CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7209|Reply: 81

Di Antara Kurnia Tuhan (Mawi) & Salju KasihNya (Siti)..

[Copy link]
Post time 27-8-2006 10:19 AM | Show all posts |Read mode
[align=justify]Mana satu pilihan korang??


Seperti yang korang semua sedia maklum, terdapat banyak persamaan di antara mereka berdua ni..
  • Merupakan Artis Paling Popular di Malaysia,
  • Memiliki rupa paras yang menarik dan menawan,
  • Menampilkan personaliti yang 'konon'nya baik.. ;)
  • Kedua-duanya adalah JUARA yang lahir hasil daripada pertandingan nyanyian..
  • Latar belakang sebagai budak kampung
  • Berjaya mencetuskan suatu fenomena dan seterusnya kontroversi..
  • Lagu masing-masing sering mengungguli carta-carta radio
  • Menjadi rebutan pelbagai syarikat pengiklanan.. ;)
  • Kedua-duanya berjaya bergelar jutawan dalam sekelipan mata..
  • Nama popular yang terbina drpd 2 suku kata, MA-WI :love: SI-TI
  • Dan tak dilupa... MANGSA FESYEN!!!





So, sila undi siapa yang korang minat!











[ Last edited by  freekey at 27-8-2006 02:57 PM ]
Multiple Polls, Total 72 Users voted
42.96% (58)
57.04% (77)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 10:23 AM | Show all posts
2-2 :pompom: .. . ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:25 AM | Show all posts
[align=justify]Gebang: Mereka terus diburu dan diburu

Oleh Roslen



KALENDER 2006 sudah pun tiba ke Julai. Sepanjang tujuh bulan lalu, macam-macam cerita panas terbit dalam dunia hiburan tanah air. Dalam banyak-banyak kisah itu, siapa sangka tahun ini, kisah paling sensasi membabitkan dua ikon muda negara yang mempunyai jutaan peminat. Mereka sudah pasti Asmawi Ani dan Siti Nurhaliza.

[align=justify]Lebih awal tahun ini peminat dikejutkan dengan kisah perceraian bintang popular seperti Erra Fazira & Yusry KRU, Noraniza Idris & Fareez serta kes cerai-rujuk semula Norman Hakim & Abby Abadi. Namun gosip percintaan Siti & Datuk K serta konflik Mawi & Nordiana lebih hebat meraih perhatian peminat kerana populariti masing-masing yang sentiasa memuncak.

Kalau dikaji, ada beberapa persamaan antara Mawi dan Siti. Mereka berdua adalah anak kampung yang berjaya menjadi idola dan jutawan. Selain itu, mereka juga menjadi duta bermacam produk daripada benda makan minum, peralatan elektronik, barang dandanan hinggalah ke jurucakap gedung beli-belah.

Popularnya Mawi dan Siti sudah terbukti menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama ini. Siti sudah banyak kali membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular yang akhirnya dirampas Mawi awal tahun ini. Malah undian untuk Mawi adalah berkali-kali ganda tingginya berbanding Siti.

Bayangkanlah, apabila terjebak dengan berita sensasi, nama Mawi tidak tenggelam sepertimana yang diramalkan sesetengah pihak. Mereka menyangka, dengan munculnya Akademi Fantasia 4 (AF4), habislah World Mawi. Walaupun ada penangan 2F, Farhan dan Faizal dalam AF4, ia masih belum cukup untuk meminggirkan nama Mawi daripada persada hiburan.

Malah pelajar AF4 bertudung, Salima yang awalnya dikatakan akan membuat kejutan tahun ini dan mengikut jejak langkah Mawi pun sudah tersingkir dari pentas AF4.

Cuma untuk ABPBH akan datang, saya ingin melihat adalah Mawi mampu mempertahankan gelarannya itu atau ia akan berpindah tangan semula kepada Siti atau mungkin juga artis lain. Bagi Siti pun, saya tidak pasti apakah selepas perkahwinannya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa kelak popularitinya akan jatuh atau mampu bertahan.

Apa yang pasti, ketika ini, keempat-empat nama yang saya sebutkan itu terus menjadi buruan pihak media yang tidak jemu-jemu mengejar bahan berita. Hari ini Mawi, esok Siti, lusa Ina dan tulat pula Datuk K.

Minggu ini, Bintang Popular menyiarkan lagi rencana susulan mengenai konflik Mawi dan Ina. Orang kuat Maestro, Freddie Fernandez, terus dituduh menjadi dalang yang bertanggungjawab mengeruhkan hubungan Mawi dan Ina.

Dengan sekeras-kerasnya Freddie menafikan tuduhan itu kerana ia penuh prejudis. Ina yang saya dengar pula, sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kerja lamanya di sebuah kilang di Johor, enggan lagi komen banyak-banyak mengenai isu pertunangannya dengan Mawi. Mungkin Ina mengambil iktibar pepatah, sebab pulut santan binasa. Entahlah, cakap salah tak cakap pun salah juga. Biarlah mereka menyelesaikan kemelut itu dengan aman.

