u_bigstudent This user has been deleted
|
siapa tahu apa tu psikologi warna?
boleh beri sedikit penerangan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Originally posted by u_bigstudent at 28-7-2006 11:39 PM
siapa tahu apa tu psikologi warna?
boleh beri sedikit penerangan?
Dulu ada gak lecturer sebut pasal psikologi warna ni.... tapi memang I tak pernah belajar topik ni.
Lecturer ada cakap...
Sesiapa yg suka warna ungu/ purple... org yg suka kaum sejenis...
Suka warna merah.... org yg suka berahi...
dan mcm mcm lagi la.... nanti I check balik apa psikologi warna... |
|
|
|
|
|
|
u_bigstudent This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yg suka warna ungu/ purple... org yg suka kaum sejenis...
Suka warna merah.... org yg suka berahi...
:hmm::hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
wah, menarik gak ni.
btw, suka warna biru, hijau dan brown(dark brown to be exact).
sesapa tau pengertian disebalik warna2 ni...kasitaule... |
|
|
|
|
|
|
|
psikologi warna
Warna memainkan peranan aktif dimana mata manusia lebih tertumpu kepada warna yang terang. Seseorang itu kadang kala boleh dinilai dari warna yang dia minat umpamanya biru - kedamaian, putih-kesucian, hijau-agama Islam dan ada jua mengatakan cemburu, hitam-misteri,kuning-berahi, merah-keberanian, ungu-percintaan dan cokelat-kekayaan.
Ada juga yang mengatakan peranan warna boleh mempengaruhi manusia umpamanya jika bilik dicat dengan warna terang umpamanya merah dan oren maka penghuninya lebih terdedah kepada sifat agresif dan marah.
Sekiranya hendak penghuni bilik lebih tenang maka cat le dengan warna hijau muda, putih, biru muda dan kuning cair. Warna cokelat memberi suasana suram manakala bilik yang bewarna warni memberi keceriaan kepada penghuni terutamanya kanak-kanak yang amat tertarik kepada warna-warna terang.
Penulisan secara spontan tanpa rujukan... maaf kiranya tersilap...
[ Last edited by ct_og at 4-8-2006 10:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat lak nak check kat kamus online...
Color psychology is a field of study devoted to analyzing the effect of color on human behavior and feeling, distinct from phototherapy (the use of ultraviolet light to cure infantile jaundice). It is important not to confuse color psychology with color symbolism.
For example, symbolically, red may be used to denote danger, largely due to the fact that reds have the illusion of appearing nearer than other colors and, therefore have greater impact. In color psychology, on the other hand the colours of danger are yellow and black. In colour symbolism, green denotes envy in many cultures, while in color psychology, it is associated with balance.
Color psychology is an immature field of study viewed dubiously by mainstream psychologists and therefore qualifies as "alternative medicine". Critics view it as an overstatement of what can be justified by research, and point out that different cultures have completely different interpretations of color.
Boleh check Cultural contexts of colors kat website .....
http://en.wikipedia.org/wiki/Color_psychology |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah terlintas nak buat thesis ttg Art Therapy.. I rasa ilmu dlm psikologi warna ini boleh digunakan utk Art Therapy. |
|
|
|
|
|
|
|
Terapi Warna
oleh Zanariyah
Jingga ( orange )
Makna Secara Psikologi
Warna panas yang membangkitkan perasaan gembira, kreatif dan kebebasan emosi dalaman. Warna jingga berhubungkait dengan kekuatan tenaga secara fizikal dan mental, kebebasan, dan kretiviti.
Warna jingga perlu diseimbangkan dengan warna biru dan hijau untuk mengimbangkan kekuatan warna tersebut.
Terapi
Digunakan untuk merawat kemurungan ( depression ), Mententeramkan emosi. hypotyroidism , buah pinggang, asma dan bronchitis ( bengkak pada kerongkong ) |
|
|
|
|
|
|
|
Merah
Makna
Bersifat positif untuk mengambarkan perasaan yang membara, kekuatan tenaga dalaman dan keghairahan.
Bersifat negatif kerana melambangkan api, kemarahan, bahaya, dosa, keegoan dan kehancuran. Penggunaan warna merah secara berlebihan akan mempengaruhi sistem darah sehingga mempengaruhi perasaan seperti tidak sabar, mudah marah, panas baran dan rasa tidak selesa. Perlu diseimbangkan dengan hijau dan biru laut.
