CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3113|Reply: 14

Perang saudara Islam yg pertama

[Copy link]
Post time 4-10-2006 12:22 AM | Show all posts |Read mode
kenapa bleh berlaku??

Saya faham jugak lah punca2 peperangan ni sebab berkaitan pemberontak yg sokong Saidina Ali walhal mereka pembunuh Saidina Osman. Selain tu perbezaan pendapat antara Saidina Ali yg mahu meredakan dulu huru hara selepas pembunuhan saidina Osman ngan Saidina Muawiyyah yg mahu mengutamakan pembunuhan Saidina Osman di adili terlebih dahulu.

Sebab apa perkara bleh terjadi?? Kenapa Saidina Muawiyyah melawan saidina Ali?? Kalu nak dibandingkan antara diorang berdua, umat Islam patut lebih mengutamakan Saidina Ali berbanding dengan saidina Muawiyyah. Saidatina Aisyah pun turut melawan Saidina Ali. Kenapa?? Why?? Porke??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 12:41 AM | Show all posts
Psl mmg dah direncanakan oleh Allah , itu jawapan sbnarnya. Khidupan ni fix, it is what it is. Wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:47 PM | Show all posts
Memulakan   kita   tengok  puncanya   bermula  dari   mana, sewaktu   Usman  b. Affan  melantik   menjadi   Khalifah    bagi  umat   islam   kebanyakan jawatan  penting   dalam  kerajaan   dibolot  oleh   keluarga   Umayyah  seperti   gabenor  Syam  (Muawiyah b. Abu  Sufian) penasihat Khalifah (Marwan bin al-Hakam) dll . Masalah   menjadi   rumit   apabila berlaku  perbalahan   di antara  Muawiyah dan Abu Dzar Al-Ghifari...  di mana Abu  Dzar   menegur  perbuatan Muawiyah   yg   membelanjakan  wang Baitulmal  utk  kepentingan   diri  ...   tetapi   Khalifah  Usman  menyebelahi Muawiyah dgn  membuang   Abu Dzar   ke luar  negara  .  Ini  menimbulkan   perasaan tak  puas   hati  org islam  terhadap   Khaifah  Usman  ..sewaktu   itu  Khalifah Usman  sudah   terlalu  lanjut  usianya...  bibit  penentangan   terhadap Khalifah Usman  bermula  apabila dgn kemunculan    Abdullah b. Saba   yg menghasut   serta   menyebarkan   fitnah    terhadap Khalifah ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 4-10-2006 08:47 PM
Memulakan   kita   tengok  puncanya   bermula  dari   mana, sewaktu   Usman  b. Affan  melantik   menjadi   Khalifah    bagi  umat   islam   kebanyakan jawatan  penting   dalam  kerajaan   dibolot  ...

Kau bg versi ni , nanti org lain yg pro pd pihak lain akan bg versi lain lak , spai bila pun x setel , kan dunia ni , sapai sekrg pun camni gak kan:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:23 PM | Show all posts
Keadaan  menjadi  genting  apabila   Khalifah Usman  memecat   gabenor Mesir  iaitu  Amru b. Al-Ash   digantikan  dgn Abdullah b. Sa'ad. Ini   menyebabkan  Amru b. Al-Ash   marah   dgn  Khalifah   Usman  dan  kembali   ke  Madinah ..menghasut  pemuka2  islam ...  tetapi   tak  dipedulikan  oleh penduduk Madinah. Tetapi  penduduk   di  wilayah   lain2  seperti  Mesir, Kufah dan Basrah   ni  tak senang dgn pemerintahan Usman.  Mereka mula  menghantar  wakil  utk  menunjukkan   perasaan tak  puas  hati  mereka  terhadap  Khalifah...mereka  mengemukakan   5  tuduhan terhadap Khalifah Usman

1. Khalifah usman telah  menahan unta sedekah di tempat pengembalaan
2. Khalifah Usman membakar  mushaf-mushaf  
3. Khalifah telah mencukupkan solat ketika naik Haji (tak  menqasarkan sebagai  org  musafir )
4. Khalifah  melantik  org2  muda yg tiada  pengalaman
5. Khalifah selalu  memberi  kelebihan  kepada  suku-sakatnya

