CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11383|Reply: 57

CERPEN: Calon Pilihan Abah

 Close [Copy link]
Post time 28-8-2006 03:19 PM | Show all posts |Read mode
=====================================
From My Collection...................

=====================================

PART 1

Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung2 swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ harini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk2 keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktor卻ejak kecil lagi..itulah harapan abahku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2006 03:26 PM | Show all posts
====================

PART 2

3 Julai 2003
Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terima keputusan itu. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Tapi abah memaksa! Memaksa aku! Aku sepatutnya menjadi anak kesayangan abah! Bukankah selama ini aku anak kesayangannya? Anak yang paling manja dengannya? Aku takkan bercakap lagi dengan abah. Mak? Mak pun sama. Tapi abah yang memaksa aku! Aku rasa benci dengan abah. Sangat benci. Abah menengking aku tadi. Tak pernah seumur hidupku aku dimarahi begitu oleh abah..Aku benci abah!! Takkan aku sentuh cincin berkarat tu!

11 Julai 2003
Aku baru balik dari rumah Izzah. Penat aku menempek kat rumah Izzah di Johor nun. Biarlah! Asalkan aku boleh lari dari keluargaku. Seminggu aku di sana, gembira sikit hati aku.

14 Julai 2003
Abang Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga pulang ke rumah hujung minggu. Tak henti-henti mereka bertanyakan soal tunangku kepada abah. Mereka sendiri tak faham kenapa abah terlalu tergesa-gesa. Nah abah! Abang Long dan Kak Ngah membela aku!

Aku menutup diari ku. Abang Long dan Kak Ngah. Rindu sungguh aku pada mereka. Kami taklah rapat sangat. Maklumlah..Abang long 21 tahun tua dariku, manakala Kak Ngah pula 19 tahun lebih tua dariku. Masing-masing sudah ada anak-anak sendiri yang hampir sama baya denganku. Mak melahirkan mereka ketika dalam usia akhir belasan tahun. Sedangkan aku lahir ketika mak sudah berusia 40 tahun. Alhamdulillah..mujur aku selamat..Tak ada apa-apa masalah. Ibu yang melahirkan anak di usia lewat ni kemungkinan anak untuk cacat tinggi contohnya Down Syndrome. Alhamdulillah..Allah selamatkan aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 03:35 PM | Show all posts
PART 3
==============================


揂ssalamualaikum Mak. Ana ni mak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 04:51 PM | Show all posts
==============
PART 4
==============

Hari Isnin menjelang dengan cahaya sang suria yang penuh meriah. Aku bangun dengan rasa penuh ceria, seolah-olah telah terlupa gelodak perasaan yang melanda hatiku semalam. Kad Azmi telah kumasukkan ke dalam kotak suratku dan sesungguhnya tak mungkin untuk aku buka lagi sehingga tamat peperiksaan akhirku. Aku segera bersiap-siap untuk ke hospital pagi itu. Hari ini aku perlu masuk ke bilik bedah dan aku mesti berada di sana tepat jam 7.30 pagi. Aku memilih baju jubah seluar ku yang paling menjadi kegemaranku sebagai tanda bermulanya hari-hari baru, tanpa ingatan-ingatan yang tidak sepatutnya bagi seorang pelajar akhir perubatan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi! Aku tersenyum melihat wajahku di cermin hari ini. Penuh semangat!

Minggu itu berlalu dengan laju sekali. Sedar-sedar saja hari Jumaat sudah tiba. Hah! Leganya!! Esok cuti! Aku perlu melepaskan tekanan belajarku ini. Tak tahan lagi rasanya menghadap pesakit-pesakit, doktor-doktor pakar yang mengajarku (semuanya garang-garang belaka) serta buku-buku ku yang tebal itu selama 24 jam selama 5 hari. Begini lah rasanya menjadi pelajar perubatan! Hari Sabtu itu, aku dan Izzah turun ke bandar. Seronoknya rasa hati aku ni sebab dapat beli barang-barang yang memang dah lama aku teringin nak membeli. Kami masuk ke kedai Body Shop. Aku dan Izzah membelek-belek lipstik yang pelbagai warna di situ. Aku tidaklah selalu mengenakan solekan di muka. Cuma kadang-kadang ..bila rasa teringin nak nampak berseri sedikit, aku calitkan sedikit lipstik dan blusher. Tergelak aku apabila Izzah menghulurkan lipstik berwarna oren, macam jus sunquick.

