CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10818|Reply: 12

Terjemahan Ayat 4 Qul...

[Copy link]
Post time 23-9-2006 09:32 PM | Show all posts |Read mode
[align=justify]Assalamualaikum semua..

Dah try search kat internet tak jumpa lak pasal terjemahan ayat2 surah Al-Ikhlas, Al-Kafirun, An-Nas & Al-Falaq ni.. Mungkin sebab search keyword tak kena kot..

Anyway, siapa boleh bantu berikan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi 4 surah pendek tersebut?

Terima kasih..








[ Last edited by  freekey at 23-9-2006 09:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 09:53 PM | Show all posts
Al-Ikhlas

Melayu :
Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa.
Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu.
Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan.
Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya

English:
Say: He is God, the One and Only
God, the Eternal, Absolute
He begetteth not, nor is He begotten
And there is none like unto Him
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 09:58 PM | Show all posts
Al-Kafirun

Melayu:
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir."
Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah
Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah.
Dan aku bukanlah penyembah sebagaimana apa yg kamu sembah.
Dan kamu bukanlah pula penyembah sebagaimana apa yg aku sembah.
Untuk kamulah agama kamu dan untuk akulah agamaku.

English :
Say : O ye who reject faith
I worship not that which ye worship
Nor ye worship that which I worship
And I will not worship that which ye have been wont to worship
Nor will ye worship that which I worship
To you be your Way, and to me mine


ِ

[ Last edited by  antiQue at 23-9-2006 10:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 10:08 PM | Show all posts
An-Nas

Malay :
Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
Raja manusia.
Tuhan bagi manusia.
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia.


English :
Say : I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind
The King (or Ruler) of Mankind
The God for Mankind
From the mischief of the whisperer (of evil), who withdraws (after his whisper)
Who whispers into the hearts of Mankind
Among Jins and among Men

[ Last edited by  antiQue at 23-9-2006 10:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 10:19 PM | Show all posts
Al-Falaq

Malay :
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".


English :
Say : I seek refuge with the Lord of the Dawn
From the mischief of created things
From the mischief of darkness as it overspreads
From the mischief of those who practice secret arts
And from the mischief of the envious one as he practices envy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 10:31 PM | Show all posts
Freekey, lebih mudah jika freekey ada terjemahan al-Qur'an ditangan, lebih baik sekiranya ada kitab tafsir sekali. Jika di KL, mudah didapati di Jln TAR dan Masjid India. Mudah semasa membaca Qur'an, boleh rujuk terus untuk memahami maknanya sekiranya tidak fasih berbahasa Arab.

Di internet, ada juga beberapa website yg ada terjemahan Qur'an ni, antaranya :

http://www.tpb.itb.ac.id/~husain ... amp;action=viewayat
http://al-ahkam.net/home/modules ... ayat&surano=114
http://jkmhal.com/quran/quran.php?no_surat=114
http://quran.islamdotnet.com/hasil_portal.php?surat=114
http://www.hajiumroh.com/quran.php?op=viewAyat&surano=114
http://www.bunciono.net/index.ph ... ayat&surano=114

Itu yg ada terjemahan bahasa melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2006 02:38 PM | Show all posts
. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.  

     2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.  

     3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan  

     4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.  


SURAH ALFALAK

. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.  

     2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.  

     3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.  

     4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).  

     5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.  


SURAH AL NAS

1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.  

     2. Yang Menguasai sekalian manusia,  

     3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,  

     4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -  

     5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -  

     6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 28-9-2006 03:38 PM | Show all posts
kan bgs klu da yang lain terjemahan........tapi lebih baik gi tengok tafsir....takut dianiayai....maaf lah bukan bermaksud yang bg tu x betul tapi klu mcm ni,org bagi tafsiran yang salah pun kita ssh nak cam nti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2006 06:53 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-9-2006 10:19 PM
Al-Falaq

Malay :
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
dari kejahatan makhluk-Nya,
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
dan dari kejahatan wa ...
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul

[align=justify]buhul2 tu apa??

Thanks a lot antique!! :hatdown:





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 06:54 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-9-2006 09:58 PM
Al-Kafirun

Melayu:
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir."
Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah
Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah.
Dan aku bukanlah penyembah se ...

