CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34965|Reply: 48

Kemerdekaan...bagaimana kita nak menghayati?

[Copy link]
Post time 28-7-2006 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Patriotisme dalam generasi pascamerdeka
Oleh: MAZRI MUHAMMAD

PADA tiap-tiap 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957 rakyat Malaysia tanpa gagal meraikan sambutan tercapainya kemerdekaan negara. Setelah empat puluh empat kali kita meraikannya ternampak ia telah berubah menjadi satu acara keraiaan yang biasa kita lakukan saban tahun secara automatik pada tarikh tersebut tanpa wujud sebarang keghairahan lagi terhadapnya.

Setiap tahun pada tarikh tersebut kita akan mengadakan acara dengan menu yang lebih kurang sama isinya walaupun mungkin berbeza variasi.

Mungkinkah signifikan hari keramat negara ini sudah pudar kepada rakyat Malaysia sebagaimana pudarnya patriotisme kita?

Tidak dinafikan jika kita melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali kita mungkin akan menjadi bertambah cekap di dalam melakukannya tetapi mungkin keghairahan kita terhadap perkara tersebut akan semakin pudar dan menurun.

Berlatarbelakangkan hakikat ini di samping dengan pertumbuhan rancak ekonomi negara sebelum kita dijangkiti krisis ekonomi Asia pada pertengahan tahun 1997 yang telah melahirkan kemakmuran dan kemewahan mungkinkah kita telah alpa atau mengambil mudah tentang kesuburan semangat patriotisme kita ini.

Lebih empat dekad yang lalu para patriot negara yang dipimpin oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra telah menjadi bidan kepada kelahiran Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Sebelum Perang Dunia Kedua tiada entiti bersatu yang dinamakan Malaya, yang wujud adalah sebelas buah negeri dengan corak pemerintahan mereka masing-masing iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Selepas perang, Britian telah cuba memperkenalkan Malayan Union yang cuba mengukuhkan penjajahan Britian. Ia telah mendapat tentangan hebat orang Melayu. Orang Melayu yang sebelum ini tidak pernah bersatu secara kebangsaan telah pun bersatu di bawah UMNO. Hasil perpaduan orang Melayu ini maka Malayan Union telah digantikan dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila Almarhum Tunku mengambil alih kepemimpinan UMNO daripada Datuk Onn pada tahun 1951 beliau bersama timbalannya Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengadakan kerjasama dengan parti orang Cina MCA dan parti orang India MIC dengan penubuhan Parti Perikatan.

Pada tahun 1955 apabila pilihan raya pertama diadakan bagi memilih majoriti ahli Majlis Perundangan Persekutuan, Perikatan telah berjaya memenangi 51 dari 52 kerusi. Britian yang mengadakan pilihan raya ini dalam rangka kempen memenangi hati dan fikiran rakyat bagi menghadapi pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dihadapi sejak tahun 1948 telah tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk melambat atau menafikan kemerdekaan kepada Malaya.

Generasi Tunku dan Tun Razak merupakan generasi pramerdeka yang meneraju negara kita semenjak merdeka. Ini dapat dilihat apabila kesemua kepemimpinan negara setakat ini lahir dari generasi ini. Almarhum Tunku dilahirkan pada tahun 1903, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1922, Allahyarham Tun Hussein pada tahun 1922 manakala Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad lahir pada tahun 1925.

Keempat-empat pemimpin negara ini merupakan mereka yang pernah merasai keperitan hidup di bawah penjajahan asing dan keperitan memperjuangkan kemerdekaan begitu juga dengan generasi mereka.

Hari ini generasi pramerdeka sedang diganti generasi pascamerdeka di dalam semua sektor kehidupan. Satu kesan dari proses tersebut ialah kepekaan terhadap keperitan hidup terjajah dan perjuangan mencapai kemerdekaan serta penghargaan terhadapnya semakin menurun.

Untuk melihat bagaimana fenomena ini berlangsung mari kita lihat contoh di dalam sektor awam yang umur bersaranya 56 tahun. Pada tahun 2001 ini misalnya kakitangan awam yang dilahirkan pada tahun 1946 dan memilih untuk tidak melanjutkan perkhidmatan mereka selama setahun lagi akan mencapai umur persaraan wajib lalu menamatkan perkhidmatan mereka.

