CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2704|Reply: 11

Masalah Fekah

[Copy link]
Post time 26-7-2006 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Saye ade beberapa kemusykilan.. Tapi ini tak bermaksud untuk kenekan sesiape.. Cume nak mintak penjelasan.

1  Adakah membetulkan / meluruskan gigi untuk kecantikan dan keindahan senyuman termasuk dalam mengubah ciptaan Tuhan?

2  Ustaz saya mengatakan kita dilarang mendengar alat muzik yang bertali dan berlubang. Tapi jika kita mendengar bunyi alat muzik tersebut melalui speaker, tidak mengapa. Benarkah penyataan ini?

[ Last edited by  aku_EnSeM at 26-7-2006 02:13 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by aku_EnSeM at 26-7-2006 02:11 PM
1  Adakah membetulkan / meluruskan gigi untuk kecantikan dan keindahan senyuman termasuk dalam mengubah ciptaan Tuhan?


Treatment untuk memperbetulkan gigi dari imperfections dibenarkan.

2  Ustaz saya mengatakan kita dilarang mendengar alat muzik yang bertali dan berlubang. Tapi jika kita mendengar bunyi alat muzik tersebut melalui speaker, tidak mengapa. Benarkah penyataan ini?


Ni ada khilaf pandangan...

ada ulama' yg mengatakan haram mendengar musik kecuali dalam bentuk percussion dsb, ini berdasarkan beberapa hadith di mana beberapa gadis bermain hand drum

tetapi ada ulama' mengatakan bukan tali atau tidak yg menyebabkan haramnya, tetapi consequence yg akan menjatuhkan haram atau tidaknya... Jadi alat muzik apa pun tidak haram melainkan mendatangkan kesan yg melanggar syariat...

Wallahu'alam.. (saya pernah tulis panjang dulu, dengan beberapa rujukan pada pendapat beberapa ulama', mana ntah post tu, malas lak nak korek-korek kitab semula )

[ Last edited by  antiQue at 26-7-2006 03:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 26-7-2006 02:47 PM


Treatment untuk memperbetulkan gigi dari imperfections dibenarkan.



Ni ada khilaf pandangan...

ada ulama' yg mengatakan haram mendengar musik kecuali dalam bentuk percussion dsb, ini ...


betul ke, cuba bagitau ulama mana yang kata tak haram tu, kalau qardawi ramai ulama pondok nusantara mempertikai kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by madie at 26-7-2006 03:01 PM


betul ke, cuba bagitau ulama mana yang kata tak haram tu, kalau qardawi ramai ulama pondok nusantara mempertikai kan


hmm... kan saya kata khilaf pandangan? Bukannya nak suruh kamu pegang pun... tanggungjawab di sini adalah untuk memberi semua pendapat dari para ulama' untuk di nilai oleh semua...

Kita menilai sesuatu menerusi hujjah, jadi kaji saja lah hujjah kedua-dua golongan... dalil apa yg mereka guna.. kalau kamu rasa kamu nampak hujjah yg mengatakan haram itu lebih kuat, maka peganglah pendapat yg mengatakan haram... tapi kalau kamu rasa hujjah yg kata tak haram tu yg kuat, pandai-pandai lah kamu...

Dah kamu kaji kenapa mereka katakan boleh? Dah kamu tengok hujjah mereka kepada hadith-hadith berkaitan?

Qardhawi juga bukan ulama' pertama yg hadir dgn pendapat begitu. Ibn Hazm pun berpendapat begitu juga...

Jadi pandai-pandailah kamu nak menilai... jangan lah asal benda tu pernah dikeluarkan oleh Qardhawi, terus phobia... kita nilai saja lah semuanya...

[ Last edited by  antiQue at 26-7-2006 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 26-7-2006 03:36 PM


hmm... kan saya kata khilaf pandangan? Bukannya nak suruh kamu pegang pun... tanggungjawab di sini adalah untuk memberi semua pendapat dari para ulama' untuk di nilai oleh semua...

Kita men ...


Tak per lah!

Dia tu newbie lagi.


Baru nak rasa asam garam!

:siok:
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 26-7-2006 03:36 PM


hmm... kan saya kata khilaf pandangan? Bukannya nak suruh kamu pegang pun... tanggungjawab di sini adalah untuk memberi semua pendapat dari para ulama' untuk di nilai oleh semua...

Kita men ...