Terapi
Merawat imej kendiri yang bersifat ego kepada lebih realistik
Memperbaiki peredaran darah seperti tekanan darah rendah, anemia, kekurangan tenaga dan ketidakupayaan |
|
|
|
|
|
|
|
Biru
Makna
Kesetiaan, kebenaran, ketenangan dan keikhlasan. Bersifat tersendiri dan tidak bergantung. (berdikari ).
Warna ini kalau digunakan secara berlebihan atau berterusan boleh menyebabkan kemurungan.
Terapi
Merawat psikologi kejiwaan seperti trauma, hysteria dan tekanan . Meredakan kemarahan, melegakan keletihan minda dan Membantu untuk meningkatkan daya tumpuan minda.
Merawat jaundice, epilepsy, campak, kolera, polio dan sakit kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Biru Laut ( turquoise )
Makna
Gabungan warna biru dan hijau melambangkan kesegaran, ketenangan dan kreatif.
Terapi
Merawat kelesuan fizikal dan mental, menenangkan, memberi semangat, merangsang perasaan rasional, membantu merawat perasaan yang sunyi dan sensitif. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuning
Makna
Gembira, meningkatkan daya kehidupan. Bersifat intelektual, kreatif dan luahan secara ekpresif. Bersifat adil dengan perbezaan pandangan dan idea.
Terapi
Membina keyakinan diri, optimis dan kreatif serta merangsang mental. Merawat kemurungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hitam
Makna
Bersifat misteri, pasif, perahsia, mengharapkan keselesaan dan perlindungan. Kesunyian yang tiada akhirnya. Tiada kebebasan. Bersifat terselindung atau ingin melindungi. Menjadi simbol kepada kematian dan penyakit yang dideritai. Menyimpan peristiwa sedih yang sukar dilupai seperti kekecewaan, kesan penderaan, ketagihan dan sebagainya. Ketidakseimbangan fizikal.
Terapi
Bersifat positif untuk menyembunyikan atau melindungi imej kendiri yang negatif seperti kegemukan dengan tujuan untuk keyakinan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Putih
Makna
Bersih, suci, adil, waras, bebas dan selesa. Menjadi simbol kepada keamanan.
Warna putih yang terlalu banyak bersifat pemencilan dan tidak cergas.
Terapi
Digunakan untuk tujuan refleksi diri, meredakan emosi, menenangkan, meningkatkan pemikiran dan semangat secara spiritual. Menjadi warna yang sering digunakan dalam kebanyakan agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Perak (silver)
Makna
Warna bulan. Melibatkan prinsip kewanitaan, emosional, sensitive dan sangat kreatif. Bersifat seimbang, harmoni dan kesucian mental.
Terapi
Membantu membersihkan mental. |
|
|
|
|
|
|
|
Coklat ( perang ) ( brown )
Makna
Warna bumi yang bersifat stabil dan selamat. Bersifat peribadi seperti rendah diri, berfikiran sempit, tiada kepercayaan pada diri sendiri. Tiada penghargaan pada diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelabu
Makna
Dikaitkan dengan kebangkitan tenaga kewanitaan, kebolehan untuk beriluminasi, intuisi, daya kreativiti dan imaginasi. Bersifat berdikari, menyendiri, perahsia, kawalan fizikal yang tidak seimbang.
Bersifat negatif iaitu kemurungan. Berhubungkait antara sifat-sifat yang dimiliki oleh putih dan hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Hijau
Makna
Dikaitkan dengan sifat harmoni dan seimbang. Melambangkan perasaan sensitif, simpati, ketenangan dan bercita-cita tinggi. Dikaitkan dengan individu yang boleh dipercayai, setia berdikari dan minda yang terbuka.
Hijau muda lebih bersifat positif kerana bertindak sebagai agen penyembuh dan kekuatan.
Semakin gelap warna hijau dikaitkan dengan system nervous atau saraf seperti kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Terapi
Mempengaruhi sistem peredaran badan seperti hati, lengan dan paru-paru. Menenangkan minda, merehatkan mata dengan melihat warna hijau seperti lanskap.
Merawat demam panas dengan penggunaan herba yang bewarna hijau seperti aloe vera, daun sirih, dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Emas
Makna
Menunjukkan tenaga rohani yang bersifat dinamik, idea yang bernas, kebebasan, memahami dan memiliki kekuatan secara bathin. Seseorang individu yang berusaha menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Terapi
Merawat kemurungan dan menajamkan minda. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|