Kenapakah fakta ini signifikan? Jawapannya adalah kerana pertama ia menandakan permulaan persaraan generasi pascaperang dunia kedua dari arena kepemimpinaan sektor awam. Mereka merupakan generasi terakhir yang pernah merasai berada di bawah penjajahan asing walaupun mereka tidak ikut menentangnya kerana masih anak-anak.

Kedua, kerana generasi pasca merdeka pada masa hadapan adalah mereka yang akan mempunyai tasawur yang berbeza dengan generasi pramerdeka. Mereka tidak lagi terhimbau dengan perjuangan mencapai kemerdekaan dari kolonialisasi asing.

Sudah tentu seseorang yang tidak pernah menyayikan lagu kebangsaan Great Britain, God Save the Queen dan berdiri tegak di hadapan bendera Union Jack akan merasa kurang terhimbau terhadap bahaya penjajahan kerana mereka tidak pernah merasainya.

Pengetahuan yang mereka peroleh adalah dari sekolah, buku-buku atau dengan mendengar cerita orang tua bukannya secara lansung. Hakikatnya mereka yang dilahirkan pada tahun 1951 tidak pernah menyanyikan lagu kebangsaan Inggeris atau memberi hormat kepada bendera Inggeris di sekolah kerana mereka memasuki tahun satu pada tahun 1958 selepas negara sudah merdeka.

Hari ini mereka sedang memegang jawatan kanan di dalam perkhidmatan awam termasuklah di dalam dunia akademik. Pada tahun 2013/2014 kelak jika tidak ada lagi peningkatan terhadap umur persaraan maka kumpulan pertama generasi kelahiran pascamerdeka akan mula bersara dari perkhidmatan awam.

Ia menandakan tidak ada lagi pelaksana dasar dan kemungkinan pembuat dasar yang terdiri dari generasi pramerdeka.

Adakah pada waktu itu rakyat Malaysia sudah tidak hiraukan lagi keperluan kepada menyuburkan semangat kemerdekaan mereka jika arah aliran yang berlaku hari ini berterusan tanpa usaha pembaikan.

Oleh itu amat penting diambang kita meraikan hari keramat ini untuk kali ke-44 kita memikirkan kaedah baru bagi menyemarakkan semangat patriotisme generasi pasca merdeka ini.

Kemungkinan cara melahirkan penghayatan patriotisme yang terdahulu tidak lagi dapat menghimbau patriotisme generasi pascamerdeka kerana generasi ini tidak tersentuh oleh faktor-faktor yang sama dengan generasi terdahulu.

Kita perlu merenung semula apakah signifikan hari kemerdekaan ini kepada kita dan negara serta kenapakah para patriot negara terdahulu sanggup mengorbankan jiwa raga, harta benda dan keselesaan hidup mereka bagi mencapai, mengisi dan memelihara kemerdekaan tersebut.

Kenapakah Tunku dan Tun Abdul Razak - kedua-duanya golongan bangsawan dan lulusan profesional - sanggup terjun ke kancah perjuangan politik yang mendedahkan mereka kepada bermacam-macam risiko. Mereka boleh hidup senang dan aman jika mereka tidak berjuang menentang Britian untuk kemerdekaan.

Kenapakah pula patriot negara yang memakai uniform pasukan keselamatan negara sanggup mengorbankan nyawa mereka menentang pemberontakan PKM dan lain-lain musuh negara dahulu. Mereka sanggup meninggalkan isteri mereka menjadi balu dan anak-anak mereka menjadi yatim. Adakah semata-mata kerana gaji tidak seberapa yang diterima?

Jawapannya ialah kerana cinta dan kasihnya mereka kepada tanah air; demi kerananya mereka sanggup berkorban apa sahaja dan tidak mengharapkan balasan kebendaan mahupun pengiktirafan sesiapa.

Tunku dan Tun Abdul Razak tidak meninggalkan harta benda dengan banyak kepada waris mereka berbanding jika mereka mengamalkan profesion undang-undang. Malah Tunku semasa berjuang mencapai kemerdekaan telah membelanjakan harta benda peribadinya pula untuk perjuangan manakala Tun Abdul Razak semasa kembali ke rahmatullah tidak mempunyai kediaman peribadi kecuali rumah rasminya Seri Taman. Patriotisme mereka ini perlu dicontohi, disemai dan disuburkan di dalam setiap dada putera-puteri merdeka.

