CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2833|Reply: 8

Tanam Pokok

[Copy link]
Post time 1-8-2006 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua ..
suatu waktu dahulu aku ada dengar tanam pokok or tumbuhan ni adalah salah satu ibadah
dan tanah kalo untuk ditanam tidak boleh disewa...
dan ada satu hadis ker apakah  aku tak pasti  (kalo salah tolong betulkan )

kalo hari kiamat jika nak tengah nak tanam benih ...teruskan or apa aku tak pasti... pasal dah lupa

mintak sapa sapa yang boleh bagi tau...:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 08:32 AM | Show all posts

Tanam Pokok

Sesuatu yang dibuat dengan niat kerana Allah disebut ibadah termasuk le menanam pokok.  Lagipun pokok-pokok ni membawa banyak kebaikkan kepada manusia terutamanya dalam menyumbangkan oksigen di samping merendahkan suhu dan memberi kelembapan keadaan setempat.  Rasanya tak menjadi masalah untuk menanam pokok ditanah yang di sewa memandangkan tuan tanah telah memberi kebenaran kepada tanahnya untuk diusahakan, jika tidak mengapa perlu ia menyewakan tanahnya... Jika ada dalilnya yang mengatakan tidak boleh, saya pun berminat unuk mengetahuinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 12:42 AM | Show all posts
TQ ,
maksud saya cik CT adalah ..saya da terbaca atau terdengar tp dah lupa ..yang tanah tak boleh disewa ..lenih kurang macam tulah.. ini yang saya coba nak carik penjelasannya. Yalah manalah tau kita tersewa kan tanah tanah yang kita sendiri malas nak usahakan.. tup tup nak ambik titik peluh orang yang mengusahakan tanah tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 01:52 AM | Show all posts
nampak macam ada dua perkara berbeza ni.

1. tanam pokok-pokok kemudian sewakan.
2. sewa tanah kemudian tanam pokok

betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 3-8-2006 12:42 AM
TQ ,
maksud saya cik CT adalah ..saya da terbaca atau terdengar tp dah lupa ..yang tanah tak boleh disewa ..lenih kurang macam tulah.. ini yang saya coba nak carik penjelasannya. Yalah manalah tau ...



Saya rasa tak jadi masalah menyewa tanah yang telah diusahakan sebab telah dipersetujui oleh tuan tanah di mana dia memberi kebenaran menggunakan tanahnya termasuk mengambil hasil dari tanaman yang sedia ada.  Pajakan pokok pertanian yang tidak dibolehkan ialah apabila tuan tanah memajakkan tanamannya kepada pemajak tanpa mengetahui peratus kejayaan pengeluaran tanaman tersebut. Umpamanya putek durian yang terlalu kecil sehingga tidak boleh diketahui berapa banyak yang gugur dan berapa banyak yang menjadi buah.  Cantiknya ajaran Islam ini adalah untuk berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak agar tiada pihak yang rugi.  Dalilnya saya pun dah terlupa... mungkin ada yang boleh membantu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-8-2006 01:52 AM
nampak macam ada dua perkara berbeza ni.

1. tanam pokok-pokok kemudian sewakan.
2. sewa tanah kemudian tanam pokok

betul ke ni?

Asalamualaikum wrt sdr Ibnur ...
maksud saya ialah ..
kita ada tanah tapi kita tak usahakan dan kita sewakan tanah tersebut dan bila sampai waktunya perjanjian sewa itu tamat ..bagaimana dengan usaha orang yang menyewa tanah tersebut ( tanaman yang ditanam nya)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2006 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 3-8-2006 10:53 AM



Saya rasa tak jadi masalah menyewa tanah yang telah diusahakan sebab telah dipersetujui oleh tuan tanah di mana dia memberi kebenaran menggunakan tanahnya termasuk mengambil hasil dari tanama ...

Assalamualaikum wrt
kalo u ada jumpa mana mana sumber bolehlah link kat sini..ok Tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 09:40 PM | Show all posts

salam

Originally posted by Nape?Tak caye? at 1-8-2006 01:30 PM
Salam semua ..
suatu waktu dahulu aku ada dengar tanam pokok or tumbuhan ni adalah salah satu ibadah
dan tanah kalo untuk ditanam tidak boleh disewa...
dan ada satu hadis ker apakah  aku tak pa ...


IMO ia adalah ttg pawah sawah atau ladang....

Muzara'ah : Pawah sawah atau ladang, seperdua atau sepertiga atau lebih atau kurang, sedang benihnya dari petani (yang bekerja).        

Mukhabarah: 'Pawah sawah atau ladang, seperdua atau sepertiga atau lebih atau kurang, sedang benihnya dari yang tuan punya tanah.

Setengah ulama melarang akan pawah tanah semacam ini.  Mereka beralasan dengan beberapa hadis yang melarang pawah.

Di antaranya: Sabda Rasulullah s.a.w,

Berkata Rafi' bin Khadij: Di antara Anshar yang paling banyak mempunyai tanah, adalah kami, maka kami persewakan, sebahagian tanah untuk kami dan sebahagian untuk mereka yang mengerjakannya, kadang2 sebahagian tanah itu berhasil baik dan yang lain tidak berhasil, maka oleh kerananya Rasulullah s.a.w. melarang pawah dengan cara demikian.
(Riwayat Bukhari)

Ulama yang lain berpendapat tidak ada halangan, pendapat ni dikuatkan oleh Nawawi, Ibnu Munzir dan Khattabi, mereka mengambil alasan dengan hadis Ibnu 'Umar :

Sabda Rasulullah s.a.w,

Dari Ibnu 'Umar: "Sesungguhnya Nabi besar s.a.w. telah memberikan kebun beliau kepada penduduk Khaibar agar dijaga oleh mereka dengan perjanjian mereka akan diberi sebahagian dari penghasilan, samada dari buah2an atau hasil pertahunan".
(Riwayat Muslim)

Adapun hadis yang melarang tadi maksudnya, hanya apabila ditentukan penghasilan dari sebahagian tanah, mesti kepunyaan salah seorang di antara mereka. Kerana memang kejadian di masa dahulu mereka mempawahkan tanah dengan syarat dia akan mengambil penghasilan dari sebahagian tanah yang lebih subur.

Keadaan inilah yang dilarang oleh Nabi s.a.w.kerana pekerjaan demikian bukanlah dengan cara adil dan juga tidak diketahui peratus bahagian masing2.

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 21-8-2006 09:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 08:06 AM | Show all posts
ff:
Teman tanam nie jer......







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 1.491356 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list