CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8630|Reply: 27

Cara Pakai Cincin

[Copy link]
Post time 4-9-2006 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

Saya just nak tanya pada yang lebih arif tentang perkara yg basic saja ni..
Setahu saya orang islam Sunat pakai cincin di jari manis dan jari kelingking (btol ke eja?)..
Dan tidak boleh pakai jari tengah dan telunjuk kerana menyerupai kaum yang dilaknat..
Tapi mlm tadi bila saya tgk Halaqah, dan ustazah yang dijemput tu pakai cincin jari tengah..terus saya tertanya2..btol ke apa yang saya tau selama ni..sbb ustazah pakai camtu..sepatutnya die tau la perkara basic mcm ni..

So harap sapa yang tau boleh la kongsi dgn saya..just nak clearkan mana yg kabur..

Satu lagi boleh ke pakai di ibu jari?

tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 01:41 PM | Show all posts
camner pulak cincin kat jari kaki ek...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 02:21 PM | Show all posts
Bagi sesetengah orang, apa yg kita anggap basic adalah benda baru pada mereka........ lain orang, lain gurunya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 03:24 PM | Show all posts
Ini apa yg telah saya baca lame dulu...sbb mase belajar dulu saya igt jari telunjuk mmg takleh..tapi dah igt2 lupe..so saye cari dlm internet..cume rase pelik sbb ustazah pakai jari tengah...so harap forumner yg tau blh share di sini...

Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by yanzhuo at 4-9-2006 03:24 PM
Ini apa yg telah saya baca lame dulu...sbb mase belajar dulu saya igt jari telunjuk mmg takleh..tapi dah igt2 lupe..so saye cari dlm internet..cume rase pelik sbb ustazah pakai jari tengah...so har ...


Cam saya kenal yanzhuo paste dari mana

Anyway... memang ada hadith-hadith berkaitan cara pemakaian cincin ni, antaranya :

Ali reported: He the Holy Prophet (may peace be upon him), forbade me that I should wear my ring in this (forefinger) or in that near it. 'Asim (one of the narrators in the chain of transmitters) said: He did not remember which of the two (fingers) he pointed out; and he forbade to wear Qassi material (silk garments), and to sit on the silk saddle cloth, and he said: As regards Qassi, it is a variegated garment which was brought from Egypt and Syria which had figures upon it, and as regards Mayathir, it is something which women prepared for their husbands as red cloths for their saddles. (Muslim 24:5226)


Cuma, sejauh mana "prohibition" itu, kerana rata-rata tidak menghukumkannya haram, hanya sekadar makruh sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 01:12 PM | Show all posts
saya ambik ni dari tranungkite.net

hmm...nanti saya nak tanya ustazah tempat saya kerja la plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 02:50 PM | Show all posts
[align=justify]Oh ye ke?

Aritu aku suka pakai cincin kt jari telunjuk sebab jari tu je yg paling ngam dgn cincin tu..

So.. tak boleh ke?






Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 03:02 PM | Show all posts
aku tak selesa pakai kat jari lain kecuali kat jari manis..kan nmpk manis bila pakai kat jari manis..jari telunjuk pakai dgn jari tgh nmpk mcm kasar jerr..dulu ustaz aku pun ada gak jari mana yg blh pakai cincin..kalau semua blh pakai, aku still pakai kat jari manis..nmpk mcm sopan jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2006 09:34 PM | Show all posts
setahu saya, kat ibu jari takle sbb menyerupai yahudi. tp, kalo salah, ampunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 08:42 PM | Show all posts
haah la..
aku pun suka pakai cincin kat jati tengah..
sebab cincin aku longgar...
erm..kena tukar la camnih..
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 03:04 PM | Show all posts
sama2 lah kita selidik dahulu.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by aladin at 12-9-2006 09:34 PM
setahu saya, kat ibu jari takle sbb menyerupai yahudi. tp, kalo salah, ampunnnnn


saya ada bertanya ustaz mengenai perkara ini sebab saya sendiri memakai cincin pemberian ayah yg agak besar di ibu jari, dia kata tak salah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:12 PM | Show all posts
Nabi Memakai Cincin

Adalah Nabi kita Muhammad S.A.W berminat juga memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di tangan kanan dan ada kalanya di tangan kiri. Ini amat berlainan sekali dengan orang di zaman kita ini, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?

Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.

Dan lagi adalah Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:

Ertinya: Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.

Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 04:58 PM | Show all posts
sedondon tak pakai cincin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 06:10 PM | Show all posts
winamp pon tak pakai cincin...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 06:53 PM | Show all posts
bende ni xperlu ckp banyak pun...pakai je kat dua jari yang dibenarkan tu,abih crite..duk bincang camni sampai biler xabih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 03:16 PM | Show all posts
emas putih tu dalam kategori emas (bewarna putih)...laki tetap haram pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by putri_amra at 14-11-2006 02:16 PM
emas putih tu dalam kategori emas (bewarna putih)...laki tetap haram pakai...


Wow...fatwa ulamak mana yer yang kata emas putih tu haram utk lelaki???
Tolong jelaskan...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 14-11-2006 09:40 PM


Wow...fatwa ulamak mana yer yang kata emas putih tu haram utk lelaki???
Tolong jelaskan...:hmm:

Jawatankuasa Fatwa JAKIM ada keluarkan keputusan HARAM lelaki pakai  emas putih
emas putih tu pong kan campuran  emas kuning dengan logam lain.. dan peratusan emas kuning dia banyak gak, lebih 50% berbanding logam lain.. jangan pulak keliru platinum dgn emas putih

[ Last edited by  August1957 at 14-11-2006 11:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by August1957 at 14-11-2006 10:26 PM

Jawatankuasa Fatwa JAKIM ada keluarkan keputusan HARAM lelaki pakai  emas putih
emas putih tu pong kan campuran  emas kuning dengan logam lain.. dan peratusan emas kuning dia banyak gak, lebih 5 ...


TQ...dah lama ke dia buat fatwa tu? Bila tarikhnya??? Saje utk pengetahuan je...
Suasa lak mcmana???:lebai:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089440 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list