Tetapi   Ali b. Abu Thalib  menghadapi   mereka  serta  menjawab   persoalan  mereka   ni

1. berkenaan   dgn unta   sedekah  tu...Ali  menjawab unta  sedekah  tersebut  adalah   unta  utk  dibiakkan. Sebenarnya   tempat  pengembalaan   itu  tak  dibuat   utk  pengembalaan  untanya  sendiri..perkara   tersebut  jugak  dibuat   oleh  Khalifah sebelum Usman
2. Berkenaan  mushaf  tu...   adalah bagi  mengelakkan  berlaku  perselisihan   dalam  bacaan   serta   hanya   tinggal .. mushaf   yg  dipersetujui  oleh   para  sahabat   aje
3.Tentang  solat   lak...   ketika   datang  ke Makkah.. mungkin  dia sebagai  penduduk  Makkah suatu masa  dulu..  dia  niat   utk   tinggal   di  sana  ..maka   wajar   dia mencukupkan  solatnya
4.Ali  ..menjawab  ..Rasulullah   gak  melantik  Attab b. Usaid  menjadi  Gabenor  Makkah   ...ketika   itu  Attab   baru  berusia  20 tahun ..  jadi  tadak  masalah   ler  jika   Usman   lantik   org  muda
5.Tentang   mengutamakn   suku sakat  Bani  umayyah  .... Rasulullah  sendiri  pun  mengutamakan kaum Quraisy  dari  kaum2 lain..perkara  ni  tak  perlu  dibangkit-bangkit  ...
Ali  mengingatkan  mereka   ...  berdosa   besar   jika  mereka  tak  taat   kepada  Khalifah    lagi  ....

Tetapi  ni  tak  memuaskan   hati  mereka    iaitu    mereka  tak  suka   Usman   ...  mereka  cuba  membuat   helah   iaitu   palsukan  surat atas  nama  Khalifah Usman ...   surat ni  dihantar ke   gabenor Mesir  supaya  menghukum   org2  tertentu  ...  ni  menimbulkan   ketegangan  kepada  penduduk  Mesir ..  mereka   datang  ke Madinah   serta  memukul    Khalifah Usman   kemudian   mengepung  rumah  Khalifah   selama  sebulan  ..kemudian  menyerbu   dan  membunuh   Khalifah   Usman

[ Last edited by  mahathirGX at 4-10-2006 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 08:17 PM

Kau bg versi ni , nanti org lain yg pro pd pihak lain akan bg versi lain lak , spai bila pun x setel , kan dunia ni , sapai sekrg pun camni gak kan:nerd:

citer   ni   ada   banyak  versi  ...  
buku   yg   aku  rujuk   pun  ada  2  versi   ...
aku  rujuk  dari  buku : SEPULUH YANG DIJAMIN MASUK SYURGA dan PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH

*   ada  lagi   citer   belum  abis  lagi  ...  nanti  sambung  esok   lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 4-10-2006 09:25 PM

citer   ni   ada   banyak  versi  ...  
buku   yg   aku  rujuk   pun  ada  2  versi   ...
aku  rujuk  dari  buku : SEPULUH YANG DIJAMIN MASUK SYURGA dan PEMERINTAHAN BANI UMAIYYAH

*   ada  l ...

C apa yg aku cuba spaikan. Even dr kau pun dah ada 2 versi :lol

Bygkan nanti dr forumer2 lain yg ada fahaman lain , lg byk versi nanti:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 09:52 PM | Show all posts
versi  kedua
Penduduk  mesir   pergi  mengadu  kepada   Khalifah   Usman  bahawa   gabenor Abdullah   b. Sa'ad memerintahkan  secara   kuku  besi  dan zalim, khalifah usman  mendengar   aduan  penduduk  mesir dan  berjanji   akan  memenuhi  tuntutan   penduduk  mesir   iaitu   akan  mengambil   tindakan  terhadap   gabenor  tersebut. Khalifah   Usman  mengirim   surat  amaran  keras  kepada   Gabenor  Abdullah  supaya  berlaku  adil   kepada  penduduk. Tetapi   Gabenor   abdullah   tak menghiraukan   amaran  tersebut   terus  menghukum  penduduk   yg  mengadu   kepada khalifah.

