View: 36314|Reply: 53
|
Monyet / Kera / Beruk / Siamang / Babun etc
[Copy link]
|
|
MENAKJUBKAN...
DUA ekor anak spesies monyet Pygmy Marmoset yang jarang ditemui, bertenggek di atas jari penjaga zoo di Zoo Froso, Ostersund, Sweden. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dulu tomi penah tunjuk pic monyet ni rasanya...kecik giler, cam tak percaya je...
tapi comel ah..mesti rega dia sekor ribu-ribu nih...tapi siyes ah mmg comellll gilerrrr! tak tau nak describe camner... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalo tengah tido tetiba dia datang kat kita..aku bantai tenyeh je..ingat menatang apa kecik bebenor..langsung arwah...wkakakakakk!!!... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PengKid at 26-8-2006 03:44
ni kalo tengah tido tetiba dia datang kat kita..aku bantai tenyeh je..ingat menatang apa kecik bebenor..langsung arwah...wkakakakakk!!!...
Betul jugak. kalau bawak tidok ,silap haribulan boleh tak benyawa monyet tu aku tindih.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...nih kalo bela pun haku tak takut....
yelahh...aku takut skit ngan monyet...ada pengalaman kena kejar monyet... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
keciknya depanya cam anak tuceng umur 2 3 menggu .... comellll |
|
|
|
|
|
|
|
aritu gi aquaria jumpa marmoset... bukan pygmy tp yang lain punya... punyalah lincah, comel pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
alahaii tecikk jer..:geram:
comeyyy sgt!:love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 25-8-2006 10:15 AM
MENAKJUBKAN...
DUA ekor anak spesies monyet Pygmy Marmoset yang jarang ditemui, bertenggek di atas jari penjaga ...
depaan tgn 35mm tu...bukan cm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 25-8-2006 10:15 AM
MENAKJUBKAN...
DUA ekor anak spesies monyet Pygmy Marmoset yang jarang ditemui, bertenggek di atas jari penjaga ...
kocik gilo...
cam mano nak bolo ni...
kalau bleh bolo best gak.....
ganjil sket.... mesti org nak nengok...
Psst : kono ado lesen ko bolo monyet ni...
hak... hak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datin bergelut pertahan murid
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
[email protected]
AMPANG: Disebabkan mahu menyelamatkan anak muridnya, seorang guru bergelar Datin sanggup mempertaruhkan nyawa bergelut dan bertarung dengan kera jantan liar yang tiba-tiba memasuki tadikanya, semalam.
Dalam kejadian itu, tangan guru berusia lingkungan 40-an berkenaan luka digigit kera berkenaan ketika mangsa dikatakan cuba menghalau haiwan liar itu yang menceroboh kawasan tadikanya.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahmat Ponani yang dihubungi semalam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi berhampiran tadika di Taman TAR, berhampiran hutan simpan.
Menurutnya, seekor kera liar dikatakan bertindak ganas selepas berkelahi dengan seekor lagi kera jinak yang dipercayai terlepas dari sangkar rumah pemiliknya.
揔eadaan bertukar menjadi cemas apabila seekor daripada haiwan liar yang mengamuk itu mula menghampiri kawasan tadika yang ketika itu dipenuhi dengan puluhan murid.
揔ebanyakan murid terkejut apabila melihat haiwan liar berkenaan bergaduh hingga masuk ke dalam tadika, |
|
|
|
|
|
|
|
Niaga monyet di tepi jalan
Oleh ZULKIFLI MANZOR
Seorang wanita Orang Asli melihat dua ekor monyet yang baru ditangkap untuk dijual kepada pembeli di tepi jalan Kuantan ke Segamat di Pahang, baru-baru ini.
- Gambar MAHATHIR ALI
KUANTAN 20 Okt. - Hutan Hujan Khatulistiwa di Pahang merupakan kawasan rimba terbesar di negara ini yang menyimpan pelbagai flora dan fauna.
Pelbagai khazanah tersimpan di hutan hujan tersebut yang kebanyakannya masih belum diteroka sepenuhnya oleh penduduk negara ini.
Di hutan hujan ini jugalah tempat masyarakat minoriti Orang Asli mencari sumber rezeki sama ada untuk digunakan bagi keperluan sendiri atau dijadikan barangan komersial kepada penduduk luar.
Justeru, ramai di kalangan Orang Asli masih mahu kekal menetap di dalam hutan kerana mampu meraih pendapatan yang agak lumayan daripada jualan hasil-hasil hutan kepada orang luar.
Apa pun, di sebalik penjualan hasil-hasil hutan itu, terdapat juga kegiatan yang tidak sepatutnya dijalankan iaitu perniagaan haiwan eksotik.
Antara haiwan yang paling banyak dikomersialkan ialah monyet dan beruk yang boleh dilihat dengan jelas terutama di Jalan Muadzam-Kuantan, Rompin.