揂mboi! Oren sangat lah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 07:20 PM | Show all posts
=================
PART 5
=================

Selesai sahaja ujian lisan terakhir tadi, aku bersama rakan-rakan sekelasku terus menuju ke restoren pizza terdekat bagi meraikan episod peperiksaan kami. Aku bersama Lin, Yan, Jes, Zubir dan Hisham makan dengan penuh berselera setelah 3 minggu makan tak kenyang, tidur tak lena. Kawan-kawan Irishku yang lain semuanya beramai-ramai menuju ke pub yang berdekatan dengan kolej kami, menyambutnya dengan minuman najis yang itu. Tidak sesuai lah jika aku hendak bersama-sama mereka sekalipun aku agak rapat dengan mereka.

Aku pulang ke rumah ditemani oleh Lin. Rumah Lin lebih kurang beberapa minit berjalan kaki dari rumahku. Setibanya di rumah, aku segera menghempaskan tubuhku yang masih keletihan itu di katil. Aku berbaring dengan tenang. Aku tersenyum sendiri..Alhamdulillah匟abis juga akhirnya匱iba-tiba aku teringatkan Izzah. Sudah lama aku tidak bersembang panjang dengannya. Kepala aku asyik memikirkan tentang peperiksaan sahaja selama 3 minggu yang baru berlalu itu. Aku bangun dan menuju ke bilik Izzah. Aku mengetuk pintu sekali dan terus masuk. Izzah baru selesai sembahyang. Dia segera berpaling ke arahku dengan telekung yang masih terlekat di mukanya sambil tersengih.

揇ah habis exam??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 03:40 PM | Show all posts
=========
PART 6
=========


揂na! Aku sayang kat kau!!! Bestnye! Tak sabar aku nak makan!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2006 05:14 PM | Show all posts
zfaz..
bestlah cerpen ko nie..
cepat wei sambung..
cek tak sabaq nak baca cheghita hang nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:20 PM | Show all posts
=======
PART 7
=======

Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan.

揂na!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2006 05:28 PM | Show all posts
==============
PART 8
==============


Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku.

揢su beli apa untuk Nina ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:34 PM | Show all posts
========
PART 9
========



Aku menyuap nasi perlahan-lahan. Perutku terasa seperti sudah kenyang walau hanya beberapa suap sahaja yang aku telan. Aku teringatkan abah. Rindukan dia..Terlalu rindu. Aku teringat tempat duduk Azmi di sisi meja itu, itulah tempat abah selalu makan. Abah suka mengajak aku makan dengannya. Sup daging adalah makanan kegemaran abah, itulah juga makanan kegemaran aku. Teringat aku ketika aku berebut merasa sup dengan abah. Abah pula seronok melihat aku merajuk kerana dia sudah merasanya dulu.

揂na..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:39 PM | Show all posts
========
PART 10
========

揙kla Ana匒ku kene pergi ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:42 PM | Show all posts
==========
PART 11
==========

Malam itu seperti biasa aku bersembang dengan emak sebelum tidur. Selalunya kami bercerita tentang drama-drama di tv sambil emak mencuri-curi menasihatkan aku itu dan ini. Tapi malam itu, lain pula agenda emak.

揂na..Mak rasa..dah tiba masanya Ana nikah dengan Azmi厰 Aku terkejut memandang emak. Tidak kusangka secepat ini emak mahu aku berumah tangga.

揂zmi pun dah matang mak tengok. Dah mampu nak jaga Ana匧agipun cuti ana dah nak habis..tinggal seminggu lebih aje lagi kan..Kalau boleh,..Nikah aje lah dulu sebelum ana balik sana..Kenduri kita boleh buat nanti..Senang sikit hati mak kalau ana dan menikah..Manalah tahu esok lusa mak pergi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 05:43 PM | Show all posts
揔ak..Izzah nak Tanya, akak dah buat istikharah ke untuk Azmi dan Hisham ni kak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 02:47 AM | Show all posts
emailkan cerpen ni kat cham ya...

citer ni hampir sama dgn kisah cham..

thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 04:49 PM | Show all posts
menarik la cheta ne.....
tahniah.........
cepat la sambung tak sabaq ne
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:48 AM | Show all posts
ala cepatla sambung...best giler citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 04:17 PM | Show all posts
a'ah..sedap sangat...nak tau kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 04:32 PM | Show all posts
sambung jgn x sambung, hehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2006 10:55 AM | Show all posts
===========
PART 12
===========

Esoknya aku duduk di rumah dan mengemas barang-barangku untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Sebahagiannya, seperti buku-buku ku yang berat itu akan aku pos melalui kapal laut sahaja. Aku membuka beg besarku. Terkejut aku melihat baju kurung merah jambu itu di dalam beg ku. Kotak merah cincin pertunanganku juga ada. Aku rasa semalam aku tinggalkan saja di atas katil di bilik. Ini mesti emak yang masukkan. Mak! Aku segera menelefon emak untuk memberitahu yang aku sudah pun selamat tiba di Ireland.