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by madie at 26-7-2006 03:01 PM


betul ke, cuba bagitau ulama mana yang kata tak haram tu, kalau qardawi ramai ulama pondok nusantara mempertikai kan



boleh semak soal jawab dengan mufti perak di website JAIP.  saya rasa mufti perak bukan ulama pondok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:41 PM | Show all posts
... muzik... kat sekeliling kita mesti ada muzik... cam na ya? Tak nak dengar... tapi terdengar gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 26-7-2006 03:36 PM


hmm... kan saya kata khilaf pandangan? Bukannya nak suruh kamu pegang pun... tanggungjawab di sini adalah untuk memberi semua pendapat dari para ulama' untuk di nilai oleh semua...

Kita men ...


aik tak marah pulak, bila ada orang bertanya mesti ada jawapan, jadi kalau ko bagi beberapa pandangan ulama, jadi mana satu yang di ikut.

nanti hari ini ikut pendapat a bila malas pulak ikut pendapat b pulak. jadi mana jazam nya tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 08:17 PM | Show all posts

Jawapan dari Pejabat Mufti Negeri Perak.

Soalan : (25 Mac 05)



Assalamualaikum,



Pertamanya saya memohon maaf kepada Dato' seri kerana email ini saya hantar dengan sedikit kurang beradabnya.



Saya adalah pelajar tahun 3 perubatan di Unimas. Sebagai seorang remaja, saya sangat meminati hiburan seperti nasyid kontemporari yang begitu banyak wujud sejak kebelakangan ini. Namun timbul sedikit kemusykilan pada diri saya iaitu berkenaan penggunaan gitar dan alat muzik lain seperti piano dan sebagainya di dalam nasyid berkenaan. apakah hukumnya menggunakan alat-alat muzik seperti ini kerana sepanjang pengetahuan saya bahawa alat-alat muzik seperti ini diharamkan di dalam Islam. Harap Yb. Dato' Seri dapat memberikan penjelasan.



-Dr. Fahmi M.D. Unimas-



Jawapan :



Waalaikumsallam.

Kepada : Dr. Fahmi M.D. Unimas



Hiburan adalah di bolehkan selama mana ia tidak bercampur dan mengarah kepada perbuatan yang membangkitkan nafsu dan berunsur maksiat.



Wallahhua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by madie at 27-7-2006 06:54 PM


aik tak marah pulak, bila ada orang bertanya mesti ada jawapan, jadi kalau ko bagi beberapa pandangan ulama, jadi mana satu yang di ikut.

nanti hari ini ikut pendapat a bila malas pulak ikut ...



takkan buat keputusan boleh tukar-tukar?  kalau ikut b sebab malas, tu kira pilihan bijak ke, pilihan malas?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by madie at 27-7-2006 06:54 PM


aik tak marah pulak, bila ada orang bertanya mesti ada jawapan, jadi kalau ko bagi beberapa pandangan ulama, jadi mana satu yang di ikut.

nanti hari ini ikut pendapat a bila malas pulak ikut ...


beza anda dengan saya adalah, saya tidak memaksa orang lain mengikut pendapat saya...

makanya, saya lebih suka letak semua pendapat yg ada dari ulama'-ulama' muktabar, dan pandai-pandailah anda sendiri menilai...

dan kita juga sebagai manusia, perlu ada fikiran sendiri... dan apabila kita menentukan pegangan, bukan sebab kita nak ikut orang itu nak ikut orang ini, tapi kerana hujjah mereka mana yg lebih hampir dengan Qur'an dan sunnah... sebab itu Imam Syafi'e sendiri pernah berkata, jika kamu menjumpai ayat / hadith yang menyalahi pendapatku, maka tinggalkan pendapatku dan gunakanlah sunnah itu...

tetapi jika ada yg menerima sesuatu sebab mereka mahukan yg mudah, maka itu antara mereka dgn Tuhan...

Insyaallah nanti bila saya ada masa sikit nak merujuk, saya akan letakkan argument kedua-dua belah pihak... kebanyakannya berkisar pada perbincangan tentang hadith ma'azif dari sahih Bukhari... ada yg mensahihkan hadith ini seperti Ibn Hajar, tetapi Ibn Hazm mempunyai argument sendiri untuk meletakkan hadith ini sebagai mu'allaq... Imam Ghazali pun ada pendapatnya tentang muzik ni yg ditulis dalam Ihya..

[ Last edited by  antiQue at 28-7-2006 07:58 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.150690 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list