CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6176|Reply: 22

Adakah Fadhilat di bulan Rejab ?? [merged] dhani

[Copy link]
Post time 27-7-2006 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

[ Last edited by  antiQue at 5-8-2006 12:21 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2006 11:03 AM | Show all posts
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 11:05 AM | Show all posts
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
 Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
 Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 11:06 AM | Show all posts
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 11:12 AM | Show all posts
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wasallam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 11:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by kepito at 27-7-2006 11:14 AM
www.geocities.com
www.cekakhanafi.com/modules.php? ... =article&sid=56 - 59k /pndktmpn/rejab2.doc


Kau orang ni beramal kerana Fadhilat ker?

Lebih baik beramal mencari keredhaan Tuhan.

Samada Allah nak bagi pahala atau tidak, terpulang kepadaNya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by tasbih_online at 27-7-2006 12:56 PM


Kau orang ni beramal kerana Fadhilat ker?

Lebih baik beramal mencari keredhaan Tuhan.

Samada Allah nak bagi pahala atau tidak, terpulang kepadaNya!



mesti la sb dosa dan pahala nie la ukuran dan timbangan amalan kite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 04:33 PM | Show all posts
mekasih kepito bagi info...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:48 PM | Show all posts
Berdosa Ikut Hadis Palsu Bulan Rejab
Oleh Mohd Shukri Hanapi


UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan.

Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran.

Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: ?alam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu.? ? Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.

Selain itu, hadis berbunyi: ?esiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga.? ? Taraf hadis ini juga daif.

Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi ?ejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku.? Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.

Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu.

Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan.

Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.

Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.

Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: ?esungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.? ? (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: ?angan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.? ? (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: ?a merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda.?

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya.

Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.

Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu? (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa.

Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran.

Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda.

Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.


Code:
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0816220411/Article/

http://www.bicaramuslim.com/bica ... amp;highlight=rejab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:52 PM | Show all posts
dipetik dari bicara muslim juga

Persoalan Bulan Rejab
Soalan :
Assalamualaikum

Memang sedia maklum dan disebarkan dalam email, bulan Rejab banyak kelebihannya dan kita disarankan untuk banyak berselawat, berpuasa dan bersedekah. Tetapi baru2 ini saya ada terima email yang menyatakan umat Islam sebenarnya ramai yang keliru dengan kelebihan2 yang dikhabarkan kerana ia adalah amalan puak syiah untuk membesarkan bulan Rejab daripada bulan Ramadhan.

Soalan saya,

1. Adakah amalan dan ganjaran yang disarankan daripada sunnah dan hadis sahih (contohnya seandainya kita berpuasa xx hari, umpama berpuasa 1000 hari) dan apakah amalan sebenar yang disarankan oleh Islam dan Nabi s.a.w sempena bulan Rejab ini?

2. Mengapa Bulan Rejab dikatakan sebagai bulan Allah, bulan Syaaban sebagai bulan Nabi saw dan bulan Ramadhan sebagai bulan umatnya?

Harap ada yang dapat memberi penerangan.

Jawapan :
1. dipetik dari jawapan Ust Ziy@d dr al-ahkam:

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dlm kitabnya, Tabayyun Al-`Ajab Bimaa Wurida Fi Fadl Rajab: "Tidak ada satu hadith yg sahih mengenai puasa di bulan rajab atau berpuasa pada hari khusus di bulan rajab, atau qiyamulail yg khusus di bulan ini. Imam Abu Ismaa'eel Al-Harawi Al-Haafiz juga telah berkata perkara yg sama sebelum aku, dan kami juga meriwayatkan dari yang lain."

Syeikh `Atiyyah Saqr (Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar) juga berkata:

"Adalah disunatkan berpuasa pada bulan suci atau Al-Ashhur Al-Hurum (Bulan Haram) termasuk bulan rejab. Baginda S.A.W diriwayatkan telah menyuruh sahabat2 R.A berpuasa di dlm Ashhur Al-Hurum. Baginda S.A.W menggalakkan berpuasa 3 hari pada setiap bulan. Oleh yg demikian, berpuasa di bulan rajab adalah harus tetapi tiada hadith yang sahih menyatakan tentang berpuasa di bulan rajab secara khusus, sbg contohnya, berpuasa pada hari pertama rajab mendapat sekian pahala (fadhilat tertentu)."

2. Berkata Dr Yusuf al-Qaradhawi:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya mempunyai nilai ilmiah dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan, dan semuanya adalah suatu pembohongan. Dari ini satu tanda penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...." (Fatawa Mu'asyirah 1/384-385).

_________________
Ditulis oleh
g@y@t

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 10:31 PM | Show all posts
Baru je  saya ingat  nak tegur pasal thread ni, mujur mardhiah dah post artikel tu

Since  dah dekat dgn bulan ramadhan, nanti kalau ramadhan mudah-mudahan JANGAAAAAANLAH  keluar pula thread fadhilat tarawikh lagi.

[ Last edited by  antiQue at 27-7-2006 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2006 09:11 AM | Show all posts
Sedia memerima teguran...andai kite terkeliru.Sama2 la kite melakukan amalan kebaikan sepanjang tahun sebaik2 nyerr..ff:ff:
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 09:13 AM | Show all posts
antique, kadang-kadang org sibuk quote hadis tu dan hadis ni, tapi terlupa nak check sanad dia agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 04:02 PM | Show all posts

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku &
bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan
LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh
Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga
tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit
yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka
(panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan
daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar
dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur
bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada
tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya
lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari
kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada
tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala
dosanya yang telah lalu.  Maka mulailah beramal barang
yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu
tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu
tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat
puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya
seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada
Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab
hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya
sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya
pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang
bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam
Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah
berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu
kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku
tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul
Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh
bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti
puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan
orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah
kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan
beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa
tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada
jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana
kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan
terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih
pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab
itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam


Wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 01:56 AM | Show all posts
dhani....kan ramai dah reply di thread ni kata hadis2 kelebihan2 bulan rejab ni diragui kesahihannya, sama seperti kelebihan2 bulan ramadhan punya hadis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2006 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 5-8-2006 01:56 AM
dhani....kan ramai dah reply di thread ni kata hadis2 kelebihan2 bulan rejab ni diragui kesahihannya, sama seperti kelebihan2 bulan ramadhan punya hadis


Dhani ni tadi sebenarnya buka thread baru pasal bulan rejab ni... saya mergekan dgn thread lama yg dah ada orang bincangkan tentang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 02:17 AM | Show all posts
Oh tu macam ka
Reply

Use magic Report

anNaqiy This user has been deleted
Post time 5-8-2006 05:15 PM | Show all posts
okey..kira skarang ni semua dah jelas jelas lah ye ttg kepalsuan klebihan2 beramal di bulan rejab ni ...
semoga kita semua kembali kepada alquran dan as sunnah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 08:04 AM | Show all posts
Apa-apapun... semakin dekatkanlah diri kita kepadaNya sentiasa... lihatlah alam sebagai bukti adanya Tuhan yang mencipta, yang memiliki dan mentadbirnya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072693 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list