CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2562|Reply: 4

hadiah utk smokers

[Copy link]
Post time 24-11-2006 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Nyawa Rahim hampir melayang kerana rokok

HAMPIR 19 tahun dia menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), sejenis penyakit yang tidak pernah diketahui kewujudannya. Namun selepas banyak membaca, baru diketahui ia juga dipanggil penyakit paru-paru tersumbat yang kronik.



Semuanya gara-gara rokok. Mengenangkan segala masalah kesihatan dan keperitan hidup yang dilaluinya dalam tempoh 19 tahun ini, Rahim Abdul Majid, 57, kesal tidak sudah.

Nyawanya hampir melayang kerana rokok. Rahim pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari selepas pengsan ketika mahu ke bilik air. Dua hari terlantar, dia rasakan nyawanya tidak panjang. Malah, pernah dia meminta Allah mengambil nyawanya kerana tidak tahan menanggung derita.

揇ulu, duduk rehat macam ini pun boleh sesak nafas dan berpeluh-peluh. Peluh yang keluar tu pula sangat busuk hingga ada kala terasa malu. Naik dua atau tiga anak tangga, saya sudah semput. Apatah lagi hendak membantu isteri membuat kerja rumah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2006 04:32 PM | Show all posts
APABILA melihat individu berumur melebihi 70 tahun tetapi masih cergas dan sihat seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Profesor Diraja Ungku Aziz (sekadar menyebut beberapa nama), pernahkah anda membayangkan bagaimana agaknya kehidupan anda apabila mencecah usia begitu?



Adakah kita akan menjadi secergas mereka atau 憈erperangkap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 04:33 PM | Show all posts
Punca dan gejala

COPD bukan penyakit baru dan ia wujud berpuluh tahun lamanya. Punca utama COPD ialah rokok. Namun kebanyakan perokok tidak mengendahkan bahayanya kerana kemusnahan paru-paru berlaku secara perlahan-lahan.

Kebanyakan pesakit COPD adalah perokok atau bekas perokok yang merokok antara 15 hingga 20 tahun. Jika anda berumur 40 tahun, merokok dan mempunyai masalah sesak nafas apabila melakukan aktiviti dan kerap batuk (kadang kala kronik), anda mungkin mengalami COPD.

Ada juga yang menggelar penyakit ini sebagai asma perokok. Bagaimanapun COPD berbeza dengan asma kerana serangan asma berlaku pada waktu tertentu saja, sedangkan masalah COPD dialami sepanjang masa. Untuk perbandingan lebih jelas, sila rujuk Jadual 1.

Kata Dr Aziah, pada peringkat awal kebanyakan pesakit COPD tidak memberi perhatian kepada gejala seperti sesak nafas dan batuk kerana menyangka ia akan hilang atau menganggap mereka kurang cergas.

揚esakit COPD lebih mudah sesak nafas, walaupun sekadar melakukan aktiviti ringan seperti mandi atau menyalin pakaian. Mereka akan tercungap-cungap apabila menaiki tangga dan perlu berhenti untuk menarik nafas.

揗ungkin ada perokok pertengahan umur mendakwa mereka masih berasa sihat dan dapat bekerja tanpa masalah. Kesan rokok dan COPD akan lebih 憈erasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 06:55 PM | Show all posts

Chronic Obstructive Pulmonary Disease vs Bronchial Asthma

In summary..

COPD ni macam asthma simtom.. cough, wheezing, chest tightness, semput.. breathless
bezanya dengan asthma ialah
-damage kat paru2 dah ada disebabkan smoking (active or passive)..
-damage akan bertambah buruk (kalau masih merokok-active or passive).. fungsi paru2 tak akan kembali normal..cuma boleh kawal bagi tak bertambah teruk dgn cepat..

asthma selalunya keturunan..(or dalam keluarga senang dapat alahan)
airway jadi sensitive..akibat terdedah pada habuk/sejuk/URTI
juga simtoms batuk, wheezing, susah nafas
tetapi tiada kerosakan dalam paru2 (kecuali kronik asthma yg tahap severe)
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 08:24 PM | Show all posts
Pehhh SPECIAL sungguh hadiah untuk smokers nih!

Bapak aku was a heavy smokers daripada umur dia 13 tahun sampai la umur dia 64 tahun.  Pas tu dia quit lepas kena stroke tahun lepas.  

Tapi alhamdulillah, dia kena sikit sangat, and recover within a year. Dah buleh kerja cam biasa. Tapi skarang bergantung ubat seumur hidup.  The price he has to pay.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.462173 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list