CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13610|Reply: 22

Fatwa mengenai bermain alat muzik bertali - Tidak Haram?

[Copy link]
Post time 15-8-2006 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Sekadar ingin berkongsi maklumat.:lebai:



Alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) apakah dilarang? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya?

Menurut pendapat (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yang mengharamkan alat musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak benar atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumiddin. Alat musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Mobil adalah alat yang digunakan untuk merompak atau bepergian sehari hari. Maka begitulah alat-alat musik boleh digunakan untuk kejahatan atau kebaikan.

Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
#1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yang akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadits yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat musik.
#2: HR Imam Hadits muttafaqun 'alaih,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, berkuda dan memanah."
alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga
#3: Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."
Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef
#4: HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah
dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).

Fatwa MUI pernah mengharamkan permainanan alat musik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa MUI adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajiban-Nya.

Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat musik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua jenis alat musik tersebut seperti keyboard  sebagaimana kita ketahui dapat mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasukkah kedua alat muzik tersebut?
Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu semuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana musik telah dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecuali bila alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbatkan kepad agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 08:56 PM | Show all posts
dah penah dibincang dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:43 PM | Show all posts
bincg ktne tutan?? nak bace..

btw, jgn pecaye bende2 yg cmni.. kalu dh mmg haram, tetap haram..
akhir zmn ni, mcm2 ade utk pesongkan aqidah kita..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:24 AM | Show all posts
pernah dibincangkan di manamana..
surat khabar, majalah, mulut orang..manemane lagi la bahan bacaan lain...

[ Last edited by  hetrek at 16-8-2006 02:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 08:02 AM | Show all posts
haha... alat muzik gak yg haram bnda yg dalam quran kata haram kite rilek aje wat... siap ada live kat tv lagi.. padahal dalam quran dah ckp dgn ayat mukamad
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 08:21 AM | Show all posts
tuhla pasal..
hehe dari dok isap dadah tonggeng arak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2006 01:37 PM | Show all posts

Reply #3 aGuiLeHa's post

beberape tahun lepas , tapi thread tue xdo dah . Pupus telan dek zaman :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 03:40 PM | Show all posts
sori saje nak menyemak..
ade bace arguement pasal mende ni kat rottw tak ingat issue number berapa tapi cover depan limp biskit (bukan nak promote, huh)

time kat skola dulu, penah la budak sound aku bawak gitar kat aspuri..'alat syaitan' katenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 09:36 AM | Show all posts
Baru2 nih keluar tv persembahan kumpulan nasyid terkemuka diMalaysia , Raihan siap dgn guitar, bass, keybord dan drum.
Yusuf Islam pun sekarang bernasyid guna guitar.
So, alat syaitan atau tidak, bergantung apa tujuan kita.
Penggunaan guitar, sama jer mcm kita guna kereta, pisau dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 02:03 AM | Show all posts
Gitar ni kira macam kondom lar. Garis pemisah halal-haram nya terlalu tipis utk kita kenali.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:53 PM | Show all posts

Reply #1 sedondon's post

saya rasa semuanya ikut common sense.. kalau apa2 jenis instrument pun kalau melalaikan sehingga membawa keburukkan seperti tidak beribadah memang haram.. Saya rasa tak masuk akal kalau setengah2 instrument je yg haram (seperti talian) etc.. Kalau nak ikutnya, piano pun ada berunsur talian(mekanismanya berunsurkan 'vibration of strings')
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by azmee at 5-2-2007 10:53 PM
saya rasa semuanya ikut common sense.. kalau apa2 jenis instrument pun kalau melalaikan sehingga membawa keburukkan seperti tidak beribadah memang haram.. Saya rasa tak masuk akal kalau setengah2 ...


lalai atau tidak lalai bergantung pada individu itu sendiri..
contohnya org baca novel sampai tertinggal perkara wajib, kita kata novel itu melalaikan tapi tidak pula haram,kan??
kalau org sebok mengopek bawang hingga terlupa solat, tak pulak kopek bawang tu menjadi perkara yg haram, btol tak??

begitu juga la kalau org asek berforum sampai lupe nak tunaikan kewajipan, tak pulak kita haramkan forum ni..ekekek..

dpt tak msg aku??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 09:55 PM | Show all posts