Berbalik kepada Siti, saya difahamkan daripada satu sumber, daripada 8 Ogos, tarikh berbahagia buat Siti dan Datuk K itu sudah berganjak pula kepada 21 Ogos ini, diikuti majlis persandingan yang penuh glam, seminggu kemudian. Hai, khabarnya, jemputan untuk kerabat Istana dan VVIP sudah pun dilayangkan, maklumlah semuanya perlukan protokol dan RSVP lebih awal.

Itulah antara cerita panas empat manusia popular yang terus diburu dan diburu. Kalau nak marahkan wartawan pun susah juga kerana mereka memang dibayar gaji untuk menjadi pemburu berita dan mendapatkan maklumat serta kesahihan. Apabila makin banyak rahsia, maka ia akan mengundang pula pelbagai gosip dan spekulasi. Jadi itulah antara permainan dunia hiburan yang suka atau tidak, terpaksa ditempuhi dengan bijak dan matang.









[ Last edited by  freekey at 27-8-2006 10:32 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:30 AM | Show all posts
[align=justify]Siapa lebih ramai peminat, Siti atau Mawi?


KUALA LUMPUR 26 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:39 AM | Show all posts
paras rupa yang menarik dan menawan? ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 27-8-2006 10:39 AM
paras rupa yang menarik dan menawan? ;)

[align=justify]Kenapa tidak??

Cuba tengok ni...








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2006 10:50 AM | Show all posts

Reply #6 freekey's post

biasa n sederhana aje aku tengok. sesedap mata memandang aje.
takdela sampai menawan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 27-8-2006 10:46 AM

Kenapa tidak??

Cuba tengok ni...





http://planet.time.net.my/KL ...


Apsal dalam gambar ni CT nampak muda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 10:51 AM | Show all posts
freekey ni memang suka ye kalo siti n mawi berganding
impian ko jadi kenyataan kut nanti
kalo takde halangan,mawi akan duet ngan siti
untuk album terbaru mawi nanti....tapi ni tak confirm lagi yek
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:52 AM | Show all posts

Reply #1 freekey's post

eh jap..mcm dah ada je poll cmnih ko bukak dulu kan?:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 27-8-2006 10:52 AM
eh jap..mcm dah ada je poll cmnih ko bukak dulu kan?:hmm:

[align=justify]Ehehe.. tuarrpasal..

Tp masa tu Mawi masih dalam AF lagi.. lagipun dah kena delet pun topik tu.. :kant:

So, aku harap yg baru ni sudilah kiranya mod fendy_ahmad ;) DIGEST kan supaya tidak terdelete lagi.. :pray:

Sebab dah memang sah dua2 orang ni dah jadi ikon negara!






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 27-8-2006 10:51 AM


Apsal dalam gambar ni CT nampak muda?

[align=justify]Sebab Siti pakai Olay Total Effects kot.. ;)






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 27-8-2006 10:51 AM
freekey ni memang suka ye kalo siti n mawi berganding
impian ko jadi kenyataan kut nanti
kalo takde halangan,
mawi akan duet ngan siti
untuk album terbaru mawi nanti....tapi ni tak confirm lagi yek

[align=justify]Wow bestnya!! Thanks for the info crayzee..

But you know what.. Masa aku baca part yg warna merah tu.. Aku excited sangat nak dengar ko cakap.. Mawi mungkin akan melamar Siti jugak suatu hari nanti!!






Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:25 AM | Show all posts

Reply #13 freekey's post

ke situ pulak....ko nih :lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 27-8-2006 10:55 AM

Ehehe.. tuarrpasal..

Tp masa tu Mawi masih dalam AF lagi.. lagipun dah kena delet pun topik tu.. :kant:

So, aku harap yg baru ni sudilah kiranya mod fendy_ahmad ;) DIGEST kan supaya tidak t ...

fendy ahmad la? :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 08:02 PM | Show all posts
[align=justify]Gambar yg paling sesuai dipamerkan di papan2 tanda sekitar jalan sempena Bulan Kemerdekaan ni.. ;)








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2006 08:05 PM | Show all posts
[align=justify]Siapa eh pereka tetap baju2 yg Mawi pakai utk show.. Sebab very the unik designnya.. Aku pun nak tempah gak arr..








Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 08:30 PM | Show all posts
NAK VOTE  ATAS DASAR APE NI?

TAJUK TOPIC KE APE??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2006 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by Ustaz_SUFI at 27-8-2006 08:30 PM
NAK VOTE  ATAS DASAR APE NI?

TAJUK TOPIC KE APE??

[align=justify]Sila undi siapa yang ustaz minat!






Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 27-8-2006 10:19 AM

:

buruknya baju. :kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.090895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list