|
Kos murah, perairan cantik tarikan pelancong
Oleh Riadz Radzi
[email protected]
Dengan RM3,800 seseorang boleh memancing selama seminggu berbanding Dubai iaitu RM3,500 sehari
DIKELILINGI pantai sepanjang kira-kira 4,800 kilometer dan dikurniakan antara pulau tercantik di Asia menjadikan Malaysia syurga bagi penggemar pantai dan laut. Negara ini juga kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti tasik, sungai dan air terjun.
Kurniaan alam semula jadi ini juga menjadikan Malaysia kaya dengan hidupan akuatik. Pulau Sipadan di Sabah dikatakan memiliki lebih 3,000 spesies ikan iaitu paling banyak bagi laut beriklim tropika.
Malah, saintis Barat menggelarkan perairan Malaysia sebagai Pusat Biodiversiti Marin berikutan kaya dengan jutaan spesies marin.
Itu di laut - Cubalah menjelajah ke seluruh pelosok negara yang kaya dengan tasik, sungai, air terjun, lombong tinggal dan sawah. Semua ini kaya dengan spesies ikan seperti kelah, toman, sebarau, jelawat, patin, temoleh, tapah, belida, haruan, keli, baung, sepat dan lampam.
Yang pasti, Malaysia bukan setakat syurga bagi penggemar alam semula jadi, tetapi kaki pancing berikutan kaya dengan lubuk memancing sama ada air tawar atau air masin. Kelebihan ini membuatkan kita mampu untuk menarik pelancong asing yang juga kaki pancing untuk mencuba nasib di sini.
Mungkin ada yang tidak tahu, negara kita sering menjadi tumpuan pemancing luar terutama dari Eropah, Australia, Jepun, China, Hong Kong dan Singapura.
Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Mejar (B) Ismail Feisol berkata, pihaknya menerima lebih 100 e-mel sebulan daripada kaki pancing negara berkenaan yang bertanya mengenai lubuk memancing di sini.
擲aya pernah membawa sekumpulan pemancing Denmark memancing udang galah di Rompin. Mereka begitu kagum dan seronok kerana ia tidak ada di negara mereka. Ia juga mendorong mereka untuk datang lagi, |
|