CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3858|Reply: 4

BANJIR DI SARAWAK

[Copy link]
Post time 30-12-2006 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di S'wak: Penghuni rumah panjang dipindahkan
30-12-2006

KUCHING:  Penghuni 24 pintu rumah panjang Iban di Tatau, Bintulu merupakan antara kumpulan terawal yang dipindahkan ke kawasan tanah tinggi selepas kawasan berkenaan dinaiki air ke paras satu meter pagi ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata penghuni Rumah Panjang Manja Sungai Jelai yang terdiri daripada 115 orang dewasa dan 17 kanakkanak itu dipindahkan ke Dewan Sukan Tatau, yang digunakan sebagai pusat pemindahan banjir.

"Menjelang pukul 10.58 pagi, kawasan rendah dan jalan utama menghala ke bazaar Tatau ditenggelami air selepas hujan lebat berlaku sejak 24 jam lalu," katanya kepada Bernama selepas melawat bilik kawalan Sungai Sarawak Barrage di sini.

Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri sebelum itu diberi taklimat tentang langkahlangkah pencegahan banjir di bawah skim Penyelarasan Sungai Sarawak, ekoran amaran banjir yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi kawasan rendah sepanjang tebing sebelah kanan Sungai Sarawak dalam bahagian Kuching.

Katanya pegawai daerah Tatau dan Lembaga Sungai Sarawak sedang memantau keadaan di semua kawasan rendah seperti di Sangan dan Kakus bagi memastikan orang ramai sudah bersedia untuk dipindahkan sekiranya keadaan menjadi semakin buruk.

Merujuk kepada keadaan di Kuching Dr Chan berkata beberapa kawasan seperti Batu Kawa, Kampung Landeh, Kampung Skio dan SRB Chung Hua No. 6 diletakkan dalam keadaan berjagajaga disebabkan paras air yang semakin meningkat sehingga pukul 4 pagi ini.

Beliau berkata langkahlangkah pencegahan banjir juga merangkumi penutupan semua pintu air di bendungan rendah Sungai Sarawak bagi mewujudkan kawasan takungan air di samping dapat menahan gelombang besar selama 12 jam, yang akan membolehkan kawasan sekitar memperolehi kesan pengaliran air keluar secara maksimum.

Berdasarkan kepada imej radar yang menunjukkan awan gelap di selatan Sarawak, Dr Chan berkata monsun timur laut yang menghala ke arah Tanjung, dijangka membawa hujan lebat, terutama di kawasan tadahan air dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun katanya beliau yakin pembinaan kemudahan bendungan rendah baru Sungai Sarawak bernilai RM2.8 juta yang dapat menghantar data tentang paras air dan hujan dari 24 stesen pemantau, ia akan dapat membantu pihak berkuasa untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

Beliau berkata orang ramai perlu bersedia untuk berpindah sebaik sahaja mereka mendengar bunyi siren amaran, yang boleh didengar sehingga jarak satu kilometer, dan mereka boleh mendapatkan bantuan di 21 pusatpusat pemindahan banjir di Kuching, 18 di Bau dan 13 di Lundu, yang sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa berjagajaga kerana bahagian tebing Sungai Sarawak boleh dilimpahi air pada bilabila masa sekiranya hujan berterusan di bahagian hulunya, manakala gelombang ombak besar setinggi 5.9 meter juga dijangka berlaku pada 2 Januari ini.

Dr Chan berkata dua pegawai dari Bahagian Keselamatan Negara Sarawak juga sudah dihantar ke Johor untuk memerhati caracara yang digunakan oleh negeri yang dilanda banjir itu dalam pengurusan bencana.

Bagaimanapun menurutnya sekiranya berlaku banjir, ia tidak akan menjadi seburuk banjir besar seperti yang berlaku pada tahun 2003 dan 2004.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 07:30 PM | Show all posts
walaupun kaum iban tak menyambut
aidil adha - tapi still  it is a sad thing
bila ramai orang islam merayakan aidiladha
esok - mereka pulak terpaksa menempuh
kemusnahan harta benda ---
happens masa dah nak tahun baru dan
naik sekolah -
tambahan bantuan pada mereka ni
bukannya mudah --

harap --adalah bantuan makanan pada
mereka ni --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2006 05:53 AM | Show all posts
Penduduk Sarawak bersedia hadapi banjir
Oleh: SAYED HESHAM IDRIS

KUCHING 30 Dis.
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 31-12-2006 09:02 PM | Show all posts
Wah, tak Malaysia tak Indonesia kena Banjir ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:07 AM | Show all posts

Reply #2 dexa's post

:setuju:

jgn la ada buaya mengganas plak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047170 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list