Reply #12 redrumdoll's post

hehehehe point taken
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 11:27 AM | Show all posts
tapi aku penah terbaca kt somewhere(lupa buku/mag apa) n penah dibagitau gak oleh ustaz skolah agama dlu...alat muzik plg dilarang(tak sure haram ke tak) adalah biola.
sbb katanya bunyi gesekan biola tu boleh mengganggu malaikat beribadat sampai langit ke brape tah.
so dpd biola tu kot timbulnya dakwaan bhw alat muzik bertali tu haram.
tp aku minat gak tengok/dgr org main biola, cello, n yg sepertinya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 06:44 PM | Show all posts

Reply #12 redrumdoll's post

yerp aku bersetuju ngan redrumdoll...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 09:34 AM | Show all posts

Reply #14 sayangidaku's post

uiyoo..biar btol...aku minat btol org menggesek biola..eheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 01:25 PM | Show all posts

Reply #14 sayangidaku's post

alamak..aku mmg menggesek biola tapi x sampai biol lg. so tak haram dr segi penggunaan ek? hihi

bunyi biola ni lain sket la...gemersik dia menusuk kalbu woo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 02:04 PM | Show all posts

Reply #14 sayangidaku's post

Mcm tak logik jer! Sapa buat teori tu? Biola dicipta pada tahun bila?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 01:38 PM | Show all posts
malu sey..nak citer pasal dah sembang dulu dalam board muslimin muslimat dan board ni...takper la kongsi le kita...

How interesting! Satu hal  yg banyak pertikai sejak dulu lagi... aku pernah baca fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan agama Brunei..yang strict tak boleh alat muzik bertali ni...

Tapikan, kita dalam beragama ni banyak pendapat, dan kalau masuk bab beza pendapat nih, fu..forumner Muslimin Muslimat lagi expert beb... fuu respect la... which draw them to conclusion kita perlu meraikan perbezaan dgn lapang dada...yang juga dipegang oleh semua saudara kita seluruh dunya. kalau cakap bab beza pndapat ni... belambak lambak perkara yang diamal oleh saudara kita seluruh dunia yang  berbeza dgn apa yang kita ikut selama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by aGuiLeHa at 15-8-2006 10:43 PM
bincg ktne tutan?? nak bace..

btw, jgn pecaye bende2 yg cmni.. kalu dh mmg haram, tetap haram..
akhir zmn ni, mcm2 ade utk pesongkan aqidah kita..


Janganlah macam tu.. ni bukanlah agenda akhir zaman... tapi pandangansesetengah ulama terkini yang dibuat dgn berhati-hati..takut kontrovesi dan melemahkan ummat.....

Maksudnya kau berpegang dgn pendapat yang mengatakan alat yang dipetik itu haram.. mungkin kau berpandukan pendapat, sbhgn fuqaha awal Hanafi,sbhgn fuqaha awal Syafie, fuqaha awal Hanbali dan pendapat yang rajih(terpilih) dalam mazhab Maliki, Ibnu hajar Al-Haitami, Abul AbbasAl-Qurtubi,Salim Ar-Razi...bagus .. at least kau berpandukan pendapat individu berkredibiliti...best.... yang aku baca la...saudara2 kitayang mengakui keharaman alat muzik bertali ni sumbernya selalunya diatas ni la....

Ramai juga saudara kita berpegang pada pendapat Al- Ghazali (ya,Hujjatul Islam, bukan yang latest ni) .... ....dan paling credible dizaman kita ni...yusuf al  qardhawi, musuh kuffar yang dibenci sbb pandangan beliau yg tak boleh dibeli..ehh ..apa aku melalut ni...
Ok..ok...

kita perlu meraikan perbezaan dgn lapang dada... maksudnya kau involved ke board muzik music ini adalah utk berbincang ttg alat musicpercussion ...! haip, percussion pun bukan semua taww... kau for sureakan bercakap ttg duff, gendang,.. How cool.. Ini sudah bagus! Sebab tak ramai forumner bercerita tentang duff dan gendang...good on you man...!

Jangkaanku juga ialah kau dah tentu takkan menulis/ mengulas ttg gitarakustik, gitar elektrik, sitar, gambus, violin, celo dsb..dsb...interesting! Apatah lagi muzik macam rock,jazz, raggae, yang amatlahkuat pergantungannya terhadap gitar..cooll...! aku ada kawan macam kau..org Sinegal...tak suka string instrument.....tapi power gila main percussion... skill dia fuh...marvellous! takper kita disini perlu meraikan perbezaan...

[ Last edited by  kawankau at 15-2-2007 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.335037 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list