ummuhabib This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
kat umah parents ada tnm........ada buah gak cuma tak ler selebat cam dlm gambo |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yati8018 at 24-9-2006 05:36 PM
kat umah parents ada tnm........ada buah gak cuma tak ler selebat cam dlm gambo
Ur parents tanam dr biji buah kurma tu ke? Mmg manis kelat rasa buah kurma yg blom masak tu & rangup skit.
Kat Giant ada jual kurma yg kaler kuning & merah tu. Rasa2 kalo tanam bijinye boleh tumbuh tak? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Ni email yg saya dpt pasal kurma ni. Panjang sikit. tp bacala...baguz utk tambah ilmu.
Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah
atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan
harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan
buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh.
Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.Syukur dengan
berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah
semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang
bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan
ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi
cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa
Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam
Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok
tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.
Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.
Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah
diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang
terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar
masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa
tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran
Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah
pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang
elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan
proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan
dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun
keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan
daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga
setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia
mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina
mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab)
akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga
jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari
tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok
berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh
melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak
akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah
tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos
adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai
ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan
pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok
tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu
sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering
untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah
s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia
berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk
atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.
Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas
pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu,
tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long
Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada
tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami
tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan
manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.
jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia
umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak
boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain
sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah
yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian
dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal
kejadiannya.
Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara
kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan
kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut
kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ummuhabib This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
ummuhabib This user has been deleted
|
masa dok cari gambo terjumpa gambo pokok kurma masih hijau lagi....rezeki la boleh tengok... masa ni baba bawak org mesia jenjalan kat Montazah...Ummi dok kat Alexandria, Egypt.
[ Last edited by ummuhabib at 29-9-2006 02:30 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ummuhabib This user has been deleted
|
masa dok cari gamba terjumpa lg yg dlm simpanan....kurma dok putik lg masa nih...masa nih awal thn 2006...musim sejuk lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap nyer....................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kero_kero at 24-9-2006 11:23 PM
Ur parents tanam dr biji buah kurma tu ke? Mmg manis kelat rasa buah kurma yg blom masak tu & rangup skit.
Kat Giant ada jual kurma yg kaler kuning & merah tu. Rasa2 kalo tanam bijinye ...
Jiran kak iman ada tanam pokok kurma ni dari biji. Tapi tak pernah berbuah. Katanya mungkin tak cukup panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam ummu. Terima kasihlah sudi syer gambar-gambar pokok kurma ni dengan kami. Aduh tengok yang merah-merah tu terliurnya. Pernah juga merasa yang fresh ni semasa di Mekah.
Semasa saya melawat Masjid Terapong dekat Laut Merah di Jedah tu, saya nampak ramai orang indonesia berjual buah-buah kurma muda yang masih hijau. Rasanya buah tu masih terlalu muda sebab kecik2 sangat nampaknya. Kata mereka kurma muda ni sangat bagus untuk kesihatan wanita. Betul ker begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengancam sungguh!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ummuhabib at 28-9-2006 12:33 PM
masa dok cari gambo terjumpa gambo pokok kurma masih hijau lagi....rezeki la boleh tengok... masa ni baba bawak org mesia jenjalan kat Montazah...Ummi dok kat Alexandria, Egypt.
http://i91.p ...
mcm ranggup aje tgk buah yg still dok ijau ni...:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Kurma mude pun sedap.....mcm rase ciku pun ader... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 5-10-2006 12:58 PM
Kurma mude pun sedap.....mcm rase ciku pun ader...
oo yea...? tak pernah rasa..
dulu mak pernah bawak balik yg muda ..tapi yg kaler kunin nak ke merah2x gitu..pun from mekah .. |
|
|
|
|
|
|
ummuhabib This user has been deleted
|
Originally posted by haniman at 5-10-2006 11:32 AM
Salam ummu. Terima kasihlah sudi syer gambar-gambar pokok kurma ni dengan kami. Aduh tengok yang merah-merah tu terliurnya. Perna ...
yg hijau tu tak tau la rasanye apa....sebab yg merah ngan kuning tu pun rasaya manis kelat....mmg kurma baik utk kesihatan pompuan..terutama yg menyusu...blend kurma ngan susu segar minum...nanti mempercepatkan proses susu ibu....masa saya dlm pantang dulu saya rendam kurma kering dlm air susu panas tanpa gula...susu leh minum...kurma leh makan...bagi tenaga lak tu masa dok nyusu anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti nak suh tunang bwk balik kurma dari sana...nk suh dia bwk dgn tangkai skali...hehehe i panggil kurma ni anggur pdg pasir.
tak suka mkn yg lembik...yg keras2 skit sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 nazurah's post
aku lain lak...aku ske yg lembik....yg keras terus out.... |
|
|
|
|
|
|
|
asal boleh makan, aku makan jer...
tak kira yang lembik ker, keras ker..
buah kurma memang sedap dan berkhasiat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|