Mungkin sudah tiba masanya kita lebih serius di dalam menanamkan semangat patriotisme kepada generasi muda. Dalam kehidupan kita bernegara tidak ada dokumen yang lebih penting daripada Perlembagaan Persekutuan kerana berasaskan kerangka yang terhasil dari perkara dan fasal di dalamnya negara ini telah terbentuk, berjalan dan berkembang. Ia merupakan satu dokumen yang menggariskan tanggungjawab dan hak negara serta rakyat malahan ia merupakan manifestasi kontrak sosial rakyat majmuk Malaysia.

Kegagalan memahami dan menghayati perlembagaan serta falsafah, semangat dan tolak ansur dibelakang penggubalannya telah menyebabkan masalah kepada negara seperti kewujudan ketegangan di dalam perhubungan kaum di Malaysia dan wujudnya cubaan untuk menggantikan perlembagaan yang sedia ada kepada satu perlembagaan yang bersifat teokratik. Kedua- dua gejala ini jika tidak dibanteras boleh membawa kepada kehancuran negara Malaysia yang tercinta.

Oleh itu cadangan supaya perlembagaan diajar di peringkat sekolah merupakan idea yang sepatutnya diterokai dan dikaji. Bagaimanapun tidak perlulah pengajaran perlembagaan di peringkat sekolah dijalankan seteliti seperti pengajian kursus undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2006 04:40 PM | Show all posts
Meluaskan skop penghayatan kemerdekaan

Istilah Kemerdekaan menghadirkan satu definisi tetapi mungkin mempunyai nilai penghayatan yang berlainan di antara kita. Bagi generasi sebelum dan awal merdeka, kemerdekaan ditafsirkan sebagai kejayaan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan bebas untuk memerintah serta membentuk negara sendiri. Penghayatan kemerdekaan negara melalui hasil keringat dan inisiatif sendiri ini, semestinya penuh dengan emosi serta terasa ke seluruh jiwa dan raga, ibarat luka yang meninggalkan parut di dalam sanubari mereka. Luka ini akan sentiasa terasa sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Persoalannya sekarang, sejauh manakah nilai penghayatan hari kemerdekaan kepada kita, generasi muda selepas merdeka?

Jawapannya begitu kabur sekali tetapi realitinya, kita tidak mungkin mampu untuk menghayati atmosfera kesyukuran, kegembiraan serta linangan air mata rakyat apabila mereka mendengar laungan bersejarah Allahyarham Tunku Abdul Rahman, yang berkumandang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Tetapi kita tahu bahawa pemahaman generasi muda mengenai definisi hari merdeka tidak pernah berubah. Sejak sekolah lagi, kita belajar mengenai kronologi sejarah kemerdekaan negara ini tetapi realitinya, teori tanpa merasai saat-saat itu sendiri boleh membuatkan penghayatan kita menjadi longgar. Sebilangan besar generasi sekarang menyifatkan Hari Kebangsaan sama dengan salah satu cuti umum yang lain, tanpa mewadahkan suatu nilai keinsafan, kekitaan dan patriotisme yang signifikan pada diri kita!

Perkara ini bukan disengajakan, tetapi mungkin disebabkan oleh usia dan pengalaman kita yang tidak menjangkau senario sebenar hari merdeka itu. Realitinya, semakin jauh jarak di antara masa kita dilahirkan berbanding dengan zaman sebelum atau awal merdeka, semakin sukar untuk kita bersama-sama merasai bahang emosi kegembiraan, tangisan dan rintihan generasi sebelum kita.

Syukur alhamdulillah kerana semangat kenegaraan dan patriotisme di alaf baru ini, kita tidak lagi tercabar atau dicabar secara signifikan oleh anasir-anasir jahat. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh selesa dan tidak mahu untuk meningkatkan semangat kenegaraan di kalangan kita. Malah tanggungjawab kita untuk mempertahankan nilai-nilai kemerdekaan ini sebenarnya menjadi bertambah sukar. Jika kita amati, telah bertapak pelbagai kaedah yang begitu tersusun dan licik di dalam usaha untuk mengganggu gugat nilai-nilai kemerdekaan ini.

Lenyap sudah taktik penjajahan yang menggunakan kekerasan seperti ketenteraan. Sebaliknya, generasi bangsa Malaysia hari ini terpaksa berdepan dengan bermacam muslihat dari luar ataupun dalam, yang mampu menggugat kesejahteraan negara ini. Kita semua tahu bahawa bentuk penjajahan ini sangat berbeza, tetapi kesan kemusnahannya lebih teruk dan kekal.