Penduduk   mesir  menghantar   misi   aduan  kedua  kepada   Khalifah  Usman  ...memberitahu   sikap   gabenor  tersebut  dan  mereka  tanak   bertolak  ansur   dgn  Khalifah   lagi.  Mereka   mahu   gabenor   baru  dilantik   segera  ...akhir  Muhammad  b. Abu   Bakar   dipilih   utk  mengantikan   Abdullah  b. Sa'ad. Mereka   berangkat  ke  mesir  dgn   segera.  Semasa    dlm  perjalanan   ke  mesir   ..mereka   menemui  seseorg   yg  pelik  dan  kelihatan  tergesa2   serta   menangkapnya   ...  semasa   memeriksa    badan   org  tersebut  ...  alangkah  terkejut kerana  mendapati   org  tersebut   dari  Jabatan  Khalifah  dan  terdapat   sepucuk   berbunyi  begini :

Kepada Abdullah  b. Sa'ad, Gabenor mesir
Amma ba'du:
Adapun  misi  mesir   yg sedang   dalam   perjalanan kembali  dari  Madinah  bersama-sama   dgn Muhammad  b. Abu Bakar, apabila  mereka   sekalian   sampai  di mesir, hendaklah kamu tebas kepala mereka,

Wassalam,

Terkejut   ler  mereka   semua  ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 11:01 AM | Show all posts
Salam,

Seronok juga apabila sejarah-sejarah buruk umat Islam di awal kewafatan Rasulullah sehingga kejatuhan Empayar Turki Utsmaniah, hampir kesemuanya dikaitkan dengan Yahudi.

Yahudi itu memang.... Sesungguhnya Yahudi itu berhati busuk terhadap umat Islam. Tetapi, kita perlu ingat.. Janganlah kita terbawa-bawa ADAT orang Melayu. Apabila tersepak tunggul "bxbi betul.."; apabila motor rosak "bxbi betul..", sedangkan bxbi tidak ada di situ, maka dlm hal ini, bxbi itu tidak bersalah. Jangan pula kesalahan sebilangan besar umat terdahulu, ditutup sebelah mata. Lalu yg disalahkan adalah orang-orang YAHUDI. Pandai betul kita menuding jari.

Jika benar orang-orang Yahudi begitu taksub menyeludup pemikiran dan penghasutan mereka, mengapa ketika itu mereka tidak mengetahui tentang ayat Al-Hujuraat ayat 6 "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " ?.

Ataupun mereka BUKANLAH ORANG BERIMAN, tetapi hanya orang yang telah tunduk? "Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu;...." al-Hujuraat ayat 14.

Tidak mungkin kedua-dua pihak bertelagah, dan kemudian dirumuskan kedua-duanya adalah benar. Adakah sirathal mustaqim itu ada dua jalan? Ataupun hanya ada satu sahaja jalan? Sejak awal kewujudan manusia, sentiasa ada HAQ dan BATIL. Kebaikan dan Kejatahan. Contohnya Habil dan Qabil. Adakah kita ini bersikap sepertimana kumpulan yang mendakwa kedua-dua mereka adalah benar. Bahkan Iblis yang dilaknat juga, memiliki keistimewaan?


Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 4-10-2006 12:22 AM
kenapa bleh berlaku??

Saya faham jugak lah punca2 peperangan ni sebab berkaitan pemberontak yg sokong Saidina Ali walhal mereka pembunuh Saidina Osman. Selain tu perbezaan pendapat antara Saidin ...

Penentangan terhadap Ustman adalah pemberontakan dan kebangkitan rakyat menentang Khalifah yang memerintah dengan ketidakadilan yang suka mengamalkan kronisme dan cenderung kepada Bani Umayyah. Dan, di dalam pemberontakan tersebut, Aisyah juga TURUT memainkan peranan yang SANGAT PENTING. Disokong juga oleh Zubair, Talhah dan Muhammad bin Abu Bakar.