[align=justify]Errkk..

Kalau tak silap, surah al-Kafirun ni ada dua ayat yg sama diulang kan? Bukan ke??





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 06:55 AM | Show all posts
Originally posted by nice2000 at 28-9-2006 03:38 PM
kan bgs klu da yang lain terjemahan........tapi lebih baik gi tengok tafsir....takut dianiayai....maaf lah bukan bermaksud yang bg tu x betul tapi klu mcm ni,org bagi tafsiran yang salah pun kita s ...

[align=justify]Tp biasa tafsir bukan cuma bg terjemahan surah-surah al-Quran je ke??





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 06:57 AM | Show all posts
Originally posted by nangada at 28-9-2006 02:38 PM
. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.  

     2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.  

     3. Dia tiada beranak dan Dia p ...

4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).  

[align=justify]simpulan2 & ikatan2 apa?





Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 08:36 AM | Show all posts

Terjemahan Ayat 4 Qul...

Waalaikumussalam Freekey,

Terjemahan ayat dah diberi namun pemahaman ke atasnya adalah perlu.  Itu yang perlunya Tafsir iaitu penerangan secara terperinci tentang sesuatu surah tu.  Untuk surah Al-Kafirun, surah ni diturunkan semasa nabi berhadapan dengan orang Qurish yang mencadangkan untuk mengikut Agama Islam untuk setahun dan kemudianya Nabi mengikut agama mereka setahun kemudian.  Namun Allah membidas mereka ini bahawa tiada percampuran yang benar dengan yang salah.  Untuk itu nabi menyampaikaikan pesan Allah yang bermaksud : " Katakanlah: "Hai orang-orang kafir." Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah. Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah.  Dan aku bukanlah penyembah sebagaimana apa yg kamu sembah. Dan kamu bukanlah pula penyembah sebagaimana apa yg aku sembah. Untuk kamulah agama kamu dan untuk akulah agamaku."
Ulangan sebanyak 2 kali menunjuk betapa Allah menekankan bahawa orang Islam hanya layak menyembah Allah sahaja tidak kepada yang lain.

Untuk surah 3 Qul, Nabi menggunakannya sebagai pendinding dari gangguan syaitan dan orang yang berniat jahat kepadanya.  Nabi menyarankan kepada umat Islam membacanya sebelum tidur dan berdoa kepada Allah agar melindungi kita dari ancaman itu.  Turutannya bermula dari surah Al- ikhlas, Al-Falaq dan An Nas.

Sebagai permulaan, surah Al ikhlas yang bermaksud : "Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu.  Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya."
Surah ini keseluruhannya menceritakan tentang tauhid, iaitu mengesakan Allah bahawa hanya Allah sahaja tempat manusia bergantung harap tiada yang lain.  Allah juga menerangkan bahawa Dia tunggal, tiada permulaan dan tiada penyudah memandangkan tiada suatu pun yang menyamainya apatah lagi melebihinya.  

Surah Al-Falaq yang bermaksud : "Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya,dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki". Surah ini diturunkan selepas nabi terkena sihir yang dilakukan oleh seorang perempuan yang dengki kepadanya, yang melakukannya dengan membaca mentera lalu menghembusnya pada tali yang disimpulkan.  Hikmah dari kisah ini menunjukkan bahawa sesuatu yang buruk boleh terjadi jika diizinkan oleh Allah.  Oleh itu kita perlu memohon pada Allah agar sesuatu yang buruk itu jangan dibenarkan berlaku pada kita.  

Surah An-Nas yang bermaksud : "Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Tuhan bagi manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia."
Dalam surah penutup ini, akhirnya Allah menekankan bahawa manusia perlu sedar bahawa mereka dijadikan dan ditadbir oleh Allah dan hanya kepada Allah sahaja manusia bergantung harap iaitu memohon agar tidak disesatkan oleh syaitan samaada dari bentuk jin atau manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.

Saya hanya menyampaikan secara ringkas aje, untuk lebih detail boleh rujuk buku tafsir.  wassalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.100639 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list