|
Apakah koesterol?
KOLESTEROL ialah sejenis bahan berlilin yang lembut, yang terkandung dalam beberapa makanan dan yang dikeluarkan oleh hati anda.
Terdapat dua jenis kolesterol - kolesterol "baik" (HDL) dan kolesterol "buruk" (LDL). Paras kolesterol LDL yang tinggi atau paras kolesterol HDL yang rendah akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
Tubuh anda memerlukan beberapa kolesterol untuk membina sel membran, otak dan tisu saraf. Kolesterol juga membantu tubuh menghasilkan hormon steroid (diperlukan untuk mengawal tubuh, termasuk memproses makanan), asid hempedu (diperlukan untuk penghadaman) dan Vitamin D.
Tetapi jika anda mempunyai terlalu banyak (paras kolesterol darah 240mg/dl atau lebih tinggi dianggap "tinggi"), ia boleh berkumpul di dalam darah.
Jika ini berlaku, ia mula melekat pada lapisan arteri anda, menyempitkannya dan tersumbat. Arteri yang tersumbat memperlahankan atau menyekat aliran darah ke jantung. Dalam beberapa waktu, ini akan membawa kepada penyakit jantung koronari.
Kita tidak perlu mengambil kolesterol dalam diet kerana tubuh kita boleh mengeluarkan kolesterol yang cukup untuk keperluan.
Paras kolesterol yang tinggi (pada hakikatnya, apa saja yang melebihi 200mg/dl) meningkatkanrisiko untuk penyakit jantung -- kajian menyarankan bahawa 1% peningkatan dalam kolesterol boleh bermakna 2% peningkatan dalam penyakit jantung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|