Tak mengapalah, esok akan kupakai juga baju merah jambu ini sebagai memenuhi permintaan Azmi. Jasanya menjaga emak dan aku sepanjang ketiadaan abah ini terlalu besar. Hisham..aku tetap menyintaimu..

Tapi, Azmi? Dia banyak berjasa padaku dan emak, dia juga pilihan arwah abah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2006 10:59 AM | Show all posts
* * * * * * * * * * * * * * * *
PART 13

* * * * * * * * * * * * * * * *


Aku termenung seorang diri di bilikku, sambil memandang ke luar tingkap. Matahari hebat memancarkan surianya di kala musim panas begini. Bumi Ireland ini akan aku tinggalkan dalam masa seminggu sahaja lagi. Pelbagai kenangan suka duka telah kulalui di sini. Sesungguhnya lima tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk aku mengumpul segala memori itu..

Aku beralih ke cermin panjang yang kuletakkan di tepi pintu. Aku seorang yang menjaga penampilan diri. Wajahku kutatap lama di cermin itu. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang memberikan aku wajah yang cantik. Kulitku hitam manis, tidak begitu cerah, tidak begitu gelap, persis kulit ibuku. Mataku juga bulat mewarisi ibuku. Selebihnya kuwarisi dari abahku. Hidungku kecil dan molek terletak. Wajahku bujur, saling tak tumpah wajah abah. Senyumanku dihiasi lesung pipit di pipi sebelah kananku.

Namun kecantikan itu kini kurasakan hambar. Aku tidak punya abah lagi. Aku kehilangan kasih sayangnya. Aku juga tidak sihat seperti sebelum-sebelum ini. Impianku bagai terbantut seketika menunggu masa untuk aku membinanya semula. Aku menarik nafas panjang sambil memejamkan mataku. Inilah dugaan hidup. Begini rupanya merasa duri-duri kehidupan ini. Aku akui kehidupanku selama ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kejayaan yang mengelilingiku. Kesusahan yang aku rasakan Cuma ketika aku berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaanku. Aku punya bakat-bakat tersendiri yang menyababkan aku menjadi tumpuan ketika di sekolah dahulu.

Namun kini, sudah tiba masanya diriku diuji. Aku harus menerima segalanya dengan jiwa yang kental. Aku percaya Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan yang mampu dihadapi mereka. Aku juga hamba Allah yang lemah. Namun ujian-ujian ini pasti dalam kemampuanku untuk menghadapinya. Aku pasti.

Aku mengisi sehari dua ini dengan berjalan-jalan di sekitar daerah Cork. Izzah menemaniku sebaik sahaja dia selesai dengan kerja sambilannya di asrama Castle White itu. Kalaulah Hisham ada, dialah yang akan menjadi pemandu kami berjalan-jalan ke pantai Dingle dengan keretanya. Sesungguhnya, aku amat merindui Hisham. Aku sendiri keliru dengan sikap Hisham meninggalkan aku tanpa sebarang kata. Mungkinkah dia kecewa kerana aku tidak memakai cincin pemberiannya? Tapi, aku sudah menunjukkan riak-riak yang aku juga menyukainya. Takkan Hisham tak dapat melihatnya? Aku sudah berkawan dengannya selama 5 tahun. Mustahil dia tidak dapat membezakan senyuman yang aku berikan padanya.

Sudah hampir seminggu. Hisham masih tidak muncul. Aku mula menangis semula. Izzah nampak risau melihatku. Aku rindukan Hisham. Kenapa satu berita pun tidak dihantarnya padaku. Sudahlah pergi tanpa memberitahuku. Kenapa dengan Hisham?? Adakah aku melakukan apa-apa kesilapan ketika bercakap dengan mama dan papanya?

Dua hari sebelum kepulangan kami, Izzah mula bersuara tentang Hisham.

揔ak..Izzah risau tengok akak..Janganlah sedih sangat kak..Akak..akak lupakan aje la Hisham tu..Lupakan aje..Izzah rasa Azmi tu baik lah akak..Hisham tu厰

揔enapa dengan Hisham?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.077820 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list