakan mengajak ke sini, suasananya berlainan dari di laut. Tenang dan hijau sungguh melegakan.
"Kami menyewa bot dan bermalam di dalam khemah di kawasan taman ini untuk memancing kelah. Walaupun sukar untuk mendapatkan ikan yang dikenali sebagai raja ikan air tawar, tetapi saya tetap berpuashati dapat melakukan aktiviti memancing di sini," katanya.
Walaupun hanya beberapa jam saja penulis menghabiskan masa menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Negara Kuala Koh, ia tetap meninggalkan kenangan yang indah dan berharap dapat ke sana lagi jika ada kelapangan.
Bagi orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan penginapan dan keterangan lanjut boleh menghubungi Kuala Koh Country Resort, Taman Negara Kuala Koh, Sungai Aring, Gua Musang di talian 09-9282952 atau 012 9001603/5603/9403. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 27-7-2006 12:10 PM
Kuala Koh tumpuan kaki pancing
Oleh Mona Ahmad
Hutan hujan tropika seluas 1,043 kilometer persegi berusia 130 tahun masih belu ...
pernah pergi sane last 3 years.. not bad jugak tempat tuh...time tuh nak pergi gunung tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
best tak?
mcm terbayang2 jerk keseronakan tuh
terbayang...bestnya dpt berendam dlm sungai lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
adnil biasa dok kat motel desa, tapi masa kecik kecik dulu .. dalam 20+ yrs ago ler .. so pahamla kan, this hotel is an old one... dulu masa naik bukit tu,sikit punya seksa keta bapa aku ... |
|
|
|
|
|
|
|
Where to Stay in Kelantan? Stay in Desaku Homestay.
Ada yang suka duduk kat Kota Bharu. Ada yang suka duduk kat dalam kampung-kampung. Desaku Homestay terletak dalam suasana kampung yang aman dan tenang. Kami menawarkan bilik bersih dan berpatutan.
Sesuai untuk rombongan tunang dan kahwin, konvoi bersaiz kecil, pasukan-pasukan sukan, ibu bapa yang menghantar anak ke MRSM Pengkalan Chepa dan Sekolah Menengah Sains, rombongan ke Putik dan sebagainya.
Click link di bawah. Website mempunyai Google Map menandakan lokasi Desaku Homestay. Terima Kasih.
http://www.freewebs.com/desakuhomestay/index.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Kilokahn's post
Hmm nak tanya kalau lepak sini pastu planning nak pegi Rantau Panjang jauh (brp kilometer) ke dok? Satu lagi sewa kereta kat sana berapa rate dia ekkk ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jarak KB ke Rantau Panjang 39km. Jauh dari Homestay. Rate sewa kete sehari RM70 rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
homestay ni maknanya stay ngan owner skali kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya. nama je homestay. hehehe. jemput datang. |
|
|
|
|
|
|
comelku This user has been deleted
|
TQVM esmeralda..nnti saya contact hotel tuh...nak dok semalam jek utk lepaskan penat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|