Orang yang membunuh Ustman adalah orang-orang yang sama yang bangkit menentang AMIRUL MUKMIN ALI IBN ABI THALIB. Perang saudara pertama dalam Islam, adalah perang Jamal. Perang Jamal adalah perang antara Aisyah menentang Khalifah Mutlak ketika itu Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Thalib.

Jika benar-benar Muawwiyah berniat ikhlas utk mencari pembunuh Ustman, dia sepatutnya tidak boleh menggunakan kaedah sama seperti pemberontak. Dia sepatutnya dengan segera datang membantu Ustman sepertimana Ustman meminta bantuan Muawwiyah sewaktu dia dikepung. Tetapi mengapa Muawwiyah melambat-lambatkan perjalanannya? Ini bermakna dia memiliki niat yang sebaliknya. :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2006 12:54 PM | Show all posts
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidina Umar al Khattab...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 7-10-2006 12:54 PM
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidin ...

Itulah memelikkan dan memeranjatkan apabila jelas benar 10 org yang dijamin masuk syurga (jika shahih) dengan mudah dihasut dan dikotak-katikkan oleh orang Yahudi yang baru sahaja masuk Islam. Adakah hadis berkenaan 10 orang dijamin syurga itu lebih shahih daripada kisah lipatan sejarah Ibnu Saba' ataupun kisah lipatan Ibnu Saba' adalah bathil dan hadis jaminan syurga berkenaan lebih haq? ataupun kedua-duanya bathil?

Ataupun, sememangnya salah satu pihak ada bersekongkol dengan Yahudi. Jangan pula kita salah faham. Yahudi pada waktu tersebut ada 2 golongan. Yang pertama adalah Ahli Kitab; dan yang kedua Ahli Perang. Ahli Perang ini pernah diharamkan mereka untuk mencampuri urusan Umat Islam, tetapi akhirnya dihalalkan oleh Khalifah ke... dan dibawa bersama-sama.

[ Last edited by  pipi at 7-10-2006 01:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 02:18 AM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 7-10-2006 12:54 PM
x faham, kenapa salah seorg sahabat yg termasuk dalam 10 org dijamin masuk syurga bleh mempunyai sikap camni?? Betul ke ada sebuah hadis pasal fitnah. Pintu fitnah akan terbuka bila kematian Saidin ...



kalau tak silap, pengikut Ali yang banyak mengeruhkan keadaan, bukan Saidina Ali sendiri.. Tapi memang saya setuju that ada pengajaran yang sangat berharga dari kisah ini. semuanya telah ditentukan Allah, sebagai hikmah dimasa akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by myskimi at 8-10-2006 02:18 AM



kalau tak silap, pengikut Ali yang banyak mengeruhkan keadaan, bukan Saidina Ali sendiri.. Tapi memang saya setuju that ada pengajaran yang sangat berharga dari kisah ini. semuanya telah dite ...


Pengikut Ali tu siapa??? Maka kalau bukan sahabat nabi juga siapa yer? Oh...nampaknya terpaksalah dibuat satu watak jahat lain dan maka tiada lagi kambing hitamnya melainkan orang yahudi yang kononnya masuk Islam gak iaitu Abdullah bin Saba' yang diberi nama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:56 PM | Show all posts
Siapa boleh kemukakan hadis berkenaan doa/permintaan Nabi Muhammad s.a.w yang mana 2 daripada 3 permintaan nabi itu Allah qabulkan, cuma 1 tidak diqabulkan.

Iaitulah pertama nabi minta jgn umatnya dibinasakan seperti umat nabi2 terdahulu dgn bencana (spt banjir besar zaman Nabi Nuhl)- Allah qabulkan
Kedua rasanya kemarau yg panjang (tak ingat, mintak yg pandai betulkan)-Allah qabulkan
Ketiga fitnah berbunuhan sesama sendiri- Ini Allah tidak qabulkan...

Itu pasal ada civil war between org Islam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.592894 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list