CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3844|Reply: 20

Rasullullah tu penganggur ke?

[Copy link]
Post time 13-9-2006 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadijah. Korang tolong bagi aku idea camne nak counter orang camne. Belajar tinggi tapi agama cetek. Aku nak nasihat ke atau kasi tendang skali. Nak aku masuk balai lak. Lain lah kalau ada hukum hudud. Dah la orang kafir dok tekan . ada orang islam pun camni punya perangai!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 02:11 PM | Show all posts
laa.... awatnya lagu tu plak.. bukan kah banyak cerita yang Rasulullah itu seorang peniaga... macam mana lak datangnya rasulullah itu penganggur..

maaflaa.. saya takder hadis atau dalil mengatakan nabi itu peniaga. insyaALLAH pasti ada forummer lain yang akan menceritakan sejarah rasulullah ini...

tak pun banyak gak buku2 kisah NABI ni... boleh jugak dijadkan rujukan..

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 13-9-2006 02:03 PM
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadija ...

Salam,

Bukankah Rasulullah s.a.a.w "bekerja tetap" dengan Pemiliknya, Tuhan Sekalian Alam.

dan...

"Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang fil qurba" (Surah Asy-Syuura: 23)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 02:29 PM | Show all posts
Trima kasih aza dan pipi. Insyallah jadi pedoman dan hujjah nnt!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 13-9-2006 02:03 PM
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadija ...



Masuk balai sebab pertahankan Rasulullah xpe..... ket akhirat nanti klaim kat Allah.... huhuhu.........
Ape plak Rasulullah tompang reter Khadijah plak, lepas khadijah meninggal, Rasulullah nak tumpang sape ? Aisyah plak ke ?

Rasulullah adalah orang yg paling pemurah........ mana ade orang bleh celen sifat2 Rasulullah...... Rasulullah pernah jadi orang arab yg paling kaya skali, dan Rasulullah pernah menjadi yg paling miskin skali. Suma harta rasulullah di gunakan untuk jalan Allah. Jangan senang2 nak cas Rasulullah penganggur. Masa Rasulullah kawen ngan Khadijah, bukan sebab Rasulullah nak kan reternya. Tapi khadijah sendiri yg minat kat Rasulullah. Atas sifat2 jujur Rasul kita, telah memikat hati Khadijah masa tu. Bila Rasulullah jd suami Khadijah, Rasulullah tolong Khadijah berniaga. Berkat dari seorang Nabi Akhir zaman perniagaan mereka telah bertambah maju........

Sehinggaah Khadijah meninggal, Rasulullah telah mengorbankan seluruh hartanya untuk agama. Banyak yg disedekahkan pd fakir miskin sehingga rasulullah menjadi orang yg tiada apa2 lg. Mana ade orang yg habiskan suma reta dia untuk org lain dan agama. Aku bet, zaman skang mana ade org yg bleh celen Rasulullah. Bukannya Rasulullah jolikan Harta peninggalan Khadijah. Sampai dia tinggal sehelai sepinggang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 04:03 PM | Show all posts
kalu aku laa... tanya dia dulu, ko nie Islam atau bukan ? kalau Islam, kasi makan penampar dulu... pastu baru berhujah...

kalau aku laa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2006 11:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum wahai sedara ku satu kalimah,

Kena balik melihat SIRAH RASULULLAH saw nih.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:34 PM | Show all posts
Definasi Pengangguran adalah orang yang ingin bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.

Sebelum Rasulullah dilantik menjadi rasul beliau pernah melakukan kerja sebagai peniaga, tetapi selepas dia dilantik menjadi rasul maka Rasulullah tidak lagi bekerja seperti orang biasa, dia menjalankan tugas kenabian sepenuh masa, beliau tidak perlukan pekerjaan untuk menampung rezekinya, semua rezekinya datang terus dari Allah, Rasulullah pernah ditawarkan supaya gunung menjadi emas, menjadi raja, menjadi orang yang paling kaya, tetapi itu semua bukanlah maksud baginda diutus.

Baginda menolak kerana baginda lebih suka hidup dalam keadaan sepertimana biasa, jika diikutkan rasulullah adalah orang yang berada kerana  rezeki yang datang kepadanya tidak putus-putus, samada dalam bentuk hadiah, harta perang, dan sebagainya, tetapi baginda akan membahagi-bahagikannya sampai habis dalam hari itu juga, tidak tersimpan untuk esoknya. baginda amat pemurah sehingga tiada bandingan.

