|
hello , im from Sabah
I have a problem understanding how bawang/onions are planted? i planted one back home dari 'bulb' lepas tu pucuk dia tumbuh tapi setelah pucuk dia tinggi dia jadi kuning lepas to mati
can onions be planted wild? and how can you plant onions and make MORE onions.
sya mau tau macamana Bawang nii beranak pinak... sya bukanya mau daun bawang tapi dari satu bawang ditanam boleh buat 2 atau 3 yeh...
From my research dari internet, bawang suka kat tanah yang ada sistem saliran yg baik agar bulbnya tidak reput, any other tips?
[ Last edited by noor_hannah at 20-1-2007 09:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Obersliutenant at 13-9-2006 06:10 AM
hello , im from Sabah
I have a problem understanding how bawang/onions are planted? i planted one back home dari 'bulb' lepas tu pucuk dia tumbuh tapi setelah pucuk dia tinggi dia jadi kuning l ...
semalam masa belek belek buku deco kat kedai..
jumpa satu gambar cara... daun bawang buat sebagai deco, daun bawang hidup...
cantik sebab pasu tu kemudian dia balut dengan kain guni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Obersliutenant at 13-9-2006 07:10 PM
hello , im from Sabah
I have a problem understanding how bawang/onions are planted? i planted one back home dari 'bulb' lepas tu pucuk dia tumbuh tapi setelah pucuk dia tinggi dia jadi kuning l ...
Faktor CUACA, kelembapan, jenis baja juga perlu di ambil kira.
Spt miker katakan, ia perlu saliran air yg baik.
Kalau tidak, ia akan reput n bucuk. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tanam pun setakat kuarkan daun jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 7-12-2006 03:35 PM
Tanam pun setakat kuarkan daun jer....
lepas keluar daun, buahnya akan beranak.. then tunggu lama sikit, daunnya akan mati sendiri.. so dah bole amik hasilnya..
cara bawang ni beranak, lebih kurang mcm serai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by artificialive at 7-12-2006 05:32 PM
lepas keluar daun, buahnya akan beranak.. then tunggu lama sikit, daunnya akan mati sendiri.. so dah bole amik hasilnya..
cara bawang ni beranak, lebih kurang mcm serai..
TAPI KAN ART..BIASANYER IFA TGK MESTI ISI DIA TUE JADI BUSUK TAU......DULU MASA KECIK2 RAJIN TANAM BAWANG HUHUHUHUHU.....SYOK TENGOK...MAKLUMLAH KECIK2 LAGI... |
|
|
|
|
|
|
|
Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang.
Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bawang Besar
Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belim dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bawang Putih
Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.
Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung.
Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama.
Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
interesting info....hom minat gak nak menanam bawang ni...
tanam sendirik save bajet  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 7-12-2006 05:51 PM
TAPI KAN ART..BIASANYER IFA TGK MESTI ISI DIA TUE JADI BUSUK TAU......DULU MASA KECIK2 RAJIN TANAM BAWANG HUHUHUHUHU.....SYOK TENGOK...MAKLUMLAH KECIK2 LAGI...
untuk mengelakkan buahnya daripada busuk, saliran mesti baik :tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Hello semua, nak tanya sikit macam mana tanam Spring Onions dalam pasu pasal takde garden kat rumah. Saya pernah tanam daripada biji tapi tak jadi.
Ibu pernah beritahu yg Spring Onions boleh ditanam dari akar spring onions, tak pernah cuba takut nanti tak jadi pulak!
Ada sesiapa yg pernah tanam boleh beri pengajaran pasal saya masih green dalam tanaman sayur.
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 missjzz's post
MissJzz,
onions, jangan kuburkan bawang itu 100%. setakat bahagian bawah ( akarnya) pun kira ok. lepas tu tanah hendaklah tidak menampung air... Masa time kemarau ni pun kira ok jugak kalau mau tanam bawang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skg...sekilo bawang RM berapa yek? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
entah .. harga pasar di sini( sabah) mungkin tak sama . Planning mau tanam bawang secara komersil ya ? |
|
|
|
|
|
|
|

MARHAM (65) seorang petani di Desa Gandasoli Kecamatan Karamatmulya Kabupaten Kuningan, membersihkan daun bawang yang di lahan garapannya, Minggu (16/1). Pada musim hujan seperti sekarang ini, ia dituntut untuk lebih rajin membersihkan bagian demi bagian bawang daun yang ditanamnya sejak dua minggu lalu itu untuk mencegah tanaman membusuk akibat ditimpa air hujan.*AJUN MAHRUDIN/GALURA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Obersliutenant at 22-1-2007 02:22 PM
entah .. harga pasar di sini( sabah) mungkin tak sama . Planning mau tanam bawang secara komersil ya ?
Tak.....semalam baru buat budget barang2 dapur rumah. Bila tgk pic nie....alahai kalau Rm 1.50 sekilo..berapa lah untung dapat yek.....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
| |
|