Meskipun kegiatan penjualan itu tidak dijalankan setiap hari tetapi pengguna jalan raya itu akan terserempak dengan aktiviti sedemikian ketika menggunakan laluan tersebut pada waktu tertentu.
Apa yang menghairankan, penjualan monyet dan beruk itu dilakukan secara terbuka tanpa timbul sebarang kebimbangan kepada peniaganya.
Mungkin lokasi perniagaan mereka yang terletak di kawasan pedalaman menyebabkan peniaga terbabit merasakan aktiviti tersebut sukar dikesan pihak penguat kuasa, apatah lagi ia tidak dilakukan setiap hari.
Aktiviti menjual beruk dan monyet di beberapa lokasi di Jalan Muadzam-Kuantan itu bukan sahaja dilakukan secara haram, malah ia dikhuatiri menyumbang kepada kepupusan haiwan berkenaan di Pahang jika dibiarkan berterusan.
Jika sekadar dijadikan sebagai pemanjat buah kelapa, masih tidak mengapa tetapi ada dakwaan mengatakan haiwan berkenaan dijadikan hidangan di restoran-restoran bukan Islam.
Persoalannya, adakah jaminan bahawa beruk dan monyet berkenaan tidak dianiaya atau dihidangkan sebagai makanan eksotik ekoran ia dijual secara terbuka dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang menggunakan laluan tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia di laluan berkenaan baru-baru ini mendapati, monyet dan beruk jantan yang dipercayai ditangkap secara haram itu dijual pada harga RM150 seekor manakala monyet dan beruk betina dijual pada harga RM60 seekor oleh pemburunya.
Golongan yang menjalankan aktiviti tersebut pula dipercayai adalah di kalangan Orang Asli dan perkara itu dikatakan telah lama berlaku tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
Seorang wanita Orang Asli yang menjalankan aktiviti menjual burung di kawasan sama, Noraini Anjang, 40, berkata, kegiatan menjual beruk dan monyet itu dilakukan hampir setiap hari dan haiwan berkenaan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.
Menurutnya, kegiatan menjual beruk dan monyet telah lama beroperasi di bahu-bahu jalan di laluan berkenaan dan berdasarkan pemerhatiannya, ramai pengguna berhenti untuk membeli haiwan tersebut pada harga yang boleh dianggap murah.
Dia yang tidak menolak kemungkinan haiwan tersebut akan dijadikan bahan makanan oleh segelintir pembeli berkata, perniagaan menjual beruk dan monyet itu telah menjadi lumrah dan ia sumber pendapatan kepada pemburunya.
''Walaupun saya menjual burung, namun saya tahu ada antara beruk dan monyet itu dibeli untuk mengambil buah kelapa dan sebahagiannya untuk jadikan hidangan," katanya.
Sementara itu, tinjauan ke salah sebuah lokasi menjual beruk dan monyet itu mendapati, terdapat seekor haiwan berkenaan dikurung di dalam sangkar yang kecil dan dipamerkan di tepi jalan sebagai barangan jualan.
Menurut pemburu haiwan terbabit, dia menjual seekor beruk atau monyet jantan pada harga RM150 kerana haiwan tersebut mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding haiwan betina.
''Manakala, beruk atau monyet betina hanya dijual pada harga RM60 seekor kerana tidak ramai yang ingin membelinya," kata pemburu yang enggan dikenali itu.
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Beruk `naik angin', dua cedera
Oleh: SHARIZA ABDULLAH
ALOR STAR 25 Feb. - Dua warga emas cedera di tangan apabila diserang oleh beruk peliharaan masing-masing yang `naik angin' ketika memanjat pokok kelapa dalam dua kejadian berasingan di sini.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang semalam, seorang penoreh getah, Azimat Mat Hassan, 67, menerima berbelas-belas jahitan di tangan kanannya setelah beruk itu menyerangnya ketika sedang memetik kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Pondok Lama, Pokok Sena dekat sini.
Menurut Azimat, kejadian berlaku semasa beruk yang diberi nama Nyan itu memanjat pokok kelapa tetapi dengan tiba-tiba turun dan menerkam serta menggigit tangan kanannya.
Ekoran itu katanya, dia terpaksa merentap tangan dengan sekuat hati bagi meleraikan gigitan tersebut.
``Kawan saya yang berada berdekatan kemudiannya menarik tali beruk itu bagi mengelakkan ia terus menyerang saya,'' katanya.
Azimat yang mempunyai pengalaman membela 20 ekor beruk sebelum ini berkata, ia merupakan kejadian pertama sejak lebih 20 tahun membela haiwan tersebut.
``Sejak dari awal pagi lagi beruk berusia lima tahun itu telah membuat perangai apabila enggan makan.
``Namun disebabkan kawan saya meminta tolong untuk memetik kelapa untuk kenduri, saya penuhi permintaannya itu,'' katanya.
