|
Pasu aksesori menarik laman tropika Kak Raja
Oleh Hanisah Selamat
Keindahan sesuatu landskap bukan dinilai pada kos tetapi cara penjagaan, susunan setiap elemen
KOLEKSI pasu tembikar China penyeri
sudut kediaman.
PASU bukan sekadar aksesori taman sebaliknya pelengkap keseluruhan laman kediaman. Bersama bentuk serta warna menarik, keunikan pasu mampu menyerlahkan keindahan bunga mahu pun pepohon hijau yang bernaung di dalamnya. Tidak hairan, ramai pemilik rumah gemar menjadikan pasu sebagai koleksi wajib.
Bagi penerbit drama dan filem, Raja Alawiah Idris, himpunan pasu termasuk tempayan buatan China dijadikan titik tumpuan di beberapa lokasi di laman tropika hasil sentuhannya bersama suami, Mansor Che Mat. Paling disayangi pasu antik China berusia 50 tahun serta sepasang tempayan Indonesia selain pagoda Yogjakarta yang dihasilkan daripada batu gunung berapi.
Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata ini juga rajin mengalih kedudukan setiap pasu jika dirasakan taman mereka perlu kelainan.
Sesekali beliau menukar satu bunga ke pasu lain, begitu juga sebaliknya. Walau renyah, perubahan itu membuatkan setiap pohon tampak berbeza daripada sebelumnya.
揢mpama pakaian, setiap hari kita perlu bertukar ganti. Begitu juga bunga dan pasu. Kami tidak berasakan ia bebanan walaupun tugasan ini agak berat. Saya pula jenis yang gemar bereksperimentasi. Biasanya saya suka mengalih pokok bunga ke dalam pasu lain, |
|
|
|
|
|
|
|
Reka bentuk pasu mampu serlah seri jambangan
PASU memainkan peranan penting untuk menyerlahkan hiasan sesebuah rumah. Fungsinya tetap sama iaitu dijadikan bekas meletak jambangan bunga, tetapi bentuknya kini berubah mengikut aliran semasa.
Jambangan bunga tidak lengkap tanpa pasu atau bekas sesuai. Tetapi, ada sesetengah pemilik kediaman membiarkan pasu kosong tanpa sebarang hiasan terutama yang mempunyai rekaan unik.
Bagi pasu yang mempunyai reka bentuk menarik, lebih baik dibiarkan kosong kerana ia sebenarnya berfungsi sebagai sebahagian daripada penghias rumah.
Jika dulu, pasu jenis tradisional biasanya berbentuk bulat, rendah yang dibuat daripada kaca, seramik atau porselin. Kini, zaman berubah, rekaan pasu semakin dipelbagaikan.
Kita boleh membeli pasu kaca jernih atau berkabut yang didatangkan dalam satu atau gabungan beberapa warna. Pasu kreatif kini boleh didapati dengan mudah.
Selain itu, ia juga sesuai dijadikan hiasan untuk semua ruang kerana bentuknya yang pelbagai, sama ada leper, bulat, kurus tinggi atau bersegi.
Bagi yang kreatif, anda mungkin menyenangi pasu tanpa bentuk seragam, sengaja direka senget atau menyalahi bentuk asas.
Pasu kreatif begini mampu menyerlahkan penampilan atau hiasan sesebuah ruang kerana ia boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan hiasan tambahan.
Pasu kreatif berbentuk moden pula perlulah disesuaikan dengan jenis dan hiasan ruang. Jika bercadang meletakkan pasu kreatif di ruang tamu atau meja makan, pastikan hiasan di situ ringkas supaya penampilan pasu lebih menyerlah.
Pemilihan warna dan jenis pasu juga amat penting. Jika ruang tamu berkonsep moden, anda boleh memadankannya dengan apa jenis dan warna pasu yang bersesuaian.
Sekiranya hiasan di ruang tamu kebanyakannya dibuat daripada kaca, lebih manis jika anda memilih pasu kaca bagi menimbulkan keseragaman hiasan.
Penampilan pasu pastinya lebih lengkap dengan kehadiran bunga. Jika mahu menghias pasu dengan jamba-ngan bunga, pastikan warna pasu dan bunga adalah berbeza. Ini penting untuk menampilkan keserasian pemilihan warna bagi menyerlahkan seri jambangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasu naikkan seri laman
Oleh Norakmah Mat Youb
[email protected]
Rahimah letak pelbagai bentuk tempayan untuk wujudkan kelainan berbanding taman kediaman lain
MENGUNJUNGI rumah banglo dua setengah tingkat di sebuah kelab golf terkemuka di Shah Alam, mata pasti terpaku dengan deretan tempayan unik di tengah taman yang dibina hasil usaha dan idea sendiri.
