CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2397|Reply: 17

Mengapa?? why??? kia hey????

[Copy link]
Post time 15-9-2006 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...  
  ...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?  

--------------------------------------------------------------------------------

  Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...  

  ...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?  

--------------------------------------------------------------------------------



  Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...  
  ...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"  

--------------------------------------------------------------------------------

  Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...  
  ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?  

--------------------------------------------------------------------------------

  Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...  
  ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?  

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!  
  Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...  
  ...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?  

--------------------------------------------------------------------------------

  Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...  
  ...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!  

--------------------------------------------------------------------------------

  Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...  
  ...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2006 04:44 PM | Show all posts
bila saya baca artikel diatas.. saya tertanya2.. kenapa yerk?? adakah kerana Islam terlalu lemah sehingga orang kafir ini boleh mengambil kesempatan kepada kita??

adakah kerana golongan kita ini manority?? apa yang kita perlu lakukan kepada agama kita.. adakah kita akan membiarkan orang menindas agama kita?

apa yang perlu kita lakukan?? dan apakah sumbangan kita sudah cukup kepada Islam??

adakah ?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 04:52 PM | Show all posts
assalamualaikum w.b.t..

jwpnnya pd sy hy ada 1..krn Rasulullah pnh kt yg tiba 1 ms Islam akan jd 1 agama yg dianggap pelik di bumi ini,spt mana yg berlaku pd saat kemunculan Islam di bumi Jahiliah...kembalinya umat manusia kpd zmn silam itu menandakan hampirnya kiamat dgn kita...

**persoalan2 'mengapa' yg ditanya tu...berlaku x di Malaysia ni?klu berlaku, renunglah sndiri mengapa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 04:59 PM | Show all posts
Telah lama berlaku suma benda tu dimalaysia. Cuba kita ingat kembali.........
Dan pasti anda akan jumpa satu perkataan........
POLITIK..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 15-9-2006 04:59 PM
Telah lama berlaku suma benda tu dimalaysia. Cuba kita ingat kembali.........
Dan pasti anda akan jumpa satu perkataan........
POLITIK..........


yup..
dan bila berlaku perkara2 cmni,selaku umat Islam..bkn keje kita berbahas mcm2..
sebaliknya kita harus kembali kpd Al-Quran Kalamullah...
bersatu mmbaiki...bkn bahas2..then we get nothing!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 08:16 PM | Show all posts
persoalan mengapa di atas tu dah lama wujud....sy sendiri x pernah terfikir utk tanya mengapa....mungkin sy x peka seperti rakan2 yg lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2006 11:59 PM | Show all posts
tau kenapa kerna kita orang islam ni tidak menghormati ugama kita sendiri
kita pandanng rendah pada kebaikan dan bangga kepada maksiat dan segala yang bersangkutpaut dengannyaer
dan kita berlumba lumba untuk dunia dan mempersoalkan akhirat yang tidak nampak dipandang mata
sekarang ni hanya dunia yang nampak didepan mata
saya rasa itulah sebabnya

tak percaya tengoklah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2006 11:39 PM | Show all posts
Bila nafsu yang ada tidak dikendalikan oleh akal, maka kacau bilau le dunia ni... Al-Quran yang ada pemandu jalan tidak dapat dimengertikan dalam cara yang sebenar lagi... diri semakin jauh dari Illahi, maka ketenangan keberkatan tiada dirasai... manusia berlumba melepasi kepuasan diri... apa yang ada kekesalan nanti... mengadap pada Nya dengan miskin sekali... adakah itu yang ingin kita tempohi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2006 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 9/15/06 12:41 AM
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...  
  ...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?  


you need to clarify sape yang anggap orang Islam yang berjanggut dianggap pengganas. if you say the US govt, i don't think so. aku simpan janggut takde kena tangkap pon. ramai orang Islam kat campus aku berjanggut tak kena pape pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 17-9-2006 06:49 PM


you need to clarify sape yang anggap orang Islam yang berjanggut dianggap pengganas. if you say the US govt, i don't think so. aku simpan janggut takde kena tangkap pon. ramai orang Islam kat c ...