Jika dahulu penjajah menakluk dan memerintah tanah air kita secara nyata, kini mereka berusaha pula untuk menjajah pemikiran, perlakuan dan sosio-ekonomi rakyat Malaysia dengan berselindung dan memanipulasikan hak-hak asasi manusia untuk kepentingan mereka.

Segala tindakan itu menjadi lebih signifikan apabila kita tidak bersedia dan asyik bertelagah sesama sendiri. Ini akan menyebabkan kita terlupa kawalan. Malah ia boleh membantutkan segala usaha kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing dan mantap ketika mengharungi era pensejagatan ini.

Masalah seperti di atas memerlukan sebuah bangsa yang benar-benar arif dan kuat. Kita mesti berfikiran jauh dan mempelbagaikan ilmu agar kita dapat mencelikkan mata dan minda kepada komposisi masa hadapan yang begitu samar-samar tetapi pasti mencabar. Selama 44 tahun kita telah mendokong satu sistem pemerintahan yang ternyata lebih baik daripada negara-negara lain. Yang paling menakjubkan ialah sistem pemerintahan kita ini berjaya menghadirkan satu atmosfera yang begitu kondusif bagi mengharmonikan semua kaum di Malaysia.

Institusi kekeluargaan kita masih kukuh. Ia jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain yang mengaku maju tetapi sebenarnya mundur dari sudut nilai-nilai kekeluargaan dan kemanusiaannya! Biarpun kita terhimpit di antara kuasa-kuasa ekonomi yang besar, kita masih mampu mencorakkan ekonomi negara kita sendiri.

Tiada ketegangan di antara kaum-kaum di Malaysia. Rakyat bebas untuk beragama. Sentimen perkauman pula berjaya diredakan dan disalurkan kepada mengerakkan satu mekanisme yang menguntungkan semua kaum di negara ini. Hak kita untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan tidak pernah disekat. Kita mendokong pemerintah yang dipilih berdasarkan undi yang terbanyak.

Jika kita amati, nilai-nilai ini dirasakan terlalu ideal dan hanya mampu di mimpikan oleh kebanyakan negara-negara di dunia ini. Tetapi sayang, ramai di antara kita masih tidak bersyukur.

Segala permasalahan yang timbul kerap mengaburi nilai kemerdekaan dan hasil pencapaiannya. Akibatnya kita semakin lupa dan tidak bersyukur bahawa kita hidup dalam sebuah negara yang terbaik dan seimbang dari segala sudut. Bagaimanapun, kita masih tidak terlambat. Malah kita mempunyai kekuatan agama, ilmu dan tenaga untuk membetulkan pemfokusan kita.

Justeru itu, perjuangan bangsa dan negara perlu dihebatkan, tanpa diganggu oleh perkara-perkara yang remeh temeh. Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab besar untuk menyediakan satu prasarana terbaik untuk negara ini, demi memperkuatkan lagi kerelevanan bangsa Malaysia di masa hadapan. Pokoknya, semangat dan perjuangan kita perlu lebih besar skopnya, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, Keranamu Malaysia. - NOVANDRI HASAN BASRI, Gelugor, Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 01:54 PM | Show all posts
merdeka dari APA?

btul merdeka?

manusia tetap tertakluk pada perlu air, oksijen makanan etc. untuk trusan idup seperti lelain nya..merdeka apanya?

kamu bergantung pada dia, sampai mati dan dia bergantung pada kamu sampai mati, dalam apa jua aspek, kecil dan besar..jadik merdeka apanyaaa??

tiada yang merdeka kecuali yang memerdekakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 04:30 PM | Show all posts
Mengibarkan jalur gemilang disetiap sudut teratak ku tidak membuatkan aku lebih Malaysian dari yg lain........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 12:28 PM | Show all posts
Setiap kali Ogos menjelma.. aku gantung 'Jalur Gemilang' kat Balkoni... bangga beb org tgk bendera kita berkibar kat negara org.....