Idea pemiliknya, Datin Rahimah Mohd Yusuff, meletakkan pelbagai jenis dan bentuk tempayan di taman yang mempunyai keluasan besar, berjaya mewujudkan satu kelainan berbanding taman kediaman lain di situ.
Keindahan landskap yang menarik menerusi susunan pelbagai jenis tempayan lama dan baru menjadi dominasi kepada keindahan laman rumah tanpa menghiraukan pandangan orang lain yang pelik melihat tempayan berada di tengah laman.
Walaupun mempunyai laman luas, ternyata jiwa pemiliknya gemarkan sesuatu yang ringkas dan tidak keterlaluan untuk menghias taman kerana baginya ia perlu berfungsi kepada keluarganya bukan sekadar untuk dilihat saja.
Susunan pokok berdaun pelbagai warna yang teratur dan senang diselenggarakan serta bersesuaian dengan cuaca di negara ini, menampakkan laman yang sedia luas bertambah luas serta menyerlahkan kreativiti pemiliknya.
Sebagai halwa telinga, beberapa kolam yang dihiasi pokok menjalar dan berwarna-warni di penjuru taman dan tepi tangga dibina elemen air mengalir.
揓ika diikutkan, saya boleh mengupah pakar landskap tetapi apabila memikirkan lebih puas hasil tangan sendiri, saya tanam pokok sendiri. Tambahan pula saya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan persatuan badminton serta kelas agama.
揝aya memang berminat mengumpul tempayan. Apabila sudah terlalu banyak, saya mula mengerah otak memikirkan di mana tempayan ini boleh diletakkan sesuai dengan keluasan taman sedia ada, |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak beli pasu yg menarik/unik dgn rege yg berpatutan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasu bunga penghias landskap
Oleh Norakmah Mat Youb ([email protected])
Aksesori bersesuaian dengan keluasan kawasan jadikan taman lebih semula jadi
KAWASAN landskap seperti dek, patio, balkoni atau anjung rumah pasti kelihatan lebih cantik dengan kehadiran pasu bunga hiasan berukiran indah, memberi cerita menarik yang tersendiri kepada ruang landskap berkenaan.
Pasu bunga dan pokok yang ditanam di dalamnya menjadi aksesori untuk ruang landskap supaya lebih kelihatan 揾idup |
|
|
|
|
|
|
|
Hobi: koleksi pasu perhiasan(Green vase Bohemian)
salam semua... kpd kwn2 yg ada mengumpul pasu perhiasan kaca bohemian, meh lh share gambar2...n bg info d mna ada menjual pasu2 tu dgn harga yg berpatutan. |
|
|
|
|
|
|
|
harga ...tak sampai US10 |
|
|
|
|
|
|
|
wah!! cantekkk nyee.. , kat mne long beli ek! |
|
|
|
|
|
|
|
US murah2 barang2 ni.... geram2 jer tgk..
biler kat dtg Msia dah jadi mahal bangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
hai!! klu nana ada wat koleksi pasu2 kaca/kristal meh lh share gambar2..ngan kite |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakNing at 24-8-2007 09:32 PM
hai!! klu nana ada wat koleksi pasu2 kaca/kristal meh lh share gambar2..ngan kite
buat masa ni, tak ada koleksi pasu2 kaca ni, tengah plan ler...
sebab hari tu, Nana g Brunei, g shopping mall kat sana, fuyooo cantik2 dan Lawa2...geram tengok...
semenjak 2menjak hari tu, teringin nak buat keloksi, tak banyak, sikit pun jadi laaa...
Harga berpatutan gak.. pasal barangan kristal tu dari UK.
Ramai orang2 kita gi sana beli pasu2 kristal, diaorang kata murah, harga sama dgn kat UK, tak tahu pulak berapa harga kat UK.
Ratus2 juak ler kalau yg ori kristal.
Tapi buat permulaan Nana beli yang biasa je...tu pun masih dalam kotak lagi tak da tempat nak letak...
budget nak beli almari cermin belum cukup |
|
|
|
|
|
|
|
mahal kan kat sini
dulu nampak kat parkson KLCC.. 1 vase pun dah 4-5 ratus henggit mahaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Flower007 at 11-4-2015 03:51 PM
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 KakNing's post
kat kedai nama ROSS...tapi yg warna2 tu (macam Ning describe) x der la..itu mahai rege dia tapi yg bohemia putih2 biasa tu banyakla kalau taim2 Krismas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Flower007 at 11-4-2015 03:51 PM
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|