Baginda adalah seorang nabi yang diutus untuk seluruh alam hingga kehari kiamat, juga sebagai seorang ketua negara(madinah), juga pahlawan perang, juga ketua agama, juga sebagai pelindung orang-orang miskin, juga sebagai pemimpin masyarakat, juga seorang pendidik, juga seperti doktor untuk segala penyakit manusia, juga sebagai ketua keluarga, suami, bapa, datuk, semua musuhnya merasa gerun kepadanya pada jarak sebulan perjalanan, akhlak baginda luhur sehingga dikasihi oleh penduduk langit dan bumi. Baginda adalah seorang Rasul yang mengabiskan seluruh umur kerasulannya untuk menyelamatkan manusia, baginda amat kasih kepada umatnya, walaupun baginda dicaci, dimaki, dikhanat dan macam-macam tetapi baginda tetap cuba sedaya upaya mahu menyelamatkan semua orang, tidak kira siapa, dikatakan baginda berjumpa abu lahab, abu talib dan sesiapa sahaja berpuluh kali dalam satu hari untuk mengajak mereka menerima islam.

Khalid ibnu walid menceritakan sebelum beliau menerima islam, Rasulullah datang kerumahnya dengan senyuman manis dan mengajaknya menerima islam, tepati khalid ibnu walid memakinya dengan kata-kata yang paling kesat, oleh kerana terlalu kesatnya kata-kata khalid dia yakin kata-katanya itu lebih hebat dari yang lepas-lepas, dan yakin selepas itu baginda tidak akan datang lagi, tetapi dihari lain baginda tetap datang dengan senyuman dan kerisauan dan mengajaknya memeluk islam, kemudian khalid memaki lagi dengan kata yang lebih hebat lagi kesatnya dari yang lepas-lepas, dan yakin selepas itu baginda tak datang lagi, tetapi baginda tetap datang dengan penuh risau, begitulah seterusnya berulang-ulang perkara yang sama sehinggalah baginda hijrah ke madinah. Semasa dimadinah abang kepada khalid datang berjumpa Rasulullah kemudian baginda mengirim salam kepada khadid dimekah, dia memujinya dengan kata lebih kurang " khalid ada seorang yang bijak, tapi sampai bilalah dia akan terus hidup dalam kegelapan", salam dan kata2 ini menyebabkan hati khalis tersentuh lalu dia mendapat hidayah. Beginilah kasihnya nabi kepada umatnya.

[ Last edited by  kuman at 15-9-2006 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2006 08:29 AM | Show all posts
Terima kasih sedaraku Kuman,

Penerangan panjang lebar anda sama seperti apa yang saya faham
tapi dia ni tak leh terima kerasulan sebagai kerja. yang dia nak ialah
tugas atau kerja bentuk keduniaan ini. Ini yang susah nak bagi dia
faham. Kata je diri Islam, belajar sampai oversea tapi bab ni belum
selesai. Mungkin Allah swt nak bagi saya pahala dakwah dia kot. So
camne ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:47 AM | Show all posts
mcm ni la..ckp kat die. byk mende dlm dunia ni org tak leh terima. tgk kat fear factor, org filipina makan balut ( telur yg isinya dh separuh jd burung ), ramai org tak leh terima, but filipino still eats. its still true.

the same goes to a lot of things. things that u cannot accept, is not necessarily untrue. ilmu kite kan limited.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 13-9-2006 02:03 PM
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadija ...


ko tanya balik dgn kwn ko tu macam ni.apsal moyang dia dulu makan bangkai daging ayam, lembu, tikus, anjing  etc.Kita tengok dia nak jawap macam mana.

-Sallos-
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:24 PM | Show all posts
"Rasulullah biasanya membaiki kasutnya, menjahit pakaiannya dan melakukan kerja-kerja rumah seperti orang lain. Dia selalu membersihkan pakaiannya, memerah susu kambingnya dan membuat kerja-kerja. lain.... Dia berkhidmat untuk keluarganya sehinggalah tiba waktu solat" (Riwayat At Tarmizi).

notwongjowo,

Alhamdulillah ... pertama kali aku encounter orang yang bertanya soalan ni. pastu terfikir sendiri .. "ha'ah ek .. selama ni tak pernah terfikir apa kerja rasulullah selain menyebarkan Islam kepada umatnya."

soalan hamba Allah tu dah buat aku berfikir. so, aku cari jawapannya. selain menjadi ketua keluarga ... baginda juga KETUA NEGARA. maknanya dia PM/presiden kerajaan Islam pada waktu itu. cuma baginda tak bergaji macam PM/presiden negara2 zaman sekarang. siap ada mahligai lagi. hehehehe

baginda juga KETUA TURUS angkatan tenteranya. tak bergaji gak tu. semuanya KERANA ALLAH.

baginda jugak gembala kambing. bukan kerja duniawi gak ke tu? walaupun ketua negara, perah susu kambing pun baginda buat sendiri. takde upah maid atau suruh isteri buat pun.

aku harap jawapan aku ni boleh membantu. insyaAllah. :-)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 13-9-2006 02:03 PM
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadija ...