Bangga jadi rakyat Malaysia.. :love:

[ Last edited by  Joi-ah at 8-8-2006 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 01:17 PM | Show all posts
negara orang tuh
kat mana ek?

hehe if u dun mind laaa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-8-2006 01:17 PM
negara orang tuh
kat mana ek?

hehe if u dun mind laaa



:nyorok: dekat jer... kat SIAM :malu: heheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:11 AM | Show all posts
melalak kat dataran,MERDEKA!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2006 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 02:51 PM | Show all posts
bagus lah info yang u bagi ni syd

semuga kita mempunyai lebeh kesedaran akan peri bertuahnya kita berada dibumi yang merdeka dan makmur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 03:28 PM | Show all posts
intan,
wa pun kena baca banyak kali
wa pun kena carik jalan
mcm mana nak tanam dlm jiwa i pasal merdeka nih

yelah, kita tak rasa pahit maung tuh semua
kita idup punng
semua kesenangan dah terlonggok dpn mata
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 01:05 AM | Show all posts
hmm....penah ku terbaca beberapa artikel yg membuatkan aku rasa tiba masanya kita approach kemerdekaan dgn cara pemikiran baru, seiring dgn kemerdekaan kite yg almost ke-50 nih....tahun ni ke-49 beb...

kenapa kite masih mengungkit perkara lama? utk berpijak di bumi yg nyata? mungkin sudah masa kita bersatu jadi bangsa malaysia.
jgn diungkit perkara sakit, jgn diungkit perkara lama. bagus utk jadi fakta tapi bile dah ungkit tiap2 tahun dari aku kecik aku jadi busan.
ape ke takde isu baru ke kite nih...artis kawin pun muka depan. aku kat negara org ni pun boleh tau kemenyampahan dia.

hmm.....aku bangga jadi rakyat malaysia. serius bangga, kalau nak dibandingkan dgn negara2 lain, negara kita cukup segala2. w'pun kerajaan tak sempurna, cume Tuhan je sempurna, lebih baik di tempat sendirik kan?
cume aku harap, merdeka boleh jadi satu agenda yg lain, maybe agenda yg lebih dimartabatkan. aku tak tau mcm mane nak explain tapi cenggitu lah.
aku dah penat dgn bende over exploitation esp bende yg patut ada nilai sejarah n nilai moral. patutnye merdeka kali ni lebih 'bijak' n lebih 'canggih', esp utk menangani isu2 semasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

PuteraSantubong This user has been deleted
Post time 15-8-2006 12:44 PM | Show all posts
AKU KUMPUL SEKUMPULAN REMAJA 40 ORG LET SAY, AKU BAWA KE SATU TEMPAT YG TERASING, AKU IMBAU, AKU TANAM, AKU BAJA, AGAR ERTI KEMERDEKAAN TERUS MEMBAKAR JIWA MEREKA. KEMANA??? HANYA AKU YG TAHU....

A GIANT STEPS STARTS WITH A FIRST STEP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:15 PM | Show all posts
saya amat setuju dgn redsinner
tapi apa yang diungkit sebenarnya memang perlu
supaya generasi sekarang dan akan datang menghargai apa yang kita ada
sifat sayangkan negara amat perlu ditanam dalam jiwa terutama jiwa remaja
supaya remaja sekarang akan jadi pemimpin yang lebih baik dari sekarang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 09:23 AM | Show all posts
Sebuah kisah menjelang Hari Kemerdekaan ke-49

KISAH yang ingin saya ceritakan ini telah terjadi kepada rakan saya. Kisah ini patut dijadikan renungan kepada setiap lapisan rakyat Malaysia tentang pentingnya budaya tolong menolong.

Rakan saya ketika itu sedang menaiki motosikal Sinski (easy rider) dari stesen Komuter Subang Jaya untuk pulang ke tempat kami belajar di UiTM Puncak Perdana. Ketika itu hujan lebat.

Tiba di simpang tiga menuju Puncak Perdana kira-kira pukul 7.15 petang, enjin motosikal mengalami kerosakan kerana dimasuki air dan mati kira-kira 5 kilometer sebelum sampai ke destinasi. Beliau terpaksa menolak dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

Dan tiada seorang pun di kalangan pemandu motosikal yang lalu-lalang berhenti untuk menghulurkan bantuan. Kebanyakan mereka adalah pelajar kampus yang sama.

Kemudian lalu seorang pakcik berketurunan India yang menaiki motosikal kapcai sedang menuju Kapar. Dia berhenti dan terus menghulurkan bantuan kepada rakan saya itu. Bayangkan dengan kenderaan rakan saya ini yang jauh lebih besar daripada kapcai pakcik itu, beliau tidak sedikit pun keberatan untuk menolong.

Pakcik tersebut bukan sahaja sanggup berkorban masa, malah enjin motosikal beliau sendiri telah naik hangit semasa menyorong motosikal rakan saya yang lebih besar. Kemungkinan enjin motosikalnya turut mati, tidak beliau pedulikan.

