CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43241|Reply: 97

TENTANG BULAN

[Copy link]
Post time 7-12-2006 04:46 PM | Show all posts |Read mode
'Tentang Bulan' menyentuh perasaan
07-12-2006 11:19:52 AM
Radin Sri Ghazali  




Watak Ketot, Mawi, Budi dan Gemuk merupakan refleksi  zaman kanak-kanak pada era 80an(Metrowhealth)

Jika lazimnya industri kita dibanjiri filem-filem berunsurkan cinta, aksi dan komedi yang dibintangi golongan dewasa, tidak salah kalau sekali sekala kita bertukar selera kepada sesuatu yang baru seperti filem tentang kanak-kanak.

'Tentang Bulan' merupakan projek terbaru terbitan Metrowhealth Movie Productions yang menjanjikan satu kelainan.

Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini memaparkan kisah persahabatan lima orang kanak-kanak iaitu Mawi ( Mohd Addy Ashraf), Gemuk (Nik Adruce), Ketot (Muhammad Nasiruddin) , Budi (Nor Zam Zam ) dan Ila (Fatin NurAfifah).

Setiap sahabat mempunya sikap serta sifat fizikal yang berbeza dan membesar pada suasana yang berlatarbelakangkan era 80an.

Mawi merupakan hero yang berjiwa romantis, Gemuk pula seorang yang suka makan, Budi  adalah kanak-kanak yang dilahirkan dengan gigi jongang dan lemah daripada segi fizikal, Ketot yang paling kecil bentuk badannya tapi bersifat berang dan Ila yang merupakan gadis tunggal di dalam kumpulan ini tetapi mempunyai perangai 'tomboy.'

Kelima-lima mereka berikrar akan menjalin persahabatan untuk selama-lamanya dan perikatan ini disaksikan oleh bulan.

Semestinya ini menjadi satu idea yang begitu sinonim di kalangan  kanak-kanak yang amat dikenali dengan sikap suka berimaginasi.

Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman persekolahan mereka.

Keakraban mereka turut melihat kesangggupan mempertahankan dan membantu mana-mana rakan mereka yang berada dalam kesusahan.  



Ila, gadis yang berketerampilan seperti budak lelaki terpaksa mengharungi sikap prejudis di kalangan kawan-kawannya sendiri dengan kehadiran Zurina
(Metrowhealth)

Namun, lingkaran persahabatan yang terjalin dengan erat tergugat dengan kehadiran seorang pelajar baru iaitu Zurina ( Nur Arina Abd Malek) yang menjadi gadis idaman keempat-empat budak lelaki tersebut.

Ketot, Mawi , Gemuk dan Budi mencuba sedaya-upaya untuk memenangi hati Zurina.

Dalam mengejar cinta gadis baru itu, Ila pula menjadi mangsa akan kealpaan kesemua rakan lelakinya tentang erti sebuah persahabatan.

Keempat-empat kawannya itu enggan bermain bersama Ila lagi dan sering memboikotnya ketika berselisih di kawasan kampung mereka.

Sudah pasti penonton akan terharu dengan adegan ketika Ila memakai gaun dan bersolek mendapat gelakan serta sindiran kawan-kawannya sehinggakan dirinya menitiskan airmata.



Masing-masing ada gaya dan cara tersendiri untuk memikat Zurina
(Metrowhealth)

Mungkin jua ada di antara penonton dewasa pernah melalui pengalaman yang sama sewaktu seusia dengan kanak-kanak ini.

Insiden yang paling menyayat hati ialah babak Ila mengejar rakan-rakannya dengan basikal untuk memberitahu bahawa dirinya akan ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajarannya.

Kerana sikap prejudis keempat-empat rakannya tersebut, gadis yang berkulit sawo matang itu tersungkur daripada basikalnya.

Dengan keadaan berluka serta berdarah, Ila diketawakan oleh sahabat-sahabatnya yang lain.

Akhirnya Mawi menyedari bahawa tindakan mereka keterlaluan dan salah. Namun, penyesalan tersebut  sudahpun terlambat apabila Ila melangkah pergi serta membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur.



Zurina...Gadis yang menjadi kegilaan di kalangan empat sahabat tersebut
(Metrowhealth)

Di manakah kekuatan Tentang Bulan jika dibandingkan dengan filem komersial lain seperti Cicak-man dan Cinta ?

Kekuatan filem arahan Ahamd Idham ini sebenarnya terletak pada barisan pelakon utamanya, iaitu wajah-wajah baru pelakon kanak-kanak yang akan menjadi pelapis satu hari nanti.  

