CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22767|Reply: 40

Tok Jangut- Pejuang Islam dan Tanah air (merged: zueusoff)

[Copy link]
Post time 30-8-2006 02:41 PM | Show all posts |Read mode
sebenar aku xtau dah ader ker x thread nie sebelum nie.. tapi aku just nak sharing email gamba yang aku aku dapat dari seorang kawan.. gamba nie diselak oleh pegkaji sejarah dari UKM masa dekat library oxford..

so sedikit sejarah tentang TOK Janggut

TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS dilahirkan pada Tahun 1850 di kampong saring, mukin jeram, Pasir puteh, kelantan. Beliau dibesarkan di Istana jeram kerana ayahandanya berkhimat Panglima kepada tengku seri maharaja jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan guru syeikh ahmad al-fatani di mekah pada Tahun 1327 H.Ekoran campurtangan british di Kelantan pada tahun 1909, TOK JANGGUT, dengan Sokongan ungku besar ahmad, cicit pada long gapar, Pengasas kerajaan kelantan,telah melancarkan gerakan Anti-hasil. Apabila perang meletus antara kerajaan Turki uthmaniah dengan Britain dan bersesuaian dengan Fatwa jihad yang dikeluarkan oleh mufti besar kerajaan Turki uthmaniah pada 11 November 1914, TOK JANGGUT Mengankat senjata menentang british. Pada 29 april 1915 TOK JANGGUT menyerang Bandar pasir puteh dalam Pertenpuran dengan angota pasukan malay state guides Pada 24 mei 1915 dikampong dalam pupuh, TOK JANGGUT Telah gugur syahid bersama dengan TOK ABAS dan TOK HUSSIN. Mayat TOK JANGGUT telah dibawa ke Kota bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam Di padang bank sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.








[ Last edited by  fleurzsa at 1-2-2007 04:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2006 02:45 PM | Show all posts
sejauh mana kesahihan gamba nie... aku xpasti
tapi gamba tu yang dikongsi oleh kawan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:24 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2006 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by milo_888 at 30-8-2006 05:24 PM
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!


:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 01:59 AM | Show all posts
Gambar itu memang benar..
Sedih melihat mayat pejuang dihina sebegitu rupa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 07:48 AM | Show all posts
Sesungguhnya Allah telah menyatakan sesungguhnya mereka yang membawa kebenaran iaitu para Rasul pasti akan dimusuhi oleh kaumnya... begitu jua mereka yang berjuang dijalan Nya... Kepada yang mati dalam menjalankan amanah ini jangan disangka mereka itu mati, kerana sesungguhnya tidak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-8-2006 11:10 AM | Show all posts
jasa mereka tetap dikenang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 12:12 PM | Show all posts

Tahniah kepada bundle....

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bundle kerana mengenengahkan sejarah perjuangan Tok Janggut. Tahniah juga kerana mengiktiraf peranan Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.

Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut  adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.

Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.

Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan  sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.

Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2006 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 3-9-2006 12:12 PM
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bundle kerana mengenengahkan sejarah perjuangan Tok Janggut. Tahniah juga kerana mengiktiraf peranan Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh ...


Dikatakan  sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.  




tima kasih.. huhu :bgrin:   
wah yer ker... jadik tu bukan tok janggut sebenar ker.. dah tu kemana hilang tok janggut sebenar.. (aku sejarah kampung aku sendiri pun aku xtau..)

lagi satu.. kerajaan kota bharu tu saper...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 08:23 PM | Show all posts


owh ... gitu eh ... makin menarik lak sejarah dia nehh ... nampak nyerh buku teks kena revised balik arh kalo ginieh ~
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 08:25 PM | Show all posts


huhu ... tongkatali ... ader sumber rujukan ntuk argument anda itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 3-9-2006 08:25 PM


huhu ... tongkatali ... ader sumber rujukan ntuk argument anda itu?



haah.. ader citer la skit... :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 09:50 AM | Show all posts
Kerajaan Kota Baru Boneka kepada British dan Siam
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by bundle at 30-8-2006 02:41 PM
sebenar aku xtau dah ader ker x thread nie sebelum nie.. tapi aku just nak sharing email gamba yang aku aku dapat dari seorang kawan.. gamba nie diselak oleh pegkaji sejarah dari UKM masa dekat lib ...