Yang lebih mengharukan rakan saya itu dan saya sendiri setelah mendengar ceritanya, betapa pakcik India itu sanggup menolong seorang pemuda Melayu yang tidak dikenalinya sedangkan pelajar sekampus hanya terus berlalu.

Sampai sahaja di kampus UiTM Puncak Perdana, rakan saya berhajat membawa pakcik itu minum, tetapi beliau menolak kerana tergesa-gesa mahu ke Kapar. Rakan saya hanya mengucapkan terima kasih dan terlupa untuk bertanyakan nama serta nombor telefon pakcik itu.

Saya terus menulis surat ini selepas mendengar cerita rakan saya itu dan cepat-cepat menghantarnya dengan e-mel kepada ruangan Forum ini. Ketika itu pakcik tersebut barangkali masih dalam perjalanan ke Kapar. Kami tertanya-tanya sama ada dia selamat sampai. Dan jika motosikalnya juga rosak dalam perjalanan, adakah orang lain akan membantunya pula?

Kisah ini saya coretkan kerana teringat bahawa kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-49 hanya beberapa hari sahaja lagi. Betapa kita perlu menghidupkan budaya tolong menolong tanpa mengira siapa yang ditolong. Alangkah bertuahnya Malaysia jika kita semua mempunyai hati budi seperti pakcik yang tidak dikenali itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 10:40 AM | Show all posts
Demi Negara
Oleh Ziauddin Sharuddin


KEMERDEKAAN Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 pernah diperlekehkan sesetengah pihak kerana dicapai melalui jalan perundingan dan bukan dengan cara mengangkat senjata, titisan darah dan air mata.

Era selepas Perang Dunia Ke-2 menyaksikan satu demi satu negara yang dijajah bangkit menuntut kemerdekaan. Sesetengah negara terpaksa melalui proses pertumpahan darah untuk diisytiharkan sebagai negara berdaulat.

Walaupun merdeka dengan cara yang dianggap lunak, negara melalui sejarah pahit kerana masih berada dalam keadaan darurat hingga diisytiharkan tamat pada 1960 dan hingga hari ini, parutnya masih dapat dilihat.

Pengganas komunis yang kononnya bermatlamat memerdekakan Tanah Melayu terus menjadi pengkhianat menggugat kewujudan negara berdaulat hingga tahun 1970-an dan 1980-an, peristiwa anggota pasukan keselamatan terbunuh dan cacat dalam pertempuran dengan pengganas komunis masih berlaku.

Begitu juga penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang menerima cabaran getir anasir subversif dalam negara dan pihak luar.

Tanpa perjuangan pihak keselamatan yang meliputi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), negara ini yang baru bertatih tidak mustahil menjadi huru-hara dan kisah gemilang Malaysia hari ini belum tentu menjadi kisah benar.

Dalam sejarah perjuangan ATM dan PDRM, terdapat segelintir pejuang negara yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan tanpa menghirau keselamatan diri.

Pada 1960, anugerah keberanian Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) diperkenalkan untuk menghargai mereka yang berjuang dan berkorban untuk negara.

Bagaimanapun, SP dan PGB bukan hanya untuk anggota pasukan keselamatan, sebaliknya terbuka kepada semua.

Antara penerima bukan anggota ATM dan PDRM ialah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Gean Kantar Singh a/l Gean Singh dan Ketua Juruaudit Ibu Pejabat Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB), Allahyarham Jalil Ibrahim, yang dihantar bertugas di Hong Kong untuk menyiasat skandal penyelewengan pinjaman BMF Hong Kong.

Bagaimanapun, majoriti penerima SP dan PGB adalah anggota ATM dan PDRM, terutama yang berjuang menentang pengganas komunis. Perkembangan terkini menyaksikan mereka yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga berpeluang menerimanya.

Bagi penerima SP dan PGB, mereka tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah yang amat dihormati itu kerana ketika bertugas, mereka bertarung untuk hidup dan mati.

Mejar (B) Lee Ah Pow bangga kerana menerima PGB dengan peristiwa dikepung Tentera Katanga di Elisabethville, Congo, menunjukkan reaksi pantas dan bijak tentera Malaysia pimpinannya di arena antarabangsa.