Rasullullah bukan sorang penganggur tp sorang peniaga yg bijak dan tekun. Wlaupun baginda bleh mintak ape jer dr Allah dan pasti dimakbulkan, tp baginda mahu sendiri melakukannya dan mengajar segala ilmu yg ade kpd umatnya.

Rasullullah siap angkut brg berniaga smpai ke Syam ngan bapak saudaranya. dan stiap kali brg2 yg diniagakan habis jual. ini krn sikap baginda yg jujur, ramah mesra, pandai menawan hati, dan yang penting baginda bkan shj memikirkan keuntungan sendiri tp juga keuntungan dan kebajikan org lain. itulah sikap2 yg patut dicontohi oleh peniaga2 zaman nih.

sah lah org yg ckp nabi tuh penganggur tak pnah baca criter pasal nabi.... kalo berdebat ngan org yg mpunyai hujah takpe, tapi berdebat ngan org yg takde sokongan2 hujah tuh lah menunjukkan kebodohannya, mcam ikut selera mak bapak dia jer.

[ Last edited by  Presa1200 at 19-9-2006 08:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 09:54 AM | Show all posts
Terima Kasih sdra/sdriku Nasiehah,backhand, Nisa dan Presa1200;
Nasihat kamu semua amat berguna dan menjadi bukti bahawa masih ada remaja yang boleh mempertahankan kenabian rasul kita dizaman sunnahnya diinjak-injak akibat kegawatan moral dan etika di kalangan remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by Notwongjowo at 13-9-2006 02:03 PM
Assalamualaikum para muslimin dan muslimat

Aku sebenarnya tengah bengang ngan sorang mamat ni. Adake terang-terang dia kata Nabi Muhammad tu penganggur , takde kerja dan harap harta Siti Khadija ...



Waalaikumussalam...

Rasanya teman kamu tu ada masalah sikit... dia macam tak suka dengan Agama Islam... pasal tu dia saja cari kelemahan Nabi... Orang cam ni kena berhemah... kena sabar... kena banyak lencongan ketika berdakwah padanya... Dia ni kena banyak beri kiasan,  perumpamaan atau sebagainya.  Cuba tanya kat dia.... Masa nabi kecil, dia kan anak yatim piatu... masa tu dia mengembala kambing. Kenapa dia perlu mengembala kambing sedangkan dia dari golongan yang berada?  Bila remaja, Nabi dah berniaga dan bekerja di bawah Siti Khadijah.  Kepandaian Nabi berniaga dan amanah menyebabkan Siti Khadijah tertarik pada Nabi.  Dan akhirnya Nabi dijadikan pemerintah Mekah... so masa bila nabi tak kerja?  Tanya kat mamat tu ... Hebat tak Nabi?  Baginda boleh hidup mewah... tapi baginda tak mahu... kenapa?  Fikir-fikirkanlah...

[ Last edited by  ct_og at 26-9-2006 09:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 09:17 PM | Show all posts
semasa mudanya, sebelum meniaga, Rasulullah juga pengembala kambing.. semasa kecil, baginda disusukan oleh HalimatusSaadiah.. dan dari situ sering menolong Halimah menjaga kambing.. Ada satu peristiwa penting dimana baginda kehilangan salah satu dari kambing berikut..

Seperti para An-biya lain, kebanyakkan mereka dari keluarga baik yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Tapi mempunyai purpose yang besar, sebagai pemimpin dan pendakwah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 12:59 AM | Show all posts

Reply #16 myskimi's post

even lepas berhijrah ke Madinah pun..Rasullullah S.A.W. mengalakkan berniaga..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:38 AM | Show all posts
sapalah [edited] tu kata Rasulullah tu penganggur? Buta sejarah betul.

[ Last edited by  antiQue at 27-9-2006 09:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 11:32 AM | Show all posts
saya rasa kawan notwongjowoni bukannya benci Islam or buta sejarah ke
tapi mungkin terlalu marahkan lelaki yg dok bergantung ngan duit pompuan kut...
kut la ye ...(sori off topic)
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:15 AM | Show all posts
Apasal? Tak boleh guna perkataan 'BDH' ke utk org yg macam tu? So...apa guna perkataan 'BDH' tu. Dalam kamus pun ada.Bukannyer mencarut.Nonsense.Tolong beri penerangan....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.074851 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list