Sementara itu, dalam kejadian pada pukul 8 malam kelmarin, Hassan Hussein, 58, dari Kampung Pokok Pauh, Pokok Sena dekat sini terpaksa menerima tujuh jahitan di tangan kiri setelah beruk yang baru setahun dibelanya menggigitnya.
Menurut Hassan, kejadian berlaku berdekatan rumahnya ketika dia sedang bersiap untuk pulang ke rumah setelah memetik kelapa yang diminta oleh jirannya.
``Setelah selesai memetik kira-kira 30 biji kelapa, saya meletakkan beruk di atas motosikal tetapi tiba-tiba ia naik angin lalu menerkam dan menggigit tangan kiri saya.
``Saya terpaksa menikamnya sehingga mati dengan parang bagi mempertahankan diri,'' katanya ketika ditemui di Hospital Alor Star (HAS) di sini hari ini. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
tingat satu artikel tu hari kat BH, sejak tadik dok carik balik..tapi lom jupe
jadik kat Bangkok
ni binatang sudah naik angin
dia letih keje
kena paksa lagi buat keje
so dia bengang
dia amek kelapa tu
dia hempap kat kepala tuan dia
terus mati tuan dia
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku g aquaria and tgk monyet yang kecik..comel jer...
agak pyh nak amik gambar sbb monyet ni laju sgt gerak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar daging untuk seks
APABILA cimpanzi jantan menambah makanan yang dikongsi, bilangan aktiviti seks yang diadakan dengan cimpanzi betina juga bertambah.
SELEPAS tahap kebijaksanaan atau IQ yang dimiliki oleh seekor cimpanzi didedahkan kepada umum, kini satu lagi penemuan dilakukan mengenai mamalia itu. Penemuan terbaru mendapati cimpanzi mahir dalam sistem tukar barang (barter).
Dalam usaha untuk mendapatkan rundingan yang adil, cimpanzi didapati mengadakan perbincangan sesama sendiri bagi menukar seketul daging untuk mendapatkan seks.
Cimpanzi jantan dikatakan sanggup berkongsi hasil buruannya dengan sekawan cimpanzi yang lain bagi membolehkan dirinya mendekati cimpanzi betina di dalam kawanan tersebut. Dengan hasil pertukaran itu, cimpanzi jantan terlibat akan dibenarkan menjalin hubungan seks dengan cimpanzi betina pilihannya.
Penemuan itu dilakukan oleh Christina Gomes dan rakan-rakannya dari Institut Evolusi Antropologi Max Planck, Jerman. Mereka telah mengadakan kajian di hutan Tai di pesisiran pantai Ivory, barat Afrika. Sambil memerhatikan tabiat dan habitat cimpanzi semasa memburu makanan, kumpulan pengkaji itu turut merekodkan data mengenai aktiviti seks yang berlaku dalam kalangan kumpulan cimpanzi.
"Dengan berkongsi makanan, cimpanzi jantan meningkatkan peluang untuk mengadakan seks dengan cimpanzi betina di dalam kawanan lain. Pada masa yang sama, cimpanzi betina menerima kandungan kalori yang tinggi apabila menikmati makanan yang ditukarkan itu.
"Menariknya, apabila cimpanzi jantan menambah jumlah makanan yang dikongsi, bilangan aktiviti seks yang diadakan dengan cimpanzi betina juga bertambah sekali gus meningkatkan peluang untuk ia menjadi lebih subur," katanya.
Sementara itu, daging adalah salah satu daripada diet penting dalam kehidupan seharian cimpanzi. Ia tinggi dalam protein.
"Memandangkan cimpanzi betina tidak memburu, sukar baginya untuk mendapat bekalan daging yang konsisten," ujar Dr. Gomes.
Hipotesis mengenai seks untuk daging telah lama wujud bagi menjelaskan mengapa cimpanzi jantan sanggup berkongsi hasil tangkapan. Bagaimanapun, usaha untuk merekodkan kejadian itu gagal dilakukan sebelum ini.
Pendekatan baru yang digunakan oleh kumpulan Dr. Gomes adalah melihat beberapa petunjuk yang bakal membantu dalam membongkar rahsia evolusi manusia. Beliau mencadangkan agar penyelidikan itu digunakan sebagai asas kepada kajian terhadap hubung kait di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif.
"Penemuan ini benar-benar menarik perhatian saya dan selepas ini, saya ingin mendalami kehidupan seorang pemburu yang bergantung pada hasil tangkapan," tambahnya.
Sementara itu, Michael Gurven dari Universiti California di Santa Barbara, Amerika Syarikat menyelidik tentang sifat manusia dalam komuniti pemburu di Amerika Selatan. Katanya, perkaitan di antara kemahiran pemburuan yang bijak dan kejayaan sistem produktif dapat memberi gambaran yang jelas terhadap cara pemikiran manusia.
Beliau berkata, hasil yang dikumpul daripada penyelidikan itu memberi input kepada proses menjalin ikatan perhubungan sesama manusia dalam tempoh masa yang lama.
"Perbuatan ini tidak diketahui sebelum ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|