Dulu dah ada thread ni tapi dah deleted rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:46 PM | Show all posts
gambar ni ada kat muzium kelantan, btolla gamaknye kot...
aku tak taula btol ke tak, tapi tok janggut ni tak sebulu dengan istana...
kalo baca buku sejarah pun, abang & ayah tok janggut ni dikatakan mati dibunuh atas arahan istana...
masa inggeris lawan pun, istana buat dek jek...siap mayat diarak sana-sini, istana takde sensitiviti langsung
aku memang tak suke sket kerabat2 kelantan ni, hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:39 PM | Show all posts
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dibunuh Inggeris. Mat Kilau misalnya muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an, beliau hanya mati tidak lama selepas pengisytiharan kemunculannya itu.
Begitu juga Datuk Bahaman, beliau muncul semula lewat sedikit selepas kemunculan semula Mat Kilau iaitu sekitar tahun 1970-an. Beliau menggunakan nama samaran Tok Guru Peramu. Tetapi berbeza dengan Mat Kilau yang diktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman ini tidak mendapat pengiktirafan kerajaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang melibatkan politik terutamanya politik 'beraja' Pahang jika dia diiktiraf sebagai Datuk Bahaman yang sebenar. untuk makluman, saya masih lagi menyimpan tape rakaman perbualan di antara Tok Guru Peramu dengan seorang ahli keluarga saya. Dalam rakaman tersebut beliau banyak menceritakan tentang ilmu-ilmu yang diamalkan tetapi cuba mengelak setiap kali diajukan soalan tentang siapa dirinya yang sebenar.
Jadi kenapa semua ini berlaku ? Jadi tidak mustahil jika saya mengatakan bahawa 'Tok Janggut' yang digantung sepertimana dalam gambar di atas bukan Tok Janggut yang sebenar. Cuma saya tidak pasti sama ada Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar ada membuat pengisytiharan semula selepas itu tetapi saya difahamkan ada akhbar pernah menerbitkan cerita ini tidak lama dulu. Kalau boleh jika ada sesiapa yang pernah terbaca laporan itu dapat tampil bagi mengemukakan laporan akhbar itu.

p/s : boleh saya kenal dengan lebih lanjut siapa 'bundle'. Ni add. email....pcku_dotcom@yahoo.com.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 04:03 PM | Show all posts
biasalah

barua british perintah tanah melayu masa tu..sejarah pun tulis mesti nak angkat kebestan dia jer

sape2 yang menentang dia dianggap penderhaka..pastuh lak raja2 melayu..certain2 nih ikut telunjuk si barawaa british nihs

same as masa komunis melancarkan pemberontakan jugak(before kita merdeka) barawaa british cop komunis ni pengganas jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 5-9-2006 12:39 PM
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dib ...



alamak tongkatali.... sorry lama xmasuk forum.. banyak keje nak kena buat... ermm nak kenal add me
selipar_bundle@yahoo.com nati bleh kita kenal2 org sekampung...
Reply

Use magic Report

nice72_nik This user has been deleted
Post time 26-9-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 5-9-2006 12:39 PM
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dib ...


Salam buat semua...

Pernah gak dengar citer2 ni. Dikhabarkan Tok Janggut ori.. asalnya dari Yaman dan yang klon tue adalah berdarah benggali.

Peristiwa melarikan Tok Janggut tue ada konflik sikit... ye la.. ramai yang pakat2 duk ngaku yang mereka2 itu yang terlibat..

Yang tue kena tanya cucu beliau sendiri.. yang pernah memegang satu jawatan penting satu ketika dahulu.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 03:18 PM | Show all posts
Sungguh menarik ni.....saper-saper yang tau ceriterlah lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.091683 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list