CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5359|Reply: 24

Nilai Tali Pusat Bayi???

[Copy link]
Zack_Handyman This user has been deleted
Post time 9-2-2007 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Sapa tengok wanita hari ini, topik dia nilai tali pusat.. tapi tak berapa nak dengar sangat sbb tengah bz wat kerja.
So sesapa yang dengar tuh.. pls share.. Rasanya ramai yang tak tahu nih... tadi dorang kata darah tali pusat bleh guna tuk wat ubat...
So sesapa please kasi tau. Doc please kasik tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 03:28 PM | Show all posts
mak nde bubuh tali pusat kitorang 10 beradik dlm kain tuam perut baby..utk pengikat kasih sayang adik beradik..takmo gaduh2
Reply

Use magic Report

Zack_Handyman This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:22 AM | Show all posts

Darah Tali pusat babyla...

STEMLIFE - mengapa Stemlife adalah pilihan anda
Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.





Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.





揔esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu 慿eajaiban
Reply

Use magic Report

Zack_Handyman This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:24 AM | Show all posts
Nde,

Artikel tu, saya dapat time surfing tadi....



Kalau Doc ada baca. saya nak tahula.. kat kuantan bleh simpan tak Stemlife ni??



Pasnih jgn simpan tali pusat anak ajer.. darah tali pusat pun elok jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 06:53 PM | Show all posts

Reply #2 nde's post

kecik2 dulu kalau bergaduh adik-beradik, mak aku mesti ckp nak rebus tali pusat kasi minum...

[ Last edited by  arysa at 12-2-2007 06:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 06:58 PM | Show all posts
2 tahun lepas aku ada derma darah tali pusat utk ujikaji apa ntah...dah lupa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2007 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by Zack_Handyman at 10-2-2007 01:24 AM
Nde,

Artikel tu, saya dapat time surfing tadi....



Kalau Doc ada baca. saya nak tahula.. kat kuantan bleh simpan tak Stemlife ni??



Pasnih jgn simpan tali pusat anak ajer.. darah  ...


Kalo tak silap aku, mana2 kat Malaysia pun kompeni stemlife nih buleh pi...

Try surf: STEMLIFE


Contact:
StemLife Headquarters

Address :
B-7-15, Megan Avenue II,
12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +603-2163 8800

Fax : +603-2164 9808

Email : [email protected]

24 hr Hotline : +6012 2050 165
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 08:41 PM | Show all posts
satu lagik malaysia's cord blood bank ialah CryoCord:

Try surf: CryoCord



HEAD OFFICE
29-2, Jalan PJU 1/41,
Dataran Prima, Block D1,
47300, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel+603 7880 2929

Fax

+603 7880 1919
Email


[email protected]


HOTLINE +603 8318 0000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Zack_Handyman This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:42 PM | Show all posts
wah.. thanks... kena simpan no. nih.. lambat lagi bini aku nak branak ni...
1st child tuh ari tatau pasal mender nih... rugi betullah...
yang 2nd nih...ntah bila plak nak blehnya..muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 07:33 AM | Show all posts
klau tak silap, buat masa skrg ni hanya bersalin kat HKL je yg ada perkhidmatan ni ( yg bukan swasta ).masa  anak ke 2 aku ada simpan.
Reply

Use magic Report

Zack_Handyman This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #10 adika9903's post

macam mana korang blh tahu kena simpan erks.. kenapa doc tak kasik tahu aku pun time bii aku nak beranak ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:45 AM | Show all posts
adika-maksudnyer skrg darah talipusat anak awak dorg simpan kat lab HKL la?berapa charge dorg simpan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 11:42 AM | Show all posts
yg bersalin kt HKL tu yg nak derma ....kalu nak tau lebih lanjut cube tepon Pusat Darah Negara 03-2693 3888....kalu branak kat spital lain nak simpan utk diri sendirik dan keluarga kene simpan kat bank swasta cam stemlifeHQ tu...

stemlifeHQ yg kikilalat post tu kos memula RM2500.00 kos bulan-bulan RM250.00...camtu la yang diberitau kat WHI aritu.

Zack, mende ni baru lagi kat Mesia tapi kat obersee dah lama kot .... juita pun tahu melalui pembacaan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by nde at 9-2-2007 03:28 PM
mak nde bubuh tali pusat kitorang 10 beradik dlm kain tuam perut baby..utk pengikat kasih sayang adik beradik..takmo gaduh2

2 kakak kita ikat tali pusat masing2. w/pun sorang kat kl sorang kat trg, jumpa setahun sekali.. tapi hubungan sepupu dorang pelik semacam... mcm belangkas...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #11 Zack_Handyman's post

seingat aku, masa tu dia mintak permission dulu nak simpan ke x, lps tu dia terangkan kebaikan dia, dah setuju sign form, ambik darah sikit kat tangan. takdela kena bayar apa2 sampai skrg, benda ni pun dah 4 thn yg lepas, maybe skrg prosedur dia dah lain. lebih baik sape2 yg plan nak bersalin kat HKL, seblm bersalin tanya dulu pasal  prosedur simpan selstem ni kat diaorg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 02:36 PM | Show all posts
starting 2500 tuh agak mahal skett yer..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by adika9903 at 15-2-2007 07:33 AM
klau tak silap, buat masa skrg ni hanya bersalin kat HKL je yg ada perkhidmatan ni ( yg bukan swasta ).masa  anak ke 2 aku ada simpan.


tak la... kat gleneagles boleh buat jugak... kat pmc pun ada...

kat mana2 bersalin pun leh buat, as long as ngko ada package from stemlife or cryocord to be given to doctor masa ngko bersalin tuh. ada charge tambahan untuk doctor for the procedure of nak simpan blood cord tuh... lepas selesai, orang stemlife or cryocord will come collect.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:37 AM | Show all posts
x faham la.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:30 PM | Show all posts
tak tahu pun pasal darah tali pusat ni...tapi tali pusat anak ada simpan...6 orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by kikilalat at 25-2-2007 02:59 PM


tak la... kat gleneagles boleh buat jugak... kat pmc pun ada...

kat mana2 bersalin pun leh buat, as long as ngko ada package from stemlife or cryocord to be given to doctor masa ngko ber ...


maksud dia kat HKL tu hosp. gomen la, gleneagles & pmc tu dah kira swasta...swasta mmg dah byk buat perkhidmatan ni tp bayo mahal la sket...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.484362 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list