aku pernah belajar kat IPTA.... sorang lecturer aku kena buang sbb ada janggut.
POLITIK maa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 11:12 AM | Show all posts
kalu kiter merenung jauhhh.......kiter akan dapat lihat betapa Islam telah dipermainkan....bukan oleh golongan kufar....ttp oleh orang Islam sendiri.....tak heran kalu orang bukan Islam boleh menganggap Islam itu mcm tue dan mcm nie....lihat sajer amalan orang Islam...tak ader bezanyer ngan bukan Islam........Islam hanya ader pada nama ttp bukan pada amalan harian....fikirkanlah dan lihat disekeliling kiter.....kiter patut ader raser insaf.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 06:36 PM | Show all posts
ingatlah bg org2 yg menghina islam. mrk pasti akan menyesal dan meminta ampun dari Allah pada hari Qiamat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 07:25 PM | Show all posts
Apasal org Islam suka sangat salahkan org Bukan Islam...

sebahagian besar masalah berpunca dari org Islam tu sendiri. Berpemikiran jumuk, suka sangat anggap org Bukan Islam tengah merancang sesuatu utk jatuhkan Islam/lebih tepat lagi "PERASAN" dan paranoid x habis2..

x pernah terfikir ke kita yang sedang diketawakan oleh Bukan Islam sebab kita ni PERASAN mereka nak ambil tahu sangat pasal kita. Memang lah ada yang musuhi Islam. Tapi bilangan mereka teramatlah sikit tapi berkuasa n sebahagian besar org Bukan Islam x tahu-menahu apa itu Islam...

Percaya lah sebahagian besar punca dari Org Islam sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 04:05 PM | Show all posts
Tengok   artikel   pun tak  menunjukkan   fakta  yg  jelas  ...hanya  berdasarkan   andaian   aje
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:55 PM | Show all posts
Salam AZA...............

Petik perenggan akhir anda:
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...  
  ...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?:setuju:

Pada saya itulah juga persoalannya.  Cuma ada sikit tambahan iaitu:
Mengapa terlalu percaya kitab rekaan manusia dan
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

Renung-renungkan.....................
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 16-9-2006 11:39 PM
Bila nafsu yang ada tidak dikendalikan oleh akal, maka kacau bilau le dunia ni... Al-Quran yang ada pemandu jalan tidak dapat dimengertikan dalam cara yang sebenar lagi... diri semakin jauh dari Il ...



Salamun Alaikum

ct_og,

Tahniah anda semakin proaktif berbanding respon anda dalam topik yang saya mulakan iaitu Puasa Mengikut Al-Quraan.........
Marilah kita menganjakkan paradigma kita ttg Al-Quran, yang ALLAH kata Kitab untuk Umat akhir Zaman, bukan kitab hanya untuk sipolan sipolan itu sementara sipolan sipolan ini tak layak.  Sebab itulah sikafir mendahului kita dalam menglanggah limpahan mu'jizat Al-Quraan, sedang kita dihadap dengan pelbagai galangan dan sekatan, padahal kita yang muslim inilah yang lebih layak untuk terlebih dahulu menghirup hikmah Al-Quraan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 18-9-2006 11:12 AM
kalu kiter merenung jauhhh.......kiter akan dapat lihat betapa Islam telah dipermainkan....bukan oleh golongan kufar....ttp oleh orang Islam sendiri.....tak heran kalu orang bukan Islam boleh menga ...



Setuju sangat dengan anda.........:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 18-9-2006 07:25 PM
Apasal org Islam suka sangat salahkan org Bukan Islam...

sebahagian besar masalah berpunca dari org Islam tu sendiri. Berpemikiran jumuk, suka sangat anggap org Bukan Islam tengah merancang sesu ...


Setuju dengan anda.  Pandangan anda selari dgn kerengge......:setuju:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.078129 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list