Sesetengah penerima seperti Leftenan Kolonel (B) Basri Omar, pada mulanya menganggap PGB sebagai biasa, tetapi apabila umur semakin meningkat dan selepas bersara, mulai merasa bahawa anugerah itu adalah sesuatu yang amat bernilai.

Mejar (B) Datuk Salehuddin Abdul Mutalib yang menceritakan kisah di Simanggang, Sarawak, kepada Berita Minggu memberitahu, ini adalah kali pertama bercakap dengan media massa kerana mahu menjaga maklumat yang pada suatu ketika mungkin sulit dan rahsia besar.

Apa pun alasan yang diberikan, penerima SP dan PGB adalah sebahagian anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara, suatu perkataan yang bukan diperbesarkan tetapi realiti.

Kini kemajuan dan keamanan menyebabkan segelintir rakyat mungkin terlupa untuk menghayati kemerdekaan seperti generasi awal.

Lee yang kini berusia 69 tahun terbabit secara langsung dalam peristiwa besar 31 Ogos 1957 apabila ditugaskan menjaga VIP (tetamu kehormat) pada hari itu kesal kerana lagu Negaraku tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

揇ulu sebelum merdeka, lagu God Save the Queen dinyanyikan setiap hari di sekolah untuk memupuk kesetiaan kepada British, tetapi hari ini, Negaraku hanya dinyanyikan sekali seminggu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 10:03 PM | Show all posts
sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:09 PM | Show all posts
Kemerdekaan bukan sekadar perayaan
Oleh ZUNAIDAH ZAINON


MERDEKA jika dihayati dari sisi berbeza hanyalah catatan tinta yang menuntut pengertian mendalam. Detik 31 Ogos 1957 seharusnya dikenang oleh setiap rakyat Malaysia sebagai tanda bermulanya pembinaan negara dan bangsa yang cemerlang.

揝ebenarnya, kemerdekaan melalui proses yang panjang dan penuh ranjau. Kita sudah sekian lama diinterpretasikan bahawa kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah tetapi melalui perundingan yang dilakukan dengan mudah.

揑ni menyebabkan, kita memahami bahawa ia bukan sesuatu yang melibatkan pengorbanan jauh sekali menuntut pengiktirafan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:45 PM | Show all posts
malam ni...ayuh kita 'countdown'...hayati kebebasan kita...
ingatilah mereka yang sedang berperang...seteruk-teruk kita,
ada yang lebih teruk dari kita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 06:01 PM | Show all posts
Merdeka muliakan harga diri manusia
Oleh Muhamad Razak Idris


Islam iktiraf kesamarataan, tidak benarkan hak sesama insan dicabuli

KEMERDEKAAN ialah nilai terunggul dalam Islam. Malah, Islam dan kemerdekaan terlalu sinonim. Satu daripada cita-cita utama agama Islam ialah memerdekakan manusia. Apabila manusia memiliki kemerdekaan, nilai ajaran Islam secara langsung terjelma dalam kehidupan.

Ramai yang keliru dan beranggapan bahawa agama Islam mengongkong kehidupan. Kekeliruan ini amat menyedihkan. Sekiranya seseorang itu benar-benar menyelami inti ajaran Islam, dia akan mendapati Islam adalah agama pembebasan.

Ini dapat ditelusuri menerusi beberapa prinsip utama ajaran Islam. Pertama ialah ajaran kepercayaan atau akidah yang menjadi tunjang agama.

Prinsip yang menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid. Inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan manusia di sisi Tuhan. Hanya Allah yang paling tinggi dan sumber ketaatan serta pertanggungjawaban manusia. Manakala kedudukan manusia di sisi manusia yang lain adalah setara dan saksama.

Berasaskan prinsip tauhid ini, Islam menyanjungi kemerdekaan setiap manusia. Memandangkan kedudukan manusia adalah setara dan tanggungjawab mereka terhadap Tuhan adalah saksama, maka, seseorang itu berhak menikmati nilai kemerdekaan dirinya. Dengan kata lain, tidak ada seorang manusia di dunia ini walaupun daripada bangsa atau keturunan mana sekalipun yang berhak mencabuli kemerdekaan yang dikurniakan Tuhan.

Ajaran Islam menolak pemikiran dan kepercayaan bahawa sesetengah individu atau kelompok manusia lebih mulia atau tinggi darjat dan kehormatannya berbanding yang lain. Sehubungan dengan kefahaman inilah, ajaran Islam menolak konsep perhambaan atau sistem kasta yang meletakkan kedudukan sosial tertentu bagi satu-satu kelompok masyarakat sehingga menyekat pergaulan dan perhubungan.

Islam sebagai agama pembebasan manusia memang cukup dihayati pengertiannya oleh masyarakat di Tanah Arab pada awal perkembangannya. Oleh sebab itu, agama Islam begitu mudah tersebar.

Dalam keadaan masyarakat pada waktu itu yang ditadbir berasaskan kemuliaan sesuatu kabilah atau puak, ia mengundang eksploitasi dan penindasan secara berleluasa. Golongan miskin dan fakir menjadi mangsa ketidakadilan. Keringat mereka dikerah sewenang-wenang untuk kesenangan golongan bangsawan tanpa imbuhan setimpal. Hak mereka sering dirampas secara paksaan.

Kedatangan Islam seumpama sinar baru mengubat kesengsaraan yang sekian lama dialami masyarakat Arab. Islam menekankan hak dan kedudukan mereka yang setara dan saksama.

Seruan kepada pembebasan manusia tambah diyakini menerusi kepemimpinan Nabi Muhamad SAW yang tersohor dengan peribadi mulia lagi jujur. Seruan Nabi Muhamad SAW yang menegaskan bahawa ?tiada perbezaan antara Arab atau bukan Arab? dan ?semua manusia berasal daripada Adam dan Adam dijadikan daripada tanah? (maksud hadis), sering terngiang-ngiang dalam dakapan pendengaran mereka. Seruan itu memang benar apabila mereka melihat sendiri layanan dan cara kehidupan masyarakat awal Islam yang ditadbir Nabi Muhamad SAW secara penuh saksama dan adil.

Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas terhadap penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia. Kesedaran itu membangkitkan rasa benci terhadap sebarang unsur yang diistilahkan pada masa ini sebagai ?penjajahan?.

Memandangkan ada segelintir manusia yang rela memperoleh kesenangan di atas kesengsaraan orang lain, maka penjajahan digunakan sebagai saluran bagi tujuan itu. Sesungguhnya penjajahan, dalam apa juga bentuk adalah amalan yang mesti ditentang.

Penjajahan ini mesti ditentang dan diprotes secara berterusan oleh setiap individu menerusi cara yang sesuai. Selagi ada penjajahan, selagi itu manusia tidak memperoleh kemerdekaan.

Apabila seseorang itu terjajah, kehormatan dirinya turut tergadai. Oleh itu, memperjuangkan hak dan kehormatan diri dan kaum yang dirampas adalah ibadat yang besar di sisi agama. Ia seumpama berjuang bagi menegakkan agama itu sendiri kerana agama diturunkan bagi memuliakan bangsa manusia.

Apabila agama Islam menyeru kepada pembebasan dan kemerdekaan manusia, ia sebenarnya menyeru kepada memartabatkan kehormatan manusia itu sendiri atau disebut dalam istilah al-Quran sebagai ?karamah insaniyyah?.

Dalam kata lain, manusia ialah kejadian Tuhan yang paling mulia dan kemuliaan ini adalah anugerah Tuhan yang paling agung. Tiada sesiapa juga daripada kalangan manusia yang boleh merampas kemuliaan dan kehormatan ini kerana ia kurniaan Tuhan.

Sekiranya ada manusia yang gemar dengan tabiat menindas, menzalimi dan menjatuhkan maruah manusia yang lain, maka sebenarnya, dia menghina anugerah dan kurniaan tertinggi Tuhan kepada manusia. Allah berfirman bermaksud: ?Dan sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam dan Kami berikan mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang sudah Kami ciptakan.? (Surah al-Israa', ayat 70)

Dalam hubungan ini, kemerdekaan ialah salah satu daripada ciri kemuliaan dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia perlu dipertahankan dengan sepenuhnya, walaupun sehingga terpaksa mengorbankan jiwa dan raga.

Menerusi kemerdekaan, karamah manusia terus terpelihara. Apabila karamah dapat dipelihara, maka akan tertegaklah agama. Tujuan agama ialah menjaga karamah manusia daripada tercabul oleh kerakusan manusia lain. Karamah ini hanya dapat dinikmati manusia apabila m memperoleh kemerdekaan dirinya.

INTI PATI
Inti ajaran Islam


Jika seseorang itu menyelami inti ajaran Islam, dia mendapati Islam adalah agama pembebasan.

Prinsip menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid dan inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan di sisi Tuhan.

Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.925644 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list