Walaupun mentah dan tiada pengalaman, pelakon-pelakon  muda ini mampu menunjukkan kebolehan yang amat mengagumkan.

Malah mereka berjaya menghidupkan watak mereka dengan realistik dan semulajadi. Tiada seorang pun yang overacting.

Lakonan mereka berjaya memberi impak yang mendalam kepada penonton terutama apabila mengaitkan pengalaman peribadi sewaktu kecil dengan watak-watak yang ada menerusi filem ini.

Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa bakat mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon dewasa yang baru.

Lokasi penggambaran yang berlatarbelakangkan sebuah kampung pada era 80an turut berjaya menghidupkan filem 'Tentang Bulan'.

Walaupun tiada kesan khas mahupun penggunaan CGI, lokasi yang ebrlatar belakangkan sawah padi serta perkampungan lama amat memadai dan berjaya membangkitkan isu yang hendak disampaikan oleh penulis skrip, Meor Shariman.



Lokasi yang cantik serta bertemakan 'kampung' berjaya membantu membangkitkan jalan cerita 'Tentang Bulan'
(Metrowhealth)

Syabas diucapkan kepada Ahmad Idham serta David Teo kerana berani memperjuangkan filem yang pertama berkonsepkan kanak-kanak di Malaysia.

Walaupun berjaya menambat hati dengan rencah baru tetapi mampukah 'Tentang Bulan' memecah monopoli filem stereotaip lain seperti cinta, komedi dan seram di Malaysia?

TENTANG BULAN AKAN MULA DITAYANGKAN DI PAWADAM MULAI 21 DISEMBER.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 05:43 PM | Show all posts
dah lama aku tunggu citer nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 06:34 PM | Show all posts
memandangkan film ni berlatarkan 80 an aku harap baju n all stuffs around jgnlah di spoil ngan benda2 cam tahun 2000's....make sure semua nmpak logik ngan era 80an...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:38 PM | Show all posts
hmmm.... cambeshh.... layannn bebudak lakk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:08 PM | Show all posts
Budak pakai spek tu yang berlakon dalam Diari Ramadhan Rafique tu kan.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 01:20 AM | Show all posts
kalo citer ni tiru filem FAN CHAN(film thailand) memang aku bakar panggung tu..........

http://en.wikipedia.org/wiki/Fan_Chan

http://www.movieseer.com/Reviews ... =3476&Channel=2

[ Last edited by  tavarat at 8-12-2006 01:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2006 03:05 PM | Show all posts
tengok budak2 best sikit..berlakon real jer....mesti klakar....boring dah tgk crita melayu yg ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 06:37 PM | Show all posts
cam xde tarikan jer nak tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2006 11:03 PM | Show all posts
mana yg depa kata muka cam dian sastodoyo
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 02:13 PM | Show all posts
lawa gak bdk pompuan tu...
bdk yg jadi mawi tu, kalo blakon drama real.. lakonan bestla... aku suka tgk hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 12:26 AM | Show all posts

Reply #6 tavarat's post

Tavarat ...

gerak hati aku mengatakan ..cerita ni acuan ngan sama ngan Fan Chan ...
mungkin 70% ader persamaan ... huuhuh...

aku pernah komen pasal Pesona Non Grata copycat February (also thai movie)..skali pengarah dia
join forum CARI ...ader la skit sikit adengan berbalas pantun ngan dia ...he denied.

Tentang Bulan ni....tak sabar jugak nak tengok...but at the same time..harap2 ader originality la
tak der ciplak mana2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 03:36 AM | Show all posts
Originally posted by drizly at 9-12-2006 11:03 PM
mana yg depa kata muka cam dian sastodoyo


yang bawak watak zurina tu kot.....tapi versi gelap skit la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:31 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 01:37 PM | Show all posts
TODAY
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 02:34 PM | Show all posts
emm.citer ni seswai dotonton utk 18thn ke bawah je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2006 03:52 PM | Show all posts
aku nk tgk...tp sbb ade name budak tu mawi mls ah...

letak la name dier sawi ke mawas ke, nie mawi?...:geram:


nota kaki: citer nie citer budak2, pesal mcm aku nmpk ketet jer dlm pic korg tepek tuh?...:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 03:57 PM | Show all posts
aku dah tengok masa special preview kelmarin. Org tua pun seswai, terkenang je zaman bebudak dulu. makcik sebelah aku tu menangis-nangis aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 07:56 PM | Show all posts

Reply #18 pisangmasak's post

citer la lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:48 AM | Show all posts
best arrr citer nih??? kalau best........nak tempah tiket tgk..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.071234 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list