31-01-2007 01:54:41 PM
Radin Sri Ghazali
Dayang Nurfaizah mengakhiri persembahannya untuk siri Sunday Nite Live pada minggu lepas dengan kehadiran ratusan peminat setianya
(Foto The Star)
Planet Hollywood bagaikan rumah kedua untuk penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.
Dayang Nurfaizah mengakhiri persembahannya untuk siri Sunday Nite Live pada minggu lepas dengan kehadiran ratusan peminat setianya.
Dayang memulakan persembahannya dengan dua buah lagu rancak untuk memberi aura 'panas' di kalangan mereka yang menghadiri showcase tersebut.
Nyanyian Fever serta sebuah lagu daripada idolanya, Beyonce iaitu Deja Vu berjaya membuatkan peminat-peminat berdansa mengikut iramanya.
Sejurus selepas itu, Dayang menyanyikan lagu tema kepada filem Buli Balik yakni Erti Hidup yang disertakan bersama arrangement baru oleh Jenny Chin. (p/s : sejak bilee erti hidup jadik lagu tema buli balik??)
Ratusan pengunjung yang ada pada malam itu sempat berkaraoke bersama-sama penyanyi yang berusia 25 tahun itu menerusi lagu popular, My Heart.
Suara Dayang bagaikan ditenggelami suara peminat-peminatnya yang khusyuk menyanyi.
"Siapalah Dayang tanpa sokongan kalian?,"
(Foto The Star)
Pada malam itu jua, Dayang turut menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Irreplaceable yang didedikasi khas untuk pihak media yang senantiasa menyokong kerjayanya sejak tahun 1998 lagi.
"Siapalah Dayang tanpa sokongan kalian?," ucapnya lagi sebelum mendendangkan lagu tersebut.
Empat buah lagu iaitu Denganmu, Pupus, Benci Tapi Rindu dan lagu trademarknya, Dayang Sayang Kamu dinyanyikan oleh Dayang sebelum mengakhiri set pertama pada malam itu.
Setelah 20 minit berehat, Dayang kembali bertenaga dan sekaligus mengegarkan pentas Planet Hollywood dengan beberapa buah lagu-lagu yang lebih rancak.
Sebuah medley lagu yang terdiri dariapda Beep, London Bridge, Promiscous Girl dan Hollaback Girl dinyanyikan dengan irama yang rancak.
Teruja melihat Dayang dengan kualiti vokalnya yang sentiasa mantap semasa menari dan menyanyi hampir kesemua lagu-lagu tersebut.
Dayang turut memaparkan showmanship serta interaksi yang baik di antara dirinya dan para pengunjung yang tidak putus-putus ketawa dengan gurauan penyanyi tersebut.
Lagu Buttons yang pernah memangkinkan namanya menerusi rancangan realiti One In A Million turut didendangkan pada malam tersebut.
Karisma serta kebolehan Dayang merupakan kekuatan penyanyi yang berkulit hitam manis ini selaku antara penyanyi vokal terbaik di Malaysia. Syabas Dayang!
(Foto The Star)
Gaya serta pergerakkan Dayang yang lincah seakan-akan seperti salah seorang anggota kumpulan ***** Cat Dolls. :bodek:
Pada malam itu jua, Dayang sempat mendendangkan lagu terbarunya yang merupakan hasil ciptaan Ameer Ruffedge yang berjudul Tiba-Tiba.
Perasaan teruja menyelubungi Dayang ketika berbual bicara mengenai lagu yang dijangkakan menjadi hit menerusi album terbarunya nanti.
Dengan gaya Dayang mengubah suasana rancak kepada aura romantis apabila dia mula mendendangkan beberapa buah lagu balada seperti Mencintaimu, Kenangan Terindah dan Ingin Ku Milikki.
Dayang menutup tirai Sunday Nite Live dengan dendangan lagu Survivor yang pernah mengangkat popularitinya dan terus menobatkan dirinya dengan gelaran Beyonce versi Malaysia.
Sesungguhnya, Dayang merupakan antara artis tempatan yang mampu memberi persembahan yang hebat serta dinamik.
Karisma serta kebolehan Dayang merupakan kekuatan penyanyi yang berkulit hitam manis ini selaku antara penyanyi vokal terbaik di Malaysia. Syabas Dayang!
SUMBER : MSTAR ONLINE 31 JANUARI 2007
[ Last edited by bintang^hati at 31-1